The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (BMMB1104)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 604-1-syazwani, 2022-04-02 03:23:01

NURUL SYAZWANI BINTI MANAN

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (BMMB1104)

BMMB1104

KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU

NURUL SYAZWANI BINTI MANAN



TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK INDIVIDU (30%)

Soalan :

Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, syair, gurindam dan
seloka merupakan ciptaan asli orang-orang Melayu. Pada
peringkat awalnya, puisi-puisi ini disampaikan secara lisan.
Namun perubahan masa menyebabkan puisi-puisi ini
semakin dipinggirkan.

1.Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan pemahaman
anda tentang definisi, jenis, bentuk, ciri dan fungsi Puisi
Melayu Tradisional sebagai wahana pendidikan.

2.Anda dikehendaki menyediakan bahan infografik
dengan menggunakan aplikasi anyflip.

3.Tugasan perlu dihantar dalam bentuk salinan lembut.

i

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada hadrat Ilahi kerana limpah kurnia-Nya
saya diberi kekuatan untuk menyiapakan tugasan kursus Kesusasteraan
Dan Kebudayaan Melayu (BMMB1104) dengan jayanya.

Saya dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan
terima kasih dan sekalung penghargaan kepada pensyarah pembimbing
saya bagi kerja kursus ini, iaitu Puan Nooraini binti Ab Latif kerana beliau
telah banyak membantu saya dan memberi tunjuk ajar sepanjang
pelaksanaan kerja kursus ini. Segala ilmu yang dicurahkan beliau amat
bermanfaat untuk saya dalam menyiapkan tugasan kerja kursus.

Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada rakan-
rakan seperjuangan yang telah banyak membantu saya dalam
menjayakan tugasan ini secara langsung mahupun tidak langsung.
Dengan bantuan mereka segala kekeliruan dapat diselesaikan apabila
kami saling berkolaboratif. Akhir sekali, saya berharap agar tugasan ini
dapat memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam soalan
tugasan kerja kursus ini.

Sekian, terima kasih.

ii

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1 Soalan i
ii
2 Penghargaan iii

3 Isi kandungan 1-14

1.0 Pengenalan 15
2.0 Pantun
3.0 Syair
4 4.0 Gurindam
5.0 Seloka
6.0 Fungsi Puisi Sebagai Wahana Pendidikan
7.0 Kesimpulan

5 Rujukan

iii

PUISI MELAYU
TRADISIONAL

DEFINISI

Perkataan sastera berasal

daripada bahasa Sanskrit iaitu PUISI MELAYU TRADISIONAL

castra yang bermaksud kitab suci. Puisi merupakan salah satu sastera yang
paling awal digunakan oleh masyarakat
Tambahan pula, sastera dunia. Puisi ini adalah puisi rakyat yang
muncul pada zaman manusia belum
merupakan satu bidang seni mengenal bentuk tulisan lagi. Puisi bukan
sahaja terkenal dalam kalangan
kreatif yang bermula daripada masyarakat Melayu malah digunakan
oleh pelbagai masyarakat misalnya
tradisi lisan dan semakin masyarakat Eropah, Hindu dan Arab (Abd.
Rahim & Khairuddin, 2017).
berkembang mengikut peredaran

zaman.

PENDAPAT TOKOH GENRE DALAM PUISI MELAYU
TRADISIONAL
Menurut Mat Piah (2006),
kesusasteraan ialah segala bentuk 1. Pantun
penghasilan sastera yang 2. Gurindam
disampaikan sama ada tulisan, 3. Syair
pertuturan, pembacaan atau 4. Seloka
pendengaran. Mengenali puisi 5. Nazam
tradisional beerti mengenali hati 6. Mantera
budi masyarakat yang
memilikinya. 1

PANTUN

DEFINISI JENIS

Pantun ialah karangan berangkap 1. Nasihat
yang tidak bebas dari segi bentuk 2. Adat
dan perkataan serta merupakan 3. Kanak-kanak
sejenis puisi tradisional masyarakat 4. Agama
Melayu lama yang paling popular 5. Sindiran atau kiasan
(Harun Mat Piah,1989) . 6. Jenaka
7. Teka-teki
BENTUK 8. Cinta dan kasih sayang
9. Budi
Dua kerat
Empat kerat CIRI-CIRI
Enam kerat
Lapan kerat 1.Jumlah baris yang genap (2-16
Sepuluh kerat baris serangkap)
Dua belas kerat
2.Bilangan suku kata pada setiap
FUNGSI baris iaitu 8-12

Pantun berperanan sebagai alat 3.Setiap rangkap mempunyai
untuk hiburan dan bahan jenaka. pembayang dan maksud
Pantun berfungsi sebagai alat untuk
menguji ketajaman minda dan 4.Rima akhir a-b-a-b
kehalusan perasaan.
Pantun sebagai alat bagi 2
mendapatkan gambaran serta
pemikiran masyarakat Melayu
Pantun sebagai alat untuk
menyampaikan hajat dan perasaan

Contoh Pantun

Pantun 2 kerat

Tema : Nasihat
Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan binasa.

