Mesyuarat agung pibg
Kali ke 45
Sekolah kebangsaan Semerbok
71350, kota, negeri sembilan
Tarikh: 17 april 2021
Hari : sabtu
Masa : 10.30 pagi
Tempat: sk semerbok (google meet)
“SEMERBOKKU SAYANG
TERUS GEMILANG’
1
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN SEMERBOK
71350 KOTA, NEGERI SEMBILAN
Kepada:
Ibu Bapa / Penjaga dan guru-guru
Murid Sekolah Kebangsaan Semerbok Tarikh : 12 April 2021
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK SEMERBOK KALI KE-45
Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas
2. Mesyuarat Agung PIBG, SK Semerbok kali ke-45 akan diadakan seperti
ketetapan berikut:
Tarikh : 17.4.2021 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Atas Talian (Google Meet)
3. Bersama surat ini dilampirkan borang jawapan kehadiran dan penyataan usul
(jika ada) dan hendaklah dikembalikan semula kepada setiausaha PIBG SK
Semerbok sebelum atau pada 14.4.2021.
4. Kerjasama Tuan / Puan dalam hal ini amat dihargai dengan ucapan terima
kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERSIH.MUAFAKAT.SEJAHTERA”
Saya yang menjalankan amanah,
( ABDUL AZIZ BIN ISMAIL )
Setiausaha kehormat PIBG,
Sekolah Kebangsaan Semerbok
2
Borang Usul Tarikh : ………………
….…………………………………………..
….……………………………………………
….……………………………………………
Kepada,
Setiausaha PIBG
Sekolah Kebangsaan Semerbok
71350 Kota
Negeri Sembilan.
Tuan,
Saya akan hadir / tidak hadir ke majlis Mesyuarat Agung PIBG SK SEMERBOK
kali ke-45 pada hari Sabtu bersamaan 17.4.2021 secara atas talian Google Meet.
Usul saya ialah :
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Sekian, Terima Kasih
….……………………….
()
* Potong mana yang tidak berkenaan
3
AGENDA MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-45
1. Ucapan Yang Dipertua PIBG, En. Mohd Zaidi Bin Sani.
2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agong PIBG Kali
Ke-44 bagi tahun 2020/2021.
3. Perkara berbangkit.
4. Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan / aktiviti PIBG bagi
tahun 2020/2021.
4.1 Laporan aktiviti tahunan PIBG 2020/2021.
4.2 Membentangkan dan menerima Penyata Kewangan Yang
Berakhir
pada 31 Disember 2020.
4.3 Pembubaran jawatankuasa PIBG bagi tahun 2020/2021.
4.4 Pelantikan Pengerusi sementara dan pemilihan Ahli
Jawatankuasa
baru bagi tahun 2021/2022.
4.5 Membentang dan membahas usul.
5. Hal-hal lain
6. Ucapan Penangguhan
4
SEJAMBAK BICARA
YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA- GURU 2020/2021
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.....
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, dengan keizinan-Nya dapat menyampaikan
sepatah dua kata dalam acara tahunan persatuan kita iaitu Majlis Mesyuarat Agung
PIBG Sekolah Kebangsaan Semerbok.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para ibubapa kerana memberi sokongan
dan kerjasama yang jitu dalam merealisasikan impian sekolah. Kita perlu mengembeling
tenaga untuk keteguhan kita bersama.
Selaku Yang DiPertua PIBG, saya menyeru ibubapa agar menjadi tiang seri serta
dapat berdiri kukuh membantu pihak sekolah demi memenuhi matlamat kearah
melahirkan insan dan sekolah yang cemerlang. PIBG juga akan sentiasa memastikan
perancangan aktivitinya terlaksana selaras dengan aspirasi, visi dan misi sekolah. Segala
kekangan menjadi cabaran dan dorongan demi keunggulan serta penyuntik semangat
agar terus cemerlang, gemilang dan terbilang.
