NIL AI MASYARAKAT M ALA SY AI Remaja Malaysia Gejala sosial Cegah Gejala Sosial Remaja Sebelum Parah APA ITU GEJALA SOSIAL? PUNCA GEJALA SOSIAL | MASALAH GEJALA SOSIAL | KESAN GEJALA SOSIAL | LANGKAH MENGATASI GEJALA SOSIAL |
Penasihat Puan Zaliha Binti Mat Isa Pengarah Cheong Jeng Xin Penolong Pengarah Darmishaah A/P Sri Ketua Editor Cherry A/P Ai Sean Ketua Bahan Diviya A/P Ravi Ketua Bahasa Ciranan A/P Wicet Shankar Lingam Chandran i
2 I S I KAND UN GAN Pengenalan 3 Punca Gejala Sosial 4 Masalah Gejala Sosial Berlaku Di Malaysia 6 Kesan Gejala Sosial 8 Langkah Mengatasi Gejala Sosial 10 Kesimpulan 14 Contoh Gejala Sosial Rujukan 15 REMAJA MALAYSIA Penghargaan 1 ii
Jeng Xin Saya, Cheong Jeng Xin selaku ketua editor untuk e-folio gejala sosial ini dengan berbesar hati ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli kumpulan saya yang terlibat dalam menjayakan e-folio ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Puan Zaliha yang banyak membantu kami dalam proses menyediakan e-folio ini sehingga selesai dan memastikan e-folio kami ini menepati kriteria-kriteria yang diperlukan. Saya yakin, e-folio yang kami sediakan ini akan memberi banyak manfaat kepada pembaca kerana majalah ini mengandungi info-info yang bermanfaat. Selain itu, ilustrasi gambar yang tidak membosankan juga dilampirkan di majalah ini agar pembaca tidak mudah bosan untuk membaca, harapnya. PENGARAH E-FOLIO 1 Penghargaan REMAJA MALAYSIA
2 era globalisasi ini, masalah gejala sosial semakin meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini mendatangkan kebimbangan banyak pihak antaranya ibu bapa khususnya. Masalah sosial seperti gejala melepak, lumba haram, buli dan sebagainya semakin hangat diperkatakan dari buah mulut masyarakat malah menjadi isu yang serius dipaparkan dalam akhbar kebelakangan ini. Oleh itu, kita tidak seharusnya memandang remeh akan masalah tersebut. Pada ialah tanda-tanda, alamat atau petanda tentang segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan atau hal yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang. Gejala sosial Pengenalan
CONTOH GEJALA SOSIAL GENGSTERISME MATREMPIT MASALAH ROKOK VANDALISME PENYALAHGUNAAN ARAK PENYALAHGUNAAN DADAH 3
MASALAH MASALAH GEJALA YANG BERLAKU DI MALAYSIA Bermaksud perbuatan tanpa ikatan perkahwinan yang sah atau juga tingkalaku tidak normal yang berlawanan dengan agama. Hubungan intim yang dibuat sec suka atu tidak ( Aminudin Mansor, 2012) Kini, dapat dilihat dimana-mana sahaja berlaku kegiatan tidak bermoral sama ada di kawasan bandar ataupun luar bandar. Turut melibatkan golongan dewasa dan kanak-kanak. Dikategorikan iaitu zina, khalwat, sumbang mahram yang mana semuanya perbuatan yangtidak bermoral menyebabkan normanorma masyarakat kini dilihat sudah tidak bernilai lagi di mata manusia. Kajian pada 2010 menunjukkan 300 remaja di bandar @luar bandar yang berumur 13-25 tahun telah terliabt dengan gejala tidak sihat Tidak terhad sesama sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Tiada penguatkuasaan kerana boleh dijual di kedai-kedai melalui lesen yang sah / Seksyen 35 Akta Akta Ekseis 1976 oleh Lembaga Pelesenan). • Bagi Islam, arak dilarang kerana memudaratkan kesihatan dan turtu disetujui oleh agamaagama lain. • Mampu merosakkan organ badan manusia dan punca berlakunya peningkatan kematian dalam masyarakat. • Menurut WHO, alkohol menjadi punca kepda 60 jenis penyakit kdp manusia. • Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat, 5.3 peratus daripada keganasan rumah tangga berlaku akibat daripada alkohol sendiri (pukul isteri, mendera anak, dan lain-lain). PENYALAHGUNAAN SEKS ARAK BEBAS • Bahan yang memudaratkan esihatan dari aspekmental, fizikal, emosi dan perbuatan pengguna