The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sharmilia1973, 2019-11-29 08:34:05

Minit Mesyuarat Guru Bil 3/2019

Minit Mesyuarat Guru Bil 3 2019

Keywords: Minit Mesyuarat

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KEDAH, KEDAH DARULAMAN.
MINIT MESYUARAT GURU BIL 3 / 2019

Tarikh : 20 November 2019 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Kuala Kedah
Pengerusi : Encik Samion Bin Mat Din (Guru Besar)
Kehadiran : 43/44 orang

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mengucapkan salam dan terima kasih atas kehadiran guru ke mesyuarat
guru kali ketiga.
1.2 Pengerusi berharap semua guru dapat melibatkan diri semasa jamuan
akhir tahun yang akan di adakan selepas mesyuarat bertempat di Jerai Hill.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
2.2 Dicadang untuk disahkan oleh En Harith Bin Baharom.
2.3 Disokong untuk pengesahan oleh En Hamdan Bin Arshad.

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pengerusi memaklumkan akan terus menggunakan sistem punch card
kerana sistem ini lebih baik daripada menulis nama di dalam buku. Kaedah ini
juga dapat mengelakkan penipuan. Guru yang terlewat perlu menulis sebab
kelewatan di bahagian catatan dan mendapatkan tanda tangan penolong kanan.
Pada tahun 2020, kad akan menggunakan pelbagai warna untuk membezakan
waktu kehadiran.
Makluman: Semua guru

(1)

3.2 Menjelang tahun 2020, sekolah akan kehilangan dua orang guru yang
akan bersara. Guru berkenaan akan tamat berkhidmat pada 2.1.2020.
3.3 Guru lelaki di minta membantu mengecat bangunan sekolah semasa cuti
sekolah.
Tindakan: Guru lelaki

4. FOKUS MESYUARAT
4.1 PERSEDIAAN SEBELUM CUTI.
4.1.1 Guru di minta mengisi borang dan menyerahkan segala peralatan
atau bahan milik sekolah sebelum bercuti.
4.1.2 Guru yang bercuti keluar negara semasa cuti persekolahan perlu
memaklumkan kepada pihak sekolah. Guru perlu membuat
permohonan terlebih dahulu. Tindakan tidak memaklumkan
perkara ini boleh menyebabkan guru kehilangan pencen dan
ganjaran.
4.1.3 Guru perlu menyerahkan Fail Rekod Mengajar kepada PK
Pentadbiran. Penggunaan fail akan diteruskan pada tahun
2020. DSKP tidak perlu di serahkan.
4.1.4 Makluman tarikh-tarikh penting.
29 Disember 2019 - Mesyuarat Guru Bil 1 Tahun 2010
30 Disember 2019 - Pendaftaran Tahun 1/ Gotong royong kelas
29 hingga 31 Disember 2019 – Jualan buku
Pengerusi meminta guru tidak mempunyai sebarang alasan untuk
tidak hadir ke mesyuarat.
Makluman: Semua guru
4.1.5 Jawatankuasa Tahun 1 di minta merancang aktiviti Program
Transisi.
Tindakan: Jawatankuasa Tahun 1
4.1.6 Kelas perlu di bersihkan. PK Hem dan PK Ko di minta membuat
pemantauan kawasan sekolah. Pastikan sampah tidak bertaburan,

(2)

kerusi dan meja di susun, tingkap di tutup dan murid tidak

meninggalkan buku di dalam kelas.

Makluman: Semua guru

4.1.7 Pengerusi meminta En Harith memaklumkan kepada murid supaya

membalut buku teks yang diterima.

Tindakan: En Harith Bin Baharom

4.1.8 Kelas pada tahun 2020:

Aliran perdana -18 kelas

Kelas Khas - 2 kelas

Kelas Pra - 2 kelas

4.1.9 Encik Rashid (PK Pentadbiran) di minta memastikan kerusi dan

meja mencukupi untuk tahun hadapan.

