BUKU SKRAP SEJARAH
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA : MUHAMMAD NAZRIN BIN MOHD NIZAM
KELAS : 5 ANGGERIK
SEKOLAH :SK. MALAWA
GURU MATA PELAJARAN : CIKGU NOR HASNY BT ABD RAHMAN
KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN 2 MUKA SURAT
1 MUKA DEPAN 0
2 TAJUK 1
3 ISI KANDUNGAN 2
4 PENGHARGAAN 3
5 PENDAHULUAN 4
6 HASIL KAJIAN
7 KESIMPULAN 5-15
8 RUJUKAN 16
17
3
PENGHARGAAN
Alhamdulillah,akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan
kajian kes tentang perjuangan tokoh-tokoh tempatan. Saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Nor Hasny Bt
Abd Rahman di atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan.
Saya juga amat berterima kasih kepada kedua ibubapa dan
adik- beradik saya kerana sentiasa menyokong dan memberi
kata- kata semangat kepada saya di dalam menyiapkan
tugasan ini.
3
PENDAHULUAN
Kajian kes ini bertajuk Perjuangan Tokoh – Tokoh
Tempatan. Seramai 11 orang tokoh- tokoh
tempatan dihuraikan secara ringkas di dalam buku
skrap ini. Semoga jasa dan perjuangan tokoh-
tokoh tempatan ini akan dapat di ketahui dan
disanjung oleh generasi- generasi yang akan
datang.
4
HASIL KAJIAN
Dol Said menentang British bagi mempertahankan kedaulatan
Naning. Beliau menentang pelaksanaan undang-undang British
dan bayaran cukai. Pada tahun 1831,Dol Said Berjaya
mengalahkan British dengan menggunakan taktik perang gerila
dan mendapat bantuan pembesar dari daerah Seri Menanti,
Sungai Ujong,Johor dan Muar.
DOL SAID Pada tahun 1832,British bertindak menawanpusat
pentadbiran Naning dan membakar ruah penduduk.British
terpaksa membelanjakan £100 ribu untuk mengalahkan Dol
Said.British hanya dapat menewaskan Dol Said dalam serangan
yang ketiga.Pada tahun 1832,Dol Said telah ditewaskan dan
tinggal dalam buangan di Melaka
5
RENTAP Rentap menentang James Brooke kerana menganggap orang
Iban sebagai lanun dan telah menghapuskan petempatan
mereka.
James Brooke telah mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk
mengawasi pergerakan orang Iban.Pada tahun 1853,Rentap
menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan
mencapai kejayaan.
Rentap membina kubu pertahanan di Bukit Sadok.
Ramai pahlawan Iban yang menyokongnya.Pertempuran yang
sengit berlaku antara Rentap dan James Brooke di Bukit
Sadok.Rentap telah berundur ke Sungai Entabai dan tidak
dapat dikesan selepas itu
6
SHARIF Sharif Masahor menentang James Brooke yang meluaskan
MASAHOR kuasa ke atas wilayah Sarikei dan mengambil alih kuasa
pentadbir. Pada tahun 1855, Sharif Masahor telah
menyerang Mukah.
Beliau berjaya mengusir keluar pembesar tempatan yang
menyokong James Brooke.Sharif Masahor bersama-sama
dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung
Hashim telah mengadakan kerjasama untuk menyerang
Kuching.Sharif Masahor tidak dapat mengalahkan pasukan
tentera Charles Brooke,anak saudara James Brooke dan
berundur ke Mukah.Pada tahun 1861, Sharif Masahor
ditewaskan dan dibuang negeri ke Singapura.
Setelah dibebaskan, Sharif Masahor menuju ke Selangor
untuk membantu Raja Mahadi dalam perang saudara yang
dikenali sebagai Pe7rang Klang.
Dato’ Maharaja Lela menentang British kerana British
memperkenalkan sistem cukai baharu dan campur tangan
dalam adat resam orang Melayu.
Sultan Abdullah,Dato’ Maharaja Lela dan pembesar-
pembesar lain telah mengambil keputusan untuk
membunuh J.W.W. Birch.
DATO’ Dato’ Maharaja Lela dan Seputum telah
MAHARAJA LELA membunuh J.W.W. Birch.
Dato’ Maharaja Lela telah ditangkap dan dijatuhkan
hukuman gantung pada tahun 1877.
8
Yamtuan Antah menentang British kerana tidak bersetuju
dengan perjanjian antara British dengan Dato’ Kelana Sungai
Ujong.
Yamtuan Antah juga tidak bersetuju dengan tindakan Dato’
Kelana yang mengishtiharkan Terachi sebagai wilayahnya.
YAMTUAN ANTAH Yamtuan Antah telah menawan Paroi dan membina kubu
pertahanan.Pihak British mengalahkan pasukan Yamtuan
Antah.
