The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU 23032 Pengajian Islam.EBOOK DRAF KUMPULAN 7

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shidarazali99, 2022-06-13 07:31:35

MPU 23032 Pengajian Islam.EBOOK DRAF KUMPULAN 7

MPU 23032 Pengajian Islam.EBOOK DRAF KUMPULAN 7

MPU 23032 Pengajian Islam
Kumpulan 7

Draf E-folio

Tajuk: Penyalahgunaan Teknologi Maklumat Dalam
Kalangan Belia

Nama Nur Rashidah Binti Razali
Eliza Azrasyamimi Binti Abdullah
No. pendaftaran Nurul Aftiqah Sahmimie Binti Sulidon

Kelas/program Dayang Nurul Afiqah Binti Abang Abdul Halem
Nama pensyarah 20ddt21f1023

20ddt21f1024

20ddt21f1020

20ddt21f1047 Farah Azeila Binti Awg
DDT2F
Puan Dayangku
Mohammat

Isi kandungan Draf
Bil Isi kandungan
1 Definisi
2 Faktor yang mendorong kearah penyalahgunaan teknologi maklumat
3 Contoh penyalahgunaan teknologi maklumat
4 Keburukan wujudnya teknologi maklumat dan komunikasi kepada golongan belia
5 Langkah mencegah penyalahgunaan teknologi maklumat
6 Kesimpulan
7 Sumber Rujukan

Definisi

ICT merupakan ringkasan daripada Information Communication Technology.
Dalam bahasa melayu, ICT ialah Teknologi Komunikasi dan Maklumat. Teknologi
maklumat hasil daripada penggunaan komputer, telekomunikasi dan rangkaian data.
Pengguna komputer perlu mematuhi etika semasa penggunaan komputer dalam
rangkaian internet. Penggunaan ICT banyak membantu kita dalam segala urusan.
Penggunaan ICT ialah dapat menjimatkan masa dan kos .

Teknologi yang wujud pada zaman moden kini sememangnya tidak dinafikan
dapat membantu memudahkan kehidupan masyarakat serta belia di dunia ini.
Teknologi yang wujud pada masa kini sememangnya membantu golongan belia dalam
pelbagai bidang kerana segala maklumat berada “di hujung jari” sahaja. Walau
bagaimanapun, belia pada masa kini dilihat telah banyak menyalahgunakan teknologi
yang semakin canggih. Teknologi yang canggih ini telah menyebabkan belia mula
melakukan penyalahgunaan dan menggunakan teknologi untuk melakukan perkara-
perkara yang telah menyimpang daripada kebaikan.

Faktor yang mendorong kearah penyalahgunaan teknologi maklumat

1)Faktor kecanggihan teknologi.

Kecanggihan teknologi telah memberi perubahan yang lebih baik dalam kehidupan.
Kecanggihan teknologi merupakan salah satu faktor penyalahgunaan ICT di kalangan
pelajar. Golongan belia lebih gemar menghabiskan masa mereka dengan melayari
laman sosial seperti, twitter, facebook dan bermain games online. Mereka lebih suka
berinteraksi dengan media berbanding bergaul dengan keluarga. Hal ini
menyebabkan hubungan kekeluargaan semakin renggang .

2)Faktor persekitaran (ibu bapa dan rakan).

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah diri, dan memberi
pendidikan kepada anak-anak. Ibu bapa juga bertanggungjawab memastikan asas-
asas nilai murni dalam kalangan anak-anak . Ibu bapa yang sibuk dengan kerja dan
tidak mempunyai masa bersama anak- anak di rumah akan menyebabkan anak-anak
berasa bosan dan terpinggir semasa berada di rumah. Mereka akan lebih suka untuk
bersama dengan rakan-rakan mereka pada masa lapang dan mendorong mereka
melakukan perkara negatif kerana kurangnya pengawasan dari ibu bapa .

3)Faktor individu.

Individu tersebut merujuk kepada seseorang yang berpengalaman dalam
penggunaan teknologi dan maklumat. Perasaan ingin tahu yang tinggi akan
menyebabkan mereka terjebak dalam penggunaan teknologi maklumat dengan cara
yang salah. Mereka termasuklah golongan belia tidak suka dikongkong dalam setiap
perkara yang dilakukan. Mereka lebih suka kebebasan dalam membuat dan
melakukan sesuatu. Faktor pengetahuan Individu yang mempunyai ilmu pengetahuan
yang lebih tinggi dalam penggunaan internet akan menyumbang kepada masalah
jenayah siber seperti penggodaman, penipuan atas talian, dan buli siber.

