PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
SASARAN KUTIPAN PERATUS
TAHUN 2021 (%)
BIL. JENIS HASIL UNIT JUMLAH
(RM) (RM) 22.22
11. Sewaan Kedai PPR
[Bintong (Terinai II)] 3 3,600.00 800.00
12. Sewaaan Dewan PPR 1 900.00 0.00 0.0
(Taman Wai Permai)
1 1,200.00 0.00 0.0
13. Sewaan Mesin Air PPR
(Sena) 410 6,100.00 11,130.00 182.45
300 600.00 1,526.00 254.3
14. Hasil dokumen perolehan
15. Hasil borang permohonan 100 1,000.00 1,870.00 187.0
rumah 200 2,000.00 670.00 33.5
16. Bayaran Pendaftaran RPA/ -
0 0.00 15,000.00 -
PAKR/ PSN
17. Bayaran Pendaftaran PPR/ RK - 0.00 1,027,699.50 34.29
18. Bayaran Pendaftaran RFP
19. Deposit Dijurnal Kepada Hasil 7,681,832.00 2,634,671.62
JUMLAH
Secara umumnya, hasil kutipan semasa tahun 2021 adalah menurun daripada kutipan hasil semasa
tahun 2020 yang mana kutipan pada tahun 2020 adalah RM2,755,466.09 iaitu 4.38% melebihi
kutipan hasil tahun 2021.
49BAHAGIAN PERUMAHAN14095
LTAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
(b) HASIL KUTIPAN TUNGGAKAN TAHUN 2021
BIL. JENIS HASIL SASARAN KUTIPAN PERATUS
(RM) TUNGGAKAN (%)
1. Tunggakan rumah PAKR/ RPA 2,318,977.71 2021 19.91
2. Tunggakan rumah PSN Wai 0.00 (RM) 0.00
461,930.78
Damai 1,428,835.00 0.00 8.43
3. Tunggakan Sewaan Rumah 152,044.00 51.88
355,969.00 120,456.00 9.73
PPR Sena 78,886.00 0.00
PPR Taman Wai Permai 0.00 34,643.00
PPR Bintong (Terinai II) 100
Rimbunan Kaseh (RK) 655,800.00 0.00 18.91
4. Tunggakan Sewaan PPR 37,000.00
(Korporat) 655,800.00 0.00
UniMAP 31,380.00 7,000.00 7.91
Kolej Komuniti 11,500.00 27.23
5. Lain - Lain Tunggakan 4,991,505.71 0.00
Kedai PPR Sena 910.00
Kedai PPR Wai Permai 1,359,625.78
JUMLAH
Hasil kutipan tunggakan bagi tahun 2021 adalah lebih rendah berbanding dengan hasil kutipan
tunggakan pada tahun 2020 iaitu RM1,599,003.88 dikutip atau 14.97% lebih tinggi daripada kutipan
hasil tunggakan tahun 2021.
Secara keseluruhannya, jumlah hasil yang berjaya dikutip oleh Bahagian Perumahan pada tahun
2021 adalah RM3,994,297.40.
1.2 Selain daripada berfungsi sebagai jabatan yang mengutip hasil, Bahagian Perumahan juga
bertindak sebagai jabatan yang melaksanakan projek-projek pembangunan di kawasan-kawasan
yang di bawah seliaan Bahagian Perumahan iaitu di PPR, taman-taman RPA dan taman-taman PAKR.
Jumlah bilangan projek dan peruntukan yang telah dibelanjakan untuk sepanjang tahun 2021
adalah sepertimana yang berikut:
15005 BAHAGIAN PERUMAHAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
BIL. JENIS SUMBER BILANGAN PROJEK PERUNTUKAN
BINA BARU/ NAIKTARAF/ YANG
PERUNTUKAN PERUNTUKAN SELENGGARA RPA/ PAKR/ PPR
YANG TELAH DILAKSANAKAN DIBELANJAKAN
1. Pembangunan Negeri (RM)
Negeri 14
2. PEMERKASA Negeri 16 1,167,523.57
KPKT 13 561,444.87
3. MARRIS KPKT 9 1,469,084.59
Negeri 6 1,448,046.41
4. PPP 10 466,689.50
Negeri 164,897.21
5. PEMERKASA 4
65,915.25
6. Akaun Amanah 72
Infrastruktur 5,343,601.40
Perumahan Awam
Negeri Perlis
7. Akaun Amanah
Wang Gantian
Rumah Mampu
Milik
JUMLAH
2. PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN DI BAHAGIAN
2.1 Bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan pada tahun
berikutnya, Bahagian Perumahan telah meneruskan penambahbaikan seperti yang berikut:
(i) Meneruskan pasukan petugas khas (task force)
(Sewa-Beli Rumah RPA)
Pasukan petugas khas (taskforce) bagi menyelesaikan isu-isu tunggakan Rancangan Perumahan
Awam (RPA) yang tamat tempoh perjanjian telah ditubuhkan pada tahun 2019. Pasukan ini
dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan utama berdasarkan kepada kawasan Parlimen. Diskaun
atas denda lewat sehingga 70% juga ditawarkan kepada penyewabeli. Taskforce ini berfungsi
untuk memastikan bahawa penyewa beli tertunggak yang telah tamat perjanjian datang ke
Bahagian Perumahan untuk menstruktur semula perjanjian melalui kaedah yang berikut:
• Pembayaran penuh baki tunggakan : Diskaun 70%
• Bayaran ansuran secara potongan gaji : Diskaun 20%
• Bayaran ansuran secara normal : Diskaun 20%
51BAHAGIAN PERUMAHAN15015
LTAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
Perjanjian baru yang distruktur semula akan dihadkan tempoh masa kepada 120 bulan sahaja bagi
memastikan bayaran sewa-beli rumah dijelaskan dalam tempoh yang singkat berbanding perjanjian
asal (sehingga 25 tahun). Pelaksanaan taskforce ini akan diteruskan sehingga kesemua penyewa
beli yang tertunggak memeterai perjanjian baru. Dengan meterainya perjanjian baru ini, tunggakan
sewaan akan ditukar kepada hasil tahun semasa dan bakinya akan dihapuskira.
