The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-PORTFOLIO (SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 559-1-aishah, 2021-11-15 10:47:05

BMMB1074

E-PORTFOLIO (SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU)

IPG KAMPUS PERLIS

TUGASAN 2 NAMA : AISHAH SUFIAH BINTI MOHD ZULKIFLY
E-PORTFOLIO ANGKA GILIRAN : 2021232310028
BMMB 1074 KUMPULAN/UNIT : BAHASA MELAYU / SK.
PENSYARAH : ENCIK ZAINUDIN BIN RAMLI

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada pensyarah saya bagi kursus BMMB1074 iaitu Encik Zainudin

bin Ramli kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan penerangan
kepada saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya
yang banyak membantu menjelaskan tentang apa yang saya tidak faham.
Semoga dengan membuat tugasan e-portfolio ini, kami akan lebih faham

dan dapat mengingati apa yang diajar di dalam kuliah.

ISI KANDUNGAN

1.SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU

sistem tulisan pallawa
sistem tulisan kawi
sistem tulisan jawi
sistem ejaan Za'ba
sistem ejaan rumi kongres
pedoman ejaan rumi BM

2. SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN
PASCAMERDEKA

peranan Pejabat Karang Mengarang
peranan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Melayu
peranan ASAS 50
Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
-Laporan Barnes (1951)
-Laporan Fenn-Wu (1951)
-Ordinan Pelajaran (1952)
-Laporan Razak (1956)

pengenalan Bahasa Melayu Moden
-peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
-kerjasama serantau dan pengantarabangsaan

3. CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU
pendidikan
ekonomi
pentadbiran kerajaan
kerancuan bahasa di media sosial
pencampuran kod
slanga
penerapan elemen hak asasi

SISTEM TULISAN
PALLAWA

Tulisan pallawa merupakan tulisan yang berasal
daripada tulisan Brahmi dari Indo-Aryan Lembah
Indus-Kush. Tulisan Pallawa merupakan tulisan

paling awal digunakan di kawasan Kepulauan
Melayu. Tulisan ini mula bertapak di Pulau Jawa

dan ianya digunakan untuk menulis Bahasa
Sanskrit

SISTEM
TULISAN

KAWI

Tulisan kawi ini berasal dari Jawa dan digunakan oleh
Kerajaan Singhasari di Jawa Timur pada abad ke-8
Masihi buat pertama kali. Tulisan ini digunakan oleh

orang melayu sejak abad ke-8 lalu merebak ke seluruh
wilayah Asia Tenggara. Setelah itu, tulisan ini

digunakan sehingga abad ke-16 Masihi terutama di
Borneo, Jawa, Bali dan Sumatera.

SISTEM TULISAN
JAWI

Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300
M di Kepulauan Melayu. Perkembangannya

berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya
daripada orang Parsi. Abjad Arab yang

diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan
bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis dari

kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang
tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca, pa, ga, nga, va

dan nya.

SISTEM EJAAN
ZA'BA

. Sistem Ejaan Za’ba merupakan sistem yang pertama
dalam sistem ejaan rumi Bahasa Melayu yang disusun
oleh orang berbangsa Melayu pada tahun 1933 iaitu
sebelum Perang Dunia Kedua dan telah tersiar dalam
Sistem Ejaan Melayu Jawi – Rumi 1949. Sistem ejaan
ini telah dihasilkan di SITC ( Maktab Perguruan Sultan

Idris ) dan juga merupakan sistem ejaan rumi yang
terkenal sebelum kewujudan Sistem Ejaan Baharu.

SISTEM EJAAN RUMI
KONGRES

-Sistem ejaan rumi kongres ini ialah hasil dalam salah satu sidang di bawah
Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu.

prinsip ejaan yang ditetapkan adalah menggunakan sistem fonologi bukan fonetik,
iaitu melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf sahaja.

perbezaan telah ditetapkan semula dari segi keserasian vokal dalam suku kata
awal dan suku akhir tertutup.

tanda sempang dihapuskan penggunaannya (kecuali pada kes-kes tertentu)
pembaharuan dari segi perbezaan mengeja beberapa perkataan tertentu
disebaban ejaan kongres menetapkan supaya perkataan dieja berdasarkan
sebutannya yang asal.

perubahan dalam penggunaan kata-kata partikel, iaitu kata gelaran si, kata depan di,
ke, dan penanda sama/satu se- dipisahkan ejaannya daripada perkataan yang
mengikutinya tanpa penggunaan sempang.

Bahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka
dikatakan bahasa Melayu pramerdeka. Era

pramerdeka ialah zaman yang memperjuangkan
taraf atau status bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan. Era bahasa Melayu pramerdeka
bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (6 Ogos

1950) hingga kepada kemerdekaan 1957.

Era selepas merdeka atau
pascamerdeka bermula selepas 31
Ogos 1957 hinggalah tahun 1967.

Bahasa Melayu telah dijadikan
bahasa kebangsaan Persekutuan
Tanah Melayu melalui peruntukan
undang-undang yang terkandung
dalam Perkara 152 Perlembagaan
Malaysia yang menyatakan dengan
jelas bahasa kebangsaan ialah

bahasa Melayu.

PEJABAT KARANG
MENGARANG

PERANAN

PEJABAT KARANG MENGARANG

Pejabat Karang Mengarang diasaskan
oleh O.T. Dussek dan Za'ba di Sultan
Idris Training College (SITC), Tanjung
Malim pada tahun 1924

PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG

A bertujuan untuk menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bahasa
Melayu dan Inggeris serta memperbanyakkan bahan rujukan kepada
semua golongan

B membuka peluang kepada warga akademik memperluaskan kepakaran
mereka dalam bidang yang diceburi

C menerbitkan hasil penyelidikan warga akademik dalam bentuk buku,
jurnal, dan sebagainya

D menganjurkan bengkel-bengkel penulisan serta kursus
penterjemahan

PAKATAN MENGAJAR PENGETAHUAN
BAHASA

-sebuah badan pembinaan dan
perkembangan bahasa Melayu yang telah

diasaskan sebelum Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan

PERANAN PAKATAN MENGAJAR PENGETAHUAN
BAHASA MELAYU

-mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan BM lebih mudah
disebarkan kepada orang ramai
-memelihara, memperlengkap dan memodenkan bahasa Melayu
-memelihara tulisan jawi
-menstandardkan ejaan dan perkataan
-mencipta perkataan baharu
-mengembangkan pengetahuan melalui ceramah dan penyelidikan
-mengadakan perpustakaan

PERANAN PAKATAN MENGAJAR PENGETAHUAN
BAHASA

-memajukan bahasa Melayu secara berkumpulan
-mengendalikan perbincangan tentang bahasa Melayu
-memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu

PERANAN ASAS 50 (ANGKATAN SASTERAWAN 50)

1.Memperluas dan mempertingkatkan martabat kesusasteraan dan
kebudayaan melayu

2.Melindungi hak ahli dan pengarang
3.Melahirkan pembaharuan dalam karya sastera
4.Ahli-ahli ASAS 50 bersepakat berjuang untuk meluaskan dan

meninggikan status kesusasteraan dan kebudayaan Melayu
5.Mempelajari bidang karangan sastera seperti cerita, lakonan,

buku, rencana, pengetahuan, kebudayaan dan peradaban Melayu

Laporan
Barnes

1951

Antara cadangan
jawatankuasa





meningkatkan kualiti
meningkatkan taraf mencadangkan apa-apa
pencapaian pelajar guru, pencapaian sahaja cara untuk membaiki
Melayu di sekolah pedagogi pelajar di
pentadbiran, sama ada
vernakular dan maktab dan dengan menubuhkan
meningkatkan taraf mencadangkan Penguasa Pendidikan
pencapaian dalam kurikulum latihan guru Tempatan atau badan
yang lebih bersesuaiam tempatan dengan fungsi yang
Bahasa Inggeris
sama

-laporan juga mencadangkan penubuhan sekolah
kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu

atau Bahasa Inggeris sebgai pengantar



-apabila salah satu daripada bahasa itu dipilih
sebagai bahasa pengantar, maka bahasa yang satu

lagi digunakan sebagai bahasa kedua



-laporan Barnes ini tidak mendapat sambutan
daripada masyarakat Cina yang menentang

pembubaran pendidikan vernakular Cina



-ini membawa kepada pembentukan jawatankuasa
yang menghasilkan laporan Fenn-Wu

Laporan Fenn-
Wu

-Laporan ini disediakan bagi memperkatakan tentang pendidikan Cina di
Tanah Melayu berikutan rasa tidak puas terhadap laporan Barnes.



