PAKAIAN TRADISIONAL INDIA
SARI DAN DHOTI
- Dhoti merupakan pakaian tradisional untuk lelaki kaum India. Dhoti diperbuat
daripada lembaran kain putih yang panjang. Terdapat juga Dhoti yang
berwarna kuning pudar atau kuning susu. Kain ini dililit di bahagian pinggang
dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu. Kain
tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik.
- Sari merupakan pakaian tradisional perempuan kaum India. Sari terdiri
daripada sebidang kain yang berukuran 5 hingga 6 ela panjang dan
dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain Sari
tersebut. Choli yang berwarna sama atau setenang dengan kain Sari ini dililit
pada badan dan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri.
PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU
BAJU MELAYU DAN BAJU KURUNG
- Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua
jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang.
Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis
perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang
Jumaat.Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga
majlis-majlis rasmi. Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri
apabila ia mengenakan sampin dan songket. Pada acara-acara biasa
seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama
kain pelekat atau kain tenun sutera.
- Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu. Baju
Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis
agama, dan majlis rasmi.Ia juga amat sesuai dipakai pada hari raya.
PAKAIAN TRADISIONAL CINA
SAMFOO DAN CHEONGSAM
- Samfoo dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini
terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan
berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar. Pakaian
tradisional ini bukan pakaian tradisional kaum Cina. Ia
diperkenalkan sewaktu Dinasti Ching. Ia adalah pakaian
tradisional kepada Orang Manchu.
- Pakaian Cheongsam ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina.
Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis
perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Pakaian cheongsam
atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering dilihat
hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang
tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang
dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya
diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain- lain jenis kain
lembut. Ia sesuai dipakai pada tahun baru cina.
PAKAIAN TRADISIONAL SIKH
KURTA DAN SALWAR KAMEEZ
- Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki di majlis
rasmi.Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan
lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau line. Masyarakat
penganut Sikh atau Punjabi turut memakai serban tetapi dalam
bentuk lebih tebal, lonjong dan seragam bentuknya. Kain serban
dipakai sepanjang 5 meter. Serban dalam kalangan penganut Sikh
amat berkait rapat dengan kepercayaan dan wajib dipakai.
- Bagi perempuan masyarakat sikh mereka mengenakan
pakaian salwar kameez atau baju Punjabi. Terdiri
daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang
yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.
PAKAIAN TRADISIONAL BAJAU
BAJU TRADISIONAL BAJAU
- Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita menggayakan blaus
badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher
mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau
menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan
destar.Orang Bajau adalah sebuah kumpulan etnik pribumi
dari Malaysia dan Filipina Selatan serta diiktiraf sebagaikumpulan
etnik kedua terbesar di negarabahagian Sabah.
Pakaian tradisi biasanya dipakai pada sesuatu majlis dan perayaan
yang disambut oleh kaum bajau. Samaada majlis kahwin adalah
salah satu. Baju ini dipakai ketika majlis kahwin kerana ingin
melambangkan suatu adat tersebut.
PAKAIAN TRADISIONAL IBAN
BAJU IBAN
- Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu
Kain Sirat dan Dandong. Kain Siratdikenali juga sebagai kain cawat merupakan
pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan
celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan
belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula
merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.Dandong lebih lebar
daripada bedong. Panjangdandong tidak tetap kerana kain ini digunakan
sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara
tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.
- Pakaian tradisonal wanita Iban pula, terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang,
Kalambi dan Bedong. Bidangmerupakan sejenis kain sarung yang sempit dan
panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada
dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga
memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali
sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.
PAKAIAN TRADISIONAL BABA DAN NYONYA
BAJU BABA DAN NYONYA TITAS
- Masyarakat Baba Nyonya atau dikenali juga sebagai masyarakat
cina peranakan telah wujud di Melaka sejad abad kelima belas
lagi. Golongan ini wujud hasil daripada perkahwinan orang-orang
dari negeri China yang datang untuk berdagang dengan orang
Melayu tempatan. Kebanyakan keturunan Baba Nyonya
dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama
orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta
unsur-unsur tempatan yang lain.Baju penggantin Baba Dan
Nyonya ..
PAKAIAN TRADISIONAL KADAZAN
BAJU KADAZAN
- Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang.
Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot
dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju
pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan
selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.Baju
tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu
hitam berhias rendakuning keemasan. Lelaki memakai pakaian
kepala sigal dari kain destar dan wanita memakai siung dari
anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah.
Perhiasan diri gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.
PAKAIAN TRADISIONAL MURUT
PAKAIAN MURUT
- Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket
barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis
dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya
tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan
pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat
dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari
manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.
PAKAIAN TRADISIONAL KENYAH
PAKAIAN KENYAH
- Pakaian tradisional bagi lelaki bagi kaum Kenyah adalah seperti
“abet” iaitu cawat dan “tapung puk” atau juga “terega” iaitu topi yang
dihiaskan dengan bulu binatang atau bulu burung kenyalang serta
“besunung” yang diperbuat daripada kulit rusa ataupun beruang.
Lelaki juga menggunakan gelang iaitu “gelam bete” untuk gelang
dipakaikan pada betis dan “gelam lengen” untuk gelang dipakaikan
pada lengan.
- Pakaian tradisional bagi kaum wanita adalah seperti “ta’a” iaitu
baju dan skirt panjang disulam dengan ukiran menggunakan manik.
Kaum wanita juga menggunakan “lavung” sebagai hiasan kepala.
Anting-anting yang digunakan oleh kebanyakan kaum wanita
dahulu dinamakan sebagai “belaong” yang khas untuk wanita yang
bertelinga panjang.
PAKAIAN TRADISIONAL MELANAU
BAJU BALDU PAKAIAN LELAKI BAJU BABAN
SUKU
BAJU BALDU
- Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan
sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang
pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih
sanggul.
PAKAIAN LELAKI SUKU KAUM MELANAU
- Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju
potongan moden bersamping broked oren keemasan,
pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.
BAJU BABAN
- Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian
pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam
dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai
selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih
sanggul.
PAKAIAN TRADISIONAL RUNGKUS
PAKAIAN WRUNGKUS
Pakaian Tradisi suku kaum Rungus
- Pakaian tradisional etnik Rungus merupakan salah satu pakaian
yang sangat unik di mana pemakaian ini dipadankan dengan
aksesori yang bersesuaian. Biasanya pakaian tradisi ini akan
dipakai sewaktu Majlis perkahwinan,Pesta kaamatan, Pesta
magahau dan acara yang bersesuaian. Di bawah merupakan jenis
pakaian dan aksesori yang dipadankan bagi melengkapkan
pemakaian tradisi ini.
v