PIBG akan terus memainkan peranan secara lansung mahu pun tidak lansung
untuk memenuhi aspirasi sekolah seterusnya negara. Saya menyeru kepada semua
ibubapa agar kita dapat membuka minda dalam menguruskan kejayaan warga Sek Keb
Semerbok.
Semoga dengan kesungguhan serta semangat yang kental dan jitu dalam
kalangan diri murid-murid, guru serta para ibubapa dapat mencetuskan kegemilangan
abadi Sek Keb Semerbok. In Sha Allah.....
EN. MOHD ZAIDI BIN SANI
Yang DiPertua PIBG,
Sekolah Kebangsaan Semerbok
5
SEJAMBAK BICARA
GURU BESAR SK SEMERBOK
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera serta salam
satu Malaysia.
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi kudrat dan masih mampu
mengurus segala tanggungjawab yang telah diamanahkan. Berat bahu memikul, berat
lagi tugas dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada kami pihak guru.
Hasrat pihak Sek. Keb. Semerbok yang mempunyai impian kejayaan dan
kegemilangan akan diteruskan. Oleh yang demikian, ibu bapa dan guru harus seiring
memainkan peranan dan setiap murid perlu menjadikannya satu kenyataan serta
bertanggungjawab memenuhi hasrat tersebut. Bak kata pepatah “Bersatu Kita Teguh,
Bercerai Kita Roboh”.
Keprihatinan dan toleransi harus dipereratkan dan ditingkatkan lagi demi
memenuhi aspirasi sekolah. Pihak sekolah berharap segala kepincangan dan rasa tidak
puas hati dibuang jauh-jauh. Marilah kita bersama-sama memenuhi impian kita
mengecapi kejayaan.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada
para ibubapa yang selama ini tidak jemu memberikan sokongan dan kerjasama yang
baik.
Akhir kata, semoga jerih perih dan usaha bersama ini, dapat melahirkan kejayaan
dan kegemilangan yang menjadi impian bersama. Teruskanlah memberi sokongan dan
kerjasama yang padu kepada pihak sekolah untuk memenuhi aspirasi kita. Semoga
segala usaha murni ini mendapat keberkatan Allah. Amin.....
JAMALIAH BT MD NOR
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Semerbok
6
MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA-GURU PIBG KALI KE 44
SEKOLAH KEBANGSAAN SEMERBOK
__________________________________________________________________________________
Tarikh : 17 Februari 2020
Hari : Isnin
Masa : 2.30 PM
Tempat : Dewan Al Falah SK Semerbok
Perasmi : Tuan Safrizal bin Masrudin
Penyelaras DUN Kota
1. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG (En Mohd Zaidi Bin Sani)
1.1-Mengucapkan syukur kehadrat Allah dapat berkumpul sekali lagi dalam mesyuarat PIBG kali
ke 44, dan mengalu-alukan kan kedatangan semua pegawai jemputan, ibu bapa dan guru-guru.
1.2-Berterima kasih atas kepercayaan sebagai YDP PIBG bagi tahun kelima dan merakamkan
penghargaan terima kasih kepada guru-guru kerana komitmen dalam menjalankan tugas demi
kecemerlangan murid-murid SK Semerbok.
2. UCAPAN GURU BESAR SK SEMERBOK (Pn Jamaliah Bt Md Nor)
2.1-Mengucapkan salam dan selamat petang, salam ABC Anak yang Baik lagi Cedik, salam
Semerbokku Sayang Terus Gemilang yang menjadi moto sekolah.
2.2-Mengalu-alukan kedatangan Tuan Shahrizal Penyelaras DUN Kota, Tuan KPPD , semua
jemputan , AJK PIBG dan ibu bapa yang dapat hadir.
