INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,
KOTA KINABALU, SABAH
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
- KERJA KURSUS -
KURSUS: PENDIDIKAN INKLUSIF
KOD KURSUS: BMMB 3132
KANDUNGAN:
i. Bahagian A : Penulisan Akademik
ii. Bahagian B : Pembinaan Bahan Bantu Mengajar
iii. Bahagian C : Penulisan Satu Rancangan Pengajaran Individu
Nama Guru Pelatih : Peter anak Akat
No. Kad Matrik : P18070056
Kumpulan : Bahasa Melayu SK2
Ambilan : Jun 2019
Semester/Sesi : Semester 2 Tahun 3/Nov-Dis 2021
No. Telefon Bimbit : 016-5648795
Alamat E-mel : [email protected]
Nama Pensyarah : En. Othman bin Abdul Aziz
KRITERIA 20% 20% 20% Jumlah
Penulisan Akademik Pembinaan BBM Penulisan RPI (60%)
Pemeriksa 1
Pemeriksa 2
A. Pengesahan Pelajar: (diisi semasa menghantar tugasan)
Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur
plagiat di dalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah
pengakuan palsu.
Tandatangan Pelajar: peterakat Tarikh: 17 November 2021
B. Pelajar Menerima Maklum Balas Hasil Tugasan: (diisi selepas menerima gred dan maklum
balas daripada pensyarah)
1
ISI KANDUNGAN Muka Surat
2
Senarai Kandungan 3
Isi Kandungan 4
Penghargaan 4
1.0 Pengenalan 4
2.0 Konsep Pendidikan Inklusif
3.0 Matlamat Pendidikan Inklusif 4-5
4.0 Dasar Pendidikan Inklusif 5
5.0 Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di Sekolah 5
6.0 Faktor Kritikal Yang Mempengaruhi kejayaan Program
5-6
Pendidikan Inklusif
7.0 Peranan Pelbagai Pihak Dalam Pelaksanaan Pendidikan 6
7
Inklusif
8.0 Kesimpulan
Rujukan
2
PENGHARGAAN
Saya merafakkan sepenuh kesyukuran kepada Tuhan kerana saya dapat
menyelesaikan tugasan kerja kursus 1 ini dengan jayanya.
Oleh yang demikian, saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik
Othman selaku pensyarah bagi mata pelajaran BMMB3132 Pendidikan Inklusif atas
kesudian encik memberi dorongan dan bimbingan kepada saya dan rakan
seperjuangan yang lain. Dorongan yang diberikan dapat menaikkan semangat saya
untuk meneliti setiap kerja yang dibuat agar mendapat hasil yang sempurna dan
berkualiti. Segala tunjuk ajar dan bimbingan saya dahulukan dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Selain itu, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan seperjuangan
kerana banyak berkongsi maklumat dan bertukar pendapat mengenai kerja kursus ini.
Perkongsian kalian telah banyak meringankan beban saya dalam penulisan ini.
Tugasan ini turut membolehkan saya untuk merungkai pelbagai ilmu baharu yang
berguna kepada saya selaku guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.
Akhir kalam, terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang tempoh penyediaan tugasan ini.
3
1.0 Pengenalan
Selaras dengan konsep “Pendidikan Untuk Semua” yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan, satu sistem pendidikan yang relevan perlu diberikan
kepada murid berkeperluan khas agar mereka dapat mengembangkan potensi ke
tahap yang optima (Mohd Rosman, Mohd Hanafi & Mohd Mokhtar (2009).
Lantaran itu, kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia diberi pendidikan sama
ada dalam persekitaran khas ataupun persekitaran bersepadu yang dipanggil
pendidikan Inklusif. Pendidikan ini wajib dilaksanakan berikut tuntutan oleh dasar
pendidikan inklusif.
2.0 Konsep Pendidikan Inklusif
Pendidikan inklusif bermaksud semua murid ke sekolah dan dialu-alukan oleh
sekolah untuk menyertai kelas perdana yang terdiri daripada murid-murid sebaya
yang disokong untuk belajar dan melibatkan diri dalam semua aspek kehidupan di
sekolah. Menurut Lee. K. C dan Sailajah ( 2018), Pendidikan Inklusif adalah suatu
program pendidikan untuk murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh
Murid Berkeperluan Khas (MBK) bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang
sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
3.0 Matlamat Pendidikan Inklusif
Matlamat Program Pendidikan Inklusif (PPI) ialah untuk meningkatkan penyertaan
dan memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan
akademik bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran
kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa
ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama.
4.0 Dasar Pendidikan Inklusif
Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs
Education (UNESCO 1994):
4
Dasar ini menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan
mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa untuk mendapat
pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan masalah ketidakupayaan mereka.
Di Malaysia, dasar yang menyokong pelaksanaan PPI adalah seperti berikut:
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013:
Peraturan ini menuntut “Pendidikan Khas” ertinya pendidikan bagi murid
berkeperluan khas di sekolah khas atau di sekolah yang menjalankan Program
Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif wajib dilaksanakan.
