CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
Secara umumnya,menjaga kebersihan diri secara fizikal adalah dengan
memastikan bahawa setiap anggota badan kita berada dalam keadaan
baik, terurus, kemas dan bersih. Selain itu, kebersihan dalam berpakaian
juga termasuk dalam menjaga kebersihan diri. Oleh itu :
1) Cara menjaga kebersihan tangan dan kaki
-Basuh tangan sebelum makan (amalkan 7 langkah basuh tangan) dan
bersihkan tangan dan kaki sehari minima 2 kali sehari atau apabila kotor.
-Potong kuku paling kurang 1 kali seminggu.
2) Cara menjaga kebersihan gigi dan mulut
- Gosok gigi setiap selesai makan dan sebelum tidur dengan cara yang betul.
- Elakkan makan makanan minuman yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
- Elakkan makan makanan yang boleh merosakkan gigi seperti makanan-makanan manis dan
- Berjumpa doktor gigi secara rutin.
3) Cara menjaga kebersihan badan
- Mandi menggunakan sabun mandi secara rutin
minima 2 kali sehari dengan menggnakan sabun dan
air bersih.
- Gunakan pakaian yang bersih dan kemas.
Sebahagian daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Mandi itu adalah sebahagian wajib ke atas setiap orang Islam yang mana pada
setiap tujuh hari satu hari daripadanya wajib membasuh kepala dan jasmaninya".
Sabdanya lagi yang bermaksud:
'Lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari,
menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak”. (HR At- Thabrani)
4) Cara menjaga kebersihan rambut dan kepala
- Bersihkan rambut dengan shampo secara rutin (minima 2 kali seminggu)- Potong dan
sisir rambut agar terlihat rapi.
-Elakkan rambut daripada terkena jangkita kutu dan kelemumur
Dalam Islam telah disyariatkan perintah menjaga kebersihan supaya umatnya sentiasa
menjaga kebersihan rohani dan jasmani yang membawa maksud kepada umat Islam
sentiasa bersih, harum, wangi, kemas dan ceria dalam kehidupan sehari-harian.
5) Cara menjaga kebersihan pakaian
- Elakkan memakai pakaian yang telah dipakai
- Basuh pakaian yang telah dipakai bagi mngelakkan daripada
berbau dan dijangkiti kuman.
- Pastikan alatan keperluan yang dipakai dalam keadaan bersi
sebelum dipakai
PANDUAN KESIHATAN HARIAN
01. Makan sebelum tidur boleh menyebabkan kanser lambung kerana usus tidak dapt berehat.
02. Hanya boleh makan 4 biji telur seminggu. Kalau lebih tidak baik.
03. Tungking ayam mengandungi karsinogen, penyebab kanser. Jangan makan tungking ayam.
04. Makan buah seharusnya sebelum makan, bukan selepas makan.
05. Masa haid jangan minum teh lebih lagi teh hijau, sebaiknya makan sesuatu yg boleh menambah darah.
06. Kurangkan minum susu kacang dan jangan tambah telur dan gula pada minuman anda.
07. Makan tomato semasa atau selepas makan. Jangan waktu perut kosong.
08. Tiap pagi bangun tidur minum gelas air putih boleh cegah batu hempedu. Dua gelas untuk
mengaktifkan organ-organ dalaman.
09. Tiga jam sebelum tidur jangan makan boleh jadi kegemukkan.
10. Jangan minum teh susu atau (teh tarik / buble tea) kerana tinggi kalori tinggi lemak tidak
bergizi dan boleh kena darah tinggi & kencing manis.
11. Jangan makan roti yg baru keluar dari ketuhar atau oven.
12. Charger jangan dekat tempat tidur, mesti berjarak 30 cm lebih.
13. Tiap hari minum air kosong 8 gelas boleh hindari penyakit pundi kencing.
14. Siang hari perlu banyak minum air putih, malam hari perlu sedikit minum air putih.
15. Minum kopi jangan lebih cawan sehari, boleh menyebabkan insomnia iaitu sukar tidur dan
gastrik.
16. Jangan makan makanan yang tinggi lemak kerana perlu 5-7 jam pencernaan, mengakibatkan darah
terpusat pada pencernaan dan mengakibatkan mengantuk kerana otak kekurangan oksigen.
17. Setelah jam 5 petang, jangan makan banyak kerana tubuh kita tidak perlu banyak kalori.
18. 10 jenis makanan sihat:
Ikan laut dalam, pisang, limau bali, roti penuh gandum, sayur bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak,
daging ayam, buah ceri.
