The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KONSEP HUBUNGAN MANUSIA DAN TEKNOLOGI.

NUR AMELIA BINTI SHAMSUDIN (08DPM20F2021)
NOOR HIDAYAH BINTI ZAINUDIN
(08DPM20F2013)
MUHD. AIMAN SYAHMI BIN ABDUL RASHID (08DPM20F2019)
MOHAMMED HAMDAN BIN ANGRRET
(08DPM20F2031)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ameliashamsudin07, 2021-06-09 04:44:41

KONSEP HUBUNGAN MANUSIA DAN TEKNOLOGI

KONSEP HUBUNGAN MANUSIA DAN TEKNOLOGI.

NUR AMELIA BINTI SHAMSUDIN (08DPM20F2021)
NOOR HIDAYAH BINTI ZAINUDIN
(08DPM20F2013)
MUHD. AIMAN SYAHMI BIN ABDUL RASHID (08DPM20F2019)
MOHAMMED HAMDAN BIN ANGRRET
(08DPM20F2031)

KONSEP HUBUNGAN PITCH DECK V 1.0
MANUSIA & TEKNOLOGI

NUR AMELIA BINTI SHAMSUDIN (08DPM20F2021)
NOOR HIDAYAH BINTI ZAINUDIN (08DPM20F2013)
MUHD. AIMAN SYAHMI BIN ABDUL RASHID (08DPM20F2019)
MOHAMMED HAMDAN BIN ANGRRET (08DPM20F2031)

PITCH DECK V 1.0 1. PENGENALAN
2.FILEM :PASKAL
3.ULASAN PLOT
4. NILAI
5.SIKAP POSITIF
6.MEDIA PASKAL
7. PENUTUP
8. RUJUKAN

PITCH DECK V 1.0 Manusia dan teknologi adalah dua kata yang tak boleh dipisahkan
pada era moden pada saat ini. Kita tahu bahawa perkembangan
teknologi yang sangat pesat saat ini, seakan-akan memudahkan dan
memanjakan manusia dalam menjalankan aktiviti kehidupannya.
Hubungan manusia dan teknologi ini boleh temui di setiap aktiviti
yang kita lakukan. Manusia tak akan pernah lepas dari sebuah
teknologi sehingga teknologi saat ini merupakan sebahagian dari
keperluan yang wajib di rasakan dan di nikmati manfaatnya.
Teknologi pada definisinya adalah alat-alat ciptaan manusia yang di
temukan untuk memudahkan manusia menjalankan aktiviti
kehidupannya. Tetapi pada kenyataannya saat ini, teknologi tidak
hanya memiliki fungsi seperti demikian. Teknologi sekarang
menjelma menjadi sebahagian hidup dan gaya hidup dari setiap
manusia itu sendiri, banyak fungsi teknologi yang boleh di
manfaatkan oleh manusia. Misalnya kita tahu, bahawa teknologi
pada saat ini boleh memudahkan kita sebagai manusia dalam
berkomunikasi, seolah-olah jarak antara manusia yang satu dengan
manusia yang berada di belahan dunia lain itu sangat dekat. Dimana
pada zaman dahulu, hal ini tidak mungkin boleh di rasakan manusia,
atau bahkan berkomunikasi dengan manusia di belahan dunia lain
merupakan hal yang tidak masuk akal saat belum di temukannya
teknologi seperti yang boleh kita rasakan saat ini.

1

PITCH DECK V 1.0 Kami memilih filem tempatan Paskal sebagai
rujukan kerana filem ini memaparkan unsur
aksi yang sangat menarik yang boleh berkait
dengan tajuk kami iaitu" konsep hubungan
manusia dan teknologi " kerana terdapat
beberapa eleman yang berteknologi
digunakan manusia seperti kapal selam, radar
elektronik dan senjata seperti bom. Filem ini
juga pasti akan membuatkan semangat
patriotisme anda meningkat dengan begitu
hebat dan menjadikan anda bangga dilahirkan
sebagai rakyat Malaysia.

