KALI KE-22 2024 TARIKH : 27 APRIL 2024 MASA : 11.00 PAGI TEMPAT : LOBI SK BANDAR BARU PUTERA
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Tinta Yang Dipertua Agenda Mesyuarat Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 Laporan Aktiviti PIBG SKBBP Sesi 2023/2024 Laporan Kewangan PIBG Tahun 2023 Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 Usul-Usul Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2025 i ii iii 1 8 9 15 16 18
i TINTA YANG DIPERTUA Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. dengan segala nikmat-Nya dapat saya mengambil kesempatan ini menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang dapat hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKBBP kali ke-22 pada hari ini. Permuafakatan, sikap saling membantu dan bekerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan kunci utama kepada sebuah kejayaan. Inilah azimat yang perlu kita berpegang sejajar dengan titah Tuhan seperti yang dirakamkan dalam Surah al-Maidah ayat 2: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan”. Saya mengambil kesempatan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli PIBG yang terdiri dari kalangan ibu bapa dan guru. Saya juga mewakili Jawatankuasa PIBG memohon ampun dan maaf sepanjang kami mengemudi PIBG andai terdapat kelemahan dan kesilapan. Kami telah usahakan yang terbaik. Saya berharap barisan jawatankuasa baharu akan meneruskan khidmat bakti demi kebaikan anak-anak kita. Selamat bermesyuarat dalam suasana yang harmoni. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Abd.Rashid bin Abdullah Yang Dipertua PIBG SK Bandar Baru Putera
ii AGENDA MESYUARAT • Ucapan Aluan Pengerusi • Ucapan Aluan Penasihat PIBG • Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKBBP Kali Ke-21 • Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG SKBBP Sesi 2023/2024 • Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG SKBBP berakhir 31 Disember 2023 • Membahaskan Usul • Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2025 • Pemilihan Pemeriksa Kira-Kira • Ucapan Penangguhan
Ruj.Kami : PIBGskbbp/04/02/Jld.3(97) Ibu Bapa / Penjaga dan Guru, Tarikh : 06 April 2024 Ahli PIBG SK Bandar Baru Putera, SK Bandar Baru Putera, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Tuan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SKBBP KALI KE-22 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKBBP kali ke-22 akan diadakan pada ketetapan berikut: Tarikh : 27 April 2024 (Sabtu) Masa : 11.00 pagi (selepas tamat majlis Hari Apresiasi Pelajar) Tempat : Lobi SK Bandar Baru Putera 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: 3.1 Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG. 3.2 Ucapan Penasihat PIBG. 3.3 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG SKBBP kali ke-21 3.4 Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG SKBBP Sesi 2023/2024. 3.5 Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG SKBBP berakhir 31 Disember 2023. 3.6 Membahaskan Usul: 3.6.1 Usul-usul Pihak Sekolah / AJK PIBG. 3.6.2 Usul-usul bertulis yang diterima sebelum atau pada 13 April 2024 3.7 Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2024/2025. 3.8 Pemilihan Juruaudit Dalaman. 3.9 Ucapan Penangguhan. 4. Bersama-sama ini disertakan borang cadangan usul menggunakan aplikasi Google Form untuk tindakan tuan. Usul tersebut hendaklah dihantar sebelum atau pada 13 April 2024. Sebarang usul yang dihantar selepas tarikh tersebut tidak akan diterima. Pembawa usul juga disyaratkan hadir Mesyuarat Agung ini untuk usulnya dibahas. Kerjasama dan keprihatinan tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Saya yang menjalankan amanah, (ABD.HALIM BIN ABD.MAJID) Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru, SK Bandar Baru Putera, Sesi 2023/2024. Sk.1) Penasihat PIBG 2) Fail PIBG KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Putera Jalan Bercham 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Tel : 05-5333959 Fax : 05-5336437 Email : [email protected]
1 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 SK BANDAR BARU PUTERA
2 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK BANDAR BARU PUTERA KALI KE-21 TAHUN 2023 Tarikh : 17 Jun 2023 (Sabtu) Masa : 11.15 pagi Tempat : Lobi SK Bandar Baru Putera Pengerusi Mesyuarat : En. Abd Rashid bin Abdullah Jumlah kehadiran : 73 orang ibu bapa / penjaga murid : 45 orang Guru Senarai kehadiran : 1. En. Abd Rashid bin Abdullah - Yang Dipertua 2. En. Hisyam bin Yahaya - Naib Yang Dipertua 3. En. Abd.Halim bin Abd.Majid - Setiausaha 4. En. Mohd Bazli bin Ramli - Bendahari 5. En. Muhammad Hazman bin Hasnan - AJK 6. Pn. Rosmala binti Ahmad - AJK 7. Cik Thevaki a/p Razindran - AJK 8. Pn. Siti Khatijah binti Othman - AJK 9. En. Mazlan bin Awang - AJK 10. En. Shamsul Helmi bin Hj.Hamdan - AJK 11. En. Raja Rosasnizam b. Roslan @ Raja Roslan- AJK 12. Pn. Lailatul Zaharah bt. Othman - AJK 13. Pn. Rodhiah bt. Md Sharif - AJK Nota : Senarai lengkap kehadiran ahli seperti dalam lampiran yang disertakan. Turut hadir : 1. En. Zainor Amri bin Zulkifli - Penasihat 2. En. Mohd Azhar bin Abd Hamid - PK Pentadbiran 3. En. Hirzuan bin Zulkifli - PK HEM 4. En. Mohd Faizul bin Dahlan - PK Kokurikulum Agenda Mesyuarat: 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Yang Dipertua selaku Pengerusi Mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21, dan menzahirkan penghargaan kepada Penasihat, barisan pentadbir, barisan AJK, para guru dan ibu bapa atas komitmen yang sangat baik membantu PIBG. 1.2 Jumlah kehadiran sederhana, mungkin kerana kekangan tugas dan urusan keluarga. 1.3 Ibu bapa perlu menjadikan PIBG sebagai medium menyampaikan sebarang cadangan kepada pihak sekolah. 1.4 Ibu bapa perlu memberi sumbangan kepada sekolah bukan hanya dalam bentuