The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhasliza881, 2021-12-29 21:44:25

REFLEKSI - Copy

REFLEKSI - Copy

Nama: Nor Hasliza Binti Zulkri

No. Matrik: 067887

Program: Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)

Pengenalan Menurut Kamus Pelajar Edisi Keempat (2010), kahwin membawa maksud
perikatan yang sah antara lelaki dengan perempuan menjadi suami isteri. Di
Malaysia, sesuatu pendaftaran perkahwinan berlaku mengikut beberapa
peringkat umur, namun menurut Mohd Fahmi Mohd Yusof, berita harian (2018),
pihak kerajaan telah menetapkan had umur perkahwinan adalah pada usia 18
tahun. Walau bagaimanapun, pernikahan seusia 18 tahun masih boleh
diketegorikan sebagai sebuah perkahwinan di usia muda yang kini menjadi
‘trend’ semasa dalam kelompok masyarakat hari ini. Oleh itu, adalah menjadi
tujuan kajian untuk untuk menganalisis sejauhmana perkahwinan usia muda ini
mempengaruhi komuniti masyarakat.

Objektif i.Menganalisis sebab-sebab perkahwinan di usia muda berlaku.
ii.Mengkaji persepsi masyarakat umum tentang perkahwinan di usia muda.
iii.Menganalisis keburukan dan impak berkahwin di usia muda.

Analisis dan Projek e-sulam ini menggunakan dua kaedah kajian lapangan iaitu soal
Perbincangan
selidik dan temu bual. Bagi soal selidik, pemilihan sampel untuk kajian ini

dilakukan secara berfokus kepada masyarakat umum. Sebanyak 257 maklum
balas telah diperolehi melalui soalan yang diajukan di pautan ‘Google Form’.
Pautan ini diedarkan melalui aplikasi ‘whatsapp’ dalam tempoh tertentu dan

responden telah diberikan masa selama lima hari untuk menjawab soalan yang
dikemukakan. Pautan ‘Google Form’ ini terdiri daripada empat bahagian iaitu

tentang jantina, umur, kaum dan kerjaya responden. Berdasarkan maklum balas

yang diperoleh, sebahagian responden bersetuju jika salah seorang daripada

ahli keluarga mereka berkahwin di usia muda dan sebahagiannya tidak

bersetuju dengan perkara itu. Secara keseluruhannya, maklum balas yang

diperoleh daripada responden adalah mereka bersetuju bahawa perkahwinan di
usia muda menjadi satu ‘trend’ dalam komuniti masyarakat hari ini.

Selain itu, kaedah temubual atas talian juga dijalankan dengan menggunakan
aplikasi ‘Google Meet’ dan ‘whatsapp’. Bagi mendapatkan maklumat berkaitan,
seorang informal telah ditemu bual, Nur Syeila Haslinda Binti Nor Azman yang
merupakan seorang wanita berusia berusia 20 tahun dan telah 4 tahun
menjalani kehidupan berumahtangga. Temu bual adalah pada hari Isnin
bertarikh 2 Disember 2021 di aplikasi ‘Google Meet’. Temu bual ini merupakan
temu bual yang dijalankan secara secara formal, dirancang secara teliti dan
dilaksanakan mengikut satu set soalan yang mengandungi 6 soalan. Hasil
daripada temu bual bersama beliau, beliau berpadangan bahawa perkahwinan
di usia muda terutama di musim pandemik ini agak mencabar. Mereka yang
berhasrat untuk berkahwin di usia muda perlu membuat tabungan terlebih
dahulu untuk kehidupan selepas berkahwin. Selain itu, Puan Syeila juga tidak
menggalakkan supaya remaja berkahwin di usia muda. Hal ini dikatakan
demikian kerana, sebuah perkahwinan memerlukan ilmu yang banyak bagi
membina keluarga yang bahagia.

Kesimpulan Bagi memastikan kajian ini lebih sahih dan mendalam seorang lagi informal
telah ditemu bual iaitu Cik Yani yang merupakan seorang peguam yang telah
Sumber berkhidmat sebagai Peguam Syarie selama 20 tahun di firma guaman
Rujukan Terengganu. Temu bual ini dijalankan atas talian dan juga melalui aplikasi
‘whatsapp’. Hasil daripada temu bual tersebut, empat soalan telah dikemukan
dan telah berjaya mendapatkan maklum balas beliau. Menurut beliau, melalui
prosiding permohonan berkahwin bawah umur di Mahkamah, ia akan melindungi
hak dari teraniaya laitu jika tidak ada prosiding ini berkemungkinan akan ada yg
mengambil jalan pintas untuk berkahwin lari atau kahwin di Thailand dan
sebagainya yang mana kesahan perkahwinan di Thailand masih diragui dari segi
Hukum Syara'.

Tajuk ini menjadi pilihan kerana tajuk ini adalah releven dengan masyarakat
hari ini sebagaimana perkahwinan di usia muda ini sebati dalam kehidupan
mereka. Kajian ini sedikit sebanyak telah meningkatkan keyakinan diri supaya
menjadi lebih berani dan bersikap proaktif semasa mengendalikan tugasan ini.
Namun, tidak dinafikan, masih terdapat kelemahan semasa menjalankan kajian
ini. Hal ini adalah demikian kerana ia dapat dilihat daripada kesukaran untuk
mendapatkan informal sebagai instrument kajian ini. Kesibukan jadual seorang
peguam menyukarkan untuk mendapatkan tarikh temu janji yang tepat daripada
beliau. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diatasi dengan baik melalui
kerjasama yang diberikan oleh informal tersebut.

Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya mencapai objektif yang dinyatakan.
Diharapkan kajian ini sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat
bahawa perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah kerana
ia melibatkan keputusan jangka masa panjang.
Oleh itu, dicadangkan kepada individu yang berhasrat mendirikan rumah tangga
di usia muda adalah sentiasa berfikiran jauh dan matang untuk menggalas
tanggungjawab alam selepas perkahwinan selain keperluan bersedia dari segi
ilmu pengetahuan, mental mental dan fizikal.

1) Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-4, 2010. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

2) Mohd Fahmi Mohd Yusof,(2018), had umur perkahwinan ditetapkan 18
tahun, dimuat turun daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/488720/had-umur-
perkahwinan-ditetapkan-18-tahun

Nama: Siti Nabiha Anishah Binti Samsudin
No. Matrik: 068414

Program: Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)

Pengenalan Menurut Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi (2013) perkahwinan atau pernikahan
ialah ikatan yang menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan untuk
hidup bersama. Menurut Mustafa Hj Daud {1991} pula perkahwinan merupakan
satu ikatan lahir dan batin antara seorang lelaki dan seorang perempuan dalam
sebuah rumahtangga buat selama-lamanya untuk menyempurnakan keperluan
jasmani dan rohani mereka yang berasaskan pergaulan yang baik dan niat
yang suci serta ikhlas seperti yang ditetapkan oleh akidah, syarak dan akhlak.
Penetapan bagi had umur untuk berkahwin di Malaysia adalah bermula
daripada 16 tahun untuk perempuan dan bagi lelaki pula ialah 18 tahun.

Objektif i.Menganalisis sebab-sebab perkahwinan di usia muda berlaku.
ii.Mengkaji persepsi masyarakat umum tentang perkahwinan di usia muda.
iii.Menganalisis keburukan dan impak berkahwin di usia muda.