2.3-Memaklumkan serba sedikit perkembangan terkini sekolah antaranya sekalung tahniah
kerana SKS berjaya mendapat tempat pertama keputusan UPKK bagi tahun 2019 dalam daerah
Rembau dengan kelulusan 100% . 6 orang mendapat 8 A dan 2 orang 7A1B . Manakala keputusan
UPSR 2019 lima matapelajaran lulus 100% . Kelulusan keseluruhan 85%. Dengan peningkatan
sebanyak 15%. Manakala kokurikulum pula catur mendapat naib johan perempuan berkumpulan
daerah Rembau dan seorang pelajar perempuan berjaya mewakili hingga peringkat negeri bagi
acara olahraga.
7
2.4-Berkongsi hala tuju sekolah antaranya i) semua murid mesti celik membaca,mengira dan
menulis ii) mengekalkan prestas lulus UPSR dan UPKK 100%, iii) kebitaraan kompang dan catur
2.5- Ucapan penghargaan terima kasih kepada Tuan Penyelaras DUN kerana sudi hadir untuk
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ini serta memberi sumbangan hamper untuk pengisian
cabutan bertuah dalam mesyuarat kali ini. Terima kasih juga kepada KPPD Rembau . para
jemputan serta setinggi-tinggi penghargaan kepada YDP dan AJk yang memberi komitmen dan
sokongan dalam setiap program serta aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
3 UCAPAN KETUA PEGAWAI PPD REMBAU ( Tuan Anuar Bin Mat Isa)
3.1-Ucapan alu-aluan dengan mengucapkan tahniah kepada YDP, Guru Besar, guru-guru dan ibu
bapa menjayakan majlis mesyuarat PIBG kali yang ke 44. Sebagai ketua pegawai pendidikan yang
baharu akan cuba memberi komitmen dan sokongan apabila dijemput untuk hadir dalam setiap
program sekolah.
3.2-Harapan KPPD agar pihak sekolah meneruskan usaha bagi memberi kejayaan kepada anak-
anak melalui Pelan Pembangunan Pendidikan yang menekankan aspek kemenjadian murid.
4 UCAPAN PENYELARAS DUN KOTA (Tuan Shafrizal bin
4.1 Ucapan aluan terima kasih kepada Pegawai PPD, MPKK, guru-guru dan ibu bapa.
4.2 Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan bantuan persekolahan untuk anak-anak yang
kurang berkemampuan. Selain itu melalui skim MySalam untuk golongan B40 yang boleh
membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapat bantuan kesihatan di Dewan Chengkau pada
23.02.2020 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
4.3 Pihak kerajaan negeri juga menyediakan inisiatif baik pulih infrastruktur sehingga maksimum
RM20 000 yang boleh dimohon melalui MPKK Kawasan Kota.
4.4 Pihak DUN Kota bersyukur dapat memberi sumbangan 20 hamper sebagai pengisian sesi
cabutan bertuah . Di samping bersyukur juga dapat menyampaikan bantuan awal
persekolahan kepada murid yang berkelayakan.
4.5 Berharap pihak ibu bapa sentiasa memberi komitmen yang baik kepada pihak sekolah agar
anak-anak dapat meraih kejayaan yang cemerlang di samping menjaga keharmonian
hubungan semua.
4.6 Beliau dengan lafaz Basmalah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Semerbok kali ke-44
dengan penuh kesyukuran kepada Yang Maha Berkuasa.
