TUGASAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5
KAJIAN KES : PENYALAH GUNAAN BAHAN
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA:MUHAMMAD NAZRIN BIN MOHD NIZAM
KELASN:5AAMNAG:MGEURHIKAMMAD NAZRIN BIN MOHD NIZAM
SEKOLKAEHLA: SS:E5KAONLAGHGEKREIBKANGSAAN MALAWA
SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN MALAWA
KANDUNGAN
❖Pengenalan tentang penyalah gunaan bahan.
❖4 jenis pengambilan penyalahgunaan bahan
iaitu rokok,alkohol,dadah dan hidu
(inhalan).
❖Kesan daripada penyalahgunaan bahan
❖Kesimpulan hasil kajian
❖Sumber rujukan
PENGENALAN TENTANG PENYALAH GUNAAN BAHAN.
• Penyalahgunaan bermaksud penggunaan apa
jua jenis bahan yang bertentangan dengan
kepentingan rawatan dan fungsinya
• Bahan yang dimaksudkan ialah ubat, racun,
dadah dan alkohol.Sesetengah bahan berupaya
mempengaruhi otak dan minda pengguna dan
beri kesan sampingan yang minimum tetapi
kesan ini akan hilang apabila pengambilan
bahan dihentikan.
ROKOK
JENIS-JENIS ALKOHOL
PENYALAHGUNAAN BAHAN DADAH
INHALAN
ROKOK
• Rokok merupakan silinder kertas berukuran
panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi
bergantung kepada negara) dengan garis pusat
sekitar 10 mm yang berisi daun daun tembakau yang
telah dicincang. Rokok dibakar pada salah satu
hujungnya dan dibiarkan membara supaya asapnya
dapat disedut melalui mulut pada hujung yang lain.
• Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis
dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat
daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi
untuk menyaring nikotin
Kesan-Kesan Rokok
•?
• Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang tahun
2020 dianggarkan 10 juta orang perokok di dunia akan mati dalam
setahun. Daripada jangkaan itu, lebih 200 juta kanak-kanak dan
remaja yang hidup sekarang akan mati akibat tembakau, dan
seramai 500 juta yang lain mati disebabkan serangan penyakit yang
berkaitan dengan tembakau.
• Di negara kita, dianggarkan satu perempat daripada kematian
akibat penyakit ada kaitannya dengan tabiat merokok. Kadar ini
dijangka meningkat dari setahun ke setahun. Malahan, menurut
beberapa kajian, menunjukkan bahawa seorang daripada dua orang
pengguna tembakau akan mati akibat merokok atau terdedah kepada
penggunaan tembakau. Dengan kata lain, separuh daripada jumlah
perokok akan mati sebelum mencecah usia tua.
Apakah penyakit yang bakal dihidapi oleh perokok?
❖Tabiat merokok sering dikaitkan dengan penyakit seperti koronari jantung, kanser
peparu, brokintis kronik dan emfisima. Ini disebabkan kerana asap rokok atau
tembakau mengandungi 4000 bahan kimia beracun. Tembakau menjadi penyebab
bagi 90% kes kenser peparu, 75% kerosakan bronkitis kronik dan emfisima, serta
25% serangan penyakit koronori jantung.
❖Merokok boleh mengurangkan kecergasan fizikal manusia dan daya tahan. Ini
disebabkan asap rokok yang mengadungi karban monoksida akan bergabung
dengan hemogolobin dalam darah. Keadaan ini mencegah oksigen bergabung
dengan hemogolobin. Akibatnya darah tidak mampu mengedarkan oksigen ke
seluruh badan dengan efisen, terutamanya kebahagian kaki yang saiz arterinya
semakin mengecil.
➢Kesan merokok juga boleh meracuni sistem pernafasan. Asap rokok
daripada hanya setengah batang rokok boleh menghalang laluan
udara yang melalui bronkus. Halangan ini boleh menyebabkan
pengurangan isipadu udara yang ditarik dan dihembus pada setiap
kali pernafasan. Setiap kali perokok menghisap rokok, kadar
degutan jantung mereka akan meningkat.
➢Perokok juga lebih mudah menghadapi tekanan darah tinggi
dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.
Bagaimanakah merokok menjejaskan kesihatan mulut?
Nafas berbau
o Rokok mengandungi rantaian hidrokarbon polisiklik yang
memberikan rokok bau yang khusus. Walaupun anda telah selesai
merokok, baunya boleh melekat di dalam mulut, pada baju dan juga
pada sofa, sekaligus mengakibatkan bau tersebut kekal lama. Selain
daripada bau yang kurang menyenangkan, ia juga mempunyai kesan
bahaya asap kepada tangan ketiga (third hand smoking) kepada
orang di sekeliling anda. Perokok juga mempunyai risiko yang lebih
tinggi untuk terkena penyakit gusi yang lebih teruk, seterusnya
menyebabkan nafas berbau.