Analisis dan Berdasarkan kajian kerja lapangan yang dijalankan untuk projek E-Sulam
Perbincangan dalam proses pengumpulan data merangkumi dua kaedah iaitu melalui soal
selidik dan juga temu bual. Proses soal selidik ini telah dilakukan melalui pautan
‘Google Form’ dan telah diedarkan melalui aplikasi ‘Whatsapp’, ‘Telegram’ dan
lain-lain. Proses tersebut telah merekodkan seramai 257 responden. Borang
kaji selidik mengandungi empat bahagian dan keseluruhan soalan yang
terkandung dalam borang soal selidik adalah sebanyak 14 soalan beraneka
pilihan dan 2 soalan struktur. Bahagian pertama merupakan maklumat peribadi
responden iaitu jantina perempuan (71.2%) dan lelaki (28.8%). Bahagian 2
soalan ketiga pula ialah berkaitan perkahwinan di usia muda memberi kesan
positif kepada masyarakat. Majoriti responden bersetuju perkahwinan di usia
muda ini memberi kesan positif terhadap kelompok masyarakat.

Seterusnya, proses pengumpulan data yang kedua ialah kaedah temu bual
yang terdiri daripada 2 panel iaitu panel pertama, Puan Syeila Haslinda,
berumur 20 tahun dan telah mendirikan rumahtangga selama 4 tahun
merupakan seseorang yang mempunyai pengalaman dalam perkahwinan di
usia muda. Proses menemubual panel pertama telah dijalankan menerusi
aplikasi ‘Google Meet’ dan sebanyak 6 soalan telah ditujukan kepada panel
pertama. Soalan ketiga yang dikemukakan ialah reaksi ibu bapa dan saudara
mara panel semasa panel mengusulkan untuk menikah di usia muda. Pada
awalnya, ibu bapa panel tidak bersetuju akan keputusan yang dibuat tetapi
panel tetap dengan kemahuannya untuk berkahwin pada usia muda bagi
mengelakkan sebarang perkara yang buruk berlaku.

Berikutnya, proses menemubual panel kedua iaitu temu bual bersama

seorang peguam yang telah berkhidmat di firma guaman Terengganu. Proses
tersebut telah dijalankan melalui aplikasi ‘Whatsapp’ dan sebanyak 4 soalan

Kesimpulan telah dikemukakan kepada panel kedua. Soalan ketiga yang dikemukakan ialah
mengenai penetapan had umur minimum bagi perkahwinan bawah umur. Panel
Sumber berkata mengikut Seksyen 8 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
Rujukan (Terengganu) 2017, umur minima untuk berkahwin bagi lelaki ialah 18 tahun
manakala untuk perempuan 16 tahun. Seksyen 8; tiada sesuatu perkahwinan
boleh diakadkan di bawah Enakmen ini jika umur lelaki kurang daripada 18
tahun dan perempuan kurang 16 tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi
kebenarannya secara bertulis dalam keadaan tertentu.

Tajuk yang dipilih merupakan perkahwinan di usia muda. Hal ini kerana,
dalam era pandemik ini perkahwinan di usia muda menjadi isu terhangat atas
beberapa perkara iaitu seperti isu kewangan serta segelintir masyarakat kurang
pendedahan mengenai perkahwinan bawah umur. Justeru itu, tajuk yang dipilih
amat relevan atas dasar isu semasa terkini.

Respon daripada masyarakat terhadap projek E-Sulam ini telah mendapat
sambutan yang baik dengan memberi kerjasama dalam membuat soal selidik.

Kelemahan serta kekurangan sepanjang menjalankan penyelidikan ini ialah
gangguan teknikal semasa mengadakan temubual bersama panel. Namun
terdapat juga kemaslahatan yang diperoleh sepanjang kajian ini dijalankan
seperti dapat menambah ilmu pengetahuan dalam bidang munakahat serta
memperbaharui kemahiran yang sedia ada bagi menjadi insan yang lebih
produktif.

Perkahwinan di usia muda mempunyai pelbagai cabaran dan halangan yang
wajar didedahkan oleh setiap lapisan masyarakat. Ibu bapa juga sepatutnya
menjadi tunjang utama dalam membuat keputusan untuk masa depan anak-
anak. Diharapkan agar masyarakat menganggap bahawa perkahwinan
merupakan satu amanah serta tanggungjawab yang seharusnya dipikul dengan
sebaiknya.

1. Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi (2013) Wanita Dambaan Syurga, Alaf 21,
Hlm 268.

2. Mustapha Hj Daud (1991) Perkahwinan Menurut Islam, Utusan
Publications, Hlm 1.

3. Syed Husin, S. N. M. B., & Tengku Muda, T. F. M. (2014). Konflik Antara
Hak Wali Mujbir di Bawah Hukum Syarak dan Peruntukan Had Umur
Minimum Perkahwinan. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 5,
7-16

Nama: Nur Aina Syuhada Binti Kaharudin

No. Matrik: 068238

Program: Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)

Pengenalan Perkahwinan sebelum usia 18 tahun ke atas didefinisikan sebagai perkhawinan
kanak-kanak. Hal ini menjadikan,perkahwinan di usia muda menjadi suatu isu
yang hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat kini.Amalan ini
dilakukan secara meluas kalangan masyarakat Islam, bahkan juga dalam
masyarkat lain seperti cina,india dan lain-lain.Perubahan pemikiran dan budaya
masyarakat mengubah persepsi mereka dengan menjadikan perkahwinan di
usia muda satu trend dalam norma kehidupan kini. Perkahwinan di usia muda
yang terjadi dalam masyarakat disebabkan oleh berbagai masalah antara lain
masalah keagamaan dan ekonomi. Masalah keagamaan dikaitkan dengan
menghindari dosa, takut berbuat zina dan mengikuti sunnah Rasullullah.
Masalah ekonomi dapat dikaitkan dengan ekonomi keluarga meningkat,
meringankan beban orangtua dan sebagainya. Bertolak dari realitas dalam
kehidupan masyarakat ini, kajian ini dijalankan untuk mengetahui faktor- faktor
penyebab dan motif perkawinan di bawah umur berlaku, impak pernikahan di
bawah umur dalam kehidupan keluarga serta bagaimana pandangan
masyarakat terhadap perkahwinan di bawah umur itu sendiri.

Objektif i. Menganalisis sebab-sebab perkahwinan di usia muda berlaku.
ii. Mengkaji persepsi masyarakat umum tentang perkahwinan di usia muda.
iii. Menganalisis keburukan dan impak berkahwin di usia muda.

Analisis dan Tajuk kajian ini dipilih adalah untuk mengkaji berkaitan isu perkahwinan di
Perbincangan usia muda dalam kalangan masyarakat yang semakin hari semakin meningkat.
Selain itu,ia adalah bertujuan untuk memberi pencerahan kepada kelompok
masyarakat tentang perkahwinan di usia muda ini. Pengumpulan data
dijalankan melalui kajian lapangan soal selidik dan temu bual. kajian lapangan
ini menggunakan borang kaji selidik yang dibuat melalui aplikasi ‘Google Form’
untuk mengumpul kefahaman orang ramai tentang topik yang telah dipilih, iaitu
"Perkahwinan Di Usia Muda". Borang kaji selidik ini mempunyai empat
bahagian iaitu 14 soalan beraneka dan 2 soalan struktur dan tinjauan ini telah
menerima sebanyak 257 maklum balas dari orang ramai secara
keseluruhannya. Berdasarkan pendapat orang ramai, sebahagian besar
mengatakan bahawa ibubapa merupakan pihak yang paling penting dalam
perkahwinan di usia muda.Hal ini kerana, peranan ibubapa amat penting dalam
menentukan halatuju anak-anak mereka terutama dalam soal perkahwinan di
usia muda dengan memberi pendedahan awal kepada mereka.

