The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mardhiah, 2021-11-30 10:15:43

Buku Ucaptama

Buku Ucaptama

UCAPTAMA KETUA

DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA

©Hak Cipta dan Cetakan Terpelihara

Cetakan 2021

Diterbitkan Oleh:

DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA
Pejabat Agung PAS,
318-A Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Tel: 03-2692 8880

UCAPTAMA KETUA

DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA

Islam Memimpin, Wanita Sejahtera

SYAJARAH TAYYIBAH NAUNGAN PERJUANGAN PAS

‫َََﺜهﻣ۝َﺎُﺜ ًﻞ ُ�ﻼ َ�ﱠَِﻠﻞ� َِﻠﻤ ٍَِﻤﺔﺣ ًْ�ﺔ ٍ َنﺧَﻃِﺒِِّﺑﻴِْيَﺎﺒَﺜْ ًذٍﺔﺔِ َنﻛَﻛَ َرِّ�ََ���َۗﺎجَجََﺮٍَوَﺮة�ٍة َْﻃﻀَِّﻴﺧَِِﺮﺒﺒ ٍُْيﺔَبﺜ ٍَاﺔ ﱣْاﺻُ ُ�ﻠ َْﺟهاُْﺎﺘ ﱠثََﻻﺛْﺎﻣَِْﺑﺜﺖﺎ ٌ َِﺖﻣل ﱠْ ِوﻦﻟ َﻠﻓ ﱠْﻨَﻓﺮﺎ ُْﻋﻮ َِِهﺎسق‬٢‫ﻣﻠ‬٦ََ��‫بَْٓﻲﺮ۝ا ٍُﱣارَ ُُو‬٢‫�ﻗ‬٥ََِ‫ﺮْ ِ۝وﻣ َ َﺿُْﺗنَﻦْﺮﺆ‬٢ُ‫ﻒﺎ‬٤‫ََِ�ااﻟ َْﻟَ�ﻌَﻻْﱠْﻠﻢراُهَﻟﺗ َِْﻢﱠﺮضﺴ َََﻳَﻤﻛَﻣﺘْۤﺎﺎﻴَِءﺬَﻟ ﱠََﻛه‬

Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 24-26,
maksudnya:
“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat
perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik,
akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu
memberikan buahnya setiap musim, dengan izin Rabbnya.
Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia
agar mereka selalu beringat. Dan perumpamaan kalimat yang
buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan
akar-akarnya daripada permukaan bumi, tidak dapat tegak
sedikit pun.”

1

1. PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang menjadi
mata rantai perjuangan bukanlah satu keberadaan
yang baru. Wujudnya sebelum negara mencapai
kemerdekaan adalah hasil kesedaran dan ijtihad
para ulama’ untuk memperjuangkan kemerdekaan
sebenar dan menegakkan Islam di Malaysia.
Kewujudannya berpaksikan aqidah Islam menerusi
tuntunan wahyu al-Quran, sunnah, ijmak dan qias.

2. Berdasarkan Perlembagaan PAS, tujuan
penubuhannya adalah demi terbinanya sebuah
masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di
dalamnya nilai-nilai hidup Islam bersama-sama
hukum-hakamnya menuju keredhaan Allah.

3. Kenyataan tersebut memandu iltizam PAS bahawa
matlamat tidak menghalalkan cara. Dewan Muslimat
antara tulang belakangnya terdiri daripada para ibu,
isteri dan Muslimat muda adalah ansarullah pelbagai
peringkat umur, mara ke tengah masyarakat dalam
landasan syariat bersama berjuang menuntut
kemerdekaan. Terus mengizzahkan Islam dengan
asuhan didikan sehingga wujudnya generasi umat
yang mampu membina dan mengaplikasikan konsep
Islam dalam seluruh aspek kehidupan bernegara dan
bermasyarakat.

2

4. Sesuai dengan perubahan zaman, Dewan Muslimat
terus menongkah arus komited menerusi proses
pentarbiyahan yang bersistematik melahirkan
Muslimat yang tahan diuji. Muslimat yang asas
ilmunya ibarat akar menjunam mencengkam ke
bumi, memahami dan menyedari peranannya serta
tidak mudah goncang tatkala berhadapan dengan
badai kemelut dalaman parti mahupun ribut
serangan tersusun daripada pihak luar.

5. Sesungguhnya ahli-ahli PAS datang dan pergi silih
berganti sesuai dengan takdir perubahan zaman.
Namun Dewan Muslimat terus mara dan tetap
relevan, memimpin umat di medan siasah sebagai
wasilah dakwah dengan mengutamakan pendekatan
muwajahah silmiyyah, sesuai dengan waqi’ dan
maqasid syariah Malaysia yang terdiri daripada
rakyat majmuk berbilang agama dan bangsa.

SERUAN KESATUAN UMMAH

6. Kita menyedari pelbagai agenda perpaduan diuar-
uarkan atas nama cintakan negara. Dewan Muslimat
berpendirian cara terbaik untuk bersatu adalah
dengan kembali kepada Islam yang sebenar.
Berpadu sepenuh hati dan menjadikan al-Quran
sebagai panduan.

3

7. Sesungguhnya dengan wahyu Ilahi inilah negara
Islam Madinah menjadi teladan sebagai model
sebuah negara yang kuat dan digeruni oleh lawan.
Para sejarawan memberikan pengiktirafan bahawa
ianya adalah sebuah negara Islam yang
melaksanakan syariat secara benar sebagai
kerajaan yang adil, aman dan selamat sepanjang
pemerintahannya.

8. Inilah peranan kesatuan yang mesti dibawa oleh
anggota gerakan Islam dalam agenda memperkasa
umat Islam melalui gabungan komponen Muafakat
Nasional mahupun Perikatan Nasional.

9. Alhamdulillah, kita telah berjaya mewujudkan
persefahaman atas nama keadilan untuk semua
tanpa dendam politik serta mengukuhkan pegangan
demokrasi di Malaysia. Oleh itu Dewan Muslimat
hendaklah sentiasa berjiwa besar untuk menghulur
tangan dan menyambut baik ajakan sesiapa sahaja
untuk menyelesaikan masalah ummah dan
masyarakat dengan penuh kejujuran.

