The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Formula Menulis Pendahuluan Karangan teknik masa+BTS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ieja0804, 2021-06-21 23:03:42

Formula Menulis Pendahuluan Karangan

Formula Menulis Pendahuluan Karangan teknik masa+BTS

Formula Menulis
Pendahuluan Karangan

TEKNIK
Masa + BTS

Anyflip create by: cikgu khalijah

Formula Menulis Pendahuluan Karangan
Teknik Penulisan Pendahuluan Karangan Jenis Fakta

Kebanyakan pelajar alpa bahawa pendahuluan dalam karangan
merupakan titik awal dalam proses pemarkahan. Pendahuluan yang
bebas daripada kesalahan, mempunyai kesinambungan yang erat
antara fakta dengan huaraian berserta intipan isi yang samar-samar
akan menyebabkan pemeriksa terpikat untuk meneruskan pembacaan,
yakni penyemakan sekali gus memberikan markah yang baik untuk
anda dalam peperiksaan.

Kali ini, saya akan menggunakan formula Masa+BTS. Apa itu BTS?

"Bidang (B), Tajuk (T), Soalan (S)"

Untuk menghasilkan pendahuluan yang baik. Pembinan karangan ini
sesuai untuk tahap PT3 dan SPM, sama ada karangan bergambar
mahupun karangan panjang. Lihat contoh soalan dan kerangka
karangan untuk bahagian pendahuluan yang akan kita bincangkan di
bawah ini:

Contoh Soalan:

Isu gengsterisme semakin mendapat liputan dalam media massa. Pihak
sekolah seolah-olah gagal membanteras gejala ini daripada terus
menular. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan gejala ini
semakin membimbangkan.

Kerangka pendahuluan

Masa- Pada zaman pascakemerdekaan
B - Masalah sosial

-> semakin membimbangkan
-> mencatatkan peningkatan yang mendadak.
T - Gejala gengsterisme
-> melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah
-> bermaharajalela di sekolah
S -> banyak faktor

Daripada kerangka di atas, dapatlah kita membina 5-6 ayat dengan
mudah. Lihat contoh pendahuluan.

Contoh::::

Pendahuluan Kualiti TerBaik:

Pada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang
hangat diperkatakan kerana sudah mencapai tahap yang
membimbangkan. Hal ini demikian kerana kes gengsterisme yang
dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak. Masalah sosial yang
menjadi buah mulut masyarakat ialah gejala gengsterisme. Gejala ini
melibatkan pelajar sekolah menengah, justeru melibatkan pelajar
sekolah rendah. Golongan gengster ini semakin bermaharajalela
dialma mater. Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala
tidak sihat ini terus meningkat.

Pendahuluan Kualiti Cemerlang

Dalam keasyikan negara menari rancak bersama bayang-bayang
pembangunan yang bergerak pantas pada zaman pascakemerdekaan,
masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan kerana
sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana
pihak polis mendapati kes gengsterisme yang dilaporkan mencapai
peningkatan yang mendadak sejak akhir-akhir ini. Antara masalah
sosial yang terus menjadi buah mulut yang hangat ialah gejala
gengsterisme yang bukan sahaja melibatkan pelajar sekolah
menengah, justeru melibatkan pelajar sekolah rendah. Keadaan
menjadi semakin kronik kerana golongan gengster ini semakin
bermaharajalela di sekolah mahupun di luar sekolah. Sebenarnya,
banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus
meningkat.


Click to View FlipBook Version