Penyakit gusi
❑Penyakit gusi merupakan punca paling biasa dan kerap kepada keguguran gigi di
kalangan orang dewasa. Perkara ini agak menyedihkan bagi saya, kerana dalam
kebanyakan kes, ianya boleh dielakkan. Para perokok juga mempunyai risiko yang
lebih tinggi untuk menghidap penyakit gusi yang lebih parah dan kritikal. Ini
disebabkan oleh bahan-bahan toksik yang terkandung di dalam rokok, yang
membantutkan fungsi serta aktiviti tisu gusi yang normal. Bahan-bahan ini juga
mengubah jenis bakteria dalam plak gigi, dengan menambah bilangan bakteria dari
jenis yang memudaratkan. Kesannya? Ia mengurangkan pengaliran darah ke
kawasan gusi, mengakibatkan perokok mungkin tidak mendapat tanda-tanda
amaran awal penyakit gusi seperti gusi berdarah.
Gigi berkarat
❑Nikotin dan tar ialah ramuan asas dalam rokok yang mengaratkan gigi menjadi
warna kuning, perang bahkan kehitaman. Pada awalnya, tar dan nikotin hanya
terenap pada permukaan luar gigi. Lama-kelamaan, kotoran itu meresap ke lapisan
dalam menerusi rekahan mikro yang ada pada permukaan gigi, menyebabkan ia
mustahil untuk dihilangkan dengan ‘scaling’ dan gilapan.
Luka sukar sembuh
❑Merokok mengubah respon imuniti setempat di dalam mulut, sekaligus
menyebabkan proses penyembuhan selepas mencabut gigi dan pembedahan mulut
tertangguh. Merokok juga adalah salah satu faktor kepada kejadian soket kering
(lompong gigi menjadi kering selepas gigi dicabut), suatu keadaan yang
menyakitkan. Individu yang merokok sekotak rokok setiap sehari mempunyai 40%
risiko mendapat soket kering selepas mencabut gigi geraham bongsu di bahagian
bawah berbanding individu yang tidak merokok.
Kanser mulut
➢Ramai orang tahu hubungkait antara merokok dan kanser
kerongkong.
➢Terdapat banyak bukti yang mengaitkan merokok dengan kanser
mulut, yang bermula daripada ulser tidak mampu-sembuh. Ulser ini
boleh terjadi di mana-mana bahagian di dalam mulut, seperti pada
lidah, bibir, gusi serta kawasan pipi sebelah dalam.
➢ Berdasarkan kajian yang dijalankan di HUSM, 60% pesakit kanser
mulut ialah perokok.
ALKOHOL
❑Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya
diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan
“mood”
❑Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum
❑Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir,
wain, brandi dan wiski
DADAH
➢Sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan
seseorang dari segi fizikal, rohani, emosi serta tingkahlaku apabila
digunakan
➢Merupakan bahan kimia yang mempunyai kesan paling ketara ke
atas sistem saraf
➢Terdapat dalam bentuk serbuk dan pil
➢Jenis-jenis dadah :Heroin,Kokain,Ganja,Candu,Pil khayal
INHALAN
KESIMPULAN
✓Sebagai kesimpulannya,kita mestilah menjauhi penyalahgunaan
bahan dengan melakukan perkara-perkara berikut:
✓Mengamalkan gaya hidup sihat.
✓Berkemahiran untuk menangi stres dan masalah yang dihadapi.
✓Jauhi dari rakan yang mengambil rokok,dadah,alkohol,dan
inhalan
✓Isikan masa sepenuhnya dengan mengambil bahagian dalam
sukan,mulakan satu program senaman atau hobi,mengambil
bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah seperti PROSTAR
dan rakan muda.
SUMBER RUJUKAN
• 1. https://slideplayer.info/slide/17218593/
• 2. https://www.sinarharian.com.my/article/6728/LIFESTYLE/Sinar-
Islam/Kesan-buruk-rokok-terhadap-manusia
• 3. https://web.facebook.com/majlismahasiswaJUST/posts/merokok-dan-kesan-
pada-kesihatanapakah-kesan-buruk-daripada-merokokmenurut-
pertu/1923456624336157/?_rdc=1&_rdr
• 4.https://www.google.com/search?q=kesan+alkohol&rlz=1C1GCEA_enMY924
MY924&sxsrf=ALeKk00PawhLXJNsFzB4AV78UmRKrEqxeA:1606398783576
&tbm=isch&source=iu&ictx=1&fir=a3I3FtFt-
tV23M%252CI1q8jT23q7kI2M%252C_&vet=1&usg=AI4_-
kQR1HzH2tdYpdOf--_Fn6cqXiOrDw&sa=X&ved=2ahUKEwj_-
vLmraDtAhUXzDgGHSheCI4Q9QF6BAgDEAo&biw=1366&bih=657#imgrc=
UYIn1XRdLYMuiM
• 5. http://anyflip.com/mdona/lbcx