4)Faktor keselamatan.

Kata laluan merupakan satu kata kunci yang menjadi rahsia dari pengetahuan orang
lain. Kata laluan perlu dijaga agar tidak diketahui oleh pengguna lain. Sekiranya kata
laluan jatuh ke tangan orang lain, mereka akan merosakkan fail atau menyebarkan
fitnah melalui akaun pengguna lain. Pengguna yang tidak mengemaskini fail dan
rangkaian juga menyebabkan sistem mudah diceroboh.

Contoh penyalahgunaan teknologi maklumat

1) Virus.

Penyebaran virus diantara penyalahgunaan teknologi maklumat yang berlaku
di kalangan belia. Menyebarkan virus mampu mampu merosakkan
system,data,perisian dengan sengaja. Penyebaran virus ini boleh melalui
pelbagai cara terutamanya melalui lapiran atau attachment pada emel dan
menghantar fail. Hampir semua jenis penyebaran virus menggunakan email
attachment. Hal ini kerana, semua pengguna internet kerapmenggunakan
email untuk berkomunikasi antara satu sama lain, fail-fail ini sengaja dibuat
menarik perhatian seperti tajuk yang menarik peggunanya untuk membuka fail.
Antara contoh medium penyebaran virus adalah melalui disket, pendrive atau
media storage yang lain, jaringan WLAN dan sebagainnya, melalui internet,
software yang freeware dan shareware.

2) Pornografi.

Pornografi bermaksud laman web lucah atau tidak sopan. Kebanyakkan
masalah penyalahgunaan dalam kalangan pelajar ialah melihat video-video
dan bahan-bahan yang berunsur pornografi. Malah bukan itu sahaja, terdapat
juga individu-individu yang tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti haram
seperti menyebar video-video lucah di internet dan tidak kurang juga yang
menjalankan perniagaan haram tersebut di internet.

3) Hak Cipta.

Antara penyalahgunaan teknologi maklumat yang dibincangkan dalam kajian
ini adalah memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran.
Ramai yang masih tidak mengetahui atau sengaja tidak mahu mengambil tahu
bahawa memuat turun perisian atau dokumen tanpa kebenaran ini adalah
salah di sisi undang-undang hak cipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah
perlu tetapi diberi pengecualian jika perisian sememangnya diberikan secara
percuma di internet.

4) Gangguan kesihatan mental dan seksual.

Ganguan mental dan seksual bermaksud melakukan perilaku atau yang
menyebabkan kekacauan dan ketegangan kepada fikiran individu yang lain.
Sebagai contoh, menyebarkan link atau pautan di dalam mel elektronik dan
membawa ke laman web lucah dan sebagainya. Selain itu, pengedaran
gambar-gambar lucah melalui mel spam juga membawa kepada ganguan
mental dan seksual.

5) Penyebaran berita palsu yang berunsurkan fitnah dan ancaman.

Ancaman dan fitnah sering berlaku dalam dunia teknologi maklumat. Antara
contoh yang terdekat adalah fitnah yang sering menjalar di kalangan artis-artis
tanah air yang membawa kepada perceraian, pergaduhan dan sebagainya.

6) Pemalsuan maklumat yang berleluasa.

Pemalsuan maklumat bermaksud memberi maklumat yang salah dan tidak
benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan dalam talian (online).

Keburukan wujudnya teknologi maklumat dan komunikasi kepada
golongan belia.

1) Bentuk kolonialisme baru dunia.

Perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku dalam era teknologi
maklumat memberi kesan yang amat besar terhadap kemerdekaan.

2) Penyebaran bahan maklumat yang negatif.

Keupayaan jaringan bebas menyelusup kemana-mana sahaja tanpa sebarang
batas dan sempadan menyebabkan senang untuk bahan-bahan negatif seperti
gambar pornografi
tersebar luas.

3) Pengaruh negatif terhadap para mahasiswa dan mahasiswi.