2

Plot utamanya bergerak dari satu babak kepada satu babak dengan di
sulami subplot yang penulis sifatkan kena dan memang di perlukan
untuk melengkapkan lagi jalan ceritanya. Sebaliknya, setiap subplotnya
adalah satu permasalahan yang tepat seperti bagaimana konflik
dalaman yang berlaku dalam diri Arman Rahmat ( lakonan Hairul
Azreen) yang harus memilih antara kerjayanya mahupun kemahuan
ibunya, Khadijah (Sherry). Bahkan, penulis sifatkan subplot yang
memaparkan kisah hubungan persahabatan antara Arman, Joshua
(Henley Hii) dan Lily ( Jasmine Suraya Chin) juga memberikan impak
kepada plot utamanya yang kemudiannya terus menggerakkan cerita
berkembang dengan baik.Dari sudut teknikal, aspek suntingan dan
sinematografi yang penulis sifatkan sebagai cemerlang telah
memberikan markah tambahan yang tinggi buat Paskal untuk menjadi
sebuah filem aksi terbaik tahun ini. Dua aspek ini telah bergabung
tenaga dengan cukup hebat dan ditambah pula dengan teknik
pengarahan oleh Adrian terus melengkapkan Paskal untuk menjadi
sebuah filem yang wajar menjadi contoh terbaik untuk pembikin filem
akan datang yang mahu menghasilkan filem aksi. Sehubungan
itu,ternyata apa yang telah dipersembahkan oleh paskal membuktikan
bahawa sebenarnya anak tempatan memiliki Visi dan Misi tersendiri
untuk mengangkat standard filem tempatan terutama genre aksi ke
peringkat tertinggi.

3

NILAI PATRIOTISME
Pemangkin semangat untuk anak muda menyertai dalam
bidang pertahanan dan sedia berkorban untuk Negara dalam
masyarakat kita.

BEKERJASAMA
Bekerjasama dalam menjalankan tugas seperti berdepan
dengan musuh dengan cara merancang dan membahagikan
kedudukan masing-masing dalam operasi untuk
menyelamatkan orang awam.

TAAT SETIA
Berikutan kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
dan Raja Berperlembagaan, prinsip kedua dalam Rukun Negara,
iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara, membantu
menjadikan Malaysia terus maju dan negara berdaulat.

BERDISIPLIN
Sebagai seorang tentera profesional dan berwibawa, setiap
anggota perlu mempamer tahap disiplin baik kerana disiplin
merupakan tonggak profesion ketenteraan dan tanpa disiplin
maka lumpuh sesuatu pasukan

4

Sikap positif terhadap isu dan cabaran
dari perspektif etika dan peradaban :

Sentiasa menunjukkkan mutu kerja yang
cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan
dan bebas daripada kesalahan disiplin.

Sikap profesional juga sesuai dengan nilai
kualiti peribadi yang amat membanggakan
sebagai seorang anggota PASKAL

Segala tugas dan tanggungjawab dapat
dilaksanakan dengan efektif sama ada
semasa berkhidmat dan sebagai jurulatih.

Sering memberi idea yang bernas kepada
pihak atasan dan bimbingan untuk anggota
bawahan atau paskal yang lain.

Sikap tidak jemu dan berputus asa yang
beliau miliki amat dikagumi dan perlu
dicontohi.

5

6

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur
ke hadrat ilahi akhirnya projek topik
konsep hubungan teknologi dan
manusia kami telah berada di
penghujung. Setelah beberapa minggu
kami bertungkus lumus menyiapkan
projek ini terdapat beberapa
kesimpulan yang boleh di dapati
antaranya kita sebagai rakyat Malaysia
mestilah merasa kagum, bangga dan
menghargai segala teknologi yang
dicipta di dunia ini kerana segala
teknologi itu diciptakan untuk
memudahkan urusan harian dan
kehidupan kita. Sekian Terima Kasih.

7

https://www.academia.edu/31094266/
Hubungan_Manusia_dan_Teknologi

https://www.astroawani.com/berita-
hiburan/paskal-movie-murni-sebuah-
pengorbanan-185960

8


Click to View FlipBook Version