4

AGENDA KELUARGA MALAYSIA, KELUARGA
SEJAHTERA

10. Dewan Muslimat menyambut baik konsep “Keluarga
Malaysia” yang diperkenalkan oleh YAB Perdana
Menteri. Kami menyokong penuh perlaksanaan
konsep ini dengan meletakkan Islam sebagai
tunggak asas bagi menjamin kesejahteraan kepada
negara khususnya para ibu, isteri dan anak-anak
perempuan termasuklah golongan rentan. Dewan
Muslimat percaya bahawa “Baik Wanita, Baiklah
Negara”.

11. Islam sememangnya meletakkan sistem
kekeluargaan sebagai teras kepada kesejahteraan
kemasyarakatan dan politik kenegaraan. Dalam
sistem keluarga Islam, kaum lelaki adalah pemimpin
utama manakala wanita merupakan rakan kongsi
lelaki bagi memastikan kesejahteraan setiap anggota
keluarganya.

12. Allah berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 34,

‫ﻊﺐ ْ۝ﻌَِﺑوَاﻤَﻀﺎ ُْهﺿ َِْﺣﻢﺮُ�ِﻔ َﻮﻋ َُ�هَ ٰﻆ�ﱠﻦ َ� َُْﻓﻌﷲِﺈ َ ْو ٍناﻟﺾَﱣأﻠ َِ�وَِﻃ�ي َْﻌَﻤﺗَﻨﺎ ََُﺨأﻜﺎﻧْ َُﻢﻓﻔ َُﻮﻘﻓ ََنﻮاﻼ‬٣�َِِ٤‫َُاﺗ�ِﻣْﻟﺒُُِّْﺸﺮﻦﻐ ََأﺟﻮﻮَْاﺎزﻣُ ُٰهَلﻮﻋِ ﱠﻟَﻠِﻦَْه�ﻗِ�ﱣَْﻢﻓﻮﱠُﻦﻣَِﻌﻓﻮﺎََُﻈﻟﺳنِبﻮ ﱣﻴًَُﺼهِﻋ َ�ﱠﻼ�ﻦِٰ�حإ َ ﱠاوُناﻟﺖ ِّْن ٰ�ﻗَُِﻨَﺴجﷲٰتﺎُ ِﺮَء�ٌوﺎﺖُِﺑ َه َنﻤٰﱠﺣﺎﻦ َِﻋِﻔَِ�ﻠﻓ �ﻴ�ٰﻈﺎ ﱠاﻀٌَْﳌَﻛﺖَ ِﻞﺒِّﻟ�َْﻠًﻀ�َاﺎﻐ ُِْﻴﷲﺟ‬

5

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal
yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh
kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan
beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga
kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi
nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-
perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah Rasul-
Nya dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya
dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir
bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya dan
perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan
perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati
mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di
tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah
mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).
Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah
kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar”.

13. Para ulama menjelaskan di antara ciri “qawwam”
ialah memberi nafkah kepada anak dan isteri.
Bagaimanakah seorang lelaki mahu menganggap
dirinya qawwam sedangkan dengan tubuh badan
yang sihat, dia tidak berusaha mencari rezeki untuk
menyara keluarganya, makan minum anak isterinya
tidak terjaga, dan mengemis makan di rumah orang.
Malah lebih besar lagi tugas seorang lelaki qawwam
ialah melindungi keluarganya daripada bahaya di
dunia dan akhirat. Kaum lelaki dituntut bersikap adil
dan penuh rahmah kepada isteri yang dipoligami.

6

Bagaimanakah seorang lelaki menjadi qawwam jika
dia itu sendiri adalah bahaya dan mudharat kepada
anak dan isterinya?

14. Adalah memalukan apabila ada kaum lelaki berhujah
menggunakan ayat al-Quran dan al-Hadis untuk
mempertahankan apa yang dia lakukan kepada anak
dan isterinya, sedangkan dia menyeksa anak dan
isteri secara sedar dalam pelbagai sudut. Bagaimana
seorang lelaki itu boleh dianggap qawwam jika dia
sendiri tidak kisah ada kalangan ahli keluarga
perempuannya terdedahkan dengan amalan
kemaksiatan, menggugurkan anak dalam kandungan
kerana terjebak dengan kerakusan lelaki yang
berjiwa binatang. Bagaimana seorang lelaki boleh
dianggap qawwam jika dia berpoligami, dia bertindak
tidak adil dan menipu sehingga ke tahap apabila
orang bertanya tentang anaknya, maka dia tidak
mengakui itu anaknya kerana mahu
menyembunyikan statusnya yang mempunyai lebih
daripada seorang isteri?

15. Statistik perceraian dan keganasan rumahtangga
semakin meningkat hari demi hari sebanyak 66,440
permohonan cerai membabitkan pasangan Islam
difailkan di mahkamah syariah seluruh negara sejak
Mac 2020 hingga Ogos 2021.

7

Selepas tercetusnya gelombang ketiga dan
pelaksanaan PKP 2.0, hampir 80 peratus ibu bapa
menyatakan kehidupan mereka mula terkesan dari
segi ekonomi dan kesihatan mental.

16. Kepemimpinan lelaki yang pincang di peringkat

rumahtangga pastinya tidak mampu menghayati

konsep qawwam yang berteraskan
kebertanggungjawaban terhadap amanah ‘ubudiyah

dan khilafah. Seterusnya akan menggagalkan

agenda Keluarga Malaysia yang memperolehi

mardhatillah. Justeru, amatlah sesuai jika Keluarga

Malaysia ini mewujudkan satu mekanisme

melahirkan keperibadian qawwam dalam

kalangan kaum lelaki.

17. Masyarakat majmuk merupakan salah satu tanda
kekuasaan Allah SWT yang bertujuan untuk
penyatuan ummah. Pendidikan nilai Keluarga
Malaysia yang berdasarkan Islam akan menekankan
keadilan dan kesejahteraan. Seterusnya menuntut
agar umatnya berlaku adil dan saksama kepada
setiap orang dan membela mereka yang dizalimi
tanpa mengira status dalam masyarakat, warna kulit,
jantina dan peringkat umur.

18. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ma’idah, ayat 8:

8

‫ﱠﻦ۝ﻻء َآ� َ ْﻣﻌ ُﻨِﺪ ُﻮﻟاﻮ ُا�اﻮُﻧْﻋ ِﻮاﺪ ُﻟ َﻗﻮ ﱣاﻮ ِ ُﻣه� َ َﻮن َِأ ْﻗِ َ�ﺮ ُ ُبﺷ َِهﻟﻠَ ﱠﺪﺘاْ َﻘء َ ِﻮﺑ ٰﺎ ْىﻟ َِﻘوا ْﱠﺗﺴُﻘ ِﻮﻂا َوَﻻَﷲ َﻳِإ ْ ﱠﺠنِﺮَﻣ ﱠﻨ َُﷲﻜ ْﻢَﺧ ِﺒَ�ﺷٌ َ�ن َﺌِﺑﺎ َ ُﻤنﺎ‬٨‫ََٰٓﻳ�َ َﻗﺄْﱡْﻌ�ﻮٍََ�ﻤمﺎُﻠاَﻮﱠﻋﻟ ََ ِ�نٰﺬ�ﻳ ََأ‬

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah
kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan
keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan
jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah
kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu
lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan
apa yang kamu lakukan”.

19. Justeru, Dewan Muslimat menyeru agar agenda
Keluarga Malaysia ini mestilah berpaksikan Islam.
Ianya selaras dengan peruntukan dalam
Perlembagaan Persekutuan yang jelas
mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama
Persekutuan. Ianya memberi makna bahawa negara
berpandu kepada Islam untuk melaksanakan segala
nilai-nilainya dalam pemerintahan. Tiada yang
mustahil dengan kepercayaan dan pegangan
bahawa Islam mampu membina keluarga bahagia.

20. Sejarah membuktikan bahawa bernegara secara
Islam di dunia ini membuahkan kejayaan dan
kesejahteraan hidup.

9

Teladan daripada Rasulullah SAW seperti Piagam
Madinah yang telah menjadi rujukan undang-
undang antarabangsa dan perlembagaan negara
hasil daripada jaminan keselamatan yang diberikan
kepada setiap warganya.

GAGASAN PENDIDIKAN SAIDATINA AISYAH

21. Dewan Muslimat juga mengambil perhatian serius
terhadap lambakan kandungan di media dan
pengiklanan yang tidak senonoh dan tidak sesuai
dengan budaya amalan masyarakat Malaysia serta
bertentangan dengan syariat Islam. Di atas nama
kebebasan media kita melihat adanya unsur
pengiklanan yang mempergunakan dan menghina
wanita. Malah wujudnya content yang tidak
membangun akal dan jiwa masyarakat ke arah
menjadi seorang yang cergas, bermotivasi serta
berjiwa patriotik. Kandungan jelik yang sekadar
menjadi hiburan murahan tanpa ada unsur-unsur
ketaqwaan.

22. Justeru, Dewan Muslimat dengan tegasnya
membantah dan meminta usaha yang lebih agresif
dan berkesan dilaksanakan oleh Kementerian
Komunikasi dan Multimedia agar memantau dan
mengekang aplikasi atau rangkaian media yang
mempunyai unsur seksual melampau.

10

Selain itu, terdapat juga iklan-iklan yang sengaja
mendedahkan aurat wanita tanpa ada kaitan
langsung dengan pemasaran produk. Di samping
iklan-iklan berkaitan arak, judi dan unsur-unsur
pelacuran yang telah banyak tersebar. Juga
tayangan berbentuk video dan filem yang berunsur
galakan melakukan maksiat dan keganasan
sehingga secara sedar mahupun tanpa sedar ianya
merosakkan agenda Keluarga Malaysia.

23. Apakah nasib generasi pada 10 ke 20 tahun akan
datang dan bagaimanakah corak kepimpinan negara
yang kita harapkan dapat membangunkan dan
mengisi kepimpinan negara? Perkara ini haruslah
kita teliti sebelum membantah tindakan baik yang
dilakukan oleh pihak kerajaan.

24. Sehubungan itu, Dewan Muslimat ingin mewujudkan
satu aliran sistem pendidikan kaum perempuan,
kaum ibu dan isteri ke arah menjadi insan yang
dalam ilmunya dan kuat imannya. Sebagai contoh di
Indonesia, ketika penjajah Jepun berusaha
merosakkan kaum wanita Islam, mereka
mewujudkan Rumah Kuning, pada saat itu,
muncullah gerakan bernama Anggota Dewan Ibu
(ADI) Sumatera Tengah.

11

Tujuannya adalah untuk membela kaum wanita
supaya tidak dijadikan hamba nafsu seks penjajah
Jepun. Begitu juga Syeikhah Rahmah al-Yunusiyah
yang berjaya mewujudkan sekolah Diniyyah Puteri
Padang Panjang untuk kaum perempuan, isteri,
janda, dan para ibu. Wanita ini juga mempelopori
Sekolah Menyesal, iaitu tempat untuk mengenal
huruf dan membaca agar ramai perempuan akan
pandai membaca dan mengira. Selepas merdeka
barulah diwujudkan program Pemberantasan Buta
Huruf di Indonesia. Wanita juga sanggup
menggadaikan emas dan harta kepunyaannya untuk
kemerdekaan negara.

25. Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah, ayat 122,

‫َﻃ ۤﺎ �ﯨ َﻔ ٌﺔ‬ ‫َُﻟ� َِّﻌ ﱠﻞﻠ ُه ِْﻓﻢْﺮَﻳَﻗ ٍْﺔﺤ َﺬ ُِّﻣرْْ�ُو� َْنﻢ‬ ‫ِا َِﻟﻣْ�ِ ْ�ﻦ ْﻢ‬ ‫َﻗَ�ْۤﺎﻮ َﱠﻣﻓ ًُهﺔ ْﻢ َِﻓا َﻠَذْاﻮَ َﻻر َﺟَﻧ َُﻌﻔ ْٓ َﻮﺮا‬ ‫َوِِﻟﻟ َُﻴﻴ ْْﻨﻨ ِِﻔﺬ ُُرﺮْْوواا‬ ‫ِ�ا ْ�ُﳌ ْاﺆﻟِﻣُِّﺪﻨ ْﻳْﻮِ َﻦن‬ ‫َِّﻟوَﻴَﻣَﺘﺎَﻔ ﱠَﻘ� ُﺎه َْﻮنا‬
‫۝‬١٢٢

Maksudnya: “Tidak sepatutnya bagi mukmin itu pergi
semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-
tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk
memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk
memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah

kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.”