8
MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA-GURU PIBG KALI KE 44
SEKOLAH KEBANGSAAN SEMERBOK
__________________________________________________________________________________
Tarikh : 17 Februari 2020
Hari : Isnin
Masa : 2.30 PM
Tempat : Dewan Al Falah SK Semerbok
Kehadiran :
1. En Mohd Zaidi Bin Sani YDP PIBG
2. Pn Zalina Bt Mohd Pilus NYDP
3. Cg Jamaliah Bt Md Nor Guru Besar
4. Cg Siti Norani Mazme Bt Ngamin GPK Kurikulum
5. Cg Haslina Bt Md Yusof GPM HEM
6. Cg Muhammad Nizam Bin Yusof GPK Kokurikulum
7. Cg Abdul Aziz Bin Ismail Setiausaha
8. Cg Zarinah Bt Zakaria Bendahari
9. Cg Hamiza Bin Zaini AJK Guru
10. Cg Rohaya Bt Abdullah AJK Guru
11. Cg Siti Hasni Bt Shamsudin AJK Guru
12. Cg Norjarikin Bt Abu Bakar Guru KAP
13. Cg Mohd Amier Bin Rosli Guru KAP
14. En Yuasmi Bin Yunus Penjaga
15. En Zaharuddin Bin Abu Bakar Penjaga
16. En Vira Bin Haron Penjaga
17. En Mohd Hanis Bin Adam Penjaga
18. Pn Azlina Bt Hasan Basri Penjaga
19. Pn Surzana Bt Ithnin Penjaga
20. En Mohd Arifin Bin Ramle Penjaga
21. Pn Norzaihan Bt Mohd Kassim Penjaga
22. Pn Roszaina Bt Ahamad Penjaga
23. Pn Norliana Bt Mohamad Penjaga
24. En Mohd Sharizal Bin Mohd Shait Penjaga
25. Pn Rubiah Bt Ahmad Penjaga
26. Pn Nurul Huda Bt Mohd Arpah Penjaga
27. Pn Yusniza Bt Awi Penjaga
28. En Abdul Malik Bin Manap Penjaga
29. Pn Norhashimi Bt Abdullah Penjaga
30. Pn Norhaina Bt Md Yusof Penjaga
31. Pn Hasnah Bt Mat Ghani Penjaga
32. Pn Norain Bt Abdul Wahab Penjaga
33. En Shahrizal Bin Shahidan Penjaga
9
34. Pn Siti Nor Azim Bt Md Doli Penjaga
35. Pn Rahmah Bt Ismail Penjaga
36. Pn Rosidah Bt Ramli Penjaga
37. Pn Norami Bt Jalil Penjaga
38. En Muhammad Nasrul Bin Abd Malik Penjaga
39. Pn Kanagam A/P Aogali Penjaga
40. Pn Norisma Bt Akashah Penjaga
41. En Abu Samah Bin Kauchil Penjaga
42. Pn Rozalina Bt Razuki Penjaga
Tidak Hadir (Dengan Sebab) Bengkel ICT
Cuti Sakit
1. Cg Siti Nurmadihah Bt Ismail
2. Cg Hasbullah Bin Othman
Agenda Mesyuarat
1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG (Encik Mohd Zaidi Bin Sani)
1.1 Mesyuarat Agung PIBG SK Semerbok Kali Ke 44 dipengurusikan oleh YDP PIBG Encik Mohd
Zaidi Bin Sani.
1.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penyelaras Dun Kota, En Sahrizal Bin
Masrudin, Ketua Pegawai PPD Rembau, En Anuar Bin Mat Isa, Pegawai Angkat Sekolah,
Guru Besar yang baharu Pn Jamaliah Bt Md Nor, guru-guru serta ibu bapa yang hadir
menjayakan mesyuarat pada hari ini, memandangkan bebanan tugas dan urusan masing-
masing. Demikian, beliau turut melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas segala
kerjasama yang telah diberikan oleh AJK Tertinggi dan ahli-ahli PIBG sesi 2019/2020.
2.0 Ucapan Guru Besar (Pn Jamaliah Bt Md Nor)
2.1 GB mengucapkan terima kasih kepada pegawai, ajk pibg dan ibu bapa yang dapat hadir.
2.2 Memaklumkan prestasi terkini Kurikulum sekolah iaitu SK Semerbok berjaya mendapat
100% lulus dalam UPSR 2019 dan keputusan cemerlang UPKK 2019 dengan mendapat
tempat kedudukan pertama bagi daerah Rembau.
2.3 Bidang Kokurikulum pula sekolah berjaya mendapat naib johan catur daerah bagi kategori
berkumpulan perempuan sekolah rendah. Acara olahraga larian perempuan 100m pula
mendapat tempat ketiga. Nurul Shahira dan Syasya Damia masing-masing berjaya
mewakili ke peringkat negeri.
