The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU CERITA KANAK-KANAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 604-1-syazwani, 2024-02-18 21:17:36

SAHABAT SEJATI

BUKU CERITA KANAK-KANAK

2Di sebuah ibu kota, tinggal sebuah keluarga yang mewah dan kaya-raya. Mereka hidupdenganharmoni dan disenangi ramai. ‘Mumu cepat, kawan-kawan kamu sudah datang ni’ kata ibu kepada Mumu. Jam sudah menginjak ke angka tujuh dan sebentar lagi mereka perlu bergegas ke perhentianbasuntuk ke sekolah. Namun Mumu masih belum munculkan diri. ‘Nampaknya kita bakal tertinggal bas lagi kali ini’ detik hati Ciko, si biri-biri yang comel. Tidak sampai dua minit akhirnya Mumu menapak ke arah mereka dengan tergesa-gesa. ‘Kami pergi dulu ibu’ jerit Mumu kepada ibunya seraya lari-lari anak mengikuti CikodanBoboyang sudah berada beberapa langkah di hadapan memandangkan mereka sudah terlambat. ‘Fuh, lega rasanya kita sempat sampai sebelum bas bergerak,’ Ciko bersuara setelahbasyangdinaiki mereka bergerak menuju ke destinasinya. Mumu yang tiba selang beberapa saat kemudian terus melabuhkan duduk di atas kerusi dengannafasyang masih tercungap-cungap. ‘Ya, saya fikir kita akan didenda lagi kerana terlewat ke sekolah’ kata Bobo. Minggu lepas mereka bertiga telah didenda oleh Cikgu Faizal. Semua gara-gara Mumu yangterlewatbangun pagi akibat menonton televisyen hingga larut malam, sudahnya mereka tertinggal baspagi itu. ‘Maaf kawan-kawan, saya janji lepas ini saya tidak akan terlewat lagi’ kata Mumu dengannadayang perlahan dan menundukkan sedikit kepala. Sampai sahaja di sekolah, tanpa membuang masa lagi Mumu, Ciko dan Bobo terus melangkahmasuk ke kelas Tahun 2 Delima dan mengambil tempat masing-masing.


3‘Ringgg’ Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Semua murid dilihat tergesa-gesamenujukekantin untuk membeli makanan. ‘Jom kita ke kantin, saya dah lapar ni,’ ajak Ciko kepada Mumu dan Bobo sambil menekan-nekan perut dengan tangan kirinya. Sudah terbayang di kepalanya keenakan nasi lemak, mi goreng, nasi goreng dan keropok. ‘Kamu berdua pergilah, saya sudah bawa bekal harini’ ujar Bobo dengan sopansambil mengangkat bekas makanan berwarna merah. ‘Baiklah kalau begitu nanti kami datang semula. Tunggu kami ya.’ kata Mumu. Bobo hanya mengangguk faham. Bobo datang daripada keluarga yang susah. Bapanya bekerja sebagai seorang petani manakalaibunya pula berniaga kecil-kecilan. Berbeza sekali dengan dua orang rakannya itu. Mumumerupakananak tunggal kepada pasangan usahawan yang berjaya di kota itu. Begitu juga denganCiko. BapaCiko seorang doktor, ibunya pula seorang guru. Meskipun begitu, Mumu dan Ciko selalumelayanBobo dengan baik. Ketika petang pula, mereka akan ke taman permainan sambil menyanyi bersama-sama. Bila hari petang, Ayuh pergi taman, Bersama kawan-kawan, Riang ria selalu. Ciko petik bunga, Selit di telinga, Jalan sini sana, Harum wangi baunya. (lirik lagu tepuk amai-amai)