12

26. Banyak lagi contoh wanita cemerlang sama ada
sebagai pendidik mahupun ahli gerakan dalam masa
yang sama merupakan seorang remaja Muslimat
muda, para ibu, janda dan para isteri. Oleh itu, kita
ingin membangunkan sekolah Gagasan Pendidikan
Saidatina Aisyah bermula dari sekolah sehingga ke
peringkat Universiti. Selama ini, lebih ramai orang
perempuan pergi haji termasuklah menghadiri kuliah
mahupun hadir berdemonstrasi, melebihi penyertaan
kaum lelaki. Kita mahu mengasah jiwa fitrah
kewanitaan anugerah Ilahi dengan pelaksanaan
sekolah yang akan melahirkan puteri yang berjiwa
islamik, dan guru yang cekap, aktif, serta
bertanggungjawab. Juga cintakan tanah air atas
dasar pengabdian kepada Allah SWT.

27. Generasi wanita hebat bakal mewujudkan generasi
pelapis masyarakat yang berilmu dan cintakan tanah
air lebih daripada dirinya sendiri. Justeru, saya
meminta agar kita semua menyokong usaha ini
sama ada dalam bentuk kewangan atau tenaga
apabila ia dilancarkan kelak. Cukuplah kita dengar
pelbagai kezaliman yang dilakukan ke atas kaum
wanita dalam berita, seolah-olah wanita ini hanyalah
hamba kepada suami, malah dilihat sebagai insan
yang tiada ilmu dan perasaan serta nilaian bakti dan
pengorbanannya.

13

WANITA SEJAHTERA DALAM AGENDA KELUARGA
MALAYSIA

28. Penglibatan kaum wanita semakin meningkat dalam
sektor awam dan swasta menunjukkan wanita telah
memainkan peranan yang signifikan dalam aspek
pembangunan ekonomi, politik dan sosial di negara
kita. Dewan Muslimat menyedari berlakunya
perubahan yang besar era pandemik COVID-19
terhadap norma masyarakat yang berhadapan
dengan masalah spiritual, material dan sosial.
Kepimpinan keluarga yang berpusat kepada kaum
lelaki yang memainkan peranan memimpin wanita
dan ahli keluarga memerlukan wacana baru sesuai
dengan tuntutan zaman.

29. Bagi memastikan kelangsungan kesejahteraan kaum
wanita dalam sebuah keluarga besar Malaysia,
Dewan Muslimat sangat mengambil serius terhadap
musibah COVID-19 yang memberikan kesan
mendalam terhadap mangsanya. Antaranya, beban
yang menimpa ahli keluarga akibat kehilangan ketua
keluarga/wali, keruntuhan rumahtangga disebabkan
tekanan ekonomi dan kehilangan mata pencarian
amat parah.

14

30. Justeru, peranan ibu bapa dan wali haruslah
digiatkan dan diperkasakan dengan program yang
berimpak tinggi dan celik undang-undang dengan
peruntukan kewangan yang mencukupi di bawah
perlaksanaan agenda Keluarga Malaysia.

31. Dewan Muslimat menyedari bahawa keluarga adalah
unsur pertama yang penting bagi pembentukan
sebuah masyarakat seterusnya negara dan inilah
yang kita perjuangankan. Kegagalan mewujudkan
kelompok keluarga yang bertepatan dengan ciri-ciri
Islam akan membantutkan usaha kita mencapai
matlamat negara berkat dan maju. Hubungan
kemasyarakatan yang saling bahu membahu inilah
yang membentuk keutuhan sistem ekonomi di
Madinah semasa bermulanya kedatangan Nabi
Muhammad SAW melalui perjanjian Bai’atul ‘Aqabah
ke-2 yang menuntut komitmen untuk menjaga
hubungan sosial sesama manusia.

MUSLIMAT PAS RUJUKAN MASYARAKAT

32. Pada hari ini, Dewan Muslimat sudah mampu
bergerak lebih ke hadapan dengan keanggotaan
Muslimat yang memiliki kelayakan dalam pelbagai
bidang pengkhususan.

15

Muslimat PAS yang mempunyai kepakaran dalam
bidang agama dan pembangunan insan perlu tampil
menjadi rujukan kepada masyarakat di peringkat
organisasi masing-masing.

33. Kita dapat lihat, kerajaan telah mengumumkan dasar
untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus
wanita sebagai pembuat keputusan dan dasar di
sektor awam pada tahun 2004 dan di sektor swasta
pada tahun 2011. Lebih 12 tahun berlalu, matlamat
ini masih belum tercapai. Apatah lagi situasi
pandemik turut memberikan kesan kepada peranan
wanita di rumah dan dalam masyarakat.

34. Walaupun data terkini menunjukkan bahawa 38.2
peratus daripada pembuat keputusan di sektor
perkhidmatan awam adalah wanita, peratusan
penglibatan di sektor swasta hanya mencapai 25.8
peratus, menunjukkan bahawa penglibatan wanita di
peringkat pembuat keputusan itu masih rendah.
Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada
tahun 2020 menunjukkan jurang gender yang agak
ketara antara lelaki dan wanita dalam penyertaan
politik iaitu dengan skor 0.108 daripada 1.0 skor
penuh.