5.0 Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di Sekolah
Terdapat beberapa panduan dalam pelaksanaan PPI, pertama ialah kriteria murid
iaitu MBK perlu melepasi tahap penilaian menggunakan instrumen yang ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Yang kedua ialah penempatan murid
iaitu saiz kelas perlu mempunyai kurang daripada 35 orang. Ketiga ialah dari segi
perancangan PdP iaitu guru aliran perdana perlu membina Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) seperti biasa dengan memasukkan keperluan pengajaran khusus MBK.
6.0 Faktor Kritikal Mempengaruhi Kejayaan Program Pendidikan Inklusif
Faktor pertama ialah peralatan yang mana dapat menjamin keberkesanan PPI. Oleh
itu, aspek peralatan perlu menepati keperluan dan menyokong pembelajaran MBK
supaya mereka dapat belajar dalam keadaan kondusif.Contohnya, penyediaan
kanta pembesar membantu dalam pelaksanaan PdP bagi murid mempunyai masalah
penglihatan. Faktor kedua ialah pentadbir dan guru. Pentadbir perlu mewujudkan
suasana pendidikan inklusif di sekolah dengan cara memahami dan memprakikkan
nilai menghormati perbezaan melalui rutin. (Leedan Sailajah, 2018).
7.0 Peranan Pelbagai Pihak Dalam Pelaksanaan Pendidkan Inklusif
7.1 Peranan Sekolah
Pihak pentadbir perlu peka dan memahami konsep sebenar Program Pendidikan
Inklusif supaya matlamat sebenarnya tercapai (Kamaliah dan Wan Amiman,
2010). Maka, barulah pihak pentadbir sekolah memberi penerangan kepada murid-
murid normal dan warga sekolah serta memaklumkan kepada ibu bapa murid
mengenai pelaksanaan PPI. Pihak pentadbiran sekolah juga perlu menyediakan
5
kemudahan fizikal secara mencukupi untuk MBK dan murid tipikal belajar secara
optimum. Contohnya, bilik darjah khas yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.
7.3 Peranan Ibu Bapa
Menurut Norhayati et al. (2010), salah satu faktor yang mempengaruhi
kecemerlangan murid berkeperluan khas adalah peranan ibu bapa. Ibu bapa perlu
memberikan lebih perhatian kepada perkembangan anak-anak mereka dari
semasa ke semasa dengan memastikan anak hadir ke sekolah, mengukuhkan
tingkah laku dan sebagainya. Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak mereka untuk
menyertai aktiviti luar bilik darjah atau kokurikulum bagi membolehkan keupayaan
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berkembang lebih baik.
8.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, pendidikan inklusif perlu dilaksanakan dengan optimum dalam
memacu aspirasi pendidikan negara ke arah yang lebih kompeten supaya nasib
MBK dibela seperti anak-anak normal. Semua pihak perlu sedar bahawa kewujudan
PPI adalah satu peluang pendidikan yang disediakan bagi MBK belajar dalam kelas
arus perdana dan menjalankan aktiviti bersama-sama murid di arus perdana.
Keikhlasan, dedikasi dan komitmen semua pihak adalah penting bagi menjamin
keberkesanan pelaksanaan PPI.
6
Rujukan
Dyson, A. & Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and
Inclusion. London: SAGE Publications Inc.
Hjh Kamaliah Muhammad dan Wan Amiman Wan Mahmud. (2010). Perlaksanaan
Program Pendidikan Inklusif Murid Autistik di Sebuah Sekolah Rendah : Satu
Kajian Kes. The 4th International Conference on Teacher Education : Join
Conference UPI & UPSI. 2010. 561-575. Bandung. Indonesia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Garis Panduan Program Pendidikan
Inklusif Murid Berkeperluan Khas (PPIMBK). Bahagian Pendidikan Khas:
Putrajaya.
Lee. K. C dan Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Inklusif. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mohd Rosman Salubin, Mohd. Hanafi Mohd. Yasin dan Mohd. Mokhtar Tahar. (2009).
Pembinaan Sistem Sokongan untuk Pelajar Berkeperluan Khas Bermasalah
Pembelajaran : Satu Kajian Kes di Sebuah Sekolah Menengah di Negeri
Johor. Prosiding Seminar Serantau Pendidikan Inklusif dan Kanak-kanak
Berkeperluan Khas. Bangi. Selangor.
Noriati A. Rashid, Boon., P. Y., Sharifah, Zuraidah. (2017). Budaya dan
pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd
Supiah Saad. (2019). Komitmen dan Peranan dalam Pelaksanaan Pendekatan
Pendidikan Inklusif di Malaysia. International Islamic University Malaysia.
Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak
Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Zalizan Mohd Jelas. (2009). Pendidikan Inklusif dan Murid Berkeperluan Khas. UKM :
Bangi.
7