2.4 Hala tuju sekolah seterusnya adalah
a)memastikan semua murid boleh membaca,mengira dan menulis.
b)UPSR dan UPKK mengekalkan kelulusan 100%.
c)kebitaraan kompang dan catur.
2.5 Terima kasih kepada penyelaras DUN kerana sudi datang dan menyumbang hadiah
cabutan bertuah.
10
3.0 Perkara Berbangkit
Tiada
4.0 Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan Sesi 2019-2020 dan Pembentangan Laporan Penyata
Kewangan Berakhir
4.1 Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan Sesi 2019-2020 dilakukan oleh Setiausaha PIBG
sesi 2019/2020, Ustaz Abdul Aziz Bin Ismail.
4.2 Pengesahan laporan :
Cadangan pengesahan oleh : En Yuasmi Bin Yunus.
Disokong oleh : Pn Norzaihan Bt Mohd Kassim.
4.3 Pembentangan Laporan Penyata Kewangan Sesi 2018-2019 dilakukan oleh Puan Zarinah
Bt Zakaria.
6.4 Pengesahan Laporan :
Cadangan pengesahan oleh : Pn Azlina Bt Hasan Basri
Disokong oleh : Pn Norliana Bt Mohamad
6.5 Yang Dipertua PIBG En Mohd Zaidi Bin Sani membubarkan AJK PIBG bagi sesi 2019/2020.
6.5.1 Beliau dilantik menjadi pengerusi sementara untuk mengendalikan
pelantikan jawatankuasa bagi sesi 2020/2021.
6.5.2 Keputusan rasmi pelantikan AJK PIBG sesi 2020/2021 selepas dijalankan
pemilihan adalah seperti berikut:
Ex-Officio :Cg Jamaliah Bt Md Nor
Yang Dipertua :En Mohd Zaidi Bin Sani
Naib Yang Dipertua :Pn Zalina Bt Mohd Pilus
Setiausaha :Cg Abdul Aziz Bin Ismail
Bendahari :Cg Zarinah Bt Zakaria
AJK Ibu Bapa :En Yuasmi Bin Yunus
En Zaharuddin Bin Abu Bakar
AJK Guru En Vira Bin Haron
En Mohd Hanis Bin Adam
Pemeriksa Kira-Kira Pn Azlina Bt Hasan Basri
Pn Suzana Bt Ithnin
Cg Siti Norani Mazme Bt Ngami
Cg Haslina Bt Md Yusof
Cg Muhammad Nizam Bin Yusof
Cg Hamiza Bin Zaini
Cg Hasbullah Bin Othman
Cg Nur Madihah Bt Ismail
Cg Rohaya Bt Abdullah
Cg Siti Hasni Bt Shamsudin
Cg Hamiza Bin Zaini
Pn Norliana Bt Mohamad
11
5.0 Pembentangan dan Pembahasan Usul
USUL 1 – Penghargaan sijil kepada pelajar yang cemerlang pada hari anugerah supaya pelajar rasa
dihargai dan hasil usaha mereka pada tahun itu dapat dilihat semula.
CADANGAN: 1)EN MOHD NORSHARIZAL BIN MOHD SHAIT (PENJAGA)
Semua ahli mesyuarat bersetuju sijil penghargaan akan diiberikan kepada setiap pencapaian
pelajar mengikut kelas dan subjek.
(Makluman / Tindakan : PIBG & Pengurusan Sekolah)
USUL 2- Sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 setiap keluarga dan jika ansuran sebanyak 3 kali
bayaran.
CADANGAN: 1) PN AZLINA BT HASAN BASRI (PENJAGA)
2) EN MOHD ZAIDI B. SANI (PENJAGA)
Semua ahli mesyuarat bersetuju perubahan sumbangan PIBG pada tahun 2020 adalah sebanyak
RM70.00 pula memandangkan berlaku peningkatan harga dan kos pengurusan semasa.
(Makluman / Tindakan : PIBG & Pengurusan Sekolah)
USUL 3 – i)Murid membeli semua keperluan sekolah yang berlogo sekolah bermula sesi 2021. Antara
keperluan sekolah yang mempunyai logo sekolah adalah buku tulis, baju sukan dan tali leher. Pihak
sekolah juga akan mengeluarkan seluar trek sukan yang mempunyai logo sekolah. Ini bertujuan
untuk keseragaman dan membantu ekonomi sekolah .
ii)Murid tahap 2 membuat pembayaran buku kerja untuk mata pelajaran teras iaitu
BM,BI,Matematik dan Sains yang telah ditetapkan dalam senarai perbelanjaan persekolahan yang
telah disediakan oleh pihak sekolah.
CADANGAN: 1) CIKGU ROHAYA BT ABDULLAH (GURU KOPERASI)
Semua ahli mesyuarat bersetuju untuk membeli keperluan sekolah di koperasi sebagai tanda
sokongan. Pihak sekolah akan menyenaraikan senarai harga dan mengedarkannya untuk
makluman ibubapa/penjaga terlebih dahulu.
(Makluman / Tindakan : PIBG & Pengurusan Sekolah)
USUL 4 – Mengadakan motivasi keibubapaan bersama anak-anak yang dikendalikan oleh Kaunselor
PPD Rembau atau JPN pada bulan MAC.
CADANGAN: 1) CIKGU JAMALIAH BT MD NOR (GURU BESAR)
Semua ahli mesyuarat bersetuju untuk diadakan program motivasi keibubapaan bersama-anak
yang tarikhnya akan diumumkan kelak oleh pihak sekolah.
(Makluman / Tindakan : PIBG & Pengurusan Sekolah)
12
USUL 5 – Guru-guru yang mengajar kelas tambahan untuk pelajar UPSR tahun 6 diberi sedikit
sumbangan sebagai inisiatif penghargaan mengorbanankan masa,wang dan tenaga yang
dicurahkan.
CADANGAN: 1) CIKGU HASLINA BT MD YUSOF (GPK HEM)
Semua ahli mesyuarat bersetuju agar diperuntukan sedikit daripada dana PIBG untuk diberikan
guru-guru yang terlibat dalam mengajar kelas tambahan UPSR sebagai tanda penghargaan
terhadap mereka.
(Makluman / Tindakan : PIBG & Pengurusan Sekolah)
USUL 6 – i) Dana RM30.00 setiap keluarga untuk sebarang penyertaan sukan di peringkat daerah
dan seterusnya ( YURAN PENYERTAAN & MAKAN MINUM MURID).
ii) Sijil penghargaan & penglibatan murid dalam semua unit dalam semua unit
kokurikulum termasuk jawatan di sekolah.
iii) Yuran keahlian pengakap RM7.00 setahun perlu dikutip awal tahun sekali dengan
bayaran lain.
iv) Sumbangan tabung unit beruniform pengakap RM1.00 sebulan Januari – November
untuk sebarang aktiviti hujung tahun.
v) Sumbangan duit minyak penggunaan kenderaan guru untuk semua aktiviti unit
kokurikulum.
CADANGAN: 1) CIKGU MUHAMMAD NIZAM B. YUSOF (GPK KOKURIKULUM)
Semua ahli mesyuarat bersetuju khusus untuk pembangunan kokurikulum sekolah, pelajar diberi
sijil penglibatan dan penghargaan dalam unit kokukirikulum, mengutip dana sebanyak RM10 setiap
keluarga bagi menampung yuran penyertaan dan makan minum pelajar, mengutip yuran keahlian
tahunan Pengakap sebanyak RM7 bagi tahun 4,5 dan 6 dan juga RM1 bagi yuran bulanan bagi
tahun3,4,5 dan 6.