Pada peringkat seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah temu bual
secara atas talian bersama 2 orang informal. Kaedah ini merupakan satu
kaedah yang efektif dan diyakini kesahihan maklumat yang diperolehi kerana
maklumat yang diperolehi adalah secara langsung, tepat dan jelas. Informal
kajian yang dipilih dalam kajian ini adalah merupakan peguam syarie yang
berkhidmat di firman guaman Terengganu, Cik Yani dan Puan Syiela Haslinda

yang merupakan orang awam yang berkahwin di usia muda. Berdasar temu
bual dengan responden kajian ini, beliau menyatakan perkahwinan di usia
muda ini dapat dilihat melalui dua sudut perspektif yang berbeza iaitu positif
dan negatif.Menurut beliau,dari sudut positif,perkahwinan di usia muda dapat
membantu mendidik remaja menjadi seorang yang bertanggungjawab serta
dapat menggelakkan diri daripada masalah sosial. Bagi sudut negatif,isu
perkahwinan di usia muda dapat memberi kesan terutama dalam kalangan
wanita. Hal ini kerana,remeja perempuan yang berusia 16 tahun berkahwin dn
hamil akan mengalami sedikit sebanyak perubahan hormon pada diri boleh
membawa risiko kepada diri.

Kesimpulan Secara kesimpulannya, Dapatan kajian ini diharap perkahwinan di usia muda
dapat membantu masyarakat umum mengetahui dan memahami tentang
kebaikan dan keburukan berkahwin di usia muda. Sehubungan itu, ibu bapa
perlulah memberi tunjuk ajar kepada anak-anak dan membantu remaja dalam
membuat keputusan yang tepat untuk berkahwin di usia muda.Pihak lain juga
haruslah menitik berat mengenai masalah perkahwinan di usia muda yang
berlaku pada masa kini.Oleh yang demikian dengan faktor serta kajian dan
analisis yang diberikan dapat menghuraikan segala permasalahan serta dapat
membimbing para remaja sekarang dalam membentuk perancangan dan ilmu
terlebih dahulu sebelum membuat keputusan ingin melangsungkan
perkahwinan lebih awal.

Sumber 1) Saim, N. J., Lejem, S., Abdullah, F., & Akhid, N. M. (2018).
Rujukan Perkahwinan Remaja: Satu Kajian di Kuching, Sarawak. Jurnal
Psikologi Malaysia, 32(3).

2) Shukor, S. A. (2016). Tanggungjawab ibu bapa dalam melindungi
kanak-kanak menurut undang-undang Malaysia: Satu tinjauan awal.

3) Pratiwi, B. A., Angraini, W., Padila, P., Nopiawati, N., & Yandrizal, Y.
(2019). Analisis pernikahan usia dini di Kabupaten Bengkulu Tengah
tahun 2017. Jurnal Kesmas Asclepius, 1(1), 14-24.

4) Syalis, E. R., & Nurwati, N. N. (2020). Analisis Dampak Pernikahan
Dini Terhadap Psikologis Remaja. Focus: Jurnal Pekerjaan Sosial,
3(1), 29-39.

Nama: Nik Norsafwani Binti Nik Mohd Zaki

No. Matrik: 067948

Program: Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)

Pengenalan Perkahwinan merupakan sebuah ikatan lahir dan batin antara seorang lelaki dan
seorang perempuan dalam membina sebuah rumahtangga bagi selama-lamanya
dalam menyempurnakan keperluan dari segi jasmani dan rohani. Perkahwinan
adalah satu ibadah yang menjadi tuntutan fitrah manusia dan melalui
perkahwinan, pasangan suami isteri dapat mengatur kehidupan yang lebih baik,
bertanggungjawab dan sempurna Oleh itu, adalah menjadi tujuan bagi
menganalisis sebab-sebab perkahwinan di usia muda berlaku. Perkahwinan di
usia muda kini menjadi bualan hangat masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana
perkahwinan di usia muda ini berlaku dalam lingkungan remaja yang berumur 13
tahun hingga 20 tahun.

Obektif i.Menganalisis sebab-sebab perkahwinan di usia muda berlaku.
Kajian ii.Mengkaji persepsi masyarakat umum tentang perkahwinan di usia muda.
iii.Menganalisis keburukan dan impak berkahwin di usia muda.

Analisis dan Berdasarkan kajian kerja lapangan ini terdapat dua kaedah yang digunakan
Perbincangan
antaranya ialah kaedah soal selidik dan temubual bagi mendapatkan data-data

yang diperlukan dalam menyiapkan tugasan e-SULAM ini. Soal selidik ini
dijalankan secara atas talian dengan mengedarkan pautan ‘Google Form’ kepada
orang ramai melalui aplikasi ‘Whatsapp’. Hasil edaran ini telah mengumpulkan

seramai 257 orang responden. Borang soal selidik ini terbahagi kepada empat

bahagian iaitu menganalisis tentang jantina, umur, kaum dan kerjaya responden.

Seramai 183 orang merupakan responden perempuan yang meliputi 71.2%

daripada 257 orang responden dan selebihnya 28.8% terdiri daripada responden

lelaki. Bahagian seterusnya, terdapat 12 soalan mengenai tajuk kajian ini iaitu
‘Perkahwinan di Usia Muda’. Majoriti responden bersetuju dengan perkahwinan

di usia muda iaitu bermula dari umur 18 hingga 20 tahun. Majoriti responden tidak

bersetuju dengan perkahwinan di usia muda ini kerana perkahwinan ini akan

menghadapi masalah seperti kewangan tidak stabil dan pelajaran akan
terganggu.

Proses temu bual pula dijalankan dengan menggunakan aplikasi ‘Google Meet’
dan ‘Whatsapp’. Sebanyak dua orang panel telah ditemu bual dalam kajian ini.

Panel yang pertama iaitu Puan Syeila Haslinda yang merupakan suri rumah yang

berkahwin di usia muda. Temubual ini dilakukan pada 2 Disember 2021 dengan
menggunakan aplikasi ‘Google Meet’. Panel kedua ialah Cik Yani, peguam Syarie

yang ditemubual pada 11 Disember 2021 dengan menggunakan aplikasi
‘Whatsapp’. Menurut perspektif orang ramai, perkahwinan di usia muda ini dapat

mendidik remaja supaya menjadi lebih bertanggungjawab dalam menguruskan

rumahtangga. Bagi sesetengah pasangan yang berkahwin di usia muda

mengalami masalah dalam menguruskan kewangan yang tidak stabil. Hal ini

Kesimpulan menyebabkan, pasangan suami isteri ini terpaksa berjimat dan bersederhana
dalam berbelanja barang keperluan harian. Melalui perkahwinan, suami akan
Sumber bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kedudukan ekonomi
Rujukan dalam rumahtangga dengan menghadapi cabaran dan menjalankan
tanggungjawab secara lebih telus.