Yamtuan Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus.Yamtuan
Antah dan British telah mengadakan rundingan
perdamaian.Yamtuan Antah telah diiktiraf sebagai Yamtuan
Besar Seri Menanti.
9
Dato’ Bahaman Dato’ Bahaman menentang British disebabkan
kehilangan hak mengutip cukai dan dilucutkan gelaran
sebagai pembesar.
Pada tahun 1891, Dato’ Bahaman menyerang Balai Polis
Lubuk Terua dan menawan kembali Lubuk Terua dengan
bantuan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau.
Pada Tahun 1894, Dato’ Bahaman menawan Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai.
Dato’ Bahaman terpaksa berundur ke Kelantan dan
mendapat perlindungan di Chiengmai, Thailand.
10
Tok Janggut menentang British disebabkan
cukai dan peraturan tanah baharu yang
membebankan.
Pada tahun 1915, Tok Janggut telah
melancarkan serangan ke atas Pasir
Puteh.Pihak British bertindak
menyerang Tok Janggut yang berkubu di
Kampung Saring.
Tok Janggut Tok Janggut terkorban dalam pertempuran
itu
11
Mat Saleh Mat Saleh menentang Syarikat Borneo Utara British
(SBUB) kerana kehilangan kawasan pengaruh.
Mat Salleh membantah cukai yang dikenakan serta
peraturan baharu yang membebankan.
Pada tahun 1897, Mat Salleh telah mendirikan kubu di
Ranau dan menyerang Pulau Gaya dan Ambong.
Mat Salleh telah ditewaskan di Tambunan dan
dikatakan telah terkorban.
12
Antanom Antonam menentang (SBUB) kerana kehilangan
kuasa dan pengaruh, menentang pembayaran cukai
yang dikenakan, menjadikan orang Murut sebagai
buruh paksa dan menceroboh kawasan hutan orang
Murut untuk membina jalan.Antanom telah
menyatukan orang Murut untuk menentang SBUB.
Pada tahun 1915, Antanom telah menyerang
Pensiangan dan membina kubu di Sungai Selangit.
Terkorban dalam pertempuran di Sungai Selangit.
13
Haji Abdul Rahman Menentang British kerana penguatkuasaan undang-undang
Limbong binatang buas,peraturan tanah baharu dan pas kebenaran
untuk menjalankan aktiviti pertanian.
Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman Limbong bertindak
sebagai peguam untuk membela petani di Kuala Telemong yang
ditangkap kerana menentang peraturan baharu. Mereka telah
membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran.
Pihak British juga telah mengancam akan mengambil tindakan
undang-undang ke atas mereka yang enggan membayar cukai.
Ancaman British untuk mengambil tindakan undang-undang
menyebabkan para petani telah menduduki balai polis dan
bangunan kerajaan di Kuala Berang.
Pihak British telah melancarkan serangan dan Haji Abdul
Rahman Limbong telah ditangkap.
Beliau dijat1u4hi hukuman buang negeri ke Mekah.
Raja Mahadi Raja Mahadi menentang campur tangan British
dalam pentadbiran Klang dan perusahaan bijih timah.
Beliau juga tidak berpuas hati dengan perlantikan
Tengku Kudin sebagai Yam Tuan Selangor oleh
British.Tengku Kudin & Raja Abdullah telah
bekerjasam untuk menentang Raja Mahadi.
Raja Mahadi telah mengambil tindakan untuk
menyerang Yap Ah Loy di Kuala Lumpur kerana telah
bekerjasama dengan Tengku Kudin.Beliau telah dapat
dikalahan dan dihantar ke Johor.
Beliau telah meninggal dunia disana.
15
KESIMPULAN
Setelah menyiapkan buku skrap ini, saya dapat mengetahui
perjuangan tokoh- tokoh tempatan seperti Dol Said,
Rentap, Sharif Masahor, Dato’ Maharaja Lela, Yamtuan
Antah, Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Mat Saleh, Antanom,
Haji Abdul Rahman Limbong dan Raja Mahadi.
Saya amat menghargai perjuangan dan pengorbanan
tokoh- tokoh ini kerana kegigihan mereka di dalam
mempertahankan kedaulatan dan maruah negara daripada
ditakluki oleh penjajah.
16
RUJUKAN
1. Buku Teks Sejarah Tahun 5
2.https://www.arcgis.com/apps/MapSeries/index.html?appid=1cd9f0e
a5e3c4d0198108ff10efdfc8b
3. https://sejkssrt5t2.wordpress.com/2017/08/18/perjuangan-tokoh-
tempatan/
4. http://perjuangan-tokoh-tempatan.blogspot.com/
5. https://www.youtube.com/watch?v=PM7z-Ohv2Eg
17