1.0 PENGENALAN
Setiap pengajaran seseorang guru mestilah mempunyai perancangannya yang tersendiri.
Hal ini demikian kerana perancangan pengajaran atau lebih dikenali sebagai Rancangan
Pelajaran Harian (RPH) menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) menjadi
lebih sistematik, terancang dan bermakna (Dahlia Janan et. al., 2004). Dalam pada itu,
sebelum membuat perancangan pengajaran, guru mestilah bijak dalam memilih pendekatan,
kaedah, teknik, strategi dan aktiviti yang sesuai digunakan untuk diaplikasikan dalam bilik
darjah. Justeru, guru perlu benar-benar memahami konsep strategi, pendekatan, kaedah,
teknik pengajaran dan aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan dalam bilik darjah dengan
melihat tahap keupayaan murid untuk mencapai objektif pengajaran. Oleh itu, penulisan kali
ini akan memfokuskan kepada penghasilan RPH Tahun 5 yang bertemakan Alam Sekitar
dan Teknologi Hijau.
2.0 DEFINISI KEMAHIRAN BERTUTUR
Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir (2011) mendefinisikan kemahiran bertutur sebagai
kebolehan murid untuk menyampaikan sesuatu pendapat, buah fikiran dan idea secara
berkesan kepada khalayak menerusi pertuturan. Manakala, Siti Hajar Abdul Aziz (2009)
berpendapat kemahiran bertutur merupakan aktiviti melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan
daripada alat-alat artikulasi manusia. Secara amnya dalam konteks pendidikan, kemahiran
bertutur dapat ditakrifkan sebagai kemahiran asas yang wajar dikuasasi oleh setiap individu
kerana kemahiran bertutur merupakan kemahiran asas kepada penguasaan kemahiran
yang lain (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir et. al., 2007).
3.0 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN TAHUN 5
Rancangan Pelajaran Harian (RPH) menjadi panduan kepada para guru sebagai persediaan
untuk membuat pengajaran di dalam bilik darjah. Seperti mana yang kita sedia maklum,
RPH merupakan perkara yang penting bagi kelangsungan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) guru secara sistematik dan terancang (Zaharah Che Isa & Nurulwahida
Azid@Aziz, 2016). Oleh itu, penghasilan RPH pada kali ini akan memfokuskan kepada
kemahiran bertutur.
1. Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
2. Tahun : 5 Kreatif
3. Bilangan Murid : 30 orang
4. Tarikh : 21 Julai 2019
1
5. Hari : Rabu
6. Masa : 7:30 pagi – 8:30 pagi (60 minit)
7. Tema : Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
8. Tajuk : Lindungilah Flora dan Fauna
9. Kemahiran Fokus : Kemahiran Bertutur
10. Standard Kandungan :
1.2- Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata,
perkataan, frasa dan ayat dengan ayat.
11. Standard Pembelajaran :
1.2.6- Mendengar, memahami dan menyebut pelbagai ragam ayat dengan
struktur binaan ayat yang betul dan tepat.
12. Objektif Pengajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1) Menyebut ayat aktif dan ayat pasif dengan struktur binaan ayat yang
betul.
2) Mengkategorikan ayat aktif dan ayat pasif ke dalam balang yang betul.
13. Sistem Bahasa :
1) Sebutan dan intonasi.
2) Kosa Kata : Mewartakan, sanutari, lestari, khazanah, rakus.
14. Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum) :
1) Ilmu : Pendidikan Alam Sekitar, Pendidikan Moral.
2) Nilai : Bertanggungjawab, Kasih Sayang, Kerjasama, Keyakinan
diri, Hormat-menghormati.
3) Elemen Keusahawaan:
EK 2: 2.3- Menghasilkan idea melalui pemerhatian: memerhati dengan
bertujuan dan menghasilkan banyak idea.
15. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik) :
1) Kemahiran Berfikir : Mengecam, Menghubungkaitkan, Menjana
idea, Merumus, Menganalisis.
2) Kecerdasan Pelbagai : Intrapersonal, interpersonal, verbal-linguistik.
