The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazlinhamizi, 2020-04-15 07:23:45

BUKU TEKS COCU 2

BUKU TEKS COCU 2

COCU

2 BATIK TERAP

Pada akhir pembelajaran ini, murid akan dapat:
1. Menerangkan sejarah, latar belakang dan ciri – ciri batik terap, rekacorak serta
tatacara penerimaan tempahan
2. Mengenalpasti jenis fabrik, alat dan bahan batik terap
3. Menyediakan campuran warna batik terap
4. Menyatakan proses penghasilan dan kemasan batik terap
5. Mengenal kualiti produk batik
6. Menyediakan teknik pembungkusan produk batik terap yang sesuai

2.1 PENGENALAN BATIK TERAP

Sejarah Batik Terap

Di Pantai Timur, batik terap lebih dikenali sebagai Batik Cap atau Batik Blok. Proses awal
dalam perkembangan membuat batik blok adalah menggunakan ukiran sarang blok kayu untuk
mengecap sejenis bahan pewarna hitam semulajadi. Teknik awal ini dipanggil ‘Terap Hitam’.

Pada tahun 1920-an, penggunaan lilin di dalam proses penerapan mula diperkenalkan oleh
pembuat batik di Pantai Timur. Sejajar dengan itu, blok-blok telah digantikan dengan kepingan
keluli. Corak-corak blok keluli ini lebih kemas dan halus buatannya.

Sebelum penerapan lilin diperkenalkan, produk batik dihasilkan menggunakan teknik ikat dan
celup. Produk ini dikenali sebagai batik pelangi. Kemudian diikuti dengan proses penggunaan
blok daripada ukiran pada batu, ubi keladi, kentang, dan seterusnya pada bongkah kayu berukir
sebagai alat pengecap. Seiring dengan perkembangan teknolog, industri batik turut melalui
perubahan daripada penggunaan blok kayu kepada penggunaan blok yang diperbuat dari
kepingan logam sama ada zink besi atau tembaga.

Fikir Sejenak
Apakah nama lain untuk
batik terap?

Rajah 1: Batik terap
Kegunaan Batik Terap
Kain batik terap merupakan kegemaran penduduk tempatan. Ianya dijadikan sebagai kain batik
sarung dan batik ela. Selain dijadikan pakaian, kain batik ela boleh diubahsuai untuk
menghasilkan kain cadar, langsir, alas tilam, sarung kusyen, sarung bantal, beg tangan dan
pelbagai jenis barang kegunaan seharian yang indah dan cantik.

Rajah 2: Produk batik terap

Kaki kain

Badan kain

Gigi kain Pengapit kepala kain

Rajah 3: Bahagian kain sarung

Setiap bahagian kain mempunyai fungsi yang tersendiri. Berikut merupakan fungsinya:
i. Apit kiri dan apit kanan: Corak yang menghiasi bahagian ini dipanggil susunan
menyeluruh dan diilhamkan daripada motif flora.
ii. Badan kain: Bahagian badan kain pula dihiasi dengan motif flora iaitu motif
akar-akar menjalar. Motif ini diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan di dalam
hutan yang menjalar.
iii. Kaki kain: Bahagian kain ini juga menggunakan susunan motif pucuk rebung
atau motif geometri.
iv. Kepala kain: Kepala kain dihiasi dengan motif pucuk rebung. Motif ini
diilhamkan dari pucuk rebung yang mengandungi motif bunga keduduk di
dalamnya.

Proses Penghasilan Batik Terap
Rajah 4: Proses penghasilan batik terap

Proses Penghasilan Batik Terap

Proses cucian kain
Penyediaan kain putih
Penyediaan blok dan meja terap
Menerap/ mengecop pada kain
Meregang kain pada pemidang
Penyediaan warna dan

mewarna
Mematikan warna
Membasuh dan membilas

Merebus
Membasuh dan merendam

Mengering
Menggosok
Membungkus

Fikir Sejenak
Apakah tujuan kain putih
dibasuh terlebih dahulu?

2.2 MOTIF DAN REKA CORAK HIASAN

Motif Batik Terap
Motif-motif yang sering digunakan pada kain batik terap adalah:

i. Corak tumbuh-tumbuhan dan bunga-bunga tempatan seperti bunga mawar,
bunga orkid, bunga cengkih, bunga cina, akar-akar menjalar, paku-pakis dan
corak-corak geometrik terutamanya motif pucuk rebung.

ii. Alam semulajadi seperti tanah, air, angin, bulan, bintang dan matahari.
iii. Unggas, rama-rama, dan burung, penyu, kuda, ayam dan sebagainya.
iv. Awan larat, mega mendung, watak-watak wayang kulit, wau, gambaran

kampung.

Rajah 5: Motif flora

Rajah 6: Motif fauna

Rajah 7: Motif awan larat Fikir Sejenak

Motif-motif seperti awan larat dan pucuk rebung selalu Awan larat terbentuk apabila
digunakan oleh pengusaha-pengusaha batik motif menjalar dan motif
tempatan untuk dicetak ataupun dilukis pada tunggal disusun bersambung-
bahagian utama struktur kain sarong iaitu pada sambung di antara satu sama
bahagian kepala kain. Selain itu, makna-makna lain.
simboliknya, motif-motif ini juga berperanan sebagai
penyokong atau penyeri bagi memenuhi ruang
rekacorak seperti motif bunga cengkih, bunga
berangan pecah, tumbuhan menjalar dan berbagai
lagi.

Reka Corak
Terdapat dua jenis gayaan atau susunan reka
corak yang sering digunakan pereka iaitu:

i. Reka corak bertabur
ii. Reka corak berangkai/ berulang

Rajah 8: Reka corak berterabur

Rajah 9: Reka corak berangkai/berulang

Sumber Idea
Terdapat tiga sumber idea boleh diperoleh iaitu:

i. Internet
ii. Buku/majalah
iii. Alam semulajadi

2.3 PROSEDUR MENGAMBIL TEMPAHAN BATIK TERAP

Berikut merupakan prosedur yang perlu dilakukan jika ingin mengambil tempahan:
i. Menentukan konsep
 Reka letak
 Rekaan corak atau motif
ii. Menentukan warna
iii. Menentukan jenis kain
iv. Mengisi borang tempahan

UJI MINDA

1. Tuliskan dua jenis sumber bagi mendapatkan gambar.
a. ________________________
b. ________________________

2. Nyatakan tiga jenis motif yang sering digunakan dalam penghasilan corak batik.
a. ________________________
b. ________________________

3. Blok batik terap diperbuat daripada
_______________________________________________________________

4. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

5. Gambar di atas menunjukkan proses __________________________ pada
permukaan kain.


Click to View FlipBook Version