Tajuk ini dipilih kerana isu perkahwinan di usia muda sentiasa menjadi bualan
hangat dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Sepanjang kajian ini
dilakukan, terdapat pelbagai masalah teknikal yang berlaku disebabkan oleh
masalah rangkaian tidak stabil yang menyebabkan proses-proses seperti
temubual terpaksa ditangguh. Namun, masalah tersebut tidak dapat menghalang
kajian ini untuk terus dilaksanakan dengan jayanya. Edaran borang soal selidik
atau ‘Google Form’ pula dapat diedarkan dengan cepat dan pantas dengan
menggunakan teknologi yang semakin hari semakin canggih ini.

Tuntasnya, perkahwinan di usia muda ini sentiasa menjadi bualan masyarakat
Malaysia. Hal ini kerana, perkahwinan di usia muda ini berlaku sepanjang tahun.
Dicadangkan kepada remaja yang ingin berkahwin di usia muda seharusnya
berfikir secara lebih mendalam dan teliti kerana terlalu banyak dugaan dan
cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka dalam mendirikan rumah tangga.
Perkahwinan yang dijalani oleh mereka bukanlah setakat sehari dua namun
untuk seumur hidup. Perkahwinan bukan perlumbaan namun tentang persediaan
dari segi mental dan fizikal dalam menggalas tangunggjawab yang harus
dipersiapkan sebelum perkahwinan berlangsung. Oleh itu, hasil daripada kajian
mendapati tajuk ini telah berjaya dikupas dan telah mencapai objek yang telah
dinyatakan.

1. Daud, M. H. (1991). Perkahwinan Menurut Islam. Utusan Publications.

2. Oktavia, E. R., Agustin, F. R., Magai, N. M., Widyawati, S. A., & Cahyati,
W. H. (2018). Pengetahuan Risiko Pernikahan Dini pada Remaja Umur
13-19 Tahun. HIGEIA (Journal of Public Health Research and
Development), 2(2), 239-248.

3. Dimon, Z. (2019). DARAR EMOSI TERHADAP ISTERI DALAM
PERKAHWINAN MENURUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA:
Emotional Darar Towards Wife in Marriage from Malaysian Law
Perspective. Journal of Muwafaqat, 2(1), 99-115.

Nama: Nurin Shamimi Binti Azilimy

No. Matrik: 067974

Program: Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)

Pengenalan Di bawah Akta atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang
dikuatkuasakan di semua negeri, usia perkahwinan minimum bagi lelaki adalah 18
tahun dan bagi perempuan adalah 16 tahun. Selain itu, di bawah Akta atau
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang dikuatkuasakan di semua negeri
juga menyatakan bahawa pasangan di bawah umur hanya dibenarkan berkahwin
sekiranya mendapat kebenaran mahkamah dan juga persetujuan kedua ibu bapa.
Pada zaman sekarang, terdapat banyak isu dan video mengenai perkahwinan di
usia muda yang viral di platform media sosial seperti Tik Tok dan Instagram.
Sesetengah masyarakat berpendapat bahawa golongan muda menjadikan
perkahwinan ini sebagai ‘trend’ dan terdapat juga masyarakat yang bersetuju
dengan perkahwinan ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk
menganalisis pandangan masyarakat mengenai perkahwinan di usia muda.

Objektif i.Menganalisis sebab-sebab perkahwinan di usia muda berlaku.
ii.Mengkaji persepsi masyarakat umum tentang perkahwinan di usia muda.
iii.Menganalisis keburukan dan impak berkahwin di usia muda.

Analisis dan Dalam kajian kerja lapangan, dua kaedah telah digunakan untuk
Perbincangan mengumpulkan maklumat serta data dan kaedah-kaedah tersebut adalah melalui
soal selidik dan temu bual. Kaedah soal selidik dijalankan secara atas talian
dengan mengedarkan pautan ‘Google Form’ di aplikasi Whatsapp dan Telegram.
Seramai 257 orang responden telah menjawab soalan-soalan yang diberikan di
dalam ‘Google Form’. Seterusnya, bagi kaedah temu bual, kaedah ini dijalankan
menerusi platform ‘Google Meet’ dan aplikasi Whatsapp. Seramai dua orang
informan yang ditemu bual dan informan pertama ialah Puan Syeila Haslinda
manakala informan kedua ialah Cik Yani. Puan Syeila Haslinda merupakan
seorang yang mempunyai pengalaman dalam perkahwinan di usia muda dan Cik
Yani merupakan seorang Peguam Syarie yang telah berkhidmat selama 20 tahun
di firma guaman di Terengganu. Kaedah temu bual ini diadakan pada hari berbeza
iaitu pada hari Khamis bersama Puan Syeila Haslinda dan Sabtu bersama Cik
Yani. Selain itu, bagi kaedah soal selidik, sebanyak 12 soalan telah diajukan
kepada responden dan majoriti responden yang menjawab soalan-soalan di
‘Google Form’ adalah berumur antara 20 hingga 25 tahun dan merupakan pelajar
Institut Pengajian Tinggi (IPT). Kebanyakan responden bersetuju dan menerima
perkahwinan di usia muda dalam kalangan masyarakat pada masa kini kerana
perkahwinan di usia muda boleh mengelakkan dan menjauhkan diri daripada
berlakunya perkara negatif dan di luar kawalan seperti pergaulan bebas dan zina.
Namun begitu, terdapat segelintir responden yang tidak bersetuju dan tidak
menerima perkahwinan pada usia muda kerana merasakan golongan ini belum
sesuai untuk mendirikan rumah tangga, kurang pengetahuan dalam pengurusan
rumah tangga dan tidak mempunyai kewangan yang kukuh. Hal ini boleh
menyebabkan berlakunya peningkatan kes penceraian dalam negara ini.

Tujuan tajuk ini dipilih kerana isu perkahwinan di usia muda mendapat
perhatian serta pelbagai respon yang berbeza dari masyarakat seperti pada tahun

2020, terdapat sebuah video ‘viral’ di Tik Tok mengenai seorang remaja berkahwin
di usia muda dan menjadi seorang ibu pada usia 16 tahun. Pengguna-pengguna
Tik Tok memberikan respon dan komen positif serta doa dan kata-kata semangat
kepada remaja tersebut. Selain itu, terdapat juga masyarakat yang turut berkongsi
pengalaman mereka berkahwin di usia muda. Hal ini menunjukkan bahawa tajuk
kajian ini relevan untuk dijalankan. Di samping itu, sebanyak enam soalan
diajukan kepada Puan Syeila Haslinda manakala sebanyak empat soalan
diajukan kepada Cik Yani semasa sesi temu bual. Dari sudut undang-undang
syariah, pemohon yang ingin berkahwin pada usia muda iaitu bawah umur perlu
melalui prosiding yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Syariah. Pemohon perlu
membuat suatu notis permohonan serta affidavit di Mahkamah Rendah Syariah.
Affidavit merupakan suatu perakuan bersumpah dari pemohon dan diikrarkan di
hadapan pegawai mahkamah. Antara maklumat yang terdapat di dalam affidavit
adalah nama, umur serta alasan untuk berkahwin. Mahkamah akan menetapkan
tarikh kepada pemohon untuk menghadirkan diri ke mahkamah selepas notis
permohonan serta affidavit telah difailkan atau didaftarkan. Seterusnya, hakim
akan bertanyakan beberapa soalan kepada pemohon dan sebagai keterangan
tambahan, ibubapa pemohon juga akan dipanggil dan ditanyakan soalan.
Perintah kebenaran berkahwin di bawah umur akan diluluskan dan dikeluarkan
apabila hakim berpuas hati dengan keterangan pemohon dan perintah tersebut
akan dihantar ke Pejabat Agama Daerah untuk proses mengisi borang nikah.