4.1.10 Guru perlu menyerahkan semula borang panduan persediaan

sebelum cuti selepas menyerahkan segala kerja.

4.1.11 Guru PSS di minta memastikan semua peralatan di pulangkan.

Guru-guru tidak dibenarkan membawa balik peralatan sekolah.

Makluman: Semua guru

4.1.12 Pengerusi meminta fail murid di simpan di stempat yang mudah di

ambil sekiranya berlaku pertukaran murid.

Tindakan: Guru kelas

4.1.13 Bil yang belum di selesaikan perlu diserahkan kepada kerani untuk

di buat pembayaran.

4.1.14 Guru yang mengadakan aktiviti di kawasan sekolah semasa cuti

perlu memaklumkan kepada pihak sekolan.Makluman boleh di buat

melalui wsapp sahaja.

4.1.15 Guru yang hadir bertugas semasa cuti perlu menulis nama di

dalam buku kehadiran yang akan disediakan.

Makluman: Semua guru

(3)

4.2 PENGURUSAN KURIKULUM GURU KELAS
Pn Latifah Bt Abdul Aziz
4.2.1 Guru Kelas 2020 Pn Nurhazami Bt Mohd Yusof
Pn Masriah Bt Hassan
Tahun 1
GURU KELAS
KELAS Cik Noraznida Bt Ramli
1 Wawasan Pn Nor Hasimah Said
1 Jaya Pn Khalijah Bt Zakaria
1 Usaha
GURU KELAS
Tahun 2 Pn Cik Husna Bt Mahmud

KELAS Pn Maznah Bt Harun
2 Wawasan Pn Nazifah Bt Ismail
2 Jaya
2 Usaha GURU KELAS
Pn Putry Mauly Bt Megat Musa
Tahun 3
Pn Fatimah Bt Fadzil
KELAS Pn Azizah Bt Othman
3 Wawasan
3 Jaya GURU KELAS
3 Usaha Pn Che Sham Bt Harun
Pn Noor Izma Bt Mansor
Tahun 4
Pn Noraini
KELAS
4 Wawasan GURU KELAS
4 Jaya Pn Fakhriyah Bt Ishak
4 Usaha Pn Zulainah Bt Sengoot
En Hamdan Bin Arshad
Tahun 5

KELAS
5 Wawasan
5 Jaya
5 Usaha

Tahun 6

KELAS
6 Wawasan
6 Jaya
6 Usaha

(4)

4.2.2 Pengurusan Panitia

PANITIA NAMA GURU
Bahasa Melayu Ketua Panitia - Pn Noor Izma Bt Mansor
Bahasa Inggeris Setiausaha - Azizah Bt Othman
Matematik Ketua Panitia - Pn Fatimah Bt Fadzil
Sains Setiausaha - Pn Masriah Bt Hassan
Pendidikan Islam Ketua Panitia - Pn Putry Mauly Bt Megat Musa
Bahasa Arab Setiausaha - Pn Latifah Bt Abdul Aziz
Pend. Jasmani & Kesihatan Ketua Panitia - Pn Rohana BtAbd [email protected]
Pendidikan Muzik Setiausaha - Pn Che Sham bt Harun
Pendidikan Kesenian Ketua Panitia - Pn Fakhriyah Bt Ishak
Sejarah Setiausaha - Pn Nurhazami Bt Mohd Yusof
Reka Bentuk Teknologi Ketua Panitia - Pn Cik Husna Bt Mahmud
Setiausaha - En Mohd Saad Bin Romli
Ketua Panitia - En Yusnizam B Yaacob
Setiausaha - Pn Nor Hasimah Bt Said
Ketua Panitia/ - Pn Sharmilia Bt Mat Taib
Setiausaha
Ketua Panitia/ - Pn Khalijah Bt Zakaria
Setiausaha
Ketua Panitia - En Hamdan B Arshad
Setiausaha - Cik Zulianah Bt Sengoot
Ketua Panitia/ - En Zamani B Abu Seman
Setiausaha

