The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan lengkap PERTAMA yang menghimpunkan penyata kos perlaksanaan projek dan penyata untung rugi perniagaan lengkap dengan format dan formula pengiraan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhasikin.a.bakar87, 2024-06-27 03:10:52

Panduan mudah pengiraan kos produk

Panduan lengkap PERTAMA yang menghimpunkan penyata kos perlaksanaan projek dan penyata untung rugi perniagaan lengkap dengan format dan formula pengiraan.

Keywords: keusahawanan,kira-kira,matematik,usahawan,kalkulator,nombor,perniagaan,untung,rugi,akaun,lajer,kos,produk,jualan,belanja

MY KIRA-KIRA NOR FADZILAH BINTI YAACOB NOR HASIKIN BINTI ABU BAKAR MASTURA BINTI MASTOR - KOLEJ KOMUNITI ROMPIN - PANDUAN MUDAH PENGIRAAN KOS PRODUK


MY KIRA-KIRA PANDUAN MUDAH PENGIRAAN KOS PRODUK Kolej Komuniti Rompin


MY KIRA-KIRA PANDUAN MUDAH PENGIRAAN KOS PRODUK Hak Cipta Terpelihara Tiada bahagian dari terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau di tukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun , sama ada dengan cara elektronik, gambar atau rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Kolej Komuniti Rompin terlebih dahulu.


Penghargaan Bismilahhirohmannirohim Setinggi- tinggi ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya, e-book My KiraKira Panduan Mudah Pengiraan Kos ini Berjaya diterbitkan. Kandungan e-book ini merupakan panduan mudah pengiraan kos produk meliputi pengiraan kos per/unit, kos perlaksanaan projek dan penyata untung rugi perniagaan. Kandungannya dilengkapi dengan format dan formula pengiraan dapat dijadikan rujukan kepada pelajar dan komuniti yang berkeperluan kepada maklumat yang ada. Akhir kata, setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam pemyediaan e-book ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga penghasilan e-book ini memberi kefahaman dan manfaat kepada semua pengguna.


BIODATA PENULIS PUAN NOR FADZILAH BINTI YAACOB berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Diploma Pendidikan. Beliau memulakan karier pada 2008 sebagai Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi di Kolej Komuniti Bandar Penawar dan merupakan pensyarah bagi program Sijil Pengoperasian Perniagaan. Pada 2018, beliau mula berkhidmat sebagai Pensyarah, Pembelajaran sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Rompin. Beliau merupakan Ketua Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat dan mempunyai pengalaman mengajar selama 14 tahun. Beliau aktif menyusun dan mengurus segala program kursus pendek dan kursus latihan khas di Kolej Komuniti Rompin dan memastikan KPI penyertaan kursus pendek tahunan tercapai dengan jayanya. CIK NOR HASIKIN BINTI ABU BAKAR berkelulusan Diploma Seni Bina. Beliau memulakan karier pada 2010 sebagai Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi di Kolej Komuniti Kuching dan merupakan pensyarah bagi program Sijil Teknologi Senibina. Pada 2016, beliau telah bertukar ke Kolej Komuniti Jempol sebagai Pensyarah Sijil Teknologi Senibina. Pada 2022, mula berkhidmat sebagai Pensyarah Pembelajaran sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Rompin. Beliau merupakan penyelaras di Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat dan mempunyai pengalaman mengajar selama 12 tahun. Beliau aktif dalam menyelaras data dan sistem PSH dan melaksanakan kursus pendek sepanjang tahun bagi membantu mencapai KPI kolej. PUAN MASTURA BINTI MASTOR berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Bimbingan dan Kaunseling) daripada Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan selama 20 tahun dan pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Kaunseling selama 5 tahun dan kini sebagai Pensyarah di Kolej Komuniti Rompin,Pahang . Kini beliau memegang jawatan sebagai Ketua Unit Pengajian Am, Kolej Komuniti Rompin. Beliau mempunyai pengalaman mengajar kursus keusahawanan selama 10 tahun. Beliau juga mempunyai banyak pengalaman dalam memberi ceramah motivasi, kepimpinan dan pengurusan organisasi kepada komuniti-komuniti setempat.


PRAKATA Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh dan Salam Sejahtera, Penulisan My Kira-Kira, Panduan Mudah Pengiraan kos dihasilkan oleh oleh Kolej Komuniti Rompin merupakan e-book yang menghimpunkan kos perlaksanaan projek, penyata untung rugi perniagaan yang mudah diakses dan dilengkapi dengan formula dan format pengiraan agar mudah dicapai dan digunakan walaupun tanpa asas ilmu perakaunan. My Kira-kira terhasil daripada cetusan idea dan kretiviti pensyarah bagi memudahkan pelajar membuat pengiraan kos perlaksanaan projek dan mengira untung rugi perniagaan. Masalah yang selalu dihadapi oleh pelajar ialah kesalahan dalam proses pengiraan kos perlaksanaan projek serta penyediaan penyata untung rugi. Berdasarkan situasi masalah tersebut, My Kira-kira dibangunkan sebagai satu pemudahcara kepada pelajar untuk mengira kos perlaksanaan projek dan penyata untung rugi perniagaan dengan meminimakan kesalahan. E-book ini satu nota interaktif yang menarik dan senang diakses oleh pelajar. Semoga bermanfaat untuk semua. Ikhlas Berkongsi, Nor Fadzilah Binti Yaacob Pensyarah Kolej Komuniti Rompin


01 02 Isi Kandungan Panduan lengkap PERTAMA yang menghimpunkan penyata kos perlaksanaan projek dan penyata untung rugi perniagaan lengkap dengan format dan formula pengiraan. Pengenalan 1.1 Elemen Keperluan Aset 1.2 Elemen Kos Modal Kerja 1.2.1 Kos Pentadbiran/ Organisasi 1.2.2 Kos Pemasaran 1.2.3 Kos Operasi 1.3 Elemen Kos Luar Jangka 1.4 Format Kos Perlaksanaan Projek Kos Perlaksanaan Projek 03 04 2.1 Format Untung Rugi Perniagaan 2.2 Kos Per Unit Penyata Untung Rugi - Kos Per/ unit Produk 05 06 - Kesimpulan - Penutup


Click to View FlipBook Version