2
3) Pembelajaran Kontekstual: Mengaplikasikan nilai dan pengajaran dalam
hidup bermasyarakat
4) Pembelajaran Koperatif : Menyelesaikan tugasan secara berkumpulan
16. Bahan Bantu Mengajar dan Bahan Bantu Belajar :
Bil. Jenis
1. Komputer Riba Bilangan
2. Pembesar Suara 1
3. Projektor LCD 1
4. Video 1
5. Sampul Surat 1
6. Balang Merah 6
7. Kad Trafik 6
8. Lembaran Peta i-Think 30
9. Latihan Pengayaan 30
10. Latihan Pemulihan 26
4
17. Pengetahuan Sedia Ada :
Murid mengetahui kata kerja aktif dan pasif.
LANGKAH/ ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
MASA
PENGAJARAN DAN
Set Induksi Video:
(5 minit) PEMBELAJARAN
Soalan 1. Murid dipaparkan BBB
cadangan:
1. Video ini video • Komputer Riba
tentang apa? ‘Sayangilah • Projektor LCD
2. Apakah mesej
disebalik video Kehidupan Flora • Pembesar
ini? dan Fauna’ dan Suara
kad gambar.
2. Murid dan guru STRATEGI
bersoal jawab. • Pembelajaran
Kontekstual
TEKNIK
3
Jangkaan 3. Guru • Soal Jawab
jawapan: KB
1. Video tentang merumuskan Menghubung
sayangilah • kait
kehidupan Flora jawapan dan
dan Fauna. BCB Memproses
2. Kita hendaklah membimbing • maklumat
melindungi dan
memelihara Flora murid untuk
dan Fauna
daripada menghubungkait
terancam.
kan jawapan
Kad gambar:
dengan isi
pelajaran hari itu.
KP
• Intrapersonal
• Interpersonal
• Verbal-
linguistik
NILAI
• Kasih Sayang
• Bertanggungja
wab
Soalan ILMU
• Pendidikan
cadangan: Alam Sekitar
• Pendidikan
1. Adakah kamu Moral
pernah lihat
bunga ini?
2. Tahukah kamu
flora dan fauna ini
diancam
kepupusan?
Jangkaan
jawapan:
1. Ya/ Tidak
2. Ya/ Tidak
4
Langkah 1 Dengar, sebut 1. Secara BBB Komputer Riba
(15 minit) dan salin berkumpulan, • Pembesar
murid • Suara
didengarkan
beberapa ayat STRATEGI
aktif dan ayat • Pembelajaran
pasif. Kontekstual
2. Murid menyebut TEKNIK
semula ayat • Perbincangan
tersebut.
3. Murid menyalin KB Mengecam
ayat tersebut. • Menganalisis
•
KP
• Interpersonal
• Verbal-
linguistik
NILAI
• Kerjasama
ILMU
• Pendidikan
Alam Sekitar
Penilaian objektif (1)
Langkah 2 1) Murid diminta BBB
(25 minit)
Balang Merah: untuk • Sampul Surat
- Balang Ayat menghantar wakil • Balang Merah
Aktif kumpulan.
- Balang Ayat
Pasif 2) Wakil kumpulan TEKNIK
perlu mengambil • Perbincangan
5
satu sampul surat KB
yang disediakan • Mengecam
oleh guru. • Menjana idea
• Menganalisis
3) Murid
mengkategorikan KP Interpersonal
jenis-jenis ayat • Verbal-
dan • linguistik
masukkannya ke
dalam balang
ayat aktif atau NILAI
ayat pasif. • Kerjasama
• Keyakinan Diri
4) Ahli kumpulan
lain diminta untuk ILMU Pendidikan
menilai jawpan • Alam Sekitar
ahli kumpulan
lain.
- Penilaian Penilaian Objektif (2)
jawapan
menggunakan
kad trafik.
Hijau = Betul
Merah = Salah
Setiap ayat yang
dikategorikan pada
balang yang betul
memperoleh 5 markah.
Langkah 3 Peta i-Think 1) Murid BBB
(10 minit) - Peta
Bulatan menyatakan • Lembaran
Peta i-Think
langkah-langkah Latihan
Penggayaan
melindungi flora • Latihan
Pemulihan
dan fauna ke
dalam peta i- •
Think.
