MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN
AHLI KUMPULAN;
1) AHMAD NUR ADAM BIN MOHD YUSOFF
(26DUP21F2005)
2) MUHAMMAD AZREEN AMIN BIN
AZMAN (26DUP21F2014)
3) ALYA BATRISYIA BINTI M.NORIZAM
(26DUP21F2001)
4) NUR ILHAM NISHA ADILA BINTI
AZUWAN (26DUP21F2010)
NAMA PENSYARAH;
PUAN ZALEHA BINTI SULONG
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
1-Maksud Rukun Negara 3-4
2-Objektif 5-6
3-Prinsip Rukun Negara 7-18
4-Kepentingan Rukun Negara 19-20
5-Cara Mengamalkan Rukun
Negara dalam Kehidupan 21-22
6-Rumusan 23-24
7-Lampiran 25
8-Rujukan 26
MAKSUD
RUKUN NEGARA
Maksud Rukun Negara;
MAKSUD RUKUN NEGARA IALAH UNTUK MECAPAI
PERPADUAN YANG LEBIH ERAT DI KALANGAN
MASYARAKAT DAN MENCIPTA SATU MASYARAKAT
YANG ADIL UNTUK DINIKMATI BERSAMA SECARA
ADIL DAN SEKSAMA.
Rakyat Malaysia akan memegang 5
prinsip rukun negara;
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
OBJEKTIF
Objektif;
Rukun negara ini direka untuk menjamin
keselamatan negara kerana setiap prinsip
rukun negara mempunyai maksud yang
tersendiri. Rukun negara ini dibina untuk
mendispilinkan masyarakat dan menghormati
agama,budaya serta bangsa masing-masing.
Selain itu, untuk mencapai perpaduan yang
lebih erat di kalangan seluruh masyarakat,
mencipta seorang masyarakat yang adil agar
kemakmuran negara dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama.
PRINSIP
RUKUN NEGARA
Prinsip Rukun Negara;
• Kepercayaan kepada Tuhan
• Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Keluhuran perlembagaan
• Kedaulatan undang-undang
• Kesopanan dan kesusilaan
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Kepercayaan kepada Tuhan
Kepercayaan kepada Tuhan ialah rakyat
Malaysia yang mempunyai bangsa, agama
serta kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
Selain itu, melalui kepercayaan agama telah
menjadikan bangsa dan negara ini sebagai
negara yang berdaulat. Di samping itu,
jawatanakuasa telah mewujudkan rukun
negara akan kepentingan rukun negara untuk
menyedarkan betapa pentingnya ajaran agama
masing – masing.
KESETIAAN KEPADA
RAJA DAN NEGARA
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Kesetiaan kepada raja dan negara dapat
ditunjukkan oleh rakyat melalui sumbangan
dan pengorbanan merupakan unsur patriotisme
yang amat penting. Unsur ini perlu disemai
dan ditanam dalam jiwa generasi muda
khususnya dalam konteks masyarakat
berbilang kaum di Malaysia. Patriotisme juga
memerlukan komitmen pemimpin dan semua
golongan rakyat dengan mempertahankan asas
pembinaan dan kedaulatan negara.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Keluhuran perlembagaan
Keluhuran Perlembagaan Negara Malaysia
menjadi sumber rujukan dalam semua perkara
yang berkaitan dengan sistem pemerintahan,
perundangan, kedudukan, dan hak sosio-
ekonomi rakyat berbilang kaum dan agama di
Malaysia ini. Pendek kata, perlembagaan yang
mulia dan perlulah dijadikan sebagai salah
satu elemen penting dalam prinsip Rukun
Negara. Maka dengan ini, keluhuran
perlembagaan mengambil tempat ketiga dalam
prinsip Rukun Negara.
KEDAULATAN
UNDANG – UNDANG
Kedaulatan undang – undang
Kerajaan dan rakyat keseluruhannya terikat
dengan undang - undang dan wajib mematuhi
undang - undang. Ia adalah definisi bagi
prinsip utama dalam konsep kedaulatan
undang-undang.