Pantun 4 kerat

Tema : Budi
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa

3

FUNGSI PANTUN SEBAGAI
WAHANA PENDIDIKAN



Pantun budi mengajar masyarakat untuk
sentiasa mengenang budi orang lain dan
tidak bersikap seperti kacang lupakan kulit.

Pantun nasihat dapat mendidik
masyarakat agar sentiasa menjaga

tingkah laku dan tutur kata

Pantun sindiran pula bertujuan untuk
memberi kesedaran kepada
masyarakat secara berhemah

4

DEFINISI JENIS

Syair ditakrifkan sebagai Syair roman
sejenis puisi Melayu Syair sejarah
lama yang berangkap Syair agama
dan setiap rangkapnya Syair nasihat
mempunyai 4 baris di Syair puji-pujian
mana setiap baris Syair teka-teki
mempunyai maksud. Syair simbolik atau
perlambangan

SYAIR

BENTUK/CIRI FUNGSI

1.Terdiri daripada 4 baris dalam 1. Sebagai hiburan dalam
satu rangkap majlis-majlis tertentu

2.Merupakan puisi terikat 2. Syair berperanan sebagai alat
3.Rima akhir sama iaitu a,a,a,a. menyampaikan pengajaran
4.Keepat-empat barisnya melalui cerita dan lagu

mempunyai maksud atau 3.Syair sesuai digunakan untuk
cerita syair itu dinyanyikan atau dilagukan
5.bilangan perkataan sebaris sebagai mengiringi tarian-
tetap iaitu 4-5 perkataan tarian tertentu
sebaris .
6.Bilangan sukukata sebaris 4. Kelembutan dan kehalusan
juga tetap iaitu antara 8-12 syair dilagukan meninggalkan
sukukata dalam sebaris kesan yang mendalam

5 kepada pendengar

Contoh Syair :

Syair agama : Syair Burung Pungguk

Pertama mula Pungguk merindu,
Berbunyilah guruh mendayu-dayu,

Hatinya rawan bercampur pilu,
Seperti dihiris dengan sembilu.



Pungguk bermadah seraya merawan,

“wahai Bulan,terbitlah tuan,
Gundahku tidak berketahuan,

Keluarlah tercelah awan,”



Sebuah tilam kita beradu,
Mendengarkan pungguk merindu,

Suaranya halus tersedu-sedu,
Laksana orang berahikan jodoh



Pungguk merawan setiap bulan,

Sebilang jitun berlompatan,
Bulan mengandung disebelah lautan,
Mendengarnya bersambut-sambutan….



Di atas beraksa berapa lama,
Gilakan cahaya bulan purnama,
Jikalau bulan jatuh kerama,
Di manakah dapat pungguk bersama.



“Pungguk bermadah seraya merawan,

Wahai bulan terbitlah tuan,
Gundahku tidak berketahuan,
Keluarlah bulan tercelah awan,”

6

GURINDAM

DEFINISI JENIS

Menurut Raja Ali Haji (2003), gurindam Gurindam serangkap dua baris
merupakan satu bentuk puisi Melayu Gurindam serangkap empat baris
yang terdiri daripada dua baris yang Gurindam bebas
berpasangan, bersajak atau berima dan
memberikan idea yang lengkap atau
sempurna pada pasangannya.