(ii) Meneruskan pasukan petugas khas (task force)
(Perjanjian Sewaan PPR)
Pasukan petugas khas (taskforce) bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan perjanjian
sewaan di Program Perumahan Rakyat (PPR) yang tamat tempoh telah ditubuhkan pada tahun
2020. Gerak kerja pasukan ini dilaksanakan oleh kakitangan di bawah sub-unit Perumahan
Awam bagi memastikan semua perjanjian sewaan rumah penyewa PPR diperbaharui.
(iii) Mempamerkan Senarai Top 30 Bagi Penyewa PPR Yang Mempunyai Tunggakan Sewaan
Yang Tinggi
Bahagian Perumahan telah mula mempamerkan Senarai Top 30 bagi penyewa PPR yang
mempunyai tunggakan yang tinggi mulai tahun 2020 bagi setiap dua (2) bulan sekali. Senarai
nama tersebut akan ditampal di papan notis/ papan kenyataan di semua PPR bagi memberi
peringatan kepada penyewa agar membuat bayaran sewaan.
(iv) Meneruskan pelaksanaan Ops Sedar
Ops Sedar telah dilaksanakan mulai daripada bulan Mac 2019 yang bertujuan untuk memberi
advokasi dan kesedaran kepada penghuni perumahan awam dalam melaksanakan tanggungjawab
terutamanya pembayaran sewaan. Ops Sedar ini diteruskan dan akan disusuli dengan Ops Singkir,
iaitu tindakan penamatan sewaan dan pengusiran terhadap penghuni yang mempunyai tunggakan
tertinggi. Antara aktiviti yang dilaksanakan dibawah Ops Sedar ini adalah seperti yang berikut:
- Pengeluaran notis peringatan tunggakan sewa rumah secara konsisten.
- Mengedarkan notis flyers mengenai tunggakan.
- Sesi libat urus bersama penghuni dan ketua komuniti masyarakat.
15025 BAHAGIAN PERUMAHAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
OPS SEDAR BAHAGIAN PERUMAHAN SUK, PERLIS
Apa itu OPS SEDAR?
Aktiviti memberi kesedaran kepada penghuni KOS
perumahan awam dalam melaksanakan PENGURUSAN
tanggungjawab membayar sewa,
merangkumi aktiviti berikut; HASIL KOS
KERAJAAN PEMBAIKAN
i. Memberi notis tunggakan secara berterusan
ii. Mempelbagai fungsi kaunter UTC KUTIPAN
iii. Membuka kaunter kutipan luar (RPA) SEWAAN
iv. Mengedar risalah dan flyers
v. Sesi libat urus bersama wakil komuniti KOS
LANDSKAP
Apa Selepas OPS SEDAR?
OPS SINGKIR ; tindakan penguatkuasaan yang boleh dikenakan
terhadap penyewa yang mempunyai hutang merangkumi; KOS
i. Penamatan sewaan INFRASTRUKTUR
ii. Penyitaan premis / harta boleh alih
iii. Pengusiran
iv. Disenarai hitam (termasuk ahli keluarga) JELASKAN BAYARAN SEWAAN ANDA SEGERA.
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!!
Sebarang pertanyaan sila hubungi
Bahagian Perumahan di talian 04-9731957
SUDAHKAH ANDA MEMBAYAR SEWAAN RUMAH PPR?
RM124.00 / BULAN
Kaunter bayaran disediakan di tempat berikut: KOS
PEMBERSIHAN
i. Kaunter syarikat selenggara yang dilantik
KOS
ii. Kaunter bayaran Bahagian Perumahan PEMBAIKAN RUMAH
KOS PENYELENGGARAAN
iii. Kaunter bayaran UTC KUTIPAN
BANGUNAN
Tindakan penguatkuasaan tunggakan: SEWAAN KOS
i. Penghantaran notis tunggakan RM124 PENGINDAHAN LANDSKAP
ii. Penamatan perjanjian sewaan KOS UTILITI
AWAM
iii. Penyitaan premis / harta boleh alih
iv. Pengusiran
v. Disenarai hitam (termasuk ahli keluarga)
“Jadilah penyewa yang bertanggungjawab”
”Jiwa seorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hinggalah hutangnya dijelaskan”
Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Perumahan di talian 04-9731957.
Antara flyers yang disediakan dan diedarkan bagi memberi kesedaran penghuni
untuk membayar sewa rumah.
53BAHAGIAN PERUMAHAN15035
LTAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
(v) Program Komuniti Perumahan Awam
Bermula pada bulan Januari 2020, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
telah menempatkan Pegawai untuk menguruskan Sekretariat Muafakat Komuniti di PPR Sena di
mana Sekretariat ini akan merancang dan melaksanakan program-program berbentuk komuniti
dan kemasyarakatan dengan kerjasama Bahagian Perumahan bagi meningkatkan semangat
komuniti dan taraf ekonomi serta sosial penduduk di PPR Sena. Selain daripada program
komuniti di PPR Sena, Bahagian Perumahan juga telah memperuntukkan sejumlah peruntukan
untuk melaksanakan program-program di PPR Wang Ulu, Bintong dan PPR Taman Wai Permai,
Kuala Perlis. Namun, di atas sebab penularan wabak COVID-19 dan arahan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) di sepanjang tahun 2021, program-program yang dirancang di semua PPR ini
tidak dapat dilaksanakan.
15045 BAHAGIAN PERUMAHAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
3. PELAKSANAAN PROGRAM / AKTIVITI
3.1 Di sepanjang tahun 2021, Bahagian Perumahan telah melaksanakan beberapa program/ aktiviti
sebagaimana gambar-gambar yang berikut:
(i) Siasatan Ke Rumah Untuk Permohonan PPR:
(ii) Majlis Cabut Undi Rumah Pangsapuri Wai Damai (PSN) Kuala Perlis, Perlis:
55BAHAGIAN PERUMAHAN15055
TLAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
(iii) Pemberian Kit Pencegahan COVID-19 Kepada Wakil Penduduk PPR:
(iv) Perjumpaan Bersama Kontraktor Bagi Projek Pemasangan Bumbung
di Flat Kuala Perlis:
(v) Program Komuniti Bersih dan Ceria MPK Bersama Penduduk PPR, Sena
15065 BAHAGIAN PERUMAHAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
5157075
LTAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
LAPORAN BAHAGIAN/UNIT
1.0 PROGRAM DAN AKTIVITI
(a) Slot Hebahan Program ‘Perlis Bersih Indah’ : Kempen Hari Sabtu dan Ahad Tanpa Beg
Plastik Negeri Perlis di Perlis FM 102.9MHz
Bagi terus memastikan pengurangan dan menghindari penggunaan plastik sekali guna dalam
aktiviti harian masyarakat di Negeri Perlis, Bahagian Kerajaan Tempatan komited meneruskan
pelaksanaan fasa seterusnya Kempen Hari Tanpa Beg Plastik di Negeri Perlis yang sebelum ini
dilaksanakan pada setiap hari Sabtu yang akan turut dipanjangkan kepada setiap hari Ahad
setiap minggu di 8 kategori premis-premis terpilih seluruh negeri Perlis. Kempen Hari Sabtu dan
Ahad Tanpa Beg Plastik di Negeri Perlis terus ditingkatkan melalui pendekatan ‘Communication,
Education & Public Awareness’ (CEPA) bersama YB Tuan Azman bin Mohd Yusof, Setiausaha
Kerajaan Negeri Perlis di slot Mesra Rakyat Perlis FM. Hebahan secara berkala bukan sahaja
dijalankan melalui saluran radio tempatan, malahan dihebahkan melalui saluran media sosial
dan juga laman web Jabatan / Agensi Kerajaan.