(Makluman / Tindakan : PIBG & Pengurusan Sekolah)
6.0 Hal-Hal Lain
-Tiada
9.0 Ucapan Penangguhan
9.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi atas kehadiran semua ahli dalam
mesyuarat kali ini dan berharap pelaksanaan peranan PIBG bagi sesi 2020/2021 akan lebih
lancar dan cemerlang
9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.25 petang.
Disediakan Oleh : Disemak oleh :
(ABDUL AZIZ BIN ISMAIL) (MOHD ZAIDI BIN SANI
Setiausaha PIBG 2020/2021 Yang Dipertua PIBG 2020/2021
SK Semerbok SK Semerbok
13
JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021
EX- OFFICIO : PN JAMALIAH BINTI MD NOR
YANG DIPERTUA : EN MOHD ZAIDI BIN SANI
NAIB YANG DIPERTUA : PN ZALINA BT MOHD PILUS
SETIAUSAHA : CIKGU ABDUL AZIZ BIN ISMAIL
BENDAHARI : CIKGU ZARINAH BINTI ZAKARIA
AHLI JAWATANKUASA (GURU)
1. CIKGU SITI NORANI MAZME BINTI NGAMI
2. CIKGU HASLINA BINTI MD YUSOF
3. CIKGU MUHAMMAD NIZAM BIN YUSOF
4. CIKGU MARZELINA BT AB. MAJID
5. CIKGU HAMIZA BIN ZAINI
6. CIKGU SITI HASNI BINTI SHAMSUDIN
7. CIKGU ROHAYA BINTI ABDULLAH
8. CIKGU SITI NURMADIHAH BINTI ISMAIL
AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA/PENJAGA
1. EN YUASMI BIN YUNUS
2. EN ZAHARUDDIN BIN ABU BAKAR
3. EN VIRA BIN HARON
4. EN MOHD HANIS BIN ADAM
5. PN AZLINA BT HASAN BASRI
6. PN SUZANA BT ITHNIN
7. PN NORLIANA BT MOHAMAD
14
LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2020/2021
PIBG Sekolah Kebangsaan Semerbok bagi sesi 2020/2021 telah memainkan peranan
dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Aktiviti-aktiviti
yang telah berlansung ternyata dapat membantu pihak sekolah dalam mencapai
matlamat kearah kecemerlangan dan kegemilangan berteraskan kurikulumm,
kokurikulum dan hal ehwal murid.
Aktiviti- aktiviti tersebut adalah seperti berikut :-
1. HARI PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU – 2 JAN 2020
2. MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH - 10 JAN 2020
3. PROGRAM MENGGAPAI IMPIAN -PERJUMPAAN TIGA PENJURU IBU
BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 6 – 13 JAN 2020
4. MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS
PUSAT SUMBER DAN KETUA KELAS – 20 JAN 2020
5. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 - 17 FEB 2020
6. MESYUARAT AJK PIBG BIL1 SESI 2020/2021 - MAC 2021
(DITANGGUHKAN)
7. TEMASYA SUKAN SEKOLAH- APRIL 2020 (DITANGGUHKAN)
8. PROGRAM GOTONG-ROYONG MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH-
APRIL DAN OKTOBER 2020 (DITANGGUHKAN)
9. PERJUMPAAN TIGA PENJURU IBU BAPA/PENJAGA (DITANGGUHKAN)
10. MAJLIS IHYA’ RAMADHAN DAN BANTUAN KEPADA ANAK YATIM&MISKIN
-MEI 2020 (DILAKSANAKAN MENGIKUP S.O.P)
11. MAJLIS BACAAN YASSIN & SOLAT HAJAT PERDANA UTK UPKK&UPSR
-SEPT 2020 (DITANGGUHKAN)
12. MAJLIS RESTU ILMU TAHUN 6 - SEPT 2020 (DITANGGUHKAN)
15
13. MESYUARAT AJK PIBG BIL2 SESI 2019/2020 – APRIL 2020
( DITANGGUHKAN)
14. SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA – OKTOBER 2020 (DITANGGUHKAN)
15. SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH - NOV 2020