jika telah ketagin dan membuatkan penggunanya bergantung hidup kepadanya. • Asalnya ialah ubat-ubatan kerana untuk perubatan seperti paracetemol dan antibiotik iaitu untuk menyembuhkan penyakit. • Tetapi, dengan masalah sosial dan ditamban lagi dengan adanya teknologi kini,ubat ini disalahgunakan atas dasar untuk hiburan,kuatkan ketahanan tubuh,dan sebagainya. PENYALAHGUNAAN DADAH • Akhirnya,ubat-ubata n ini ditukar menjadi dadah yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti heroin, ectasy, samada dalam bentuk pil atau serbuk. • Menurut Agensi Dadah Kebangsaan (2003) jumlah penagih dadah ialah seramai 255 725 orang dan dijangka meningkat kepada 461000 orang pada tahun 2015. Daripada jumlah ini pula, 72%-76% ¡alah terdiri daripada golongan remaja . Hal ini menunjukkan keadaan masyarakat terutama belia semakin tenat. 4 Penulis: Diviya A/P Ravi Chandran
Rokok ditakrifkn sebagai bahan yang mengandungi pelbagai jenis bahan tercemar seperti nikotin. Golongan yang terlibat kini bukan sahaja orang tua,tetapi kanakkanak di bawah umur juga sudah mampu bergelar perokok tegar. Sangat membimbangkan kerana rokok mampu merosakkan organ dalam bandan dalama jgka msa yang pjg dan antara penyakit yang bakal menimpa ialah kanser paruparu jantung, dan juga janin kandungan. Asapnya lebih berbahaya kerana mengandungi 4000 bahan kimia yang mana orang sekeliling terutama bayi dan kanak2 berisiko menderita penyakit bronkiitis atau pneumonia. Meskpun banyak kempen tentang bahaya rokok dijalankan, ia mash tidak mampu mengubah golonga perokok agar berhenti merokok. Sebab utama bagi wanita merokok ialah untuk melangsingkan badan dan lelaki pula untuk menunjukkan kemacholan dan lebih bergaya. MASALAH MASALAH GEJALA YANG BERLAKU DI MALAYSIA Menurut Zulkifli Mohd Yusoff (2004), mat rempit ialah aktiviti menunggang motorsikal secara berbahaya di jalan raya.Selain itu, mat rempit juga bermaksud penunggang motorsikla yang menyertai lumba haram yang mana perlúmbaan ini menjanjikan ganjaran berbentuk wang dan juga gelaran juara dalam kalangan mat rempit. Sudah lama berleluasa dan dikatakan bermula sekitar awal 80-an di Kuala Lumpur sehingga merebak ke seluruh negara. Jika dahulu tertumpu di bandar-bandar besar, kini ia merebak ke kawasan luar bandar seperti kampung-kamupung. Sering kali dikaitkan dgn bohsia,kaki pukul dan kegiatan tidak bermoral lain selain dari menunggang secara berbahaya tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain. Menurut statistik yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes kematian berlaku meningkat dari tahun ke tahun. Sebagai contonya jumlah kematian pada tahun 2005 ialah 3175 berbanding tajun 2004 sebanyak 3118 kematian MAT REMPIT • Menurut Azizi Yahaya (2011), gengsterisme ialah perbuatan yang membawa kepada berlakunya kes- kes lain seperti kes bunuh, buli, rogol, samun, peras gut, mabuk, judi dan lainlain. Manakala menurut Shaefer (2000), ia bermaksud perbuatan yang aggresif atau juga disebut sebagai gangster atau samseng. • Isu gengsterisme juga antara gejala sosial yang semakin teruk berlaku dalam masyarakat kini. Hal ini demikian kerana kegiatan gangsterisme ini sangat berbahaya kerana ia melibatkan keselamtan dan nyawa orang ramai. GENGTERISME • sama seperti gejala lain yang mana remaja sering kali terlibat bersama tetapi ia lebih berbaya kerana melibatkanmelibatkn organisasi - organisasi besar seperti geng - geng kongsi gelap yang terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah seperti pelacuran, bunuh, dadah, penyeludupan, dan lain-lain. • Walau bagaimanapun, ia kini trut merebak di sekolah - sekolah apabila gejala ini turut berlaku dalam kalangan pelajar. Mereka biasanya bergerak di dalam kumpulan dan biasanya bermula dengan kes peras ugut dan buli. Menurut kajian yang dijalankan, terdapat remaja yang tercicir dari persekolahn akan menyertai gangsterisme dan akhirnya melakukan. MASALAH ROKOK 5 Penulis: Diviya A/P Ravi Chandran
