“Kem Lestari Generasi MADANI” merupakan sebuah inisiatif strategik yang digerakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan tujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman murid tentang isu-isu alam sekitar, keusahawanan dan celik kewangan serta menerapkan elemen STEM dan TVET. Program ini mendedahkan murid kepada unsur pendidikan interaktif dan berinformasi melalui aktiviti berbentuk kem, bengkel, karnival, fiesta dan sebagainya sejajar dengan keperluan pendidikan abad ke-21 yang menekankan pembelajaran berasaskan pengalaman.