15085 BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
(b) Kolaborasi Program ‘Perlis Bersih Indah’ : Kempen Bebas Plastik Sekali Guna di Negeri
Perlis
Bahagian Kerajaan Tempatan meneruskan kesinambungan Program ‘Perlis Bersih Indah’
bersama YB Tuan Azizan bin Sulaiman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Kerajaan
Tempatan) di dalam Kempen Mangkuk Tingkat Elakkan Pembaziran anjuran SWCorp Negeri
Perlis. Melalui kempen ini, Bahagian Kerajaan Tempatan turut bekerjasama dengan SW Corp
Negeri Perlis, Syarikat Environment Idaman Sdn. Bhd. dan wakil komuniti mengadakan ‘soft-
launch’ Kempen Bebas Plastik Sekali Guna dan Kempen Hari Sabtu dan Ahad Tanpa Beg Plastik
di Tapak Bazar Ramadhan Arau, Perlis. Pada program ini, para pengunjung telah diberikan bekas
makanan berbentuk mangkuk tingkat sebagai simbolik menggantikan bekas pembungkus
polistrin dan beg plastik yang dibekalkan oleh penjual makanan.
59BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN 15095
LTAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
(c) Program Transformasi Kebersihan dan Keceriaan Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis
Bahagian Kerajaan Tempatan telah dilantik sebagai Sekretariat Induk Program Transformasi
Kebersihan dan Keceriaan Kampung Ramai, Kuala Perlis. Program ini mendapat kerjasama
daripada pelbagai Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Badan Berkanun Negeri
dan Persekutuan, pihak swasta, badan bukan Kerajaan dan komuniti setempat telah berjaya
mengubah persekitaran landskap Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis dan kampung-
kampung pesisir pantai yang lain yang berhampiran dengannya kepada satu lokasi baharu
tarikan pelancongan di Negeri Perlis. Program ini juga telah mendapat perkenan daripada
DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra
Jamalullail untuk turun berangkat melawat ke persekitaran kampung ini.
16005 BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
(d) Pertandingan Komuniti Bandar Zon Hijau Covid-19 Peringkat Negeri Perlis anjuran
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Bahagian Kerajaan Tempatan selaku penyelaras di peringkat negeri Perlis bagi Pertandingan
Komuniti Bandar Zon Hijau COVID-19 telah mengadakan satu sesi penyerahan ‘mock cheque’
yang merupakan insentif penyertaan Pertandingan Komuniti Bandar Zon Hijau Covid-19
kepada wakil komuniti Pangsapuri Seri Sena, Kangar. Pertandingan ini turut mendapat
kerjasama daripada Majlis Perbandaran Kangar dan Sekretariat Muafakat Komuniti, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selain penyertaan daripada Pangsapuri Seri Sena,
Kangar, penyertaan juga diterima daripada Perumahan Rakyat Wang Ulu, Bintong. Hadiah
pertandingan akhir di peringkat kebangsaan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail
Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia pada Program #KeluargaMalaysia Siaga Bencana
Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2021 di mana Pangsapuri Seri Sena Kangar telah memenangi
Pertandingan Komuniti Bandar Zon Hijau Covid-19 Peringkat Negeri Perlis dan telah diberikan
hadiah peruntukan berjumlah RM50,000 dalam bentuk projek pembangunan.
61BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN 16015
TLAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
(e) Sesi Perkongsian Amalan Terbaik Pelaksanaan Projek ‘E10’ Oleh Majlis Perbadanan Kulim,
Kedah (MPKK) kepada Jabatan / Agensi Peringkat Negeri Perlis
Bahagian Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Wilayah Utara telah mengadakan satu Sesi Perkongsian Amalan Terbaik Pelaksanaan Projek
‘E10’ oleh Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), Kedah Bersama Jabatan / Agensi Teknikal Negeri
Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar. Sesi perkongsian ini diadakan selaras dengan hasrat
ke arah ‘Perlis Produktif’ yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai amalan
terbaik daripada Pihak Berkuasa Tempatan yang boleh dikongsi bersama untuk membantu
Majlis Perbandaran Kangar dan Jabatan / Agensi Teknikal di Negeri Perlis dalam proses-proses
yang telibat dalam kelulusan Kebenaran Merancang di Unit Pusat Setempat, Majlis Perbandaran
Kangar. Sesi perkongsian Amalan Terbaik Pelaksanaan Projek ‘E10’ ini telah dirasmikan oleh
YB Tuan Azman bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang telah dilantik sebagai
‘Productivity Champion’ di Negeri Perlis.
16025 BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
(f) Bengkel Pemantapan dan Pemurnian Pelan Strategik Perlis Bersih Sihat (2021-2025) Siri
1/2021
Bahagian Kerajaan Tempatan telah dipertanggungjawabkan untuk merangka Pelan Strategik
Perlis Bersih Sihat (2021-2025) sebagai satu panduan perancangan dan tindakan inklusif dan
komprehensif yang diharapkan berupaya menangani isu-isu kebersihan dan kesihatan di negeri
Perlis. Satu Bengkel Pemantapan Dan Pemurnian Pelan Strategik Agenda Perlis Bersih Sihat
telah diadakan dengan melibatkan wakil daripada pelbagai Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri
dan Persekutuan, pihak swasta, kepimpinan masyarakat dan juga badan-badan bukan Kerajaan
yang berkaitan. Satu Pelan Strategik Perlis Bersih Sihat (2021-2025) telah berjaya dihasilkan
merangkumi 5 teras strategik yang akan menerajui 11 langkah strategi tindakan melalui 43
bentuk projek dan 145 aktiviti/program yang akan dilaksanakan oleh pelbagai pihak. Dengan
ini, Program Perlis Bersih Indah yang dilaksanakan sebelum ini juga telah dijenamakan semula
kepada Agenda Perlis Bersih Sihat.
63BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN 16035
LTAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
(g) ‘Walkabout’ Kempen Pembudayaan Kebersihan dan Peningkatan Standard Kualiti
Perkhidmatan Perniagaan Makanan Negeri Perlis
Bahagian Kerajaan Tempatan yang bertindak sebagai Sekretariat Utama bagi Kempen
Pembudayaan Kebersihan dan Peningkatan Standard Kualiti Perkhidmatan Perniagaan
Makanan Negeri Perlis telah melaksanakan sebanyak 8 siri turun padang / ‘walkabout’
kempen ini di beberapa lokasi tumpuan, medan selera, dan premis makanan di Negeri Perlis.
Pelaksanaan kempen ini yang turut disertai oleh Jabatan / Agensi berkaitan turut disokong
dengan penglibatan bersama oleh YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pemilik-
pemilik premis makanan dan pengendali makanan turut diberikan poster, sepanduk dan juga
apron bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Perlis sebuah negeri bersih
dan sihat selaras dengan matlamat Pelan Strategik Perlis Bersih Sihat 2021-2025.
16045 BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
(h) Projek Transformasi Tapak Tong Sampah Berpusat dan tambahan tong sampah kawasan
kritikal pembuangan sampah seluruh Negeri Perlis
Selaras dengan matlamat Agenda Perlis Bersih Sihat (2021-2025), Bahagian Kerajaan Tempatan
telah menyediakan sejumlah peruntukan untuk menguruskan secara kreatif lokasi-lokasi
pembuangan sampah longgok dan kritikal serta isu limpahan sampah di tong-tong sampah
berpusat yang disediakan oleh SWCorp agar lebih menarik serta pengurusan pembuangan
dan kutipan sampah yang lebih cekap dan berkesan. Sebanyak 4 lokasi tapak tong sampah
berpusat telah dibina baharu untuk ditransformasikan kepada suatu keadaan yang lebih
menarik iaitu di Jalan Raja Syed Alwi, Utan Aji, Kangar; Jalan Kangar-Alor Setar, Behor Temak;
Jalan Santan dan Jalan Mata Ayer, Beseri. Manakala, sebanyak 18 unit tong sampah jenis MGB
1100 liter telah disediakan di 18 buah lokasi untuk menampung pembuangan sampah daripada
kampung-kampung berdekatan.
65BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN 16055
TLAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
(i) Kempen Pembudayaan Norma Baharu dan Cegah
Covid-19 kepada komuniti bandar dan Rumah Ibadat
Selain Islam seluruh Negeri Perlis
Bahagian Kerajaan Tempatan telah
dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan
kesedaran awam terutamanya di komuniti bandar,
premis perniagaan dan rumah-rumah ibadat bukan Islam
mengenai pembudayaan norma baharu, pematuhan
prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 berikutan
pandemik Covid-19 di seluruh negeri Perlis. Bahan-
bahan kempen seperti poster, sepanduk, pelitup muka
dan cecair pencuci tangan diedarkan melalui Pusat-
pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri, wakil-wakil
jawatankuasa rumah ibadat bukan Islam serta wakil-wakil
komuniti.
(j) ‘Flying Squad’ / Rondaan kebersihan / pemantauan
lokasi pembuangan sampah tidak terkawal
Selaras dengan Agenda Perlis Bersih Sihat
(2021-2025), Bahagian Kerajaan Tempatan telah
menjalankan aktiviti pemantauan kebersihan di
seluruh negeri Perlis. Aduan-aduan yang diterima
akan disalurkan terus kepada pihak yang berkenaan
yang mempunyai bidang kuasa dan seterusnya
penyelesaian isu-isu dapat dibuat dengan cepat dan
berkesan. Rondaan pemantauan yang dijalankan ini
telah dapat meningkatkan pencapaian kebersihan
jalan / kawasan di seluruh negeri Perlis apabila
berjaya mengurangkan bilangan ‘hotspots’ jalan /
kawasan daripada 12 lokasi pada tahun 2019 kepada
hanya berbaki 3 lokasi ‘hotspots’ pada tahun 2021.
16065 BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
(k) Webinar OSC 3.0 Plus Online & Pematuhan Prosedur Pelan Pemajuan
Bahagian Kerajaan Tempatan telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan satu sesi webinar
yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman semua pihak yang terlibat dalam proses-proses
kelulusan Kebenaran Merancang di Unit Pusat Setempat (One Stop Center) Majlis Perbandaran
Kangar dan pematuhan kepada proses-proses yang terlibat dalam sistem OSC 3.0 Plus Online
seperti mana yang telah ditetapkan pemakaiannya ke atas semua Pihak Berkuasa Tempatan
di Semenanjung Malaysia oleh Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan. Pada sesi ini, 3 orang
penceramah profesional dalam bidang berkaitan daripada Jabatan Kerajaan Tempatan,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Institut Perancang Bandar Malaysia dan
wakil Majlis Perbandaran Kangar sendiri telah dijemput untuk menyampaikan taklimat dan
perbincangan kepada lebih 70 orang penyertaan yang terdiri daripada Jabatan/Agensi Teknikal
di Negeri Perlis, juruperunding profesional, pihak berkuasa tempatan dan para kontraktor serta
pemaju yang sering berurusan dengan pihak Majlis Perbandaran Kangar. Sesi webinar ini telah
dirasmikan secara sidang video oleh YB Tuan Azman bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan
Negeri Perlis.
67BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN 16075
LTAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
(l) Penglibatan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Negeri Perlis
Bahagian Kerajaan Tempatan sebagai ahli dalam Jawatankuasa Khas Keselamatan (JKKN)
Negeri Perlis Mengenai Pengurusan Pandemik Covid-19 telah terlibat secara langsung dalam
fasa 1 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) apabila ianya mula dilancarkan oleh
YAB Perdana Menteri pada 24 Februari 2021. Dengan terbentuknya ‘Covid-19 Immunisation
Task Force’ (CITF) Negeri Perlis, Bahagian Kerajaan Tempatan telah membantu pelaksanaan
program melalui keterlibatan dalam gerak kerja seperti yang ditetapkan dalam tadbir urusnya.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti pemakluman program dan keberkesanan vaksin kepada
komuniti, pengurusan sokongan pembukaan pusat pemberian vaksin, aktiviti jangkau komuniti
dan merangka langkah strategi-strategi yang ditetapkan di bawah CITF Negeri Perlis. Dalam
penglibatan ini, sasaran yang ingin dicapai adalah menyebarkan kepentingan vaksin Covid-19,
membantu masyarakat dan komuniti untuk mendaftar ke dalam program melalui penggunaan
aplikasi MySejahtera yang sekaligus meningkatkan kadar pemberian vaksin primer dan
sekunder Covid-19 kepada penduduk di Negeri Perlis.
16085 BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
PELAKSANAAN PROGRAM
DI BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN (BKT)
TAHUN 2021
02 01 10
Garis Panduan PeIan Jalinan Digital Prosedur
Perancangan Negara (JENDELA) Permohonan
lnfrastruktur Dan Pemudahcaraan Pemajuan Menara
komunikasi Atau Struktur
Perlaksanaan Telekomunikasi
(GPP-I) lnfrastruktur Digital
03 Di Peringkat
Negeri
Pemakaian Prosedur
Permohonan Pelaksanaan 09
Pemakaian Dasar/
Bagi Penyediaan Perkhidmatan
Penginapan Pekerja Garis Panduan/ Telekomunikasi
Peraturan Majlis Negara sebagai Utiliti
Secara Jangka
Pendek Bagi Kerajaan Awam Ketiga
Tempatan (MNKT)
04 08
Garis Panduan Agenda
Pasar Sejahtera Nasional Malaysia
Sihat (ANMS)
05 06 07
Garis Panduan Garis Panduan Garis Panduan
Pengurusan Cerun Sanitasi dan Perancangan
Di Kawasan Pihak Penginapan Pekerja
Berkuasa Tempatan Disinfeksi Kemudahan Berpusat (Centralised
Awam dan Premis Labour Quarters
di Kawasan Pihak
Berkuasa Tempatan - CLQ)
(PBT)
69BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN16095
TLAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
PROGRAM / AKTIVITI / GERAK KERJA
HAL EHWAL KERAJAAN TEMPATAN (BKT)
1 Jawatankuasa Khas Perlis Bersih 7 Program Pertandingan Komuniti Zon
Bandar Hijau Covid-19 Peringkat Negeri
2 Bengkel Pemantapan dan Pemurnian
Pelan Strategik Agenda Perlis Bersih 8 Jawatankuasa Majlis Mesyuarat
Sihat (2021-2025) Siri 1/2021 Kerajaan Negeri (MMK) Negeri Perlis
bagi Kerajaan Tempatan
3 Penyelarasan Pembinaan Rumah Bakar
Mayat Bukan Islam (Krematorium) 9 Jawatankuasa Pentadbir Akaun
Amanah Tanah Lapang
4 Rondaan pemantauan kebersihan 10 Webinar OSC 3.0 Plus Online &
lokasi 'hot spot' Negeri Perlis Pematuhan Prosedur Pelan Pemajuan
5 Program Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik 11 Sesi Perkongsian Amalan Terbaik
melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan Pelaksanaan Projek E10 Oleh Majlis
dan Jabatan / Agensi Luar Pejabat SUK Perbandaran Kulim bersama Perbadanan
Perlis Produktiviti Malaysia Wilayah Utara (MPC)
6 Jawatankuasa Induk Program 12 Jawatankuasa Induk Majlis Pelancaran
Kebersihan dan Keceriaan Kampung Persiaran Makanan Bintong
Seberang Ramai bersama Jabatan /
Agensi terlibat
17005 BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
7171015
TLAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAERAH
1. LAPORAN BAHAGIAN/ UNIT
Bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan, Bahagian Pentadbiran
Daerah (BPD), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah membuat penambahbaikan dengan
melaksanakan sistem kerja ke arah digital sepertimana yang telah disarankan oleh kerajaan negeri.
Dengan penggunaan kepintaran data dan teknologi digital, penghasilan Sistem PAMA adalah bukti
ke arah pelaksanaan Inisiatif Pelan Digital Perlis 2020-2025. Seterusnya satu lagi sistem sedang
dibangunkan oleh BPD bagi meningkatkan perkhidmatan digital bahagian ini sebagai satu cabang
penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Pada pertengahan tahun 2021, penggunaan platform mesyuarat secara maya digunakan dengan
kerap apabila melibatkan mesyuarat di antara bahagian, agensi dan jabatan Negeri dan Persekutuan di
Putrajaya. Kemudahan mesyuarat secara maya ini telah dipanjangkan dan digalakkan untuk pelaksanaan
di peringkat mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). Sebanyak
173 cawangan daripada 387 cawangan JPKK yang terlibat dalam mesyuarat secara maya.
A) PROJEK LUAR BANDAR
Carta 1 : Projek Luar Bandar Kerajaan Negeri Perlis Bagi Tahun 2021
787 projek
RM 18, 423,632.78
99 12 1
271 224 104 76
RM808,784.45 RM322,874.90 RM120,000.00
RM6,629,403.19 RM5,507,466.85 RM4,107,491.19 RM927,612.20
Pembangunan Infrastruktur Rancangan Kecil Jalan Kampung (MARRIS) Pembaikan/ Bina Baharu
Awam Desa (PIAD) Rumah (Dana Khas)
MOTAC (Homestay Pembaikan Rumah
Pemerkasa/ Pakej Paya Guring) (Dana ICU)
Rangsangan Ekonomi
17025 BAHAGIAN PENTADBIRAN DAERAH
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
Gambar-gambar Projek Luar Bandar yang Berjaya Dijalankan oleh BPD.
73BAHAGIAN PENTADBIRAN DAERAH17035
TLAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
B) KEWANGAN
Perbelanjaan mengurus kesemua 15 YB ADUN pada tahun 2021 adalah sebanyak RM 955,408.50
manakala perbelanjaan akaun amanah bagi 3 kategori peruntukan berjumlah RM 17,774,385.90.