16

35. Dalam hal ini, Dewan Muslimat tidak mendukung
perjuangan emansipasi (pembebasan) wanita yang
menuntut kesamarataan gender tanpa asas yang
dibenarkan syarak. Dewan Muslimat terpanggil untuk
mengisi ruang 30 peratus sama ada sebagai
pembuat dasar atau calon wanita dalam Pilihan
Raya Umum akan datang bagi melaksanakan
taklifan menjadi khalifah yang memakmurkan bumi
seperti yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-
Baqarah ayat 30,

‫ِاﺔ۝ﻟ ِِّإﺪِّ�َﻣﻲﺎ َء َﺟَﺎوَﻧ ِﻋْﺤٌﻞُﻦِ� ُ�� َاﺴ ِّﻷﺒْرُﺢ ِ ِﺑض َﺤ َ ْﺧﻤِﻠ ِﻴﺪ َﻔَ ًكﺔ ََوﻗُﻧﺎ َُﻟﻘ ِّﻮﺪا َأَُﺗس ْ َﺠﻟ َﻌَﻚُﻞ َﻗِﻓﺎ�َ�َلﺎ َِإﻣِّ� ْﻲﻦ‬٣‫ﻜ‬٠َ‫ََُأﻳوِْ�ْﻔﻋَْذﻠِ ُﺴ َﻢﻗُﺪﺎَﻣ َﺎلِﻓَ�ََﻻ�رﱡ�ﺎَ� َ َْﻌﻚ َوَﻠيِﻟُ ْﻤْﻠﺴَﻮﻤِ َﻔنﻼُِﺋﻚ‬

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada
para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.”
Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang
yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan
kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?” Dia
berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu
ketahui.”

PERANAN MUSLIMAT PAS DALAM KERAJAAN

17

36. PAS ialah sebuah gerakan Islam yang memberikan
penghormatan kepada kaum Muslimat untuk turut
sama terlibat bukan sahaja dalam medan dakwah
dan tarbiyah, malah mengikut syariat Islam, Muslimat
dibenarkan aktif dalam bidang politik, kepimpinan
dan pemerintahan di semua peringkat antaranya
sebagai Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), juga
memimpin pelbagai agensi kerajaan yang sesuai.

37. Justeru, peluang yang sudah diisi dan akan diisi
menuntut kita para Muslimat untuk menggembleng
tenaga bagi memartabatkan Islam di mana jua kita
berada bagi memastikan kesejahteraan Islam
dinikmati kaum wanita dan seluruh masyarakat. Jadi,
muslimat mestilah memandang urusan kepimpinan
ini sebagai salah satu ruang untuk melaksanakan
gerak kerja dakwah, islah dan ihsan (kebajikan).

38. Inilah medan terbaik yang terbuka luas bagi
menggalas tanggungjawab bersama sebagaimana
firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 71,

‫َ�ﺰَ۝�ْﻌٰﻮ َة ٍﺾَوُ�َﻳ ِْﺄ ُﻄﻣﻴ ُﺮُﻌوﻮَ َنن ِﺑﭑٱ ْﳌَﱠ َْﻌ� ُﺮ َووَرِ ُفﺳ َﻮَوﻟَ� ُْ�ﮫۥَ� ْﻮ َُأ ۟نوَٰٓﻟ َِﺌﻋ َِﻦﻚ‬٧‫ ﱠ‬١‫َٱَوْٱُﳌﺳَْ�ﻨﳌُْ َْ�ﻜﺆَِِﺣﻣﺮُُﻨﻤ َُهﻮوُ�َُﻢنِﻘٱﻴَوُﱠﻤٱ ُْ�ﳌُﻮ َِْإﺆنِﱠﻣنَٰﻨٱٱﻟ ُ ﱠﺖ ﱠَ�ﺼَ�َﻠ َْٰﻌﻋﻮ َِةﺰُ�ﻀٌَُﺰهوُ� ْ ْﻢَﺆﺣُﺗَِأﻜْﻮوِﻴَﻟنٌَﻴﻢٓﺎ ُٱءﻟ‬

18

Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi
sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang
makruf, dan mencegah dari yang mungkar, mereka mendirikan
solat dan mengeluarkan zakat, serta taat kepada Allah dan
Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

39. Penglibatan Muslimat dalam politik boleh memberi
keuntungan kepada semua kaum wanita. Dalam
negara demokrasi ini, kepimpinan Muslimat juga
memainkan peranan untuk mempertahankan Islam
daripada gerakan wanita sekular dan liberal yang
bertentangan dengan prinsip Islam dan menimbulkan
kekeliruan hak asasi yang tidak berfaedah. Muslimat
harus berdaya saing dengan memanfaatkan
kepimpinan PAS dalam kerajaan. Penglibatan
muslimat dalam pertubuhan bukan kerajaan juga
perlu diperluaskan lagi bagi memastikan agenda
Islam dapat diketengahkan kepada kerajaan.

MODEL GERAKAN MUSLIMAT DI PERINGKAT
ANTARABANGSA

40. Di peringkat antarabangsa, Muslimat telah turut serta
dalam pelbagai misi kemanusiaan sama ada di
rantau Asia Tenggara mahupun di benua lain.

19

41. Dewan Muslimat terlibat dalam usaha-usaha
memberikan bantuan secara fizikal mahupun
material kepada saudara-saudara kita yang
memerlukan di seluruh pelosok dunia seperti
Palestin, Myanmar, Syria, Yaman dan Uighur
dengan kerjasama badan pertubuhan Islam bukan
kerajaan secara berterusan.

42. Kita perlu menginsafi penderitaan yang dihadapi oleh
umat Islam khususnya kaum wanita di negara-
negara yang terjebak dengan kancah peperangan
saudara akibat menjadi proksi kuasa barat dan
negara-negara yang dilanda musibah bencana alam.
Hubungan kerjasama perlu dipertingkatkan lagi
dengan NGO yang terlibat langsung dengan isu-isu
dunia Islam semasa.

43. Pelbagai isu hak wanita yang dibangkitkan oleh
golongan emansipasi wanita diketengahkan kepada
kaum wanita bertentangan dengan jalur pemikiran
Islam yang sebenar. Dalam hal ini Dewan Muslimat
memerlukan keterampilan kepimpinan Muslimat di
peringkat antarabangsa menerusi Kesatuan Ulama
Islam Sedunia agar gerak kerja Muslimat lebih
terpandu dan mendapat bimbingan daripada pihak
yang berautoriti.

20

PERSIAPAN MUSLIMAT MUDA

44. Fasal 66 (3) di dalam perlembagaan PAS termaktub,
“Muslimat-muslimat yang telah menjadi ahli PAS
dengan sendirinya menjadi ahli bagi Dewan
Muslimat PAS” tanpa dikategorikan berdasarkan
umur. Gandingan tenaga Muslimat senior dan muda
merupakan suatu formula terbaik untuk membina
kekuatan dan keterampilan yang sesuai di semua
peringkat Jemaah.