BENTUK CIRI-CIRI

1.Bentuk terikat 1. Bentuk terikat
2.Bentuk tidak terikat Terdiri daripada dua baris berpasangan
3.Mempunyai unsur asonasi dan dan berima
Baris pertama sebagai syarat (protasis)
aliterasi manakala baris kedua sebagai akibat
4.Kandungan isi mempunyai (apodosis)

maksud yang serius dan tidak 2.Bentuk tidak terikat
lucu Bentuk bebas
Gurindam jenis ini tidak berangkap,
FUNGSI tidak tentu jumlah barisnya dalam
serangkap dan tidak tetap jumlah
1. Hiburan perkataan dalam sebaris
2.Sindiran dan kritikan sosial Rima akhir tidak sama pada bunyi
3. Pengajaran hujungan
4. Gambaran masyarakat Melayu

lama

7

Contoh Gurindam

Gurindam Dua Belas
Fasal 1

barang siapa tiada memegang agama
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama



barang siapa mengenal yang empat

maka itulah orang yang makrifat



barang siapa mengenal Allah
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah



barang siapa mengenal diri
maka telah mengenal akan tuhan yang bahri



barang siapa mengenal dunia
tahulah ia barang yang terperdaya



barang siapa mengenal akhirat

tahulah ia dunia mudarat

8

FUNGSI GURINDAM SEBAGAI
WAHANA PENDIDIKAN

Kandungan isi gurindam yang
mempunyai maksud serius
menunjukkan ketegasan penulis
dalam melontarkan pandangan
Menzahirkan maksud yang
mendalam sebagai pengajaran dan
berani menegakkan kebenaran

9

SELOKA

Definisi


Perkataan seloka berasal dari

bahasa Sanskrit iaitu shloka.

Menurut Nordiana (2019), seloka

ditakrifkan sebagai suatu

karangan berangkap yang

mempunyai bunyi hujung iaitu

rima yang tidak tetap Jenis

1.Seloka sindiran
2.Seloka ejekan
3.Seloka menempelak
4.Seloka nasihat
5.Seloka pengajaran
6.Seloka fantasi
7.Seloka jenaka

10

BENTUK

Merupakan sebuah puisi bebas
dan tidak terikat
Terdiri daripada bilangan baris,
jumlah perkataan dalam sebaris,
jumlah suku kata dan rima akhir
yang tidak tetap

CIRI-CIRI

Sejenis puisi 2 baris (2 kerat)
Mempunyai 16 suku kata yang
disusun dalam 4 unit dalam setiap
baris.
Mempunyai 4 baris seloka atau
lebih
Tidak mempunyai pembayang

FUNGSI

Puisi seloka digunakan untuk mengkritik
sebarang perlakuan negatif anggota
masyarakat tanpa menyinggung perasaan
individu sasaran.
Seloka menggambarkan kepentingan
keharmonian dan ketatasusilaan dalam
masyarakat.
Seloka berperanan untuk menyindir,
mengejek dan menempelak seseorang 11

CONTOH
SELOKA

Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,

Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,

Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Rumah runtuh awak menumpang.

12

FWUANHGASNIAPPUIESNI SDEIDBIKAGANAI

NILAI KESEDARAN POLITIK

Puisi berperanan untuk Dapat mendidik
memberi pengajaran, masyarakat tentang
nasihat atau pesanan sistem politik dan
kepada masyarakat pemerintahan beraja
Contoh karya : Anjing dan Contoh karya : Sejarah
bayang-bayang Melayu

SOSIOLOGI AGAMA

Kehalusan bahasa yang Dapat mendidik masyarakat
digunakan oleh masyarakat tentang kekeluargaan dan
Melayu untuk menegur mementingkan nilai-nilai
perbuatan negatif tanpa agama seperti balasan
menyinggung perasaan anak derhaka
sasarannya. Contoh karya : Si Tanggang

BAHAN BACAAN 13

Ceritanya bukan sahaja
menghiburkan semata-mata tetapi
turut menerapkan nilai-nilai murni,
unsur moral dan pengajaran yang
berguna kepada masyarakat

KESIMPULAN




Karya puisi Melayu Sastera Melayu dapat
tradisional perlu melahirkan pemikiran
dihargai kerana
masyarakat yang
merupakan warisan kreatif
masyarakat
terdahulu

Selain menghibur, puisi Puisi Melayu tradisional
tradisional juga menjadi kaya dengan nilai
medium untuk mendidik,
pendidikan dan nilai
menyampaikan estetika yang boleh
pengajaran serta diterapkan kepada
tatasusila kehidupan
bermasyarakat semua pelajar

14

RUJUKAN

Abd Rahim, I., & Khairuddin, M. (2017). Kesusasteraan Melayu. Sasbadi Sdn.
Bhd.

Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional : Satu Pembicaraan Genre dan
Fungsi. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah. (2006). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Nordiana Ab Jabar. (2019). Keunggulan Ikon Membawa Teladan Dalam Seloka
Melayu. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN), Jilid 7(2289-
5000).

Raja Ali Haji. (2003). Gurindam dua belas. Unri Press.

15

SEKIAN
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version