-Laporan ini mencadangkan agar usaha merapatkan jurang perbezaan
dilakukan dengan menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan

kaum kepada pendidikan yang tidak bercorak perkauman



-Laporan Fenn-Wu dikatakan memperkecil keupayaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar



-laporan ini dipertimbangkan bersama-sam dengan Laporan Barnes
oleh satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari
penyelesaian kepada cadangan yang dikemukakan

ORDINAN
PELAJARAN

(1952)

-ORDINAN PELAJARAN TELAH DILULUSKAN PADA 21 NOVEMBER 1952
OLEH MAJLIS PERUNDANGAN PERSEKUTUAN DENGAN SEBULAT SUARA.



-PENYATA INI TELAH MEMBAWA PERUBAHAN BESAR KEPADA SUSUNAN

SISTEM PELAJARAN NEGARA INI.



ANTARA MATLAMATNYA IALAH :



1.UNTUK MEMBEKALKAN DAN MENGEKALKAN PENGETAHUAN,
KEMAHIRAN DAN PERWATAKAN YANG BAIK UNTUK TIAP-TIAP INDIVIDU



2. UNTUK MENGGALAKKAN DAN MEMBOLEHKAN SESUATU KAUM
MENYESUAIKAN DIRI DALAM MASYARAKAT BERBILANG BANGSA DI

NEGARA INI



3. UNTUK BERUSAHA MEMBENTUK WARGANEGARA YANG BERSATU DI
SELURUH NEGARA YANG TERDIRI DARI BERBAGAI KAUM

DALAM USAHA MENCAPAI MATLAMAT ORDINAN PELAJARAN INI,
SATU DASAR DAN SISTEM PELAJARAN BAHARU DIWUJUDKAN

1.Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang
mengandungi dua jenis iaitu sekolah aliran Inggeris dan mata pelajaran
Bahasa Malaysia dijadikan mata pelajaran wajib dan sekolah aliran Melayu
dengan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua

2. Sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantara Kua-YU (Cina)
atau Tamil boleh disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih

3. Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun dan
diwajibkan kepada tiap-tiap warganegara yang berumur dari 6 tahun
hingga 12 tahun

LAPORAN RAZAK
(1956)

-Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein telah mengumumkan
cadangan-cadangan yang telah dibuat oleH Jawatankuasa

Pelajaran ini.



Antara cadangan ini ialah :
1.sekolah-sekolah rendah dengan Bahasa Melayu ditubuhkan di
samping memberi peluang kepada sekolah-sekolah rendah yang
menggunakan bahasa Inggeris, Tamil dan Cina untuk terus maju



2.Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua
sekolah, juga untuk menyususn semula sistem pengajaran di

Tanah Melayu

PENGENALAN
BAHASA

MELAYU MODEN

Bahasa Melayu Moden ialah bahasa yang
digunakan sejak abad ke-19 hingga kini.

Bahasa Melayu Moden merupakan
kesinambungan daripada Bahasa Melayu
klasik, tetapi bahasa ini menerima banyak

pengaruh Bahasa Inggeris.
BM moden diberi status sebagai bahasa

kebangsaan melalui Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu,
yang kemudiannya menjadi Perlembagaan

Persekutuan Malaysia.

PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk
menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Antara peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah :

• Untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) dalam semua bidang termasuk sains

dan teknologi

• Untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan
• Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa

kebangsaan

• Untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku,

majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam
bahasa-bahasa lain

• Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul
• Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala

maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa

KERJASAMA SERANTAU DAN
PENGANTARABANGSAAN

01 Malaysia dan Indonesia menubuhkan 03 MBIM dan MABBIM ditubuhkan
MajlisBahasa Indonesia - Malaysia untukmerancang dan memantau
(MBIM) pada tahun1972 bagi perkembanganbahasa Melayu/Indonesia
memulakan era baru dalam di rantau ini
kerjasamakebahasaan peringkat
serantau

02 Pada tahun 1985 Brunei Darussalam 04 Kerjasama ini telah
menyertaipenubuhan pakatan ini menghasilkanpenyeragaman pedoman
sekaligus MBIM diperluasmenjadi Majlis ejaan,penyeragaman pedoman
Bahasa Brunei Darussalam – Indonesia pembentukanistilah, dan penyeragaman
- Malaysia (MABBIM) istilah-istilah ilmutinggi peringkat
profesional