6
2) Murid TEKNIK
memindahkan • Latih Tubi
maklumat ke
dalam peta i- KP
Think. • Interpersonal
Aktiviti Pengayaan: NILAI
Murid diberi teks • Keyakinan diri
senaraikan ayat aktif dan • Kasih sayang
ayat pasif yang terdapat • Bertanggungja
dalam petikan. wab
Aktiviti Pemulihan: ILMU Pendidikan
Murid membina ayat • Alam Sekitar
menggunakan perkataan Pendidikan
yang diberikan oleh guru. •
Moral
Penutup Kognitif 1. Murid KB
(5 minit)
Rumusan isi menyatakan nilai • Menjana idea
pelajaran. murni yang • Merumus
diperoleh
Menyatakan nilai- sepanjang proses KP
nilai murni. pengajaran dan • Interpersonal
pembelajaran.
Sosial 2. Guru NILAI
Pujian atas usaha memberikan • Hormat-
dan kerjasama. pujian atas sikap menghormati
murid yang • Kerjasama
memberi
kerjasama dalam
aktiviti
pengajaran.
7
Refleksi:
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Ulasan Guru pembimbing/ pensyarah penyelia
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
4.0 KESIMPULAN
Secara konklusinya dapat dilihat bahawa Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan
aspek penting dalam pengajaran seseorang guru. Berikutan ini kerana, RPH merupakan
panduan pengajaran guru di dalam bilik darjah. Tanpa merangka RPH yang lengkap, sudah
pasti pengajaran guru pada hari itu tidak teratur kerana tiada perancangan yang sistematik.
Secara tidak langusng, objektif pengajaran pada hari berkenaan tidak tercapai. Dalam pada
itu, proses merangka RPH mestilah mengambil kira beberapa faktor seperti keupayaan
murid dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang, objektif yang hendak dicapai dan
bahan bantu mengajar yang digunakan.
Bahan bantu mengajar merupakan suatu perkara yang perlu ada dalam pengajaran
seseorang guru untuk memastikan proses penyampaian ilmu berjalan dengan lancar dan
sistematik (Faizah Ja’apar, 2017). Dengan cara ini, pengajaran seseorang guru akan
menjadi lebih terancang dan tidak wujud fragmentasi di dalamnya kerana bahan-bahan yang
disediakan hanya tertumpu kepada isi pelajaran pada hari berkenaan. Seterusnya, guru
haruslah berkebolehan dalam meningkatkan penguasan murid dalam pelbagai kemahiran
bahasa agar murid menjadi mahir untuk berbahasa dengan baik sama ada secara lisan
mahupun tulisan. Justeru, dapat disimpulkan bahawa guru perlulah bijak memilih teknik
pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada hari itu agar mampu
memberikan kesan yang mendalam kepada murid yakni bukan sahaja kepada murid namun
turut menyentuh jiwa murid.
8
RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2014). Kurikulum standard bahasa Melayu tahun lima
(semakan). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dahlia Janan, Husna Faredza Mohamed Redzwan, Khairul Azam Bahari, Mohd Ra’in Shaari
& Zulkifli Osman. (Eds). (2004). Mengajar dan belajar bahasa Melayu. Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Faizah Ja’apar. (2017). Bahan bantu mengajar (bbm) dalam pengajaran dan pembelajaran
(p&p) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian. Laporan Sarjana.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (tidak diterbitkan).
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, Seri Lanang Jaya Rohani, Ahmad Khair Mohd Nor &
Abdullah Yusof. (Eds). (2007). Mengajar dan belajar bahas Melayu kemahiran bernilai
tambah jilid 3. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri pendidikan guru: bahasa Melayu II. Selangor: Laser Press
Sdn. Bhd.
Siti Sarah Abdul Malik, Nurfarah Lo Abdullah & Sarawati Tumiran. (2014). Buku teks bahasa
Malaysia tahun 5 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2011). Pengajaran kemahiran bahasa Melayu.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Zaharah Che Isa & Nurulwahida Azid@Aziz. (2016). Pembinaan dan penilaian Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) berasaskan lapan prinsip pembelajaran berasaskan projek
(PBL) bagi mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu: kajian di Malaysia. Proceeding
of ICECRS. 1011-1022.