6 Remaja cenderung untuk melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media massa kerana remaja mempunyai naluri ingin mencuba. Sebenarnya sikap ingin mencuba ini adalah sikap yang baik tetapi bukan semua perkara boleh dicuba sewenangwenangnya. Remaja perlulah menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang diperolehi melalui media massa. Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial. Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak. Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ada segelintir ibu bapa begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehingga anak-anak terabai dan tidak mendapat kasihsayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka melakukan perkara-perkara tidak berfaedah untuk mehilangkan kebosanan. Selain itu, tidak kurang juga ada yang melakukan gejala sosial ini semata-mata untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Pengaruh Negatif Media Massa Sikap Tidak Mengambil Berat Oleh Ibu Bapa PUNCA-PUNCAGEJALATerdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya SOSIALgejala sosial dalam kalangan remaja kini antaranya adalah pengaruh rakan sebaya dan media sosial. Tidak dinafikan, golongan remaja sangat rapat dengan rakan sebaya mereka berbanding dengan ibu bapa masa kini yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Ini menyebabkan golongan remaja ini mudah terpegaruh dengan ajakan mahupun cabaran daripada rakan sebaya mereka dan pengaruh tingkahlaku negatif lebih mudah terbentuk sekiranya mereka salah memilih rakan. 6 Penulis: Cherry A/P Ai Sean
Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial. Disebabkan faktor pergolakan keluarga di rumah, remaja cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi mencari ketenangan dan kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula adalah mereka yang mempunyai perangai negatif Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam.Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan Te dan keseronokan semata-mata. rikut-Ikut Dengan Sikap Negatif Rakan Sebaya Kelemahan Didikan Agama dan Moral Diri Remaja Oleh itu, remaja begitu mudah terikut-ikut dengan sikap rakan sebaya mereka. Apabila bersama rakan sebaya, remaja cenderung untuk melakukan perkara tidak berfaedah seperti merokok, melepak di pusat membeli-belah dan mendapatkan hiburan di pusat-pusat hiburan. 7
KESAN KESAN GEJALA SOSIAL Kesan Terhadap Keluarga PENULIS : DARMISHAAH A/P SRI SHANKAR LINGAM Masalah gejala sosial dalam kalangan remaja masa kini mempunyai pelbagai kesan dan impak yang begitu besar dari segi diri individu, masyarakat dan negara. Belia hari ini adalah aset utama dan amat penting kepada negara pada masa hadapan. Kesan jangka panjang dan jangka pendek sudah pasti akan berlaku sekiranya golongan belia dan masyarakat hari ini tidak tahu menangani masalah yang semakin meruncing ini, ini menjadikan pembentukan jati diri dan maruah akhlak rapuh dari kaca mata masyarakat kita sendiri. Masalah sosial yang dilakukan oleh diri sendiri akan dipandang rendah oleh orang lain. Hal ini kerana masalah soaial adalah sesuatu perbuatan yang tidak baik. Hal ini juga akan menyebabkan kawan akan menjauhkan dia. Lebih teruk lagi, mereka mungkin terpenjara disebabkan perbuatan yang sangat teruk. Jadi, masa depan diri sendiri terjejas. Masalah sosial yang dilakukan oleh anak akan menjejaskan keharmonian dan kebahagiaan sekeluarga. Hal ini kerana akan berlaku pertengkaran antara keluarga teruatma ibu bapa. Ibu bapa mestilah bimbang akan masa depan anak dan akan menasihati anaknya supaya tidak melakukan gejala sosial lagi. Bukan sahaja diri sendiri akan dipandang rendah, namun keluarganya juga akan dipandang rendah. Hal ini akan menyebabkan keluarganya mungkin diejek oleh orang lain. Kesan Terhadap Individu 8
PENULIS : DARMISHAAH A/P SRI SHANKAR LINGAM Peningkatan gejala sosial akan menyebabkan ekonomi negara terjejas. Pelabur dan pelancong tidak berani datang ke negara yang banyak berlaku gejala sosial. Hal ini kerana mereka bimbang akan keselamatan diri sendiri. Oleh itu, pendapatan negara memang terjejas disebabkan imej negara sudah terpengaruhi oleh masalah sosial. Peningkatan gejala sosial akan menyebabkan masyarakat menjadi huru hara. Hal ini kerana mungkin berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Lebih teuk lagi, hal ini juga akan menimbulkan isu perkauman. Jadi, orang ramai tidak berani keluar dari rumah kerana takut akan keselamatan diri sendiri. Kesan Terhadap Negara Kesan Terhadap Masyarakat Para remaja mestilah mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial. Selain itu, masyarakat juga mestilah prihatin terhadap setiap aktiviti yang dilakukan oleh remaja. Sekiranya perkara ini diambil berat, gejala ini dapat diatasi dengan mudah. Jelaslah bahawa peranan dan tanggungjawab semua pihak sangat penting bagi mengurangkan berlakunya gejala sosial bak kata peribahasa ‘tepuk sebelah tangan tidak berbunyi’. 9
L A N G K A H - L A N G K A H M E N G A T A S I G E J A L A S O S I A L PERANAN IBU BAPA Sebagai ibu dan bapa yang mendirikan rumah tangga atas dasar kasih sayang . Anak-anak adalah dengan meluangkan masa bersama mereka . Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama secara keluarga di waktu lapang supaya anakanak tidak mempunyai masa untuk terjebak dengan gejala sosial. Contohnya, melakukan aktiviti riadah atau sukan bersama-sama. Aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain dan menjamin kesihatan diri . PERANAN DIRI SENDIRI Peranan diri sendiri merupakan peranan utama bagi mengatasi gejala sosial ini.Hal ini demikian keranaapa-apa yg dilakukan adalah berdasarkan kehendak dan kemahuan diri sendiri.Sekiranya, diri sendiri tidak mahu melakukan itu,maka kita tidak akan melakukannya.Oleh itu, kita perlulah muhasabah diri sebelum menunding jari kepada sesiapa .Dengan ini,kebejatan moral dalam kalangan remaja boleh dikurangkan seterusnya dapat membuka jendela kepada kemajuan dan pembangunan negara. 10 Penulis: Ciranan A/P Wicet
Menunjukkan contoh yang baik Isu-isu yang berkaitan dengan gejala sosial kerap menjadi paparan media massa seperti akhbar dan televisyen. Paparan media massa menunjukkan gejala sosial semakin bertambah setiap tahun. Pada pendapat saya, isu gejala sosial haruslah ditangani dengan segara supaya tidak banyak mendatangkan keburukan kepada kita. Oleh itu:- PERANAN MASYARAKAT DALAM MENGATASI GEJALA SOSIAL Penulis: Cheong Jeng Xin Anggota masyarakat perlulah menunjukkan contoh yang baik, khususnya kepada generasi muda. Anggota masyarakat mematuhi undang-undang. Dengan ini, anggota masyarakat tidak merokok di tempat awam tetapi hanya di tempat yang disediakan. Janganlah bersikap menutup sebelah mata Anggota masyarakat haruslah memberi perhatian kepada perkara yang berlaku disekeliling, janganlah bersikap menutup sebelah mata. Jika terdapat golongan muda yang melakukan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah dan pergaulan bebas, masyarakat setempet hendaklah menegur sikap negatif tersebut. Dapatkan bantuan daripada pihak berkuasa Jika didapati gejala sosial masih juga berlaku selepas teguran beberapa kali, aduan kepada pihak berkuasa perlulah dibuat dengan segera. Pihak berkuasa dapat mengawal isu ini secara berkesan. 11 REMAJA MALAYSIA
PERANAN SEKOLAH DALAM MENGATASI GEJALA SOSIAL MENITIKBERATKAN PENDIDIKAN AGAMA DAN MORAL Bagi menangani isu gejala sosial yang semakin berleluasa ini, pihak sekolah juga memainkan peranan yang mustahak. Marilah kita telusuri bersama-sama tentang cara-cara mengatasi gejala sosial. Penulis: Cheong Jeng Xin Pihak sekolah patut menitikberatkan pendidikan agama dalam kalangan murid-murid. Pihak sekolah haruslah mengadakan kelas agama dan kelas moral kepada murid-murid. Dengan ini, murid-murid dapat berpegang teguh kepada kepercayaan agama dan juga menjauhkan diri daripada isu gejala sosial. MENGALAKAN MURID-MURID MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI YANG BERFAEDAH Pihak sekolah mestilah mengalakan murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah. Sebagai contoh, pelaksanaan aktiviti kokurikulum juga dapat menghindari pelajar daripada terjebak dalam gejala sosial. MEMBERI KAUNSELING PSIKOLOGI Pihak sekolah haruslah memberi kaunseling psikologi kepada muridmurid. Hal ini kerana kaunselor psikologi boleh menemui masalah pelajar dengan segera dan membetulkannya. Dengan cara ini, masalah gejala sosial dapat diatasi dan dihapuskan secara berkesan. 12 REMAJA MALAYSIA
PERANAN KERAJAAN DALAM MENGATASI GEJALA SOSIAL Penulis: Cheong Jeng Xin Mengadakan kempen kesedaran Pihak kerajaan patut mengadakan pelbagai kempen mengatasi gejala sosial seperti di stesen televisyen. Dalam kempen kesedaran ini, murid-murid dapat mengenali dan mengetahui tentang kesan-kesan buruk yang akan didatangkan jika melibatkan diri dalam isu yang buruk ini. Menguatkuasakan undang-undang Pihak kerajaan juga mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang bagi mengatasi gejala sosial. Mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka dapat mengurangkan bilangan kes gejala sosial yang berlaku secara berkesan. Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan untuk mengatasi gejala sosial. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan untuk melaksanakan program bagi menangani gejala sosial di kalangan rakyat. 13 REMAJA MALAYSIA
Sebagai kesimpulan, beberapa langkah perlu dilakukan untuk mengatasi gejala yang mendatangkan banyak masalah. Usaha mengatasi gejala sosial ini mesti dilakukan secara berterusan oleh semua pihak. Pada pendapat saya, gejala sosial ini dapat diatasi jika semua lapisan masyarakat menyedari tanggungjawab masing-masing dalam menjaga nama baik keluarga, masyarakat dan negara. Jika permasalahan gejala sosial dapat ditangani, saya pasti mej negara akan dipandang tinggi dan sektor pelancongan negara dapat terus dimajukan. Kesimpulan "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat" 14
15 - Internet https://www.scribd.com/doc/132201551/Cara-Cara-MengatasiGejala-Sosial https://www.irujukan.my/menangani-gejala-sosial/ https://karangan.net/langkah-mengatasi-gejala-sosial/ https://www.slideshare.net/slideshow/jenisjenis-gejala-sosial-dimalaysia/35802662 https://repo.uum.edu.my/2177/1/57.pdf https://muhammadnaquibajmal.blogspot.com/2017/08/kesan-kesanmasalah-gejala-sosial.html?m=1 https://www.scribd.com/document/585033538/Kesan-MasalahGejala-Sosial https://scholar.google.com.my/scholar? q=punca+gejala+sosial&hl=en&as_sdt=0&as_vis=1&oi=scholart https://keluargabahagia.my/index.php? r=portal/article2&id=YXBNaVJIWk4zcExkQzFrMDlpNk9hUT09#:~:text=Terdapat%20banyak%20punca%20yang%20menyebabkan,sib uk%20dengan%20kerjaya%20masing%2Dmasing. http://muhammadnaquibajmal.blogspot.com/2017/08/5-puncaberlaku-gejala-sosial-masa-kini.html?m=1 - Buku Gejala Sosial Remaja Karya: Mohammad Rahim Kamalluddin Cetak: UKM Press Pengendalian Disiplin REMAJA Karya: Akiar P Afidi Cetak : IPG Rujukan