Kesimpulan Kesimpulannya, perkahwinan di usia muda mempunyai cabaran serta kesan
positif dan negatif kepada pasangan. Oleh itu, ibubapa seharusnya
Sumber bertanggungjawab untuk memberikan panduan serta ilmu dalam menguruskan
Rujukan rumah tangga kepada anak yang berkahwin pada usia muda. Hal ini bertujuan
supaya anak-anak dapat melalui cabaran dan dugaan dalam alam perkahwinan.
Harapan daripada kajian ini ialah sebelum membuat keputusan untuk berkahwin
pada usia muda, golongan muda perlu berfikir secara matang seperti adakah
sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami atau
isteri dan tidak menjadikan perkahwinan ini sebagai suatu ‘trend’.

1) Saim, N. J., Lejem, S., Abdullah, F., & Akhid, N. M. (2018). Perkahwinan
Remaja: Satu Kajian di Kuching, Sarawak. Jurnal Psikologi Malaysia, 32(3).

2) Noor, Z. (2019). Perkahwinan kanak-kanak dan tahap minima umur
perkahwinan dalam undang-undang keluarga Islam. Jurnal Syariah, 21(2),
165-190.

3) Hassim, M. H., Bakar, M. A. A., & Salam, N. Z. M. A. (2020). Spektrum
perkahwinan kanak-kanak di Malaysia: Kajian perbandingan antara
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri, Akta Memperbaharui
Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 dan Konvokesyen
Antarabangsa.

Nama: Nur Zaatariah Binti Salman

No. Matrik: 068141

Program: Ijazah Sarjanah Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)

Pengenalan Menurut NorHafzan Jaafar. 2018. Nikah Usia Muda Jangan Jadi Sesalan. Berita
Harian menyatakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berpendapat
sekiranya seseorang remaja sudah mencapai akil baligh dibenarkan berkahwin
bergantung kepada penilaian ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Di bawah
Akta 164, had umur yang ditetapkan bagi perkahwinan yang melibatkan kanak-
kanak, ialah 18 tahun.

Objektif i.Menganalisis sebab-sebab perkahwinan di usia muda berlaku.
Kajian ii.Mengkaji persepsi masyarakat umum tentang perkahwinan di usia muda.
iii.Menganalisis keburukan dan impak berkahwin di usia muda.

Analisis dan Perkahwinan di usia muda merupakan topik kajian yang dipilih untuk
Perbincangan melaksanakan projek e-sulam bagi subjek Penghayatan Etika dan Peradaban.
Kajian yang dijalankan ini merupakan topik yang sering diperkatakan oleh
masyarakat ketika ini kerana menjadi trend dalam kehidupan masyarakat ketika
ini.

Berdasarkan kajian yang dijalankan kerja lapangan telah dilakukan bagi
mendapatkan data melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan aplikasi
Google Form dan kaedah temu bual. Melalui tinjauan 14 soalan beraneka pilihan
dan 2 soalan struktur yang telah diajukan kepada responden. Kerja lapangan
melalui temu bual pula 2 responden telah ditemu bual dan responden tersebut
ialah Puan Syeila Haslinda dan Peguam Syarie Cik Yani. Seramai 257 responden
yang telah mengisi Google form yang terdiri daripada 183 responden perempuan
manakala 74 responden lelaki. Terdapat 3 kategori umur yang menjawab kaji
selidik ini iaitu responden yang berumur 20 hingga 25 tahun, 15 hingga 19 tahun
dan 40 tahun ke atas. Majoriti yang menjawab kaji selidik ini ialah golongan yang
berumur 20 hingga 25 tahun. Responden yang menjawab kaji selidik ini
dipecahkan kepada 4 kumpulan kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Majoriti yang menjawab kaji selidik ini ialah kaum Melayu dan yang paling sedikit
ialah kaum Cina dan India. Responden yang menjawab kaji selidik ini merupakan
golongan pelajar IPT di Malaysia, pekerja pelajar sekolah menengah, bukan
pekerja dan lain-lain. Majoriti yang menjawab kaji selidik ini ialah pelajar IPT di
Malaysia. Melalui soalan kaji selidik yang diedarkan kepada responden seramai
84 orang bersetuju agar perkahwinan di usia muda dielakkan dan seramai 16
orang responden pula tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Soalan yang
diajukan kepada responden melalui temu bual Bersama Puan Syeila Haslinda
pula tentang cabaran yang dialami sepanjang perkahwinan ialah Puan Syeila
mengakui bahawa pengurusan masa merupakan antara cabaran dalam
perkahwinannya. Hal ini kerana, beliau perlu membahagikan masa dalam
menguruskan anak-anak dan kerja-kerja rumah. Masalah ekonomi juga
merupakan cabaran bagi Puan Syeila Haslinda kerana anak-anaknya yang masih
kecil memerlukan kos yang banyak dari segi rawatan dan keperluan harian.
Terdapat kelemahan dan kelebihan sepanjang kajian dijalankan. Kelemahan
untuk menjalankan kajian ini ialah kesukaran untuk mendapatkan responden

untuk ditemu bual. Kelebihan bagi menjalankan kajian ini pula dapat memberikan
pengetahuan tentang perkahwinan di usia muda.

Kesimpulan Perkahwinan di usia muda mempunyai kesan buruk dan baik. Remaja yang ingin
melangsungkan perkahwinan di usia muda perlu mempunyai ilmu dalam rumah
tangga dan kesabaran yang tinggi dalam mengharungi cabaran. Kajian yang
dilakukan ini diharapkan dapat menjadi sumber kepada remaja untuk mengambil
keputusan dalam mengakhiri zaman bujang di usia remaja.

Sumber 1. NorHafzan Jaafar. (2018). Nikah Usia Muda Jangan Jadi Sesalan. Berita
Rujukan Harian

2. Fariza binti Hamzah, Nazuha binti Mohd Jai & Nurhidayah binti Mohtar.
(2019). Perkahwinan Kanak-Kanak Suatu Dilema. Kertas penyelidikan
Program Kehakiman

Nama: Nurul Iffah Binti Ishak

No. Matrik: 068032

Program: Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)

Pengenalan Perkahwinan atau pernikahan dalam Islam adalah suatu perkara yang
Objektif sangat dituntut bagi mencegah perbuatan maksiat dan zina yang membawa
kepada peningkatan kes sosial seperti pembuangan bayi. Maksud
perkahwinan dari segi istilah syara’ ialah akad yang mengandungi lafaz
nikah yang menghalalkan hubungan di antara lelaki dengan perempuan
untuk hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-
hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Fenomena hari ini telah
dihangatkan dengan isu perkahwinan di usia muda malah ia mula dijadikan
trend oleh segelintir remaja. Semestinya isu ini mempunyai pelbagai reaksi
dan pandangan daripada pelbagai golongan masyarkat yang mana mereka
mempunyai hujah tersendiri dalam menyokong atau menidakkan trend ini.

i.Menganalisis sebab-sebab perkahwinan di usia muda berlaku.
ii.Mengkaji persepsi masyarakat umum tentang perkahwinan di usia
muda.
iii.Menganalisis keburukan dan impak berkahwin di usia muda.