19. Kurang tidur dapat melemahkan otak.
20. Lemon panas membunuh sel kanser.
TIPS CARA JAGA KULIT MUKA
Wajah adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya
dengan baik.
1. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA
Dua kali sehari sudah cukup.
2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI
3. SENAMAN MUKA
Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan
otot muka dan bibir.
4. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH
Kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita
terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan.
PENJAGAADNATKAENBGERHSAIHIDAN KETIKA
1. Kerap Mandi
Bila datang haid, mood dan emosi juga bertukar negatif.
Semua benda rasa malas nak buat, nak mandi pun malas.
Jangan malas mandi!
Waktu seperti ini anda dinasihatkan kerap mandi atau cuci
kawasan celah kelangkang. Ia membantu mengawal bau
badan dan vagina.
Jika anda tidak dapat membasuh seperti biasa, anda boleh
gantikan dengan lap bersih menggunakan tisu basah atau tisu
tandas. Paling penting anda turut berasa segar sepanjang
hari!
2 Cara Betul Cuci Bahagian Intim
Jadi guna pembersih intim yang disyorkan dan
hanya cuci dibahagian luar sahaja. Cuci pada
bahagian vagina dahulu kemudian dikuti pada
dubur. Jangan sesekali bermula pada bahagian
dubur ini boleh mengakibatkan bakteria
dibahagian tersebut merebak ke bahagian terbuka
vagina semasa mencuci. Hati-hati
3. Tukar Pad Setiap 4 – 3 Jam
Kesalahan besar bila datang haid ialah tunggu pad
atau tampon penuh baru tukar kepada yang baru.
Tahukah anda saat anda membiarkan pad penuh, ia
boleh membawa kepada pelbagai jangkitan
bakteria, iritasi kulit dan juga sindrom TTS (Toxic
Shock Syndrome). Penuh atau tidak, pastikan anda
tukar pad atau tampon anda setiap 3 hingga 4 jam
sehari.
4 Jangan Pakai Seluar Atau Seluar Dalam Ketat
Pada waktu ini anda perlu jauhi dari mengenakan
sebarang seluar dalam atau seluar ketat. Seluar dalam
yang ketat boleh menyebabkan iritasi kulit pada
bahagian vagina dan ketidakselesaan. Jadi nasihat
Wanista, kenakan seluar dalam dari fabrik kapas dan
longgar untuk anda rasa selesa sepanjang aliran haid.
8 CARA MENGURANGKAN SAKIT SENGGUGUT
SEMASA HAID
1. Tuam dengan tuala suam
2. MINUM AIR SUAM
Air suam mempunyai banyak kelebihan dari segi
kesihatan seperti dapat membuang toksin serta
membantu melancarkan peredaran darah.
Selain itu, ia juga memberi tenaga dan mampu
mengelakkan anda daripada memakan snek yang tidak
berkhasiat kerana ia secara tidak langsung memberi
kesan ‘penuh’ pada perut.
3. AKTIFKAN DIRI
Kalau asyik berkurung dalam bilik kerana menahan sakit,
kita akan cenderung merasa emosi yang negatif.
Oleh itu, cubalah menyibukkan diri dengan membuat
kerja-kerja rumah atau melakukan senaman ringan.
Aktiviti ini dapat membantu melancarkan peredaran
darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya
endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.
4. PIL PENAHAN SAKIT
Walaupun ramai yang cuba mengelak daripada mengambilnya,
kesakitan ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit
seperti Panadol, iaitu sejenis paracetamol.
Menurut doktor, pengambilan ubat-ubatan begini tidaklah
memudaratkan asalkan anda mengambilnya dengan dos yang betul.
Namun, seperkara yang perlu diingat ialah ubat seperti ini tidak
berfungsi untuk merawat, tetapi hanya untuk melegakan.
Firman Allah bermaksud:
“…Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih
dirinya.”(Surah al-Baqarah, ayat 222).
Sabda Rasulullah saw bermaksud:
“Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim).
Maka dengan itu, jelaslah bahawa kebersihan adalah sangat dituntut dalam Islam. Ini kerana
kesempurnaan seseorang mukmin selepas beriman kepada Allah ialah menjaga kebersihan,
sama ada kebersihan terhadap dirinya sendiri mahupun perkara yang berhubungan dengan
dirinya seperti bilik, halaman rumah, pakaian, makanan dan juga tempat belajar.