Carta 2 : Perbelanjaan Mengurus Mengikut Kategori Bagi Tahun 2021
Mengurus Akaun Akaun
YB ADUN Amanah Amanah KPLB
(Bekalan) Dana Khas (Elaun Pengerusi,
Setiausaha, AJK &
RM921,449.50 MOF Mesyuarat JPKK)
RM322,874.90 RM3,256,400
Mengurus PERBELANJAAN Akaun Amanah
YB ADUN MENGURUS Bantuan Bencana
(Perkhidmatan)
RM18,729,794.40 dari Kerajaan
RM33,959 Negeri, NADMA,
MOSTI & MOF
RM14,195,111
17045 BAHAGIAN PENTADBIRAN DAERAH
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
C) HASIL
Carta 3 : Kutipan Hasil BPD Bagi Tahun 2021
13 Lesen TAHUN SEMASA
Eksais RM 59,880
RM12,060
34 Lesen
Pelelong
RM3,400
11 Lesen 117 Gerai
Petisyen RM 78,066
RM275
TUNGGAKAN
RM 18,186
JUMLAH KESELURUHAN = RM 93,801
D) JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) NEGERI PERLIS
JPKK adalah satu organisasi setempat yang berfungsi membuat perancangan dan pelaksanaan projek
atau program di kampung di samping mengerakkan penglibatan komuniti setempat. JPKK juga adalah
merupakan perantara di peringkat akar umbi yang akan menyalurkan sebarang permasalahan kepada
pihak berkuasa dan berkaitan terhadap sesuatu isu yang timbul.
JPKK 2021
387 387 4,257
AJK
PENGERUSI SETIAUSAHA
5,037 orang anggota JPKK meliputi 387 cawangan seluruh Negeri Perlis
75BAHAGIAN PENTADBIRAN DAERAH17055
LTAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
2. PROGRAM DAN AKTIVITI
Lawatan BPD bersama YAB Menteri Besar Perlis dalam projek baik pulih rumah rakyat.
Melaksanakan hasrat kerajaan negeri bagi menjayakan ‘Perlis Pahadoi’. Gambar-gambar sekitar aktiviti
penyerahan bantuan Program Agihan Makanan Asas (PAMA) kepada mereka yang terkesan semasa
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dari 25 Mei 2021. Terbahagi kepada 2 Fasa. Fasa
Pertama mulai 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 dengan 4 kali agihan sepanjang tempoh tersebut
dengan sejumlah 30,000 pek diagihkan kepada semua DUN. Manakala Fasa Kedua sebanyak 7,500 pek
diperuntukan untuk kesemua 15 DUN dan diagihkan pada awal bulan Julai 2021.
17065 BAHAGIAN PENTADBIRAN DAERAH
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
BPD telah terlibat dalam usaha menjayakan program memerangi COVID-19. Antaranya :-
• Pendaftaran vaksinasi secara manual di kesemua kampung seluruh Perlis.
• Program Mobalisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) bersama pelbagai agensi dan jabatan persekutuan;
• Program Vaksinasi Bergerak bersama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis; dan
• P embukaan serta pengurusan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Institut Pendidikan
Guru (IPG) Kangar dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).
Program MOVAK di Pusat Internet 1Malaysia Batas Lintang Progam MOVAK di Behor Mentalon
Lawatan YB SUK Perlis ke Program MOVAK di UniMAP Program MOVAK di UniMAP Cawangan Kubang Gajah
Cawangan Kubang Gajah
77BAHAGIAN PENTADBIRAN DAERAH 17075
TLAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
Sempena pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lawatan Inspektorat Pengurusan Tertinggi NADMA
Kubang Gajah. ke PKRC IPG Kangar
Program Lawatan Penanda Aras ke Pejabat Daerah dan Tanah Kampar, Perak. Antara keterlibatan BPD
dan JPKK ke arah kepelbagaian produk pelancongan dan keusahawanan.
17085 BAHAGIAN PENTADBIRAN DAERAH
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
BIL. MESYUARAT FUNGSI & OBJEKTIF TARIKH
4 Januari 2021
1. Mesyuarat Pelesenan Membincangkan hal-hal mengenai lesen
Eksais Negeri Perlis eksais kerajaan Negeri Perlis. (Bil.1/2021)
Bil.1/2021 30 Disember 2021
2. Mesyuarat Membincangkan aktiviti kewangan berkaitan (Bil.2/2021)
Jawatankuasa Akaun bencana yang berlaku di Negeri Perlis. 1 April 2021
Amanah Bantuan Peruntukan ini merupakan dana yang telah (Bil.1/2021)
Malapetaka Kerajaan disalurkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) 16 November 2021
Negeri Perlis dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Bil.2/2021)
(NADMA).
8 November 2021
3. Mesyuarat Penyelarasan Membincangkan hal-hal berkaitan kawasan
Kawasan Hot Spot Banjir hot spot banjir di seluruh Negeri Perlis. 1 April 2021
di Perlis Bil.1/2021 (Bil.1/2021)
16 November 2021
4. Mesyuarat Membincangkan mengenai program dan (Bil.2/2021)
Jawatankuasa Akaun aktiviti anjuran Kementerian Pembangunan
Amanah JPKK, KPLB Luar Bandar (KPLB) di peringkat Negeri Perlis
dan bayaran elaun kepada JPKK.
3. PENGIKTIRAFAN
Pengiktirafan atas kejayaan BPD mencipta ‘Sistem PAMA’
Sistem PAMA adalah satu inisiatif digital BPD. Ia merupakan
sistem pangkalan data secara dalam talian bagi Program
Agihan Makanan Asas (PAMA) Negeri Perlis. Urusan merekod
data boleh dibuat pada setiap masa dan di mana sahaja.