Analisis dan Kajian lapangan yang dijalankan secara atas talian ini menggunakan dua
perbincangan kaedah dalam proses pengumpulan data iaitu kaedah soal selidik dan temu
bual. Soal selidik dilakukan mengunakan platform ‘Google Form’ dan
seramai 257 responden telah memberikan respond manakala sesi temu
bual menerusi platform ‘Google Meet’ dan aplikasi ‘WhatApps’ telah
diadakan bersama 2 orang panel iaitu seseorang yang mempunyai
pengalaman dalam perkahwinan di usia muda dan seorang peguam yang
telah berkhidmat sebagai Peguam Syarie selama 20 tahun. Di samping itu,
terdapat sebanyak 12 soalan berkaitan dengan perkahwinan di usia muda
telah dikemukan kepada responden. Berdasarkan hasil soal selidik ini,
kebanyakkan responden tidak bersetuju jika perkahwinan di usia muda
berlaku kerana perkahwinan merupakan amanah dan tanggungjawab yang
berat dan wajib dipikul oleh setiap pasangan. Namun begitu, terdapat juga
segilintir responden yang menyokong perkahwinan di usia muda atas dasar
pemikiran ia dapat mencegah berlakunya maksiat atau zina. Selain itu,
keseluruhan responden juga bersetuju dengan pernyataan bahawa agama
dan kewangan yang kukuh adalah asas kepada kejayaan sesebuah
perkahwinan kerana ianya dapat mencegah daripada berlakunya kes
penceraian serta gejala sosial seperti penderaan kanak-kanak dan
pembuangan bayi. Seterusnya, enam soalan telah diajukan kepada panel
pertama dan empat soalan kepada panel kedua, kedua-duanya
memberikan pandangan dari sudut positif iaitu dapat menghindari masalah
sosial dan melindungi diri daripada melakukan fitnah sebelum perkahwinan.
Walaubagaimanapun, panel kedua turut menyuarakan dari sudut negatif
iaitu remaja perempuan yang hamil di usia muda bakal berdepan dengan
masalah kesihatan dimana hormon badan belum bersedia untuk melalui
proses kehamilan. Pemilihan tajuk ini adalah bertujuan untuk mengetahui
pandangan masyarakat terhadap perkahwinan di usia muda dan responden
kebanyakkan memberi pandangan dari sudut yang positif. Hal ini telah

Kesimpulan menunjukkan bahawa kajian lapangan ini adalah sangat releven untuk
Rujukan dilaksanakan. Antara kelebihan projek e-SULAM ini ialah dapat
meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi terkini serta memberi
pendedahan terhadap isu semasa yang dikaji dengan lebih terperinci.
menunjukkan bahawa kajian lapangan ini adalah sangat releven untuk
dilaksanakan. Antara kelebihan projek e-SULAM ini ialah dapat
meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi terkini serta memberi
pendedahan terhadap isu semasa yang dikaji dengan lebih terperinci.
Sebaliknya, kelemahan e-SULAM ialah kesukaran dalam mencari panel
yang sesuai untuk ditemubual akibat daripada sekatan pergerakan yang
dilaksanakan oleh kerajaan serta kelemahan rangkaian internet
menyebabkan penangguhan sesi temubual bersama panel jemputan.
Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memberi
bimbingan kepada anak -anak bagi mengelakkan keruntuhan rumahtangga
akibat daripada kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan hal perkahwinan.
Harapan daripada kajian ini ialah, para remaja yang ingin berkahwin di usia
muda dapat menetapkan matlamat dan merancang perkahwinan dengan
sewajarnya agar tidak menimbulkan kemudaratan kepada diri sendiri,
pasangan dan masyarakat. Hasil kajian lapangan ini telah berjaya
mencapai objektif yang ditetapkan.

I. Norhafzan Jaafar. (2018). Nikah usia muda jangan jadi sesalan.
Dimuat turun daripada
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/09/477750/nikah-usia-
muda-jangan-jadi-sesalan

II. Norhasliza Shaafi. (2019). Buat yang bercita-cita nak kahwin muda,

hadam 15 perkara penting ini. Dimuat

turun daripada https://www.kashoorga.com/buat-yang-

bercita-cita-nak-kahwin- muda-hadam-15-perkara-penting-ini/

III. Din, N., Azizan, N. I., Ismail, N., & Arifin, A. N. Z. (2014). Membina
perkahwinan berdaya tahan sepanjang hayat melalui pendekatan
Al- Quran dan Al-Sunah. Jurnal Pengajian Islam, (Malaysia:
Akademi Islam Kuis, 2014), hal, 174-187.

Nama: Nurul Ain Binti Bolhan

No. Matrik: 068035

Program: Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)

Pengenalan Menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(UNICEF,2006), perkahwinan di usia muda iaitu sebelum usia 18 tahun di
definisikan sebagai perkahwinan kanak-kanak. Di Malaysia, bagi orang bukan
beragam islam, Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan &
Perceraian) 1976 memperuntukan bahawa umur minimum untuk berkahwin bagi
perempuan ialah 18 tahun. Perkahwinan bagi perempuan yang telah mencapai
umur 16 tahun dibenarkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada
Mahkamah dan Ketua Menteri. Bagi pasangan yang beragama Islam pula, di
bawah Seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam kebenaran hendaklah diperolehi
dari Mahkamah dan persetujuan ibu bapa.

Objektif i.Menganalisis sebab-sebab perkahwinan di usia muda berlaku.
ii.Mengkaji persepsi masyarakat umum tentang perkahwinan di usia muda.
iii.Menganalisis keburukan dan impak berkahwin di usia muda.

Analisis dan Kajian kerja lapangan yang dijalankan ini menggunakan kaedah soal selidik
Perbincangan dan temu bual. Kaedah soal selidik ini dibuat dalam bentuk google form untuk
diedar kepada respondan secara umum. Google form ini mempunyai 4 bahagian
dan mempunyai 16 soalan. Bahagian 1 merupakan soalan peribadi respondan
dan bahagian 2 hingga 4 merupakan soalan kepada respondan. Berdasarkan
data yang diperoleh, sebanyak 236 orang bersamaan 91.5% telah memberi
maklum balas persetujuan bahawa perkahwinan itu bukan “trend” tetapi amanah
dan tanggungjawab. Google form ini telah mendapat maklum balas sebanyak
257 orang. Kaedah temu bual telah dituju kepada 2 orang respondan.
Respondan yang pertama mempunyai pengalaman berkahwin di usia muda iaitu
Puan Nur syeila Haslinda Binti Nor Azman. Beliau berasal daripada Pontian,
Johor dan berumur 20 tahun. Beliau telah mendirikan rumah tangga pada tahun
2018 ketika beliau berusia 17 tahun. Menurut Puan Syeila, impak daripada
perkahwinan muda telah memberikan beliau pandangan yang positif iaitu beliau
telah mementingkan ikatan yang halal dalam sisi agama kerana beliau ingin
menhindarkan diri daripada dosa dan fitnah sebelum pernikahan. Bagi
memastikan kajian ini lebih mendalam, seorang lagi informal iaitu Cik Yani iaitu
seorang peguam yang telah berkhidmat sebagai Peguam Syarie selama 20
tahun di firma guaman Terengganu. Menurut beliau, perkahwinan tidak boleh
diakad nikahnya di bawah Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(Terengganu) 2017 jika lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun atau
perempuan itu berumur kurang daripada 16 tahun kecuali Hakim Syarie telah
memberi kebenaran secara bertulis dalam keadaan tertentu. Kedua-dua
respondan telah memberi kerjasama yang baik. Kajian bertajuk perkahwinan di
usia muda telah dipilih kerana perkahwinan di usia muda telah menjadi ikutan
para remaja sekarang. Tajuk perkahwinan muda ini sangat relevan untuk di kaji
kerana perkahwinan muda pada masa kini semakin meningkat. Menurut
Uswatun Hasanah (2018) pernikahan di usia muda hanyalah realitas sosial yang
dihadapi masyarakat saat ini. Pada kalangan remaja, pernikahan di usia muda
ini dianggap jalan keluar bagi menghindari seks bebas. Pernikahan di usia muda

Kesimpulan sangat rentan ditimpa masalah kerana tingkat pengendalian emosi belum stabil.
Kebanyakannya perkahwinan muda mempunyai angka yang tinggi dalam
Sumber penceraian.
Rujukan
Kesimpulannya, perkahwinan muda memberikan impak yang baik dan buruk
kerana bergantung kepada diri mereka sendiri. Hasil kajian ini, mendapati
bahawa perkahwinan di usia muda memerlukan pendedahan yang lebih
mendalam. Cadangan yang boleh dibuat ialah pihak berkuasa perlu mempunyai
garis panduan dalam mempertimbangkan permohonan perkahwinan di usia
muda dalam bentuk undang-undang di bawah akta 303. Diharapkan juga kajian
ini dapat memberi pendedahan tentang perkahwinan di usia muda dan
kesedaran kepada remaja sekarang. Berdasarkan kajian ini, perkahwinan di usia
muda mesti dititikberat oleh remaja pada masa sekarang. Pendedahan
perkahwinan muda ini banyak memberi manfaat kepada semua remaja dan
anak-anak dan kesedaran yang tinggi.

1. Saim, N. J., Lejem, S., Abdullah, F., & Akhid, N. M. (2018). Perkahwinan
Remaja: Satu Kajian di Kuching, Sarawak. Jurnal Psikologi
Malaysia, 32(3).

2. ASTUTI, D. (2018). MENJADI ISTRI DAN IBU DI USIA MUDA (Studi
Sosiologis Tentang Pengalaman Anak Perempuan Yang Menikah Pada
Usia Muda di Kota Surabaya) (Doctoral dissertation, Universitas
Airlangga).

Nama: Nur Darwishah Binti Saifullizan

No. Matrik: 068329

Program: Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)

Pengenalan Pernikahan merupakan suatu tuntutan yang tidak dapat dipisahkan dalam
memperkasakan sistem kekeluargaan. Secara umumnya, masyarakat
meletakkan urusan pernikahan adalah perkara yang amat penting untuk
dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran. Dalam istilah
agama Islam adalah tidak menganggap perkahwinan itu hanya untuk memenuhi
tuntutan hawa nafsu sahaja tetapi sebagai satu ikatan yang luas merangkumi
berbagai tanggungjawab dan tugas. Mendirikan rumah tangga di usia yang
muda bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita terutamanya masyarakat
Melayu. Fenomena kahwin awal ini seolah-olah menjadi ‘trend’ dan gaya hidup
golongan anak muda masa kini. Di umur seawal 20an mereka sudah mula
membicarakan soal perkahwinan. Bagi sesetengah pihak, mereka menerima
dan menganggap perkara ini adalah perkara biasa dalam masyarakat Melayu.
Tetapi, bagi sesetengah yang lain pula, mereka menganggap situasi dan
fenomena ini perlu berubah selaras dengan perkembangan semasa. Oleh itu,
adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis pandangan terhadap tahap
keberkesanan perkahwinan di usia muda.

Objektif i.Menganalisis sebab-sebab perkahwinan di usia muda berlaku.
ii.Mengkaji persepsi masyarakat umum tentang perkahwinan di usia muda.
iii.Menganalisis keburukan dan impak berkahwin di usia muda.

Analisis dan Berdasarkan kajian yang telah dilakukan sepanjang menjalankan e-sulam ini,
Perbincangan
kajian ini telah dijalankan melalui dua kaedah. Kaedah pertama adalah melalui
platform ‘Google Form’ untuk mengumpul data terhadap pandangan masyarakat

berkaitan isu perkahwinan di usia muda. Terdapat empat bahagian soalan di
dalam ‘Google Form’. Bahagian pertama mengenai maklumat peribadi

responden manakala bahagian kedua berkaitan dengan persoalan umum

mengenai perkahwinan di usia muda. Selain itu, bahagian ketiga pula bekenaan

persoalan tentang asas dan kesan perkahwinan di usia muda dan bahagian

yang terakhir menyentuh pengetahuan masyarakat tentang isu perkahwinan di

usia muda yang semakin meningkat pada masa kini. Terdapat 257 responden

yang telah diterima dan data yang berjaya dikumpul terdiri daripada pelbagai
jenis jantina dan umur melalui hasil maklum balas daripada ‘Google Form’.

Seterusnya, kaedah kedua adalah menemu bual seorang peguam dan
seseorang yang mempunyai pengalaman dalam perkahwinan di usia muda
adalah melalui aplikasi ‘Google Meet’ dan Whatsapp. Terdapat empat bahagian
soalan yang ditanyakan dalam Google Form dan terdapat pelbagai pandangan
dan pendapat mengenai soalan-soalan tersebut. Antara soalan yang ditanyakan
adalah, pada pandangan anda, apakah kelemahan berkahwin di usia muda.
Hasil responden melalui soalan kaji selidik ini ialah masyarakat tidak bersetuju
tentang isu berkahwin di usia muda dan berkongsi pandangan, antara punca
penceraian dalam kalangan pasangan muda berlaku apabila mereka
menjadikan perkahwinan sebagai trend tanpa mempunyai matlamat dan
perancangan kewangan yang kukuh selain usia pasangan masih muda serta

Kesimpulan sikap yang kurang matang dan lebih mudah mengikut emosi dan semestinya
tidak mampu untuk menanggung tanggungjawab yang lebih besar juga
Sumber merupakan salah satu kelemahan berkahwin di usia muda.
Rujukan
Di samping itu, temu bual bersama bersama Cik Yani iaitu seorang peguam
Syarie telah dirakam semasa panggilan video menggunakan aplikasi Whatsapp.
Antara soalan yang dikemukan kepada beliau ialah pada pandangan Cik Yani,
bagaimana Prosedur Operasi Standard (SOP) tersebut boleh memastikan
perlindungan dan kebajikan kanak-kanak tersebut terjamin berbanding dengan
larangan menyeluruh perkahwinan bawah umur. Menurut beliau, melaui
prosiding permohonan berkahwin bawah umur di Mahkamah akan melindungi
hak dari teraniaya dan mencegah untuk mengelakkan hal-hal maksiat di
kalangan remaja bawah umur dan merupakan jalan supaya mereka berkeluarga
secara sah mengikut Hukum Syara’. Tajuk ini dipilih kerana isu perkahwinan di
usia muda semakin meningkat di Malaysia.Tajuk ini mendapat sambutan kerana
sering terjadi, contohnya isu viral pengantin perempuan Syasa berumur 16 tahun
dan pengantin lelaki 21 tahun. Perkahwinan mereka telah mengundang pelbagai
reaksi netizen dan menjadi bualan di media sosial. Pandangan masyarakat
terhadap isu ini adalah kerana umur pengantin perempuan yang masih terlalu
muda. Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan dalam projek e-sulam
ini. Antaranya ialah kekurangan dari segi talian internet dan masa yang sesuai
untuk melakukan temubual untuk memastikan proses temu bual berjalan dengan
lancar.

