eBook
Sejarah Persatuan Pandu
Puteri Malaysia
NURAIN MARDHIFAAHRIBDINTI MOHAMMAD
C-215729
DPaaesurakhanRoPmanpdinu,PSuMteKriRRoemmpainja, PKaehtiagnag,
Misi
• "Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai
komitmen melahirkan golongan wanita, remaja
dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan
ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi
kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa."
Visi
"Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan
menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan
efektif untuk wanita, remaja, dan dewasa."
Bagaimana segalanya bermula...
Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul
sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Ini
dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini.
Sejarah tidak mencatat berapa orang "pengakap perempuan" yang berada
dalam kumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas
pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell, dan dalam masa beberapa
bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri.
Baden-Powell memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan kepada Guides
Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama
untuk membawa impak. Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes,
mengadaptasikan buku "Scouting for Boys"untuk kegunaan Pandu Puteri dan
seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan.
Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara
sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan
promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave
Soames dan seterusnya berkahwin dengannya.
Mereka merupakan pasangan yang mengagumkan. Pada tahun 1918, Olave
dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan pasangan ini
meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh
dunia.
Di serata dunia
Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya
ke tempat lain amat pantas.
Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah wujud beberapa kumpulan. Pada tahun
1912, Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini
mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi
mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama.
Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan Pergerakan ini. Banyak
kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan dan menjelang tahun 1930,
15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil,
China dan Estonia.
Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang
bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua
melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama
seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga
Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis)
membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini.
Kelahiran WAGGGS
Oleh sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk
menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk Majlis
Antarabangsa (International Council), perintis kepada WAGGGS.
Majlis ini sangat berjaya, dan setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang pertama
telah diadakan.
Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang kepada
dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran dan
pengalaman.. Buat kali pertamanya, kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri mula
merancang lawatan ke luar negara.
Pada tahun 1924, Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun
berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai "Our World News".
Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan
Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di seluruh dunia. Pada tahun 1919, Robert
Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia manakala pada tahun 1930, Olave
Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri Sedunia.
Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat pada tahun
1926, wakil dari beberapa negara berjumpa dengan Baden-Powell untuk bertanya tentang
pembentukan satu persatuan.
Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun 1928, Baden-Powell
mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal
dan meminta mereka mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan
persidangan dari 26 negara membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri
dan Pengakap Puteri Sedunia. Biro Dunia (World Bureau) Persatuan ini akan bertempat di
London dan berfungsi sebagai urusetia.
Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatan kuasa Dunia. Lord dan Lady
Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia akan menjadi ahli ex-officio kepada Jawatan kuasa
ini. Satu draf perlembagaan telah disetujui dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang
berpusat.
Perkembangan
Sementara itu, Pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun
1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta dan pada tahun 1932, Pusat
Dunia yang pertama dibuka. Pada tahun 1939, Perkhemahan Sedunia Pandu
Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary. Setelah tergendala sementara
disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun
1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah
meninggal dunia pada masa itu.
Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kerja
beliau dalam Pandu Puteri. Tahun 1957 menyaksikan pembukaan Our
Cabaña dan ini diikuti dengan pembukaan Sangam pada tahun 1966.
Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau,
WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan
meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama Pusat Dunia
London (Pax Lodge).
1917
Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik
Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur,
dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik
Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di
Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA.
Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish
dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya.
1919
Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang.
1921
Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak.
1920an
Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan
Kampung Baru, Kuala Lumpur.
1923
Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang
1924
Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924
1925
Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan.
Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang.
Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri
Malaya.
1928
Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang
berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta
Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam
bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi
sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit.
1932
Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan
merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam
bahasa Melayu.
1934
Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah
mengadakan lawatan ke Malaya.
1937-1946
Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta
pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun.
1947
Kegiatan Pandu Puteri yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-
usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila
penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah
Melayu.
Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil
bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya.
1948-1960
Sekali lagi kegiatan Pandu Puteri tergendala akibat
pengisytiharan darurat di seluruh negara.
1957
Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan
WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia).
Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi
keperluan negara mula digunakan.
1960
PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam
Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece.
1962
PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan
rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang
diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember.
1964
Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan
Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura
dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia
pada 1963.
1967-1976
Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti – aktiviti
Perkhemahan Jubli Emas.
1969
Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat
dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri
Setia Raja Terengganu
1977-1986
Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild
Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang
(DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan
bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk
Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara.
1986
PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP
Selangor.
1987-1996
Merupakan tahun-tahun Pandu Puteri sebagai satu cabaran yang dimulakan
dengan sambutan 70 Tahun Pandu Puteri di Malaysia secara besar-besaran di
seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat
Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan
Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah
penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana
semua urusan latihan dan program Pandu Puteri guru-guru pelatih
dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf
dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World,
Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan.
1997
Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula.
1998
Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ’98.
1999
Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan
dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa.
2000
8 – 15 Febuari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh
Jan Mac Intyre.
Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral
Exchange Programme with China.
Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia
2000
Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah
Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global
Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian.
20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa;
‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The
Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran Malaysia – China)
2001
7-12 September – Kem Integrasi 2001:
Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan
Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap,
Mersing, Johor.
Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand
2002
April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri
Malaysia
Sambutan menyambut sempena 85 tahun Pandu Puteri di Malaysia.
2003
Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di
Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan
diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober
sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami
Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-
kanak (pediatrik).
Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di
setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
2004
Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki
Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang
bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli
WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama
antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM
menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai
beberapa matlamat.
Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri
berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-
kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke
Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.
Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian
Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia".
2005
21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala
Lumpur International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai 105 orang
peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan
dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini.
Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh
Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan.
2005
16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma
Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum
Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan.