79BAHAGIAN PENTADBIRAN DAERAH17095
TLAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
18005
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
8181015
LTAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
PEJABAT MENTERI BESAR PERLIS
1. LAPORAN BAHAGIAN/UNIT
A. PIAGAM PELANGGAN
Menyelaras kandungan media sosial Pejabat Menteri Besar Perlis seperti akaun Facebook,
Fanpage, Twitter, Instagram, Whatsapp, Telegram sekurang- kurangnya empat (4) kali seminggu
B. PENGURUSAN MEDIA SOSIAL
PEMANTAUAN :
BIL PERKARA SASARAN PENCAPAIAN
A Facebook Menteri Besar Perlis 2 hari sekali 12 kali / bulan
B Fanpage Menteri Besar Perlis 2 hari sekali 12 kali / bulan
C Fanpage Pejabat Menteri Besar Perlis 2 hari sekali 12 kali / bulan
D Twitter Menteri Besar Perlis 2 hari sekali 12 kali / bulan
E Instagram Menteri Besar Perlis 2 hari sekali 12 kali / bulan
F Kumpulan Whatsapp & Telegram Politik 2 hari sekali 12 kali / bulan
PENGHASILAN KANDUNGAN / CONTENT:
BIL PERKARA SASARAN PENCAPAIAN
A Video Pendek 1 kali / Minggu 4 kali / bulan
B Infografik 2 kali / Minggu 8 kali / bulan
C Penulisan 2 kali / Minggu 8 kali / bulan
D Gambar 5 kali / Minggu 20 kali / bulan
18025 UNIT MEDIA PEJABAT MENTERI BESAR PERLIS
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
C. WARTAWAN / PENGAMAL MEDIA
a. Menguruskan sidang media berkaitan dengan Pejabat Menteri Besar Perlis;
b. Menguruskan pertemuan atau perjumpaan (wartawan / pengamal media) melibatkan
Pejabat Menteri Besar Perlis; dan
c. Menguruskan liputan secara live atau rakaman melibatkan Pejabat Menteri Besar Perlis.
D. AKTIVITI LUAR SKOP TUGASAN
a. Menghadiri mesyuarat / perjumpaan berkaitan pengurusan media anjuran Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Perlis, NGO dan kumpulan berkepentingan;
b. Menerima jemputan sebagai penceramah untuk kursus atau bengkel anjuran Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, NGO dan kumpulan berkepentingan;
c. Membuat liputan berkaitan program atau aktiviti NGO dan kumpulan berkepentingan yang
melibatkan Pejabat Menteri Besar Perlis; dan
d. Bekerjasama dengan pihak tertentu dan berkaitan mengenai pengurusan media.
E. KESIMPULAN
Indikator dalam menentukan prestasi dan pencapaian Unit Media Pejabat Menteri Besar Perlis
adalah melibatkan sasaran kerja tahunan yang telah dirangka dan arahan semasa yang berada
diluar skop sasaran kerja tahunan.
83UNIT MEDIA PEJABAT MENTERI BESAR PERLIS 18035
LTAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
PROGRAM & AKTIVITI
MAJLIS SEMBANG SANTAI BERSAMA KEPIMPINAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS
PROGRAM PERLIS PAHADOI 2021
18045 UNIT MEDIA PEJABAT MENTERI BESAR PERLIS
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
BANTUAN BANJIR KE NEGERI SELANGOR
85UNIT MEDIA PEJABAT MENTERI BESAR PERLIS18055
TLAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
18065
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
8187075
LTAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI DAN
MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN
1. LAPORAN BAHAGIAN/UNIT
a) Sekretariat kepada Dewan Undangan Negeri
Berdasarkan kepada peruntukan Perkara 55 (1), Undang-undang Negeri Perlis, Persidangan Dewan
Undangan Negeri hendaklah diadakan tidak lewat daripada tempoh enam (6) bulan daripada
tarikh akhir persidangan sebelumnya. Walau bagaimapun, memandangkan Proklamasi Darurat
2021 telah diisytiharkan selama tempoh 7 bulan bermula pada 11 Januari hingga 1 Ogos 2021,
Persidangan Dewan Undangan Negeri tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh tersebut ekoran
penguatkuasaan Seksyen 14 & 15, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
Dalam hubungan ini, Majlis Perasmian Penggal Persidangan Keempat DUN Ke-14, serta dua (2) kali
Persidangan Dewan Undangan Negeri telah diadakan selepas tamat tempoh Proklamasi Darurat
2021 seperti berikut:
24 Ogos 2021
Majlis Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Keempat,
DUN Perlis Yang Keempat Belas. Disempurnakan oleh
DYMM Tuanku Raja Perlis.
25 – 26 Ogos 2021
Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan
Keempat, Dewan Undangan Negeri Perlis
Ke-14
7 – 9 Disember 2021
Mesyuarat Kedua, Penggal Persidangan
Keempat, Dewan Undangan Negeri Perlis
Ke-14
18085 BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI DAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
Statistik bilangan Kertas Dewan, Rang Undang-undang dan Soalan-soalan Lisan & Bertulis yang telah
diuruskan bagi persidangan Dewan Undangan Negeri sepanjang tahun 2021 adalah seperti berikut :
KERTAS RANG SOALAN
DEWAN UNDANG- LISAN &
UNDANG BERTULIS
Draf Penyata Rasmi atau Hansard Persidangan Dewan Undangan Negeri bagi keseluruhan enam (6)
hari Persidangan Dewan sepanjang tahun 2021 telah berjaya disiapkan dan diedarkan kepada Ahli-ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam tempoh 24 jam selepas tamat persidangan.
b) Sekretariat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Januari – Disember 2021
Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
telah diadakan sebanyak 46 kali dan telah
dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar. Sejumlah 284
Kertas MMK telah dibentangkan untuk pertimbangan
MMKN sepanjang tahun 2021.
April – Disember 2021
Mesyuarat Post EXCO telah diadakan sebanyak
22 kali sepanjang tahun 2021, melibatkan semua
ketua-ketua jabatan / agensi Kerajaan Negeri, dan telah
dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri.
10 Jun 2021
Upacara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah
Jawatan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Perlis. Telah diadakan secara maya (online).
89BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI DAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN18095
TLAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
c) Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perlis
23 Februari & 20 September 2021
Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC)
Negeri Perlis Bil. 1/2021 (23 Feb 2021) &
Bil. 2/2021 (20 Sep 2021).
12 Oktober 2021
Lawatan Kerja Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC)
Negeri Perlis Berkenaan Laporan Ketua Audit Negara
(LKAN) 2019 Siri 1 – Pengurusan Pusat Pelancongan
Negeri Perlis.
d) Jemaah Pengampunan Negeri
21 April 2021
Mesyuarat Penyelarasan Urus Setia Lembaga
Pengampunan Negeri Bilangan 1 Tahun 2021.
Telah diadakan secara dalam talian dan diurus
setiakan oleh Bahagian Hal Ehwal
Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri.
14 Disember 2021
Mesyuarat Jemaah Pengampunan Negeri Bilangan
1 Tahun 2021 yang dipengerusikan oleh DYMM
Tuanku Raja Perlis. Sejumlah 7 kes telah
dibentangkan untuk pertimbangan
Jemaah Pengampunan Negeri.
