TUGASAN PBL (PROJECT BASED LEARNING) - PBL 1 SMK AGAMA JOHOR
KIMIA KSSM TINGKATAN 5 BAHRU
PEMBUATAN PEK SEJUK NAMA : MARSHA SHAKIRA
SEGERA ADLI BINTI MAHDHIR
(ICE-PACK) KELAS : 5 ALFARABI
SUBJEK : KIMIA
NAMA GURU : PUAN NOOR
HAYATI HASSAN
ISI KANDUNGAN
Penghargaan 03
Pengenalan
Objektif dan Tarikh Pelaksanaan
Bahan dan Radas 04
Prosedur
Hasil projek dan Cara Penggunaan
Dapatan Kajian 06
Sumber Rujukan
07
08
10
11
12
02
PENGHARGAAN
Alhamdulillah dan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan pbl
ini. Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran kimia, Puan Noor Hayati Hassan yang
telah banyak memberi bimbingan sepanjang masa menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya, saya juga tidak lupa juga akan jasa ibu bapa yang banyak memberi sokongan dan dorongan meluangkan
masa bersama-sama saya. Terima kasih juga kepada ahli keluarga yang sudi menemani saya setiap kali melakukan
tugasan ini mahupun sehingga lewat malam.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang menjadi kaunter pertanyaan dan berkongsi banyak maklumat
mengenai tugasan yang diberikan. Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.
Saya juga menyusun sepuluh jari ingin meminta maaf jika terdapat sebarang kesalahan yang tidak disengajakan di
dalam tugasan ini.
Sekian, terima kasih
03
PENGENALAN
Banyak proses dan tindak balas yang berlaku dalam kehidupan seharian manusia. Ia bergantung kepada mereka sama ada untuk
mengenal pasti dan mengkaji tindak balas tersebut ataupun tidak. Pada kali ini, saya akan menerangkan lebih terperinci tentang kajian
tindak balas yang melibatkan haba iaitu termokimia.
Termokimia membawa maksud kajian tentang perubahan haba semasa tindak balas kimia berlaku. Semasa tindak balas kimia
berlaku, haba mungkin diserap atau dibebaskan ke persekitaran. Penyerapan atau pembebasan haba ini dapat diperhatikan semasa
tindak balas berlaku melalui perubahan suhu dan boleh diukur menggunakan termometer. Tindak balas yang menyerap haba daripada
persekitaran dikenali sebagai tindak balas endotermik manakala tindak balas membebaskan haba ke persekitaran pula ialah tindak
balas eksotermik.
Semasa berlakunya tindak balas kimia, ikatan kimia dalam bahan tindak balas diputuskan dan ikatan baharu dalam hasil tindak balas
akan terbentuk. Bagi tindak balas endotermik, tenaga haba yang diserap untuk memutuskan ikatan bahan tindak balas lebih besar
berbandinng tenaga haba yang terbebas semasa membentuk ikatan dalam hasil tindak balas. Namun, dalam tindak balas eksotermik,
tenaga haba yang dibebaskan semasa pembentukan ikatan dalam hasil tindak balas adalah lebih besar daripada tenaga haba yang
diserap semasa memutuskan ikatan bahan tindak balas. Perkara ini boleh dilihat melalui gambar rajah profil tenaga.
Pengaplikasian kedua-dua tindak balas ini semakin berkembang dan digunakan dalam pembuatan produk seharian. Antaranya ialah
pad gel dan tin minuman sejuk kendiricbagi tindak balas endotermik manakala hot can untuk eksotermik.
04
GAMBAR RAJAH PROFIL TENAGA
TINDAK BALAS ENDOTERMIK TINDAK BALAS EKSOTERMIK
05
OBJEKTIF
Menentukan jenis Mengenal pasti produk Mereka cipta produk
tindak balas endotermik yang menggunakan yang mengaplikasikan
konsep endotermik atau
atau eksotermik konsep endotermik dan
berdasarkan perubahan eksotermik dalam eksotermik
kehidupan
haba 06
TARIKH PELAKSANAAN
12 SEPT. 2021 - 26 SEPT. 2021
GARAM BAHAN DAN RADAS
TEPUNG BERAS
BEG PLASTIK
PERIUK
MANGKUK
GETAH
07
PROSEDUR
08
PROSEDUR
1. Sediakan bahan dan radas yang diperlukan.
2. Masukkan dua mangkuk air ke dalam periuk dan hidupkan air.
3. Apabila air telah panas, masukkan semangkuk garam dan kacaukan sehingga garam
melarut.
4. Masukkan semangkuk tepung beras ke dalam periuk yang sama dan kacaukan sehingga
sebati.
5. Apabila campuran menjadi pekat, tutup api dan masukkan campuran ke dalam beg plastik.
6. Padatkan campuran ke dalam beg plastik dan pek sejuk telah siap.
Bagi kegunaan untuk mengekalkan kesejukan botol air ;
1. Gulungkan pek sejuk pada keliling botol kosong dan gunakan
getah bagi mengetatkan beg plastik dengan botol kosong seperti
dalam gambar.
2. Masukkan pek sejuk ke dalam peti ais.
09
HASIL PROJEK CARA
PENGGUNAAN
Apabila pek sejuk tidak digunakan, letakkan di
dalam peti sejuk.
Bagi penggunaan pek sejuk untuk saiz botol yang
berbeza :
1.Biarkan pek sejuk mencair di suhu bilik.
2.Apabila pek sejuk tidak beku, balutkan pek
sejuk pada botol kosong yang hendak
digunakan.
3.Gunakan getah untuk memastikan pek sejuk
kekal di keliling botol.
4.Apabila pek sejuk telah beku, keluarkan botol
dan isi air.
5.Masukkan semula botol berisi air ke dalam pek
sejuk. 10
DAPATAN KAJIAN
APLIKASI TINDAK BALAS ENDOTERMIK 11
Pek sejuk segera merupakan salah satu daripada bahan yang mengaplikasikan tindak
balas endotermik. Dalam pembuatan pek sejuk, garam merupakan bahan kimia yang
berfungsi sebagai bahan aktif dalam pek sejuk segera ini. Garam ini dapat
melambatkan proses pencairan dan menyebabkan suhu pek sejuk meningkat dengan
perlahan. Dalam hal ini, haba daripada persekitaran botol air diserap oleh pek sejuk.
Kesannya, suhu persekitaran akan menurun dan botol air akan kekal sejuk.
KELEBIHAN PEK SEJUK INI
Pek sejuk segera yang dihasilkan sememangnya mendatangkan banyak kelebihan
berbanding dengan keburukannya. Antara kelebihan pek sejuk ini adalah ianya mudah
dibawa kemana sahaja kerana saiznya yang sama dengan botol air pengguna.
Seterusnya kos pembuatan rendah dan bahan yang mudah dicari dapat menjimatkan
wang dan tenaga setiap penggunanya. Bukan itu sahaja, ia juga sesuai digunakan
dalam aktiviti pendakian disebabkan jisimnya yang rendah dan menjimatkan ruang.
SUMBER RUJUKAN
A Buku Teks Kimia KSSM Tingkatan 5
B Buku Rujukan Focus Kimia Tingkatan 4 dan 5
C https://youtu.be/Tcbil7u-CbI
D https://youtu.be/ZqXuOr_An1M
https://www.greelane.com/ms/sains-teknikal-
E matematik/sains/cold-packs-and-endothermic-reactions-
3976046/
https://ms.female-beauty.com/6994886-8-cool-ways-to-
F make-homemade-ice-packs-diy-recipes
12