The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nursakiinah3, 2021-11-04 00:41:06

Produk Digital Kemahiran Membaca dan Membuat Nota

Tugasan 2 Kerja Kursus GKEB 1072

1

2

KANDUNGAN Muka surat

1 PENGENALAN 4
2 KEPENTINGAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MEMBUAT NOTA 5
3 ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR : PEMETAAN I-THINK 6
6
3.1 Peta bulatan 6
3.2 Peta Buih 7
3.3 Peta Buih Berganda 7
3.4 Peta Pokok 8
3.5 Peta Dakap 8
3.6 Peta Alir 9
3.7 Peta Pelbagai Alir 9
3.8 Peta Titi 10
4 JUSTIFIKASI 11
RUJUKAN

3

1 PENGENALAN
Pumfrey (1977) berpendapat bahawa membaca bukanlah sekadar bersifat mekanik iaitu
membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab soalan tentang apa yang dibaca, tetapi
merupakan proses membina pemikiran seseorang dalam kebolehan menilai, mengulas, dan
mengkritik bahan bacaan, serta memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat
sekeliling. Kemahiran membaca juga merupakan proses berfikir yang melibatkan pemikiran
perkara tersurat, tersirat, menghubungkaitlan idea, menyoal dan bertindak balas dengan
memberi idea dan mengaplikasikan maklumat baharu ke dalam situasi bahasa.

Manakala, nota pula bermaksud ringkasan dan isi-isi penting dari mata pelajaran yang
dipelajari semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Nota menjadi bahan rujukan apabila
kita memerlukan sesuatu maklumat atau fakta. Membuat nota adalah suatu seni.

Terdapat empat cara membuat nota iaitu ;

Cara Penerangan

Nota Anotasi (Annotation)  Catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk

penerangan ringkas

 Mengenai sesuatu kerja seperti artikel, buku, laman

web atau filem

 Penjelasan memerlukan maklumat bibliografi lengkap

 Dibuat dengan menggariskan fakta, menandakan isi-

isi penting, menggunakan pena penerang dan pelekat

Nota Rangka (Outline)  Frasa dan kata kunci

 Disediakan dalam bentuk mata (point) dengan

menggunakan perenggan, nombor atau perkataan

 Menyenaraikan poin dan subpoin

 Menggunakan tajuk besar dan tajuk kecil

Nota Jadual (Column)  Cara mengambil nota menggunakan format

berbentuk lajur

 Teknik ini lebih sesuai bagi subjek Sains dan

Matematik

Nota Rumusan (Summary)  Nota yang mempunyai semua maklumat yang telah

diringkaskan dan ditulis dalam perenggan.

 Lebih berfokus kepada isi-isi penting

Jadual 1.1 : Cara membuat nota

4

2 KEPENTINGAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MEMBUAT NOTA
Semasa membuat nota, pemikiran akan berkembang dan sel-sel neuron berhubung antara
satu sama lain untuk meningkatkan daya pemikiran seseorang itu. Menurut kajian daripada
G. Staley, orang yang membaca nota akan mengingat 10% daripada hasil notanya. Manakala,
orang yang menghasilkan nota akan mengingat 65% daripada hasil notanya.

Membuat nota juga akan membantu pelajar untuk mengekalkan hafalan apa-apa yang
telah dipelajari atau dibaca.

Nota juga merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa dan di mana-
mana sahaja. Hal yang demikian dapat memudahkan setiap individu khususnya pelajar untuk
mengulangkaji pelajaran.

5

3 ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR : PEMETAAN I-THINK
Peta Pemikiran (i-Think) amat digalakkan untuk diaplikasikan dalam aktiviti Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc). Umum sedia maklum, Peta Pemikiran ini mempunyai 8 jenis iaitu :
3.1 Peta bulatan
Digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia ada berkaitan
sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks

Rajah 1.1 : Peta Bulatan
3.2 Peta Buih
Digunakan untuk meningkatkan kebolehan murid bagi mengenal pasti atau menunjukkan
kualiti. Peta buih biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

Rajah 1.2 : Peta Buih
6

3.3 Peta Buih Berganda
Digunakan untuk membanding beza sesuatu perkara atau situasi

Rajah 1.3 : Peta Buih Berganda
3.4 Peta Pokok
Digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea

Rajah 1.4 : Peta Pokok
7

3.5 Peta Dakap
Digunakan untuk menganalis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej
keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

Rajah 1.5 : Peta Dakap

3.6 Peta Alir
Digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses

Rajah 1.6.1 : Peta Alir Tanpa Subproses Rajah 1.6.2 : Peta Alir dengan subproses

8

3.7 Peta Pelbagai Alir
Digunakan untuk menunjukan dan menganalisis hubungan sebab-akibat. Segi empat yang
berada di tengah adalah peristiwa penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab
peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa
tersebut.

Rajah 1.7 : Peta Pelbagai Alir
3.8 Peta Titi
Digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi
dengan menggunakan faktor perhubungan.

Rajah 1.8 : Peta Titi
9

4 JUSTIFIKASI
Peta Pemikiran atau Peta i-Think merupakan salah satu unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT). Peta i-Think berkeupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Selain itu, peta i-Think juga berkeupayaan sebagai alat penjanaan idea. Murid-murid
dapat menggunakannya untuk membuat sesuatu persembahan hasil kerja dalam bentuk
grafik.

Selanjutnya, peta i-Think dapat menarik minat murid-murid untuk belajar dan
memudahkan proses penyerapan isi-isi penting dalam pembelajaran disebabkan konsep peta
i-Think yang mengutamakan isi-isi penting dalam penghasilan nota.

Akhir sekali, peta i-Think dapat membantu penghasilan nota yang berstruktur dan
bersifat lebih sistematik untuk menggalakkan pemikiran yang kritis kreatif.

10

RUJUKAN
Admin. (2020, November 17). Peta i Think dalam KBAT. Pembelajaran Abad Ke-21.

https://pembelajaranabad21.com/guru/jenis-dan-contoh-peta-i-think-dalam-
kemahiran-berfikir-aras-tinggi-kbat/.html
KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA (1). (2019, August 6). KEMAHIRAN
MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA (1) ~ Kemahiran Belajar. https://gkb-
1053.blogspot.com/2019/08/kemahiran-mengambil-dan-membuat-nota-1.html?m=0
Mohd Suhaimin Isnen. (2017). 47 Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) dalam
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). CIKGU SUHAIMIN.
http://www.cikgusuhaimin.com/2017/10/47-aktiviti-pembelajaran-abad-ke-21-pak.html
Nur Hanisah Redhuan. (n.d.). BAB 5: KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA -
GKB1053-KEMAHIRAN BELAJAR. Sites.google.com.
https://sites.google.com/site/hanisahredh/bab-5-kemahiran-mengambil-dan-
membuat-nota
Pumfrey, P. D. (1977). Measuring reading abilities : concepts, sources and applications.
Hodder And Stoughton.
Siti Faiqah Mohd Salleh. (2017, September 4). i-Think: Kelebihan dan Kelemahan pemetaan
i-Think. I-Think. http://sitifaiqahmohdsalleh.blogspot.com/2017/09/kelebihan-dan-
kelemahan-pemetaan-i-think.html
Suhaimin. (2018, January 17). 8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think). Sistem Guru Online.
https://www.sistemguruonline.my/2018/01/8-jenis-peta-pemikiran-i-think.html

11

12


Click to View FlipBook Version