The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mariamtcj19, 2021-03-16 09:05:38

PROGRAM KHIDMAT BANTU MENTORING MAYA F5

PROGRAM KHIDMAT BANTU MENTORING MAYA F5

PROGRAM KHIDMAT BANTU
MENTORING MAYA TINGKATAN 5

(10 april – 19 jun 2021)

KERTAS KERJA

PROGRAM MENTORING MAYA TINGKATAN 5 2021

1.0 RASIONAL

1.1 Memandangkan ketidaktentuan keadaan sekarang bila mana pandemik COVID-
19 masih membelenggu kehidupan seharian kita. Namun begitu kami selaku
pendidik tidak seharusnya menjadikan ini sebagai alasan untuk tidak melakukan
apa-apa dalam konteks mengekalkan kecemerlangan akademik anak-anak pelajar
tingkatan 5 2021

1.2 Mentoring Maya Tingkatan 5 merupakan satu wadah untuk pelajar-pelajar dari 8
buah SBP di Zon Timur untuk berkolarborasi dalam konteks perkongsian ilmu bagi
subjek-subjek yang gagal dikuasai dengan cemerlang pada masa di tingkatan 4
tahun 2020.

1.3 Oleh sebab pandemik yang berlaku pada tahun 2020, maka banyak topik di
tingkatan 4 yang gagal dikuasai dengan cemerlang. Dengan terlaksananya
program seperti ini maka para pelajar dapat mengulangkaji kembali apa yang perlu
dikuasai di tingkatan 4.

2.0 MATLAMAT

Meningkatkan pencapaian akademik terutama bagi pelajar-pelajar yang berpotensi
untuk melonjak naik bagi subjek-subjek tertentu.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membina semangat berkolarborasi dalam kalangan 8 buah sekolah sbp yang turut
serta dalam program ini.

3.2 Meningkatkan kesedaran awal untuk menelaah dan mengulangkaji utuk
kecemerlangan SPM 2021.

3.3 Menanam minat dan kefahaman murid dalam subjek-subjek elektif kritikal dan
Bahasa Inggeris melalui perkongsian ilmu bersama mentor-mentor.

4.0 SASARAN

45 pelajar Tingkatan Lima yang menjadi MENTEE (5 pelajar yang berprestasi rendah)
20 pelajar Tingkatan Lima yang menjadi MENTOR matapelajaran

5.0 TARIKH DAN MASA

Setiap Sabtu bermula 10 April

6.0 TEMPAT

Melalui platform Google Meet dan pelajar-pelajar akan berada samada di sekolah
masing-masing atau di rumah jika balik bermalam.

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Bersama

1. En. Kamsah @ Kamal bin Mohamed (Pengetua SESMA)
2. En. Mohd Rafi bin Omar (Pengetua SESTER-Pengerusi MPSBP Zon Timur)

3. Tn Hj Zulkeflee bin A Rahman (Pengetua BRAINS)
4. Pn. Roslina bt Aziz (Pengetua SMSD)
5. En. Azhar bin Daud (Pengetua INTEK)

6. En. Mazlan bin Sariyeo (Pengetua SEMSAS)
7. En. Azaha bin Awang (Pengetua INSTAR)

8. Tuan Zakaria bin Tuan Muda (PKP-Pemangku Pengetua SHAH)

Timbalan Pengerusi

1. Encik Amir bin Ya (PKP SESMA)
2.Pn. Mariam bt Musa (PKP SESTER)
3. Dr Mazni bt Salleh (PKP BRAINS)
4. Cik Latifah bt Abdullah (PKP SMSD)
5. Hjh Norsiati bt Mohd Ghazali (Wakil PKP INTEK)
6. Pn. Hasmawati bt Abu bakar (PKP SEMSAS)
7. En. Shamwil b Salleh (PKP INSTAR)

Ketua Penyelaras

Pn. Che Wan Junaidah bt Che Wan Ahmad (SESMA)

Setiausaha

1. Pn. Minah binti Ngah (SESTER)
2. Tn Hj Jamaluddin bin Ghani (BRAINS)

3. Pn. Norli binti Draman (SMSD)
4. Pn Marlina bt Mat (INTEK)

5. Pn. Syarifah Hasnizal binti Sayed Kamar (SEMSAS)
6. Pn. Nurul Hamidah bt Abu Bakar (INSTAR)
7. Hjh Salina binti Daud (SHAH)

Ahli Jawatankuasa
Penyediaan Bahan Untuk Sesi Mentoring

Ketua Panitia Kimia – SESMA
Ketua Panitia Bahasa Inggeris – SESTER
Ketua Panitia Matematik Tambahan – SEMSAS