4Pada suatu ketika, sikap Mumu mula berubah. Mumu sering memberi alasan ketika BobodanCikoajakbermain di taman. Ini kerana Mumu iri hati dengan kepintaran Bobo kerana Bobo sering mendapat tempatpertama di dalam kelas. Rakan-rakan sekelas mereka sering memuji dan kagumdengankebijaksanaanBobo. Akibat perasaan iri hati tersebut, Mumu mula menjauhkan diri dari mereka keranamerasamegahdengan kekayaan yang dimiliki oleh keluarganya. ‘Mumu, kenapa kamu jauhkan diri daripada kami? Kamu tidak lagi mahu makan di kantinbersamakami, ke sekolah pun kamu pergi dengan kawan-kawan yang lain’ tanya Bobo. ‘Saya tidak mahu berkawan dengan orang miskin seperti kamu. Saya malu ada kawanyangsusahmacam kamu’ balas Mumu dengan angkuh. Bobo berasa sangat sedih dengan kata-kata Mumu itu. Dia terkejut dengan balasan itu keranaMumuyangdikenalinya sebelum ini seorang yang baik hati dan rendah diri. ‘Mumu kamu tidak boleh berkata seperti itu. Kita kan sahabat baik. Harta dan kekayaanituhanyabersifat sementara’ sampuk Ciko yang tidak senang dengan percakapan Mumu. Pada suatu hari, SK Permai menganjurkan satu perkhemahan yang bertempat di sebuahhutansimpan.Ramai murid yang menyertai perkhemahan itu termasuk lah Mumu, Ciko dan Bobo. Pada hari perkhemahan tersebut, mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. MumudanBoboberada dalam satu kumpulan yang sama manakala Ciko berada dalam kumpulan yang berbeza. Dalam kumpulan Mumu dan Bobo, terdapat tiga lagi murid lain. Mereka sangat nakal dansukamengganggu murid-murid lain. Akibatnya Bobo, si anak gajah yang kurang bernasib baik seringdiejek.Mumu hanya mendiamkan diri dan tidak ambil peduli ketika Bobo akan perkara itu.


5Pada waktu malam, murid-murid nakal itu berpakat untuk mengenakan Bobo. Mereka membuat helahdengan mengajak Bobo untuk masuk ke dalam hutan. ‘Bobo, ayuh kita mencari kayu api di dalam hutan sana. Kita sudah kehabisan kayuapi sedangkanesok kita perlu memasak’ kata salah seorang daripadanya. ‘Bukankan cikgu melarang kita keluar dari kawasan perkhemahan ini tanpa kebenarandaripadabeliau? Lagipun ini hutan tebal dan haripun sudah lewat malam’ ujar Bobo yang pelik denganajakantersebut. Setelah dipaksa akhirnya Bobo bersetuju dengan alasan mereka hanya mencari kayuapi di sekitarkawasan tapak perkhemahan mereka. Setelah beberapa ketika, tiba-tiba Bobo tersedar dirinya sudah ditipu oleh rakan-rakan kumpulannya.Diaberasa sangat sedih kerana Mumu yang telah dianggap sahabat sanggup menipu dirinya. Kerana terlampau gembira, Mumu dan rakan-rakannya terlupa jalan yang perlu diambil untukkembali ketapak perkhemahan. Mereka mula gelisah dan takut. Tambahan pula, dengan keadaan hutanyanggelapgelita dan bunyi cengkerik yang saling bersahutan menyebabkan mereka sukar untuk mengingati jalandengan tepat. Setelah penat berjalan mereka akhirnya duduk bersandar di sebatang pokok yangbesar.Bobo yang mahir dengan suasana hutan akhirnya dapat kembali ke tapak perkhemahan denganselamat.Ini kerana dia selalu mengikuti ayahnya pergi memburu di dalam hutan. Pada keesokan harinya, Bobo mendapati Mumu dan rakan-rakannya yang lain tiada di dalamkhemahmereka. Tanpa berlengah, Bobo terus memaklumkan hal tersebut kepada Cikgu Faris. CikguFarissegeramenghubungi polis bagi meminta bantuan untuk menjejaki Mumu dan rakan-rakannya. Tidak lama selepas itu, Mumu dan rakan-rakannya akhirnya dijumpai tertidur pada sebatang pokok yang berada di tengah-tengah hutan tersebut. Mumu berasa sangat kesal dengan sikapnya yang mudah lupa diri. Dia segera memohon maaf kepada Mumu atas tingkah lakunya sebelum ini. Sejak peristiwa itu, Mumu, Ciko dan Bobo kembali bersahabat baik. Mereka sedar bahawa latar belakang yang berbeza bukan penghalang mereka untuk bersahabat baik.


Click to View FlipBook Version