The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyabtrsya03, 2022-11-30 18:56:15

MPU23072 TAWAZZUN

MPU23072 TAWAZZUN

MPU23072 – PELANCONGAN & HOSPITALITI
DALAM ISLAM

E – FOLIO ( PRINSIP TAWAZZUN )

SITI NOR SYAMIMI BINTI CHE AB. HAMID
(26DUP21F2004)

NUR ZAFIRA HAMISYA BINTI ZULFADLI
(26DUP21F2018)

ALYA BATRISYIA BINTI M.NORIZAM
(26DUP21F2001)

NAMA PENSYARAH :
EN. WAN MOHD SABRI BIN WAN MAHMOOD

PRINSIP TAWAZUN

maksud TAWAZZUN
Tawazzun menurut bahasa ialah keseimbangan atau seimbang
Dari segi istilah tawazzun merupakan suatu sikap seseorang untuk memilih titik yang
seimbang atau adil dalam menghadapi suatu persoalan.

Antara contoh pengmalan At – Tawazzun dalam Islam
a. Seimbang dari sudut keperluan rohani dan jasmani
b. Seimbang dari sudut perundangan
c. Seimbang mengatur kehidupan dunia dan akhirat
d. Seimbang bertepatan dengan fitrah manusia

I. Seimbang dari sudut keperluan rohani & jasmani
• Syariat Islam telah meletakkan rukun – rukun iman serta ibadat – ibadat
yang khusus dalam mengukuhkan hubungan kerohanian kita dengan Allah.
Syariat Islam juga telah meletakkan hukum – hukum dalam perkara yang
berkaitan dengan keperluan jasmani seperti nafkah, makanan, perhiasan,

perkahwinan, pembahagian harta pusaka, prinsip ekonomi, dan
seumpamanya.

II. Seimbang dari sudut perundangan
• Perundangan Islam bersifat seimbang mengatur perkara – perkara yang
berhubung dengan rohani dan jasmani. Manakala, hukum hudu bagi
kesalahan mencuri, minum arak, berzina bermatlamatkan untuk menjaga
harta, akal, serta maruah kita daripada dicerobohi.

III. Seimbang mengatur kehidupan dunia & akhirat
• Islam melarang kita hanya menumpukan kepada amal ibadat semata –
mata tanpa mempedulikan tanggungjawab di dunia ini. Misalnya, tugas
utama kita dijadikan bukan sahaja ialah sebagai hamba Allah, adalah bagi
mematuhi segaal perintahNya.

IV. Seimbang bertepatan dengan fitrah manusia
• Islam mengharuskan hiburan yang baik serta gurauan yang benar. Misalya
nyanyian pada hari raya dan perkahwinan diharuskan syarak. Begitu juga
diharuskan perhiasan

Contoh manusia yang tidak Tawazzun

a. ATEIS
▪ Manusia yang tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan

b. MATERIALIS
▪ Manusia yang mementingkan kebendaan seperti wang, emas atau harta
benda

c. PANEISME
▪ Manusia yang menyamakan Tuhan dengan kuasa dan hukum alam

Kesimpulan
Kesimpulannya, konsep At – Tawazzun itu ada di dalam Islam. Dapat kita fahami

bahawa Islam sangat menganjurkan umatnya untuk seimbang kehidupan mereka antara
kehidupan ndunia dan di akhirat. Sebahagian daripada kita telah menyalah anggap bahawa
kita perlu kelihatan miskin dan hidup serba dhaif di dunia ini umpamanya, kerana itulah yang
dinamakan sebagai zuhud.


Click to View FlipBook Version