(DITANGGUHKAN)
16. HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN & HARI GRADUASI SK SEMERBOK
- NOV 2020 (DITANGGUHKAN)
17. PENGAMBILAN BUKU TEKS SESI 2021 – 20 JAN 2021
18. MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN SESI 2021 –
25 FEB 2021
16
KEHADIRAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG
SESI 2020/2021
BIL NAMA AHLI TARIKH
12.03.2021
1. EN.MOHD ZAIDI BIN SANI /
2. EN ZALINA BT MOHD PILUS x
3. EN YUASMI BIN YUNUS /
4. EN ZAHARUDDIN B. ABU BAKAR x
5. EN VIRA BIN HARON x
6. EN MOHD HANIS BIN ADAM x
7. PN AZLINA BT HASAN BASRI /
8. PN SUZANA BT ITHNIN /
9. PN NORLIANA BT MOHAMAD /
10. CG JAMALIAH BT MD NOR /
11. CG SITI NORANI MAZME BT NGAMI /
12. CG HASLINA BT MD YUSOF /
13. CG MUHAMMAD NIZAM B. YUSOF /
14. CG MARZELINA BT AB. MAJID /
15. CG HAMIZA BIN ZAINI /
16. CG ABDUL AZIZ BIN ISMAIL /
17. CG SITI NURMADIHAH BT ISMAIL /
18. CG SITI HASNI BT SHAMSUDIN /
19. CG ROHAYA BT ABDULLAH /
20. CG ZARINAH BT ZAKARIA /
17
PENYATA KEWANGAN PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN SEMERBOK
DARI 1 JANUARI 2020 HINGGA 31 DISEMBER 2020
18
PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022
YANG DIPERTUA PIBG : __________________________________
NAIB YANG DIPERTUA PIBG : __________________________________
SETIAUSAHA : __________________________________
BENDAHARI : _________________________________
AHLI JAWATANKUASA : IBU / BAPA / PENJAGA
AHLI JAWATANKUASA 1. _________________________________
PEMERIKSA KIRA-KIRA 2. _________________________________
3. _________________________________
4. _________________________________
5. _________________________________
6. _________________________________
: GURU
1. _________________________________
2. _________________________________
3. _________________________________
4. _________________________________
5. _________________________________
6. _________________________________
7. _________________________________
PEMERIKSA KIRA-KIRA (GURU) _______________________________
PEMERIKSA KIRA-KIRA (PENJAGA) ____________________________
19
PEMBENTANGAN DAN PEMBAHASAN USUL
2021/2022
USUL 1 - BAJU T-SHIRT SUKAN untuk pelajar perempuan
disediakan pilihan JENIS LABUH SAMPAI KE BAWAH
PARAS PUNGGUNG.
CADANGAN: 1)PN NORHAINA BT MOHD YUSOF (PENJAGA)
USUL 2 – MURID TAHAP 2 membuat pembayaran BUKU
KERJA/BUKU AKTIVITI untuk mata pelajaran teras iaitu
BM,BI,MATEMATIK dan SAINS yang telah ditetapkan dalam
senarai perbelanjaan persekolahan oleh pihak sekolah
untuk tahun HADAPAN (2022).
CADANGAN: 2)PN SITI NORANI MAZME BT NGAMI (GPK 1)
20
SEKALUNG
PENGHARGAAN
_____________________________
Kami, Yang Dipertua dan Semua Ahli
Jawatankuasa PIBG Sekolah kebangsaan
Semerbok ingin merakamkan setinggi-tinggi
pengharagaan dan ucapan terima kasih
kepada :-
Pejabat Pendidikan Daerah Rembau
Semua Ibu Bapa / Penjaga dan Guru
SK Semerbok
Serta
Orang perseorangan atas kesudian hadir
dan memberi sumbangan untuk menjayakan
majlis ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung
21