PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
PRINSIP SYARIAH PENDAHULUAN Islam adalah sebuah agama yang paling dinilai disisi Allah SWT. Nabi Muhammad saw sebagai utusan Allah datang untuk menyempurnakan akhlak manusia. Dalam Islam terdapat ajaran yang harus dipelajari dan difahamkan oleh pemeluk agama Islam seperti haram, halal, mubah, subhat dan lain-lain. Prinsip syariah merupakan jalan arah sumber air atau memberi makna jalan yang lurus. Ianya juga adalah merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah saw. Prinsip syariah terbahagi kepada 5 prinsip. Kesimpulannya, prinsip syariah saling berhubung kait dalam diri manusia sebagai khalifah Allah. Oleh itu, prinsip ini juga dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan dapat memudahkan pengurusan dalam menjalankan sesuatu yang bermanfaat. 1.RABBANIAH (KETUHANAN) • Prinsip ini menjelaskan syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah SWT. • Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah SWT. Kita sebagai khalifah yang tertakluk kepada peraturan alam milik-Nya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah SWT dan menginsafi keagungan-Nya. • Inilah keyakinan yang perlu ada dalam diri setiap umat Islam. Mempertikaikan sistem Islam bermakna kita meragui sistem yang datang daripada Allah. • Demikian juga dengan sistem ekonomi Islam. Ia lahir melalui wahyu Allah iaitu AlQuran dan sunnah Nabi saw. Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Kaya dengan segala kekuasaan, maka sebarang sistem yang datang daripada-Nya juga adalah yang terbaik. 2.WASATIAH (KESEDERHANAAN) • Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan. • Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya solat fardhu hendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang sakit. • Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara. Mengambil tindakan antara dua kecenderungan. Contohnya antara kaya dan miskin. Maka mengambil pendirian sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan. • Apabila kita merujuk kepada Al-Quran, kita akan dapati Al-Quran menyifatkan umat Islam sebagai umat yang sederhana atau mempunyai konsep pertengahan dalam segala aspek kehidupan mereka. • Kesederhanaan yang diamalkan di dalam Islam adalah bermatlamat untuk mencari kebenaran atau Al-Haq. Dalam menuju ke arah kebenaran pastinya akal semata-mata tidak mampu untuk memimpin manusia mencapai kebenaran yang
mutlak. Roh kesederhanaan dalam Islam ditiup oleh Al-Quran yang merupakan wahyu Ilahi untuk mengimbangi di antara kehendak manusia dan agama. • Apabila manusia tidak boleh melewati batas dalam urusan rohaniah dan jasmaniah dan tidak berlebih-lebihan dalam urusan akhirat dan tidak berlebihan dalam urusan dunia, maka jalan seperti itu akan membawa manusia kepada “jalan tengah” di antara dua jalan yang bertentangan. 3.TAMAZUN (KESEIMBANGAN) • Persoalan-persoalan yang tidak seimbang tersebut yakni sebagai berikut, dalam kehidupan terdapat suatu kejadian di mana seseorang hanya mementingkan urusan dunianya sahaja atau berprinsip hidupnya hanyalah untuk mencari kesenangan semata dan hal ini mewujudkan dalam aktiviti sehari-hari dan dalam pergaulan, seperti merokok, minuman keras, berjudi, dadah dan semua perbuatan maksiat atau walaupun tidak berbuat maksiat dia memenuhi keperluan secara berlebihan, seperti makan dan tidur dengan berlebih-lebihan atau bermalasan-malasan fenomena yang seperti ini merupakan suatu kecenderungan terus-menerus terhadap perkara yang negatif. Sikap tawazun sangat diperlukan oleh kita sebagai orang Islam, tujuannya adalah agar kita tidak melakukan sesuatu hal yang berlebihan dalam hal-hal yang lain atau malah melupakannya, padahal hal yang dimaksudkan itu mempunyai hak yang harus ditunaikan pada diri kita. • Satu petikan surah Ar-Rahmaan: 7-9, yang bermaksud: "Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu." • Jasmani; Setiap manusia menyedari akan hal ini, masing-masing mengetahui cara-cara memenuhi keperluannya, diantaranya dengan makan, minum, rehat, pakaian, tempat tinggal. Dalam hal ini Rasulullah saw memberikan garis panduan dan arahan yang berkaitan dengan cara-cara memenuhi keperluan tersebut, seperti dalam hal makan dan minum, Rasulullah saw mengatakan sebagai berikut "makanlah sebelum lapar dan berhentilah sebelum kenyang". • Akal; Hal yang paling membezakan manusia dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah SWT yang lain dengan dianugerahkan akal, dengan akal ini manusia seharusnya mampu menilai benda baik dan buruk supaya tidak terjerumus ke dalam jurang maksiat, apabila manusia mampu menggunakan akalnya dengan sebaik-baiknya dan terusmenerus mencari kebenaran, maka darjatnya boleh melebihi para malaikat dan apabila manusia tidak menggunakan akal dan senang jatuh ke dalam kemerosotan moral dan sebagainya maka darjatnya menyamai haiwan bahkan lebih rendah lagi.
• Jiwa; Tidak semua orang menyedari sepenuhnya akan keupayaan ini, apabila seseorang merasa gelisah atau tidak tenteram, ia merupakan salah satu petanda akan kekurangan roh, namun banyak di antara orang yang tidak faham akan hal ini untuk melampiaskannya kepada hal-hal yang negatif terutama generasi muda sekarang yakni minum minuman keras, dadah, seks bebas mencuri bahkan bunuh diri, seperti yang sering kita lihat pada infotaimen-infotaimen selebriti yang begitu digembargemburkan, sebagai akibat dari kekurangan akan roh maka cacat moral akan terjadi pada yang bersangkutan sehingga ia tidak akan merasakan perasaan bersalah sesudah melakukan perbuatan-perbuatan dosa tersebut