19005 BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI DAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
e) Warta Kerajaan Negeri
Sejumlah enam puluh sembilan (69) pewartaan telah dilaksanakan sepanjang tahun 2021 yang
merangkumi pewartaan rang undang-undang, pengisytiharan, pelantikan dan lain-lain.
2. PENAMBAHBAIKAN
Tempoh masa penyediaan Penyata Rasmi Persidangan DUN disingkatkan
daripada 1 bulan kepada 24 jam hasil inovasi pengaplikasian teknologi cloud
computing, penambahbaikan infrastruktur ICT dan kolaborasi dengan jabatan-
jabatan / agensi-agensi Kerajaan Negeri.
Keseluruhan perjalanan persidangan DUN disiarkan secara langsung (live)
menerusi platform media sosial Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Penambahbaikan infrastruktur / kemudahan dalam Dewan Persidangan
seperti penyediaan rehal (reading stand) untuk Ahli-ahli Dewan, penyediaan
penghadang perspek untuk Duli-duli Tuanku dan penambahbaikan
infrastruktur capaian internet di bilik kawalan utama.
Penyediaan kod QR yang unik di setiap tempat duduk dalam Dewan
Persidangan untuk memantau pengisian tempat duduk secara dalam talian.
Penambahbaikan dokumentasi dokumen-dokumen Persidangan DUN
dengan menerapkan konsep lokasi-lokasi pelancongan di negeri Perlis sebagai
inisiatif untuk menyokong pembangunan sektor pelancongan di negeri ini.
Mengadakan Mesyuarat Post EXCO secara dalam talian sebagai susulan
kepada mesyuarat-mesyuarat MMKN untuk memantau pelaksanaan tindakan
keputusan-keputusan Mesyuarat MMKN oleh jabatan / agensi Kerajaan Negeri.
Mengadakan Majlis Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMK) yang melibatkan keberangkatan
DYMM Tuanku Raja secara maya (online) bagi mematuhi SOP semasa dalam
tempoh Proklamasi Darurat.
91BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI DAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN 19015
TLAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
19025
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
9193035
TLAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
1. LAPORAN BAHAGIAN/UNIT PSUKPs memperoleh pencapaian
CEMERLANG dengan markah 96.12%
a) Unit Pentadbiran
Pemeriksaan di semua bahagian /
01 unit PSUKPs
Inspektorat Anugerah Khas Dilaksanakan di PSUKPs pada
Keselamatan Perlindungan 12 - 14 Oktober 2021
Di Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Perlis
02 33 unit Rumah Kerajaan yang telah diisi (71%)
Pengurusan • 5 unit memerlukan pembaikan sebelum boleh didiami (10%)
Rumah Kerajaan • 9 unit rosak teruk (19%)
Negeri Perlis 35 bilangan aduan sepanjang tahun 2021
29 aduan telah diselesaikan (83%)
6 aduan di dalam tindakan
19045 BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
b) Unit Fasiliti
PROJEK PEMERKASA
PERUNTUKAN LOKASI
RM189,989.07 • Dewan 1 Malaysia
(3 Projek dipilih • Dewan Wawasan 2020
secara undian) • Kompleks DUN
PPV NEGERI PERLIS Perkhidmatan Kawalan
Serangga Perosak di Dewan Warisan
Penyelenggaraan dan Chalet Kurong Tengar
3 Buah PPV
Negeri Perlis
• Dewan Wawasan 2020
• Dewan Seri Melati
• Dewan Warisan
PROGRAM BARU
Kerja-kerja Pengindahan
Landskap di Luar Bangunan
Kompleks DUN
95BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN19055
TLAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
c) Unit Aset dan Perolehan
i. Pengurusan dan pelaksanaan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja di Bahagian
Khidmat Pengurusan telah dilaksanakan secara berperingkat bermula dari awal sehingga
hujung tahun berpandukan Perancangan Perolehan Tahunan (PPT). Disamping itu, Unit
Aset dan Perolehan turut dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perolehan untuk
Pusat Pemberian Vaksin di Negeri Perlis. Pencapaiannya sepanjang tahun 2021 adalah
seperti berikut:
2 16 10 100%
TENDER SEBUT HARGA RUNDINGAN PEMERIKSAAN
TERUS ASET
Perkhidmatan Perolehan PPV,
kawalan Penjimatan, Kenderaan, 3,089 Aset
Perolehan PPV
keselamatan dan Perkhidmatan &
kebersihan Bekalan
d) Unit Kewangan
i. Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat SUK sentiasa berusaha untuk memastikan
pengurusan kewangan dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi Pekeliling
Perbendaharaan Malaysia dan peraturan-peraturan lain yang sedang berkuat kuasa. Unit
Kewangan juga dipertanggungjawabkan untuk memproses bayaran yang terlibat bagi
program Banci Malaysia 2020 peringkat Negeri Perlis. Maklumat ringkas mengenai
jumlah dokumen kewangan yang diuruskan pada Tahun 2021 adalah seperti berikut:
01 02 03 04
4,356 1,384 680 159
PRESTASI BAUCAR PESANAN BORANG PENYATA
BAYARAN TEMPATAN / INDEN PERUBAHAN PEMUNGUT
4,356 Bil 159 Penyata
KERJA GAJI
(RM26,210,371.80) 1,384 Pesanan Pemungut
680 KEW. 320 Dikeluarkan
Dibayar Dalam Tempoh Tempatan / Inden Diluluskan
14 Hari Kerja Diluluskan
19065 BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS TALHAPUONRAANN
2. PROGRAM & AKTIVITI
a) Persedia tempat bagi kehadiran VVIP dan VIP ke Perlis sepanjang tahun 2021 antaranya seperti
berikut:
i. YAB Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yasin;
ii. YB Menteri Kewangan Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz;
iii. YB Menteri Hal Ehwal Undang-Undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan;
iv. YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin;
v. YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman; dan
vi. Ybhg. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah.
97BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN 19075
TLAAPHOURNANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
b) Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (IKKP)
IKKP telah dilaksanakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada 12 hingga 14 Oktober
2021. Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan urusetia induk inspektorat ini. Pasukan
inspektorat dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) diketuai oleh
Tuan Ruszani Bin Abd Karim, Pengarah Bahagian Keselamatan Personal.
19085 BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN