The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Soalan Pentaksiran Sumatif Pertengahan BM T5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shuhana.guru.smkdbs, 2021-10-04 07:17:34

Soalan Pentaksiran Sumatif Pertengahan BM T5

Soalan Pentaksiran Sumatif Pertengahan BM T5

NAMA : _____________________________ Kelas :________

SULIT
Bahasa Melayu
10 Oktober 2021
2 jam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ BIJAYA SETIA
08000 SUNGAI PETANI KEDAH

PENTAKSIRAN SUMATIF PERTENGAHAN TAHUN
TAHUN 2021

SECARA DALAM TALIAN

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 5
Dua jam

1. Kertas soalan ini mengandungi DUA bahagian Bahagian A Untuk Kegunaan Pemeriksa
dan Bahagian B Bahagian Soalan Markah

2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Bagi AA
Bahagian B, pilih satu sahaja soalan untuk dijawab
1
3. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian
soalan ditunjukkan dalam kurungan. 2
B3
4. Pelajar dikehendaki menjawab pada kertas jawapan bergaris /test pad
dengan tulisan tangan dengan meggunakan pen berwarna biru atau 4
hitam.
Jumlah

6. Murid diberikan masa selama 2 ½ jam. Murid perlu menjawab soalan
dalam tempoh masa selama 2 jam sahaja.30 minit lagi untuk
semakan jawapan dan UPLOAD skrip jawapan melalui pautan
Google Form yang akan diberikan

_________________________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak

DISEDIAKAN OLEH; DISAHKAN OLEH:
shuhana b/p : GK Bahasa

(SHUHANA BINTI ABU BAKAR)

1

Bahagian A

[30 markah]
[Masa dicadangkan : 30 minit]

Maklumat di bawah berkaitan dengan pencemaran udara.
Huraikan pendapat anda tentang permainan tradisional.
Panjangnya huraian antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Bahan 1 Bahan 2

Terompah tempurung merupakan antara Mengintai pada jendela waktu
permainan sukan rakyat yang masih popular pada kusingkap tirai rindu
masa ini. Cara bermainnya adalah dengan meletakkan zaman dahulu berkocak di kalbu
kaki di atas tempurung. Ibu jari kaki menyepit tali dan masih terbayang juara kujulang
tangan pula perlu mengawal tali ketika kaki congkak kayu mainan aku
digerakkan. Permainan ini bukan sahaja bersifat biji getah digerak satu persatu
menyeronokkan tetapi dapat menyihatkan tubuh pesta desa meriah masih terasa
badan dan meningkatkan kekuatan fizikal otot tangan
dan kaki. Guli dilambung pecah satu
mainan tradisional desaku dulu
Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5 tanah dikorek kayu di tengah
lanting ke udara direbut suka
konda-kondi permainan ceria
Sajak Permainan Tradisional

Sumber: Internet

Bahan 3

Sumber : Internet
2

Bahagian B
[70 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500
patah perkataan.
Soalan 1
Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, dewasa dan warga emas akan mengalami stres. Umumnya,
tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi. Stres
yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada
individu untuk meningkatkan produktiviti. Bagaimanapun, stres yang berlebihan untuk jangka masa
panjang sehingga tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, memudaratkan kesihatan
serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.

Sumber : Sinar Harian, 15 Oktober 2020

Petikan di atas menggambarkan bahawa seseorang itu perlu bijak menangani stres dengan mengambil
langkah-langkah tertentu.
Jelaskan langkah-langkah tersebut.
Soalan 2

Pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat. Sistem
pengangkutan awam antara komponen penting dalam perkembagan ekonomi dan menjadi jalan
penyelesaian kepada pelbagai permasalahan seperti kesesakan lalu lintas, risiko kemalangan jalan
raya dan pencemaran alam sekitar. Namun begitu, penggunaan pengangkutan awam oleh
masyarakat di negara ini masih berada pada tahap rendah. Pelbagai pendekatan perlu dilakukan
untuk menggalakkan masyarakat kita menggunakan sistem pengangkutan awam.

Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa penggunaan pengangkutan awam dapat menyelesaikan
pelbagai masalah. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan orang ramai menggunakan
pengangkutan awam. Sehubungan itu, anda dikehendaki menulis sebuah rencana bagi menggalakkan
orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Tajuk rencana tersebut ialah ‘Usaha-usaha untuk
Menggalakkan Orang Ramai Menggunakan Pengangkutan Awam’.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.

3

Soalan 3

Kerajaan diharapkan menjadikan pendidikan kewangan sebagai salah satu subjek ‘mandatori’ di
peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi bagi mengelakkan lebih ramai yang terdedah
kepada masalah kewangan pada masa depan. Ilmu pengurusan kewangan kini menjadi satu
keperluan berikutan masyarakat sentiasa terdedah dengan masalah hal ehwal kewangan. Setiap
individu terutama generasi muda seharusnya mempunyai perancangan persaraan lebih awal bagi
mengelakkan diri berdepan dengan simpanan tidak mencukupi selepas bersara.

Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Cadangan jadikan pendidikan kewangan subjek mandatori’

oleh Nurhayati Abllah
Berita Harian Online, 6 September 2019.

Sebagai respons terhadap masalah-masalah kewangan yang mungkin timbul sekiranya gagal merancang
kewangan dengan bijak, seseorang perlulah mengamalkan budaya menabung.
Bincangkan kepentingan-kepentingan budaya menabung kepada generasi muda.

Soalan 4
Dewasa ini, kita dapat menyaksikan banyak orang yang telah menceburi bidang sukan pilihan
mereka untuk dijadikan platform membina kerjaya. Sukan bukan sekadar riadah semata-mata
kerana sukan juga merupakan bidang yang mampu menjanakan pulangan yang lumayan. Hal itu
dapat dicapai sekiranya sukan diceburi secara serius. Impian itu bukanlah perkara yang tidak
mampu direalisasikan sebagaimana yang dibuktikan oleh empat orang atlet paralimpik negara kita
yang pulang dari Rio de Janeiro dengan tiga pingat emas dan satu pingat gangsa.

Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Remaja aktif bersukan’
oleh Norsuhaila Ibrahim
Dewan Siswa, Bil. 4/2017

Maklumat di atas menerangkan bahawa bidang sukan telah dijadikan kerjaya oleh atlet. Pencapaian atlet
yang cemerlang dalam bidang sukan dapat memberikan pelbagai manfaat.
Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi menggalakkan masyarakat menjadikan
bidang sukan sebagai kerjaya yang menguntungkan.

KERTAS SOALAN TAMAT

4


Click to View FlipBook Version