Kecanggihan yang dimiliki oleh teknologi maklumat ini menyebabkan berlaku
satu permasalahan timbul di kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Antaranya
ialah pelayaran laman web yang berunsur pornografi yang semakin serius di
kalangan remaja.Hal ini akan mendorong seseorang individu termasuklah
pelajar untuk melakukan perkara yang

4) Terjadinya jenayah siber seperti pembulian siber.

• Salah satu penyalahgunaan teknologi yang sering didengari ialah
jenayah siber.Jenayah siber merujuk kepada aktiviti jenayah yang
berkaitan dengan teknologi dan komputer menerusi platform atas talian.

• Penguna internet melakukan pelbagai jenis jenayah siber seperti
penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data
komputer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah keatas
system,menyalin perisian secara tidak sah, pengintipan, judi siber dan
skim cepat kaya.

Langkah mencegah penyalahgunaan teknologi maklumat

1) Penglibatan kerajaan dalam usaha mengawal perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi bagi mengelakkan penyalahgunaan yang mungkin berlaku dalam
masyarakat. Peraturan mengenai teknologi maklumat juga terkandung dalam
Undang-undang ITE (Electronic Information and Transactions). Dalam hal ini, pelajar
turut serta mengawal kerajaan dalam penguatkuasaan undang-undang berkaitan
masalah penyalahgunaan ICT.

2) Peranan pelajar dalam menyeru orang ramai tentang etika penggunaan teknologi
maklumat. Salah satunya ialah dengan mengadakan seminar mengenai penggunaan
teknologi maklumat secara beretika. Atau dengan menggesa rakan-rakan pelajar
untuk menggunakan teknologi maklumat tanpa melanggar dan merampas hak orang
lain yang boleh menimbulkan masalah di dunia nyata.

3)Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mencegah penyalahgunaan
teknologi maklumat pada masa kini.

Antara inisiatif yang boleh dilaksanakan:

i)Menyediakan jadual waktu bagi mengehadkan masa anak-anak melayari internet
agar masa yang lapang dapat diisi dengan perkara yang lebih berfaedah.

ii)Memberikan ajaran moral atau ajaran agama kepada anak-anak agar mereka
dapat membezakan di antara perkara yang baik atau buruk untuk dilakukan.

iii)Sentiasa memantau laman web yang anak-anak layari untuk memastikan mereka
tidak melayari perkara yang berunsurkan negatif.

4) Pihak yang melibatkan diri dalam bidang akademik seperti pihak sekolah dan
pihak universiti juga memainkan peranan penting untuk mencegah penyalahgunaan
teknologi maklumat.

Antara inisiatifnya ialah :

i)Menekankan pengajaran nilai-nilai murni atau mata pelajaran yang berkaitan
dengan pengajaran moral seperti Pendidikan moral dan Pendidikan islam.

ii)Mengadakan ceramah motivasi yang berkaitan dengan penyalahgunaan internet
kepada para pelajar untuk mendedahkan mereka tentang keburukannya.

Kesimpulan

Kesimpulannya, teknologi boleh membawa kesan positif atau kesan negatif
terhadap kalangan belia.Kewujudan kedua-dua kesan tersebut adalah bergantung
kepada tujuan dan cara bagaimana pengguna mengaplikasikan teknologi sama ada
dengan cara yang betul atau salah dan sesuai atau tidak sesuai. Internet sendiri tidak
boleh membezakan mana yang benar atau salah. Dengan ini, belia perlu betul-betul
mempunyai akal dan berfikiran waras untuk menilai apa yang boleh lakukan dan apa
yang tidak boleh lakukan melalui teknologi.

Sumber Rujukan

https://www.academia.edu/41236052/KESAN_PENYALAHGUNAAN_TEKNOLOGI_and_
MAKLUMAT

https://skynight03.wordpress.com/2010/12/04/pencegahan-penyalahgunaan-teknologi-
informasi-dan-komunikasi/

https://nilaimasyarakatmalaysia.files.wordpress.com/2016/03/efolio-penyalahgunaan-
teknologi-maklumat-dan-komunikasi-dan-hubungkait-dengan-prinsip-moral.pdf

http://lokkong.blogspot.com/2017/09/langkah-mengatasi-penyalahgunaan.html?m=1


Click to View FlipBook Version