CABARAN DAN
MASA DEPAN
BAHASA MELAYU

-Di era baru ini, Bahasa Melayu semakin
terancam dan menghadapi banyak cabaran.
-Ianya dapat dilihat daripada banyak aspek

iaitu pendidikan, ekonomi, pentadbiran
kerajaan, kerancuan bahasa di media sosial,

pencampuran kod, slanga dan penerapan
elemen hak asasi

Cabaran dan masa depan bahasa Melayu dari aspek :

pendidikan ekonomi pentadbiran
kerajaan

media sosial pencampuran kod slanga

PENDIDIKAN

-Malaysia dulu pada asalnya melaksanakan dasar Bahasa Melayu

0sepenuhnya sebagai pengantar pendidikan selama 32 tahun.

-Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 telah diluluskan, maka
semua IPTS dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar.

-penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik dan

1Sains di dalam semua peringkat dibenarkan

-penggunaan bahasa Melayu akan semakin berkurang dalam bidang
pendidikan malah ia bukanlah jalan penyelesaian bagi memperbaiki
kelemahan atau meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar

0 EKONOMI
2
-Dalam perdagangan antarabangsa juga, bahasa Melayu tidak
mendapat tempat sebagai bahasa yang digunakan untuk
berkomunikasi semasa proses jual beli atau perdagangan.

-Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar yang selalu
digunakan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti
perdagangan

-keadaan ini menyebabkan bahasa Melayu tidak dapat dikenali
oleh orang dari negara luar dan mereka tidak menarik
untuk belajar bahasa Melayu

PENTADBIRAN KERAJAAN 0
3
-Penggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran kerajaan juga
berkurang ekoran ramai daripada menteri-menteri adalah
tergolong dalam kalangan kaum Cina dan India.

-Tidak semua daripada mereka fasih bercakap dalam bahasa
Melayu

-Selain itu, urusan antara kerajaan juga sudah tidak banyak
dikemukakan dalam Bahasa Melayu tetapi banyak dikemukakan

dalam Bahasa Inggeris

0 PERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL
4
-Penggunaan Bahasa Melayu di dalam media sosial telah
merosakkan penggunaan Bahasa Melayu dari segi

pertuturan, ayat, istilah bahasa rojak dan sebagainya

-Golongan remaja dan pelajar merupakan penyumbang utama
kepada kerosakan penggunaan Bahasa Melayu

-Banyak perkataan Bahasa Melayu ditulis dalam ringkasan
sahaja sebagai contoh ( awak - awk)

PENCAMPURAN KOD 0

-pencampuran kod berlaku apabila seseorang menukarkan kod

apabila berbicara secara berganti-ganti untuk satu tajuk yang

sama dalam ujaran mereka.

-Contohnya, pelajar bangsa Melayu bercakap dalam Bahasa
Inggeris untuk membincangkan sesuatu tajuk tetapi kemudiannya

5mencampuradukkan dengan Bahasa Melayu kerana sesuatu hal
seperti tidak tahu perbendaharaan kata yang sesuai digunakan

atau sebagainya

0 SLANGA
6
-Sejenis bahasa khusus yang dituturkan oleh golongan penutur
yang hanya difahami oleh golongan berkenaan sahaja.

-Bahasa ini biasa digunakan oleh golongan remaja, pekerja
kilang, kutu rayau dan penagih dadah semasa mereka
berhubung sesama sendiri

-Sebagai contoh: awek - perempuan, kacang - senang, mat
terap - askar

SUMBER RUJUKAN

https://www.google.com/search?q=sejarah+perkembangan+bahasa+melayu+pramerdeka+dan+pascamerdeka&oq=&aq
s=chrome.0.69i59i450l8.233686527j0j15&sourceid=chrome&ie=UTF-8

https://pdfslide.tips/documents/sejarah-dan-perkembangan-bahasa-melayu-perkembangan-bahasa-melayu-moden-.html

http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/43790/1/Fokus%20kecergasan%20masyrakat%20bandar%20elak%20masalah%20ob
esiti.pdf

https://anyflip.com/wkwke/bymm/basic

https://www.scribd.com/doc/229627077/Laporan-Barnes-1951

https://www.scribd.com/document/324230210/Tujuan-Penubuhan-Asas-50-Peranan-DBP

http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/masa-depan-dan-cabaran-bahasa-melayu.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Pallava

http://caeser-rio.blogspot.com/2012/08/sistem-ejaan-zaba-menurutsejarah-sistem.html

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version