9
SET INDUKSI
10
TUGASAN LANGKAH 1
Nama : _______________________________________
Kelas : 5 _____________________________________
Tarikh : _______________________________________
Arahan: Dengar dan salin ayat yang disebut. Ayat
Bil.
Ayat Aktif Aktif Pasif
1.
2.
3.
Ayat yang diperdengarkan:
1. Ayat Aktif : Kerajaan perlu mewujudkan taman laut.
Ayat Pasif : Taman laut perlu diwujudkan oleh kerajaan.
2. Ayat Aktif : Pihak berkuasa perlu melestarikan santuari.
Ayat Pasif : Santuari perlu dilestarikan oleh pihak berkuasa.
3. Ayat Aktif : Semua warga perlu menjaga flora dan fauna.
Ayat Pasif : Flora dan fauna perlu dijaga oleh semua warga.
11
TUGASAN LANGKAH 2
Kita perlu melindungi flora dan fauna.
Sampah dibuang oleh mereka ke dalam tong sampah.
Langkah mengatasi perlu diambil oleh pihak berkuasa.
Kita hendaklah menyayangi alam sekitar.
Flora dan fauna perlu dihargai oleh kita.
Hutan simpan telah diwartakan oleh pihak kerajaan.
Kerajaan perlu mewartakan taman laut untuk melindungi flora dan fauna.
Rakyat perlu mengikuti kempen kesedaran alam sekitar.
Flora dan fauna yang pupus dipelihara oleh zoo negara.
Pihak kerajaan telah mewartakan hutan simpan.
Kita perlu menjaga flora dan fauna yang diancam kepupusan.
Aktiviti sayangi flora dan fauna perlu diperbanyakkan oleh kerajaan.
Kerajaan perlu menjaga hak flora dan fauna yang semakin pupus.
Habitat flora dan fauna pupus disebabkan oleh manusia yang rakus.
Santuari menyelamatkan habitat yang semakin pupus.
12
TUGASAN LANGKAH 3
13
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN........................................................................................................... 1
2.0 DEFINISI KEMAHIRAN BERTUTUR .......................................................................... 1
3.0 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN TAHUN 5 ..................................................... 1-8
4.0 KESIMPULAN ............................................................................................................ 8
RUJUKAN............................................................................................................................. 9
14
PENGHARGAAN
Saya Khairunnajihah binti Abdul Halim, selaku pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa Melayu, bidang bahasa Melayu Pendidikan Rendah Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan, mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi penghargaan kepada
semua pihak yang telah memberikan tunjuk ajar dan cadangan membina. Ucapan terima
kasih tidak terhingga ditujukan kepada Cik Siti Salamah binti Mohd Yusof (BMMB3073) yang
telah memberikan sokongan padu terhadap tugasan kerja khursus yang diberikan ini.
Seterusnya terima kasih ditujukan kepada unit pengurusan perpustakaan Dato’
Lokman Musa Instititut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, yang telah banyak
memudahkan urusan saya dalam pencarian dan peminjaman buku sebagai bahan rujukan
untuk menyiapkan tugasan kerja khusus ini. Kepada rakan-rakan terima kasih atas
perbincangan, kritikkan dan ulasan mengenai pelbagai aspek penambahbaikan yang
berkaitan dengan tugasan kerja khusus ini.
Atas kesempatan ini juga, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada kedua ibu bapa saya serta ahli keluarga saya yang
tercinta. Hal ini kerana, mereka banyak memberi kata-kata perangsang dan mendorong
saya supaya tabah dalam mengharungi dugaan ketika menyiapkan tugasan kerja khusus ini.
Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat samada secara langsung atau tidak langsung. Sekian terima kasih.
15
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR.
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2018 TAHUN 2 SEMESTER 1)
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
(BMMB3073)
NAMA: DISEDIAKAN OLEH:
KHAIRUNNAJIHAH BINTI ABDUL HALIM
ANGKA GILIRAN: 2018192340025
NOMBOR KAD PENGENALAN: 990421-06-5802
KUMPULAN: PISMP D2
KOD DAN NAMA KURSUS: BMMB3073
NAMA PENSYARAH: PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH
CIK SITI SALAMAH BINTI MOHD YUSOF
TARIKH HANTAR: 25 OGOS 2019
16