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Kesopanan dan kesusilaan
Berperanan penting dalam membina sahsiah
seseorang. Kesopanan dan kesusilaan adalah
sebahagian daripada budaya masyarakat kita
yang harus diterapkan dalam kalangan rakyat
sebagai ktua negara untuk mencapai status
negara maju.
KEPENTINGAN
RUKUN NEGARA
Kepentingan Rukun Negara;
1.Dapat mewujudkan perpaduan antara kaum
Setiap warganegara perlu mendukung cita - cita dalam
membentuk satu negara yang bersatu padu tanpa mengira
kaum dan kepercayaan masing masing.
2.Memelihara cara hidup demokrasi
Seperti yang terkandung dalam perlembagaan negara yang
menjamin kebebasan hak asasi warganegara asalkan tidak
melanggar undang - undang negara.
3. Keadilan menjadi tunjang
Setiap anggota masyarakat mempunyai peluang dan ruang
yang sama untuk menikmati keuntungan dan kekayaan
negara. Hukuman juga diberikan sama rata kepada penjenayah
yang melanggar undang - undang negara.
4. Membentuk sikap liberal dalam masyarakat
Rakyat malaysia bebas mengamalkan agama, adat resam,
serta kebudayaan masing masing selari dangan matlamat
perpaduan negara. Selain itu, kita juga harus mempelajari
agama, adat resam serta kebudayaan yang dimiliki supaya
dapat memahami dan menghormati antara satu sama lain.
5. Membina masyarakat progresif
Demi mengecapi kemajuan global dan bersaing di peringkat
dunia, masyarakat perlulah bersikap terbuka dan meraikan
perbezaan untuk berjaya.
CARA MENGAMALKAN RUKUN
NEGARA DALAM KEHIDUPAN
Cara mengamalkan rukun negara dalam
kehidupan;
Cara mengamalkan rukun negara dalam kehidupan
dengan mematuhi undang-undang untuk keselamatan
negara. Selain itu, ahli parlimen Malaysia juga boleh
mengetatkan lagi undang-undang di Malaysia. Pihak
atasan juga harus menjatuhkan hukuman yang setimpal
kepada rakyat yang ingkar akan undang - undang
supaya rakyat taat kepada undang-undang yang
ditetapkan oleh pihak atasan. Akhir sekali, pihak
berkuasa boleh mengadakan kempen agar generasi
muda sekarang mempunyai kesedaran terhadap betapa
pentingnya undang – undang di Malaysia.
RUMUSAN
Rumusan;
Rukun Negara dicipta ketika berlakunya
rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 dan telah
diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena
ulang tahun ke merdekaan Malaysia yang ke-
13. Tragedi 13 Mei itu telah menjatuhkan
perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun
Negara dibentuk bertujuan untuk membentuk
perpaduan kaum yang kukuh. Selain itu,
perpaduan kaum adalah matlamat penting
yang perlu dicapai oleh semua negara
diseluruh dunia termasuk Malaysia. Oleh itu,
kewujudan Rukun Negara telah menjadi titik
permulaan kearah yang mencapai perpaduan
dalam kalangan semua etnik di Malaysia.
Sekiranya rakyat Malaysia menghayati
maksud Rukun Negara dengan teliti, ia dapat
memudahkan proses pentadbiran negara
kerana rakyat sedar tentang konsep hormat –
menghormati antara satu sama lain. Maka
dengan ini, matlamat Rukun Negara dapat
dicapai dengan mudah.
Lampiran
RUJUKAN
• http://kumpulanduapunya.blogspot.co
m/2014/10/objektif-rukun-
negara.html
• https://anyflip.com/chume/gocl/basi
c
• https://www.kln.gov.my/web/esp_ma
drid/news-from-mission/-
/blogs/objektif-dan-prinsip-rukun-
negara
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun
_Negara
• https://www.scribd.com/doc/15473
6011/Sebab-Rukun-Negara-
Diperkenalkan