Ketua Panitia Fizik – BRAINS
Ketua Panitia Biologi - SMSD

8.0 PERBELANJAAN

8.1 Anggaran Perbelanjaan (SESMA)

Bil Perkara Anggaran Jumlah
RM 1560.00
1 Makanan Tambahan Peserta 65 x RM 4 x 6 Hari RM 780.00
RM 130.00
2 Anggaran Perbelanjaan Bahan 65 x RM 2 x 6 RM 1000.00
RM 900.00
3 Sijil Mentor dan Mentee 65 x RM 2 RM 4370.00

4 Cenderahati Mentor 20 x RM 50

5 Cenderahati Mentee 45 x RM 20

JUMLAH KESELURUHAN

9.0 JADUAL KERJA

Langkah Tarikh Aktiviti
1 25 FEBRUARI ▪ Mesyuarat Pengetua-pengetua, PKP dan SU JKS
▪ Perancangan dan Penyediaan Kertas Kerja
2 2021 ▪ Mesyuarat PKP Dan SU JKS
2 4 MAC
3 2021 ▪ Pemilihan Murid Peserta
4 15 hingga 18 ▪ Pengurusan Kewangan
5 MAC ▪ Taklimat Kepada Peserta
▪ Sesi Suai Kenal Mentor Dan Mentee
2021 ▪ Penyediaan Bahan
21 hingga 25 ▪ Sesi Berlangsung

MAC ▪ Majlis Penyampaian Sijil Dan Cenderahati Peserta
2021
10, 17, 24 APRIL ▪ Pelaporan Program
29 MEI,
05 JUN dan 9 JUN
19 JUN
2021
20 hingga 21
JUN
2021

10.0 PERJALANAN PROGRAM

JADUAL

TARIKH MASA SUBJEK MENTOR MENTEE
8.00-9.30 KIMIA-SESMA 4 PELAJAR
10, 24 B.INGGERIS- 45 MENTEE
APRIL 10.00- SESMA DIBAHAGI
DAN 11.30 SESTER 4 PELAJAR KEPADA 2
5 JUN 12.00-1.30 FIZIK-BRAINS KUMPULAN
2021 SESTER
8.00-10.00 MAT. TAMB-SEMSAS 4 PELAJAR 45 MENTEE
17 APRIL, DIBAHAGI
29 MEI 10.30- BIOLOGI-SMSD BRAINS KEPADA 2
DAN 12.00 KUMPULAN
9 JUN 4 PELAJAR
2021 SEMSAS

4 PELAJAR
SMSD

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

1. Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan peranti yang bersesuaian
untuk kemudahan Mentor dan juga Mentee. Terutama untuk Mentor yang
perlu memberi penerangan sejelas-jelasnya kepada Mentee-mentee,
disyorkan menyediakan alatan untuk menulis kepada Mentor

2. Mohon pastikan kemudahan internet yang bersesuaian untuk melicinkan
perjalanan sesi

3. Disiplin diri peserta-peserta amat penting dalam menjalani sesi sebegini, oleh
sebab itu seorang guru matapelajaran setiap sekolah mesti bersama-sama
dalam setiap sesi yang berlangsung samada berada di lapangan atau berada
atas talian.

4. Mohon guru subjek yang bertanggungjawab melatih Mentor dari sekolah
mereka supaya cukup bersedia untuk memberi tunjuk ajar semasa sesi
berlangsung

5. Bahan yang disediakan di ‘BLAST’ ke dalam grup TELEGRAM awal
seminggu sebelum tarikh sesi berlangsung, ini akan memberi peluang
kepada Mentee untuk membuat persiapan sebelum sesi berlangsung. Mohon
juga menyediakan latihan pengukuhan dalam jumlah yang sedikit.

11.0 PENUTUP

Semoga dengan usaha ini hasrat untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang
dalam peperiksaan SPM 2021 dapat direalisasikan. Selain dari itu dengan
berlangsungnya program sebegini maka para pelajar dapat melatih diri supaya lebih
berdisipilin dan mempunyai jatidiri yang tinggi. Semoga semua 8 buah sekolah SBP
termasuk SESMA selaku penganjur mencatat kegemilangan dalam peperiksaan SPM
2021.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... ........................................
(EN. AMIR BIN YA) (EN. KAMSAH @ KAMAL BIN MOHAMED)
Penolong Kanan Pentadbiran Pengetua
SM Sains Sultan Mahmud SM Sains Sultan Mahmud
Kuala Nerus Kuala Nerus


Click to View FlipBook Version