Kesimpulannya, berkahwin pada usia muda adalah terpuji dan usaha ke arah
menggalakkan remaja hari ini supaya berkahwin juga adalah suatu usaha yang
sangat baik. Harapan daripada kajian ini supaya pelbagai pihak mengambil
cakna serta menyumbang dalam menjayakan usaha seperti ini terutamanya
pihak kerajaan dan ibu bapa. Mereka sangat memerlukan sokongan dari segi
kewangan, emosi, tenaga, khidmat nasihat serta kepakaran daripada pelbagai
pihak untuk membina keluarga yang mapan dan sejahtera. Seandainya usaha-
usaha ini dilaksanakan, maka golongan muda tidak lagi melihat perkahwinan
sebagai jalan keluar yang mustahil bagi mereka yang terlibat dengan gejala
sosial yang semakin merosakkan anak muda kita hari ini serta dapat
mengurangkan aktiviti gejala sosial.

1. Naibaho, H. (2014). Faktor-faktor yang mempengaruhi pernikahan
usia muda (studi kasus di Dusun IX Seroja pasar VII Tembung
Kecamatan Percut Sei Tuan Kabupaten Deli Serdang). Welfare
StatE, 2(4), 222063.

2. NorHafzan Jaafar. (2018). Nikah Usia Muda Jangan Jadi
Sesalan.Berita Harian
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/09/477750/nikah-usia-
muda-jangan-jadi-sesalan

3. Danial Ariff Shaari. (2019). Teliti Isu Kahwin Bawah Umur.Sinar
Harian
https://www.sinarharian.com.my/article/14806/KHAS/Pendapat/kahwi
n-bawah-umur

Nama: Nurliyana Binti Mohd Noor

No. Matrik: 068336

Program: Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Kewangan (Kewangan
Islam)

Pengenalan Perkahwinan di usia muda ataupun diistilahkan sebagai perkahwinan kanak-
kanak ini adalah perkahwinan di mana kedua-dua atau salah satu pihak dalam
perkahwinan itu adalah seorang kanak-kanak. Di Malaysia, Akta Kanak-kanak
2001 mentakrifkan bahawa kanak-kanak merupakan seseorang yang berumur
lapan belas tahun dan ke bawah. Untuk mendapatkan kebenaran untuk
berkahwin di bawah umur minimum, pemohon mesti memulakan kesnya
dengan membuat permohonan ke mahkamah Syariah (Mazni, 2010).
Contohnya, bagi negeri Selangor, setiap permohonan mestilah dibuat mengikut
aturan Seksyen 13 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri
Selangor) 2003.

Objektif i. Menganalisis sebab-sebab perkahwinan di usia muda.
ii. Mengkaji persepsi masyarakat umum tentang perkahwinan di usia

muda.
iii. Menganalisis keburukan dan impak berkahwin di usia muda.

Analisis dan Berdasarkan kajian lapangan yang telah dibuat sepanjang menjalankan
Perbincangan Projek E-sulam ini, ianya telah dilakukan dengan menggunakan kaedah ‘google
form’ untuk mengumpul data dan maklumat mengenai tinjauan perkahwinan di

usia muda terhadap masyarakat. Keseluruhan soalan yang terdapat dalam

borang kaji selidik ini adalah sebanyak 14 soalan beraneka pilihan dan 2 soalan
struktur. Terdapat empat bahagian yang disediakan di dalam ‘google form’ ini
iaitu bahagian pertama merupakan maklumat peribadi responden yang terdiri

daripada 183 responden perempuan dan 74 responden lelaki. Kebanyakan

daripada mereka merupakan pelajar IPT berumur 20-25 tahun yang majoritinya

terdiri daripada masyarakat Melayu. Seterusnya, bahagian kedua pula diisi

dengan persoalan umum mengenai perkahwinan di usia muda dan bahagian

ketiga merupakan persoalan asas serta kesan perkahwinan di usia muda.

Menurut kajian yang dilakukan, 93 responden bersetuju manakala 89

responden sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa perkahwinan di usia

muda akan memberi impak kepada generasi kini. Bahagian keempat pada
‘google form’ ini juga diisi dengan pandangan responden untuk menyatakan
pihak yang harus bertanggungjawab bagi mengekang trend terhadap isu

perkahwinan di usia muda ini. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa

52.9% bersamaan 137 orang reponden tidak bersetuju dengan perkahwinan di

usia muda manakala selebihnya bersetuju.

Selain itu, kajian ini mengguanakan platform ‘google meet’ untuk menemu
bual seorang remaja perempuan yang bernama Nur Syeila Haslinda Binti Nor
Azman. Beliau berumur 20 tahun dan berasal daripada Pontian,Johor. Puan
Syeila ini telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 ketika beliau berusia
17 tahun manakala suami beliau berusia 24 tahun pada ketika itu. Setelah
mendirikan rumah tangga selama 4 tahun beliau dikurniakan cahaya mata
seramai 2 orang. Puan Syeila Haslinda kini memilih untuk menjadi suri rumah

Kesimpulan tangga bagi meluangkan masa untuk menjaga anak-anak dan ibunya yang
Rujukan sakit. Menurut puan Sheila, perkahwinan di usia muda ini sememangnya agak
mencabar lebih-lebih lagi soal keawangan kerana beliau dan pasangannya
pernah mengalami masalah kewangan yang tidak stabil di awal perkahwinan.
Namun begitu, ianya tidak menjadikan satu alasan untuk mereka berputus asa
malah mereka mengamalkan prinsip berhemah dan bersederhana dalam
berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan harian mereka sekeluarga.

Dalam masa yang sama, platform ‘whatsapp’ juga digunakan untuk
menebual seorang Peguam Syarie yang telah berkhidmat di firma guaman
Terengganu selama 20 tahun bagi mendapatkan penjelasan tentang Undang-
Undang Syariah dan prosiding mahkamah yang perlu diikuti dan dilakukan oleh
pemohon yang ingin berkahwin di usia muda iaitu mereka yang dikatogorikan
sebagai golongan bawah umur sebelum mendapat kebenaran untuk berkahwin.

Konklusinya, isu perkahwinan di usia muda ini perlulah dititikberatkan dan tidak
dipandang enteng oleh masyarakat kerana ianya akan meninggalkan pelbagai
risiko dan kesan jangka masa panjang. Dalam masa yang sama, isu ini juga
harus diberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya sebelum dibenarkan
agar ianya tidak memberikan kemudaratan kepada pasangan tersebut. Hal ini
kerana, isu perkahwinan bukanlah satu isu yang kecil dan boleh dibuat main
lebih-lebih lagi isu perkahwinan di usia muda. Justeru itu, mereka perlu berfikir
panjang dan membuat keputusan sehabis baik jika mereka merancang untuk
berkahwin di usia muda.

1) Hassim, M. H., Bakar, M. A. A., & Salam, N. Z. M. A. (2020). Spektrum
Perkahwinan Kanak-kanak di Malaysia: Kajian Perbandingan Antara
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri, Akta Memperbaharui
Undang-undang (Prkahwinan dan Penceraian) 1976 dan Konvensyen
Antarabangsa.


Click to View FlipBook Version