16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat
Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang
dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara.
17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah
Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor);
S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang
September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan
Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di
Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah.
2006
Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM
berkuatkuasa:
Nama Lama Nama Baru
Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas
Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja
Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer
Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet
Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu
Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer.
13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina
Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta.
1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme
Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta
pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua
Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick
bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri
Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha
Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan
bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM.
26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh
180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah
Penyertaaan Terbanyak.
9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan
diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta.
9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika
Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul
Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian
Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu.
Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis
Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri
Selangor.
2007
Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking"
diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy.
19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur
Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara.
1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah
Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9.
3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and
3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway
Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang
ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia
ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang
Pemimpin Muda.
6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena
Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan
Singapura mengambil bahagian.
7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM.
6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di
Pertua baru PPPM.
9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia
dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri.
25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu
Puteri Malaysia.
2008
19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat
Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah.
6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan
Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk
Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011.
17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem
Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500
peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United
Kingdom.
2009
Pelancaran pin 1 Malaysia Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh YB
Datin Paduka Rosmah Mansor.
2010
Jambori Budaya Serumpun Indonesia- Malaysia, Pagar Ruyong,
Sumatera.
2011
18 Mac 2011 Datin Seri Rosmah Mansor melancarkan Tabung Bencana
Pandu Puteri – Maybank bagi membantu mangsa gempa bumi dan
tsunami di Jepun.
2012
PPPM menyertai Seminar Juliette Low 2012, Our Cabana.
2013
Girl Guide Cybersafe Ambassador Programme untuk Ahli-ahli Dewasa
Persatuan Pandu Puteri Malaysia hasil kolaborasi Cyber Security Malaysia
dan PPPM.
2014
Majlis Makan Tengah Hari Khas bersempena dengan Lawatan Penaung Diraja
Olave Baden-Powell Society (OB-PS), Puteri Benidikte dari Denmark.
Datin Seri Rosmah Mansor Rosmah menyampaikan cek bernilai RM10,000
sebagai sumbangan peribadi Perdana Menteri untuk OB-PS.
2015
Guild Trefoil, Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Guild Girl Guides
Singapore, telah menganjurkan “The Bridge Between Two Guilds Malaysia &
Singapore” pada 14 & 15 November 2015 di Grand Bluewave Hotel Johor
Baharu, Malaysia.
2016
Sambutan 100 tahun PPPM di Dewan Merdeka PWTC bersama Raja Permaisuri
Agong Tuanku Haminah diiringi Yang Dipertua PPPM yang juga isteri Perdana
Menteri Datin Seri Rosmah Mansor
2017
Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2017 Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan
Pelancaran Rekod Persatuan Pandu Puteri Malaysia dalam Malaysia Book of
Records, "The Longest Handmade Doll Chain".
2018
Partnership Visit Malaysia oleh Jawatankuasa Rantau Asia Pasfik WAGGGS.
Kunjungan hormat ke Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Belia dan
Sukan,Majlis Belia Malaysia, International Youth Centre, National Council of
Women’s Organisations.
WAGGGS Governance Workshop
2019
18 Januari 2019 - Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menandatangani
Memorandum Persefahaman (MoU) dengan objektif untuk menjadikan 130,000
Pandu Puteri di seluruh negara sebagai pembela hak kanak-kanak.
Pada 14 Oktober 2019 sesi ‘Girls take over’ bersama – sama YB Hannah Yeoh
Timbalan Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat telah berlangsung sempena
‘International Day of the Girls’
Bengkel “Social Innovation Workshop 2019 Girl Guides Association Malaysia telah
di adakan di empat zon iaitu Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
2020
Bersempena dengan Perintahan Kawalan Pergerakan
dan Penutupan Sekolah, Persatuan Pandu Puteri
Malaysia telah mengambil inisiatif menghasilkan satu Pek
Aktiviti “#GGStayAtHomeChallenge"
Sijil penyertaan peringkat kebangsaan dan Lencana telah
dikeluarkan bagi mereka yang berjaya melalui cabaran-
cabaran sambil berada di rumah.
2020
Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menghasilkan program pendidikan baharu
bagi Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer.
Skim program ini menawarkan lencana-lencana kecekapan kepada Pandu Puteri
Tunas, Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer mengikut lima elemen, iaitu:
Budaya dan Kreativiti, Sains dan Teknologi, Cabaran dan Kecergasan, Hubungan
Keluarga dan Masyarakat dan Agen Perubahan.
Pandu Puteri Klover ditubuhkan untuk wanita muda di IPTA, IPTS dan komuniti.
Program Pandu Puteri Klover mula digunakan.
Terbitan Buku Pakaian Seragam Persatuan Pandu Puteri Malaysia
2021
Pada 30 Januari 2021 acara “Guiding Legacy” telah di adakan untuk mengenang
budi pemimpin-pemimpin veteran, menghargai pemimpin-pemimpin kini dan
memberi inspirasi kepada pemimpin-pemimpin muda. Tagline’ acara ialah
“Honour The Past,
Engage The Present,
Inspire The Future.
Satu temuramah dengan Cik Jocelyn Yow, telah dikendalikan. Berasal dari
Malaysia, beliau pernah menjadi ahli Pandu Puteri semasa di sekolah. Kini beliau
menetap di Amerika Syarikat dan menyandang jawatan sebagai Mayor of Eastvale
di California.
2021
Jurnal Progresif untuk rekod kemajuan ahli Pandu Puteri
mula digunakan. Program untuk semua bahagian: Pandu
Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer,
Pandu Puteri Klover, Guild Trefoil dan Pemimpin telah
dikemaskinikan
Rujukan
• http://panduputerismkaj2011.blogspot.com/p
/sejarah-bermulanya-pandu-puteri-di.html
The End
Thank You