45. Muslimat muda merupakan aset yang sangat bernilai
sebagai pelapis kepimpinan dan kelangsungan
Dewan Muslimat. Dewan Muslimat mempunyai
tanggungjawab yang besar untuk memastikan
keanggotaan wanita muda terus dipertingkatkan
dalam Dewan Muslimat PAS di semua peringkat.
Bermula dengan langkah-langkah perkaderan di
bawah Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat dan Lajnah
Pemerkasaan Parti Dewan Muslimat, Muslimat muda
diberi ruang seluas-luasnya untuk berada dalam
organisasi khusus orang muda iaitu Nusaibah,
Ameerah dan Briged Muslimat di samping mengisi
setiap ruang yang ada dalam pelbagai entiti Dewan
Muslimat tanpa sebarang bentuk diskriminasi,
bahkan saling berganding bahu bersama bagi
menjayakan visi dan misi Dewan Muslimat.

21

46. Saya sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
ingin menegaskan agar status keahlian muslimat
muda sebagai ahli dewan terus dikekalkan dalam
Dewan Muslimat PAS. Kita tidak mahu organisasi
sedia ada dipecahkan tanpa kajian dan persediaan
terperinci, bukan sahaja ia bakal memecah-belahkan
Jemaah, malah ia akan membahagi-bahagikan
tenaga sedangkan golongan muda dan mereka yang
berpengalaman dalam Dewan Muslimat saling
memerlukan antara satu sama lain.

KESEDIAN BERHADAPAN DENGAN PENGUNDI 18
TAHUN

47. Pada 16 Julai 2019, melalui Rang Undang-Undang –
Perkara 119 (Pindaan 2019) meluluskan cadangan
untuk menurunkan had umur kelayakan mengundi
daripada 21 tahun kepada 18 tahun serta
membolehkan mereka menjadi calon dalam pilihan
raya. Hasil pindaan ini, terdapat sekurang-kurangnya
5.8 juta pengundi-pengundi baru dalam kalangan
anak-anak muda akan layak mengundi menjelang
PRU-15 nanti. Justeru, ia merupakan satu jumlah
yang besar untuk disantuni dan didekati, juga
menjadi tanggungjawab besar kerajaan dan parti-
parti politik serta semua pemegang taruh bagi
menyampaikan manfaat pendidikan politik.

22

48. Dalam usaha merealisasikan Undi-18, cabaran
utama yang perlu dihadapi adalah kesediaan belia
dari sudut pengetahuan, minat, sikap, sumber
maklumat dan kesedaran tentang politik melalui
sosialisasi politik. Sosialisasi politik merujuk kepada
proses penyampaian maklumat berkaitan sistem
politik seterusnya membentuk persepsi dan reaksi
terhadap politik yang berlaku (Rush and Althoff,
1971; Rush 1992). Oleh yang demikian, PAS
sebagai sebuah parti politik di Malaysia perlu
mengambil langkah yang proaktif bagi memastikan
pengetahuan tentang politik dan pilihan raya dapat
disampaikan dengan benar dan informatif kepada
golongan belia. Proses sosialisasi politik dalam
kalangan belia mesti melibatkan sistem pendidikan,
peranan ibu bapa dan keluarga serta media massa.

(a) Menggembleng Tenaga Para Guru sebagai
Agen Penerangan dan Cula Bagi Pengundi
18 Tahun

Sebagai badan yang bertanggungjawab dalam
menguruskan pilihan raya di Malaysia, Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) dalam cadangan untuk
berbincang bersama Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi membina modul pendidikan mengundi
yang berkisar tentang proses pilihan raya dan
pengundian.

23

KPM melalui peranan guru bertanggungjawab
menjadi ejen penerangan di sekolah bagi
memastikan para pelajar memahami konsep
kenegaraan, kepentingan mengundi, dan memilih
pemimpin. Dalam pada itu, guru-guru juga boleh
melaksanakan culaan terhadap para pelajar di
sekolah untuk melihat kecenderungan mereka dalam
pilihan raya.

(b) Melaksanakan Kempen Terhadap Ibu Bapa
Bagi Memastikan Anak- Anak Mengundi

Hakikatnya, anak-anak akan mempelajari perkara
baru dalam kehidupan melalui ibu bapa yang
merupakan individu awal dikenali dalam kehidupan.
Dalam hal ini, peranan ibu bapa adalah sangat
penting untuk memperkenalkan anak-anak kepada
pengetahuan tentang hal ehwal negara. Kajian
menunjukkan golongan belia yang terdedah dengan
perbincangan politik di rumah bersama ibu bapa dan
ahli keluarga mencetuskan kesedaran politik dan
mempunyai pengetahuan yang luas tentang perkara
tersebut (Thomas, 1998; Mo Kyung Hwan, 2000).
Tidak dapat dinafikan ibu bapa berupaya membentuk
orientasi politik sejak dari kanan-kanak (Abdullah,
2012).

24

Bermula 1 Oktober 2021, sejumlah 5.8 juta pemilih
berumur 18 tahun dan ke atas boleh melakukan
semakan dan pengesahan diri sebagai pengundi
secara automatik, dan proses Semakan Pra-
Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) akan
berlangsung sehingga 31 Oktober. Ibu bapa adalah
‘booster’ bagi memastikan anak-anak terlibat dalam
sistem demokrasi negara untuk melaksanakan
tanggungjawab memilih pemimpin melalui proses
pilihan raya terutamanya bagi ‘first time voter’.

(c) Memperkemas Jentera Milenial Bagi
Menyambut Kehadiran Pengundi 18 Tahun

Mendepani anak muda masa kini menuntut strategi
yang tersusun rapi. Jentera milenial di bawah
Jentera Pilihan Raya Parlimen (JPRP) perlu hadir ke
lapangan anak muda dengan idea yang segar dan
dekat dengan hati mereka. Penguasaan media sosial
seperti facebook, instagram, twitter dan tiktok
merupakan medium penting untuk mendekati anak
muda. Hal ini kerana, maklumat yang disampaikan
melalui media sosial lebih mudah tersebar dalam
masyarakat di samping golongan belia lebih mudah
terdedah dengan akses internet. Data daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia (2021) menunjukkan
penggunaan internet dalam kalangan masyarakat
Malaysia berusia 15 tahun ke atas meningkat
dengan ketara kepada 89.6 peratus pada 2020

25

berbanding 84.2 peratus pada 2019 dan aktiviti
internet yang paling popular di Malaysia adalah
menyertai rangkaian sosial. Justeru, ruangan media
sosial perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin dalam
usaha menyebarluaskan maklumat tentang isu
semasa dan kenegaraan tanpa mengenepikan
usaha mendekati anak muda secara fizikal.