4.2.3 Jawatankuasa Tahun 6

Penyelaras Tahun 6 - Pn Rohana Bt Abdul [email protected]

Bendahari - Pn Puty Mauly bt Megat Musa

4.2.4 Jawatankuasa Pengawas

Guru Penyelaras - Cik Zulianah Bt Sengoot
4.2.5 Pemulihan

Guru pemulihan - Siti Halijah Bt Hamid
4.2.6 Penyelaras Aliran

Tahun 1 - Pn Latifah Bt Abdul Aziz

Tahun 2 - Cik Noraznida Bt Ramli

Tahun 3 - Pn Cik Husna BtMahmud
Tahun 4 - Pn Putry Mauly Bt Megat Musa

Tahun 5 - En Mohd Saad Bin Romli

Tahun 6 - Pn Che Sham Bt Harun

(5)

4.3 HAL EHWAL MURID
4.3.1 Guru di minta mengira bilangan meja dan kerusi di dalam kelas. Guru
tidak di benarkan mengambil lebih meja dan kerusi. Meja dan kerusi perlu
dikumpulkan dan diletakkan di tengah kelas. Tahap 1 menggunakan
kerusi kayu, manakala tahap 2 menggunakan kerusi plastik.
Tindakan: Guru kelas
4.3.2 Kelas 5 Usaha akan menggunakan bilik KAFA.
4.3.3 Guru perlu menyiapkan kelas masing-masing sebelum hari pertama
persekolahan.
4.3.4 Guru kelas di minta mencetak analisa kehadiran bermula bulan Januari
hingga Disember.
Tindakan: Guru kelas

4.4 KOKURIKULUM
4.4.1 Ucapan terima kasih kepada semua guru atas kejayaan menjayakan
Majlis Apresiasi 2019.
4.4.2 Meminta guru melengkapkan fail kelab/persatuan dan unit beruniform. Fail
hendaklah diserahkan kepada penyelaras.
Tindakan: Penyelaras kelab/persatuan dan unik beruniform
4.4.3 Memaklumkan akan ada perubahan dalam unit kokurikulum pada tahun
hadapan.

4.4.4 Pn Rohana meminta di letakkan seorang guru lelaki dalam permainan
sofball kerana sekolah mempunyai pasukan lelaki.

Tindakan : PK Kokurikulum

(6)

5. HAL-HAL LAIN
5.1 En Nazri selaku wakil kelas khas mengucapkan terima kasih kepada guru-
guru yang telah membantu kelas khas. Beliau juga meminta di asingkan
aktiviti kokurikulum murid khas dengan arus perdana.Guru pendidikan
khas juga perlu di letakkan di dalam rumah sukan yang berlainan.
5.2 En Khairun memaklumkan keadaan bilik kaunseling yang bocor. Buat
sementara waktu,beliau telah berpindah ke bilik RBT. Beliau meminta
dibaiki kebocoran tersebut.Guru Besar memaklumkan akan menukar pintu
bilik kaunseling kepada pintu transparent.
Tindakan: Pihak pentadbir
5.3 En Khairun memaklumkan akan meminta bantuan/sumbangan dari mana-
mana syarikat. Perkara ini dimaklum terlebih dahulu supaya tidak timbul
salah faham dari mana datangnya sumbangan tersebut.
Makluman: Semua guru
5.4 Pn Khalijah meminta kelas 2 Usaha di tukarkan ke kelas J-Qaf.
Tindakan: Pihak pentadbir

6. PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………… …………………………………..
(SHARMILIA BT MAT TAIB) (EN SAMION BIN MAT DIN)
Setiausaha Guru Besar
SK Kuala Kedah SK Kuala Kedah

(7)


Click to View FlipBook Version