(d) Memanfaatkan Peranan Influencer dalam
Kalangan Muslimat Muda

Pembentukan ikon atau ‘influencer’ didapati semakin
berkembang dan penting dalam masyarakat. Kini
individu terbabit menjadi sumber rujukan tentang
sesuatu perkara oleh kebanyakan anak muda
berbanding ibu bapa atau pihak berautoriti lain. Oleh
yang demikian, ‘influencer’ dalam kalangan anak
muda adalah menjadi keperluan semasa dalam
usaha menjuarai isu-isu semasa supaya segala
persoalan yang dibangkit dapat dijawab dengan
tepat dan berfakta.

Muslimat muda perlu ke hadapan dalam
mengetengahkan idea-idea kreatif yang sesuai
dengan penerimaan anak muda secara umumnya,
pada masa sama memberikan panduan agar mesej
yang ingin disampaikan selari dengan nilai-nilai
Islam.

26

CABARAN MEMENANGI PRU-15 DALAM NORMA
BAHARU

49. Saya percaya semua ahli Muslimat sudah
memposisikan diri dalam gerak kerja pilihan raya
selaras dengan agenda J12K di peringkat masing-
masing. Tiada lagi istilah terkejut dengan sebarang
pengisytiharan Pilihan Raya Umum. Gerak kerja
pilihan raya juga mesti bergerak seiring dengan fasa
yang telah ditetapkan. Jangkaan pembubaran
Parlimen sebelum Julai 2022, bukanlah satu tempoh
masa yang lama. Insya-Allah terdekat kita akan
berhadapan dengan PRN Melaka dan ada
kemungkinan juga nantinya dengan PRN Sarawak.

50. Justeru, Muslimat sekalian mestilah bergerak secara
berfokus serta beradaptasi ataupun menyesuaikan
diri dengan norma baharu. PKP atau wabak COVID-
19 tidak boleh dijadikan alasan untuk Muslimat
menjadi beku dan kaku daripada sebarang kerja
pilihan raya. Sebaliknya, para Muslimat mestilah
lebih kreatif dalam mendekati pengundi yang ada
dalam kalangan mereka beremosi, tidak peduli politik
atau mungkin bersikap menolak sebarang parti.
Terus mara menyeru mereka untuk mengundi kita.

27

51. Para Muslimat sekalian perlu menyedari bahawa
untuk menghadapi PRU-15, penguasaan media
sosial sangat penting kerana pada hari ini hampir 90
peratus daripada pengundi Malaysia menjadikan
media sosial sebagai rujukan. Kepimpinan Muslimat
di pelbagai peringkat mestilah memastikan
prasarana operasi media dipersiapkan semaksimum
mungkin, di samping semua Muslimat perlulah
memahirkan diri untuk menjadi ejen penerangan di
peringkat masing-masing. Adalah sangat penting
mulai sekarang kita mencungkil bakat-bakat baharu
dalam kalangan Muslimat muda atau ahli keluarga
Muslimat untuk menyertai pasukan kempen secara
dalam talian.

52. Muslimat PAS mesti bersedia dengan segala
persiapan dan dalam masa yang sama setiap usaha
yang dilakukan, mestilah meletakkan pengharapan
yang tinggi kepada Allah SWT, menambah ilmu seni
pilihan raya juga seni menawan pengundi serta
berinovasi merancang kaedah-kaedah pilihan raya
mengikut norma baharu tanpa memandang rendah
kepada parti lawan. Dalam masa yang sama
beriltizam penuh menghadapi pelbagai kemungkinan
dan perubahan yang berlaku antara rakan ta’awun
kita di peringkat MN mahupun PN kerana suasana
politik itu sentiasa berubah dan tidak terduga.

28

53. Dengan usaha dan cara yang telah kita atur dan
laksanakan maka kita memohon pertolongan Allah
dan menyerahkan sepenuh hasilnya kepada Allah
SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah an-
Najmu ayat 39-40 yang bermaksud,

“Dan manusia memperolehi apa yang telah diusahakan. Dan
sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya).
kemudian akan diberikan balasan kepadanya dengan balasan
yang paling sempurna”.

MUHASABAH

54. Sejauh mana kefahaman Muslimat dalam
penguasaan diri secara menyeluruh sebagai ahli
sebuah parti politik dan gerakan Islam. PAS dan
Dewan Muslimat telah menyediakan pelan tindakan
strategik untuk menjadi rujukan setiap perancangan
dan bertujuan untuk menyelaraskan semua gerak
kerja di semua peringkat. Penguasaan menyeluruh
sebagai anggota PAS sebagai sebuah gerakan Islam
memerlukan semua Muslimat PAS mengikat diri
dengan agenda pentarbiyahan bermula dengan
komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam usrah.

55. Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan telah menyediakan
Modul J12K (Jentera 12,000) bagi melahirkan
petugas dan ‘amilin yang memiliki sifat ‘AKIFI (‘Alim,
Haraki, dan Sufi).

29

Sejauh mana tenaga Muslimat memposisikan diri
dalam agenda J12K ini? Tanpa kefahaman dan
komitmen padu daripada para Muslimat sekalian
sudah pasti suara-suara yang berkata tentang
kepentingan tarbiyah sebagai ruh kepada Jemaah
hanya tinggal bualan kosong sahaja.

56. Pada hari ini, Dewan Muslimat dengan kerjasama
padu daripada pelbagai entiti dalam organisasinya
telah banyak membangunkan produk-produk dan
modul-modul berasaskan kepakaran dan kajian
mendalam oleh kepimpinan Muslimat. Semua produk
dan modul DMP iaitu Modul TASTI, Gelombang
‘AKIFI, APSA, Ilham ‘AKIFI, Skuad Prihatin, Briged
Muslimat, MusMedik, MUSLET serta produk atau
modul-modul di peringkat Dewan Muslimat PAS
Negeri juga seharusnya sampai ke peringkat akar
umbi parti. Setiap anggota Muslimat perlu melibatkan
diri dalam menjayakannya. Saya berkeyakinan,
sekiranya produk yang telah dibangunkan ini benar-
benar dimanfaatkan dengan sebaiknya, pasti ia
mampu memberikan satu anjakan paradigma dalam
budaya berfikir dan lonjakan yang lebih jauh dalam
budaya kerja sebagai sebuah organisasi yang kukuh
dan tersusun rapi sesuai dengan perintah Allah SWT
dalam surah as-Saff ayat 4.

30

57. Keberadaan Muslimat dalam agenda perpaduan dan
permuafakatan ummah turut merangsang usaha-
usaha kerjasama yang utuh antara tiga parti teras
orang Melayu di negara ini iaitu PAS, UMNO dan
Bersatu. Adakah para Muslimat menyedari peranan
yang begitu penting demi memperkukuhkan benteng
pertahanan ini? Sejauh mana setiap daripada kita
memastikan keterlibatan diri dalam jentera parti dan
mujahadah menyahut seruan kesatuan dengan
memposisikan diri dalam agenda ini di peringkat
masing-masing?

PESANAN DAN ARAHAN

58. Berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan
berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran.
Perjuangan ini adalah satu perjalanan yang panjang.
Berharaplah hanya kepada ALLAH bukan kepada
manusia agar jiwa kita terus segar dengan harapan
yang pasti sehingga ke denyut nadi yang terakhir.
Suatu permusafiran yang jauh dan panjang, pasti
memerlukan bekalan dan persiapan yang rapi bagi
memastikan kita selamat sepanjang perjalanan
sebagaimana firman Allah SWT dalam surah at-
Taubah ayat 42, maksudnya:

31

“Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai
Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati dan
satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya
mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat
yang hendak dituju itu jauh bagi mereka dan mereka akan
bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: Kalau kami
sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu. (Dengan
sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri,
sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu
orang-orang yang berdusta (tidak sanggup mengikutmu).”

59. Allah SWT menegaskan bahawa tugas dakwah ini
akan dipenuhi kesusahan dan kepayahan. Justeru
kita perlu mempersiapkan bekalan yang mencukupi
agar tidak terjerumus dalam lembah kelemahan,
futur, tidak bersemangat dan tewas di tengah-tengah
perjalanan ini.

(a) BEKALAN PERTAMA DAN UTAMA: ILMU
Saidina Umar berkata yang bermaksud, “Dalamilah
ilmu (bertafaqquh) sebelum kamu memimpin”.
Adalah satu kezaliman pada diri kita yang bercita-
cita tinggi untuk memimpin dan melimpahkan
kesejahteraan Islam kepada umat tanpa kita
memberikan keutamaan kepada penguasaan ilmu.

32

(b) BEKALAN KEDUA: KEKUATAN IMAN DAN
KETEGUHAN JIWA

Penanda aras yang paling utama untuk menjadi
ummah yang berkualiti ialah keteguhan jiwa dengan
menjadikan Rasulullah SAW sebagai uswah
hasanah. Sirah baginda yang menjadi rujukan dalam
membangunkan manhaj Rabbani hendaklah ditekuni
dan diperhalusi untuk diamalkan.

(c) BEKALAN KETIGA: AMAL SOLEH

Penghayatan amal soleh hendaklah berpandukan
sirah nabawiyyah yang merangkumi amal fardi, amal
jama’ie, amal ijtima’ie dan amal siyasi secara
kolektif. Keteguhan jiwa dan kesucian peribadi
dengan kerapnya melakukan taubat pasti mampu
membawa diri kita sebagai pendukung parti yang
bertaqwa, sentiasa berhati-hati daripada terjebak
dengan dosa yang tersembunyi yang boleh
merosakkan amal.

(d) BEKALAN KEEMPAT: PENGUASAAN
PELBAGAI KEMAHIRAN

Kebenaran yang tidak tersusun dan bersistem pasti
akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun.
Dewan Muslimat mengingatkan Muslimat PAS agar
menekankan aspek keberkesanan dalam mengurus
organisasi, diri, keluarga, kewangan, dan teknologi.

33

PENUTUP

60. Rakaman penghargaan dan terima kasih kepada
semua saff kepimpinan setiap peringkat, Ahli
Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia,
Dewan Muslimat PAS Negeri dan Wilayah
Persekutuan, Dewan Muslimat PAS Kawasan dan
Jawatankuasa Muslimat Cawangan yang komited
menggembleng tenaga bersatu hati dan pemikiran
dengan dukungan seluruh anggota Muslimat PAS
yang berdedikasi menjayakan visi dan misi Dewan
Muslimat berpandukan pelan strategik yang disusun
sehingga Dewan Muslimat mampu mencapai tahap
pada hari ini.

61. Juga penghargaan kepada semua anggota panitia
muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-61.
Yakinlah setiap kerja buat kita semua sentiasa di
bawah pemerhatian dan penilaian Allah SWT dan
dirasai keberkatannya sepanjang hayat kita di dunia
ini serta akan dinikmati hasilnya di hari kemudian
kelak insya-Allah.

62. Saya dan seluruh saff kepimpinan sesi 2019-2021
merakamkan sekalung penghargaan dan memohon
jutaan kemaafan atas sebarang kelemahan dan
kekhilafan sepanjang menerajui kepimpinan DMPM.

34

Tidak ada yang sempurna daripada setiap manusia
tetapi kekurangan itu mampu disempurnakan
dengan ruh wehdah dan mahabbah sehingga
sampai saat kita bertemu dengan Allah SWT.

‫ﺳ��وا ﻋ�� ﺑﺮﻛﺔ ﷲ‬

Sekian. Wassalam.
YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
Sesi 2019-2021
Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia Kali ke-61
30 Oktober 2021 bersamaan 23 Rabiulawal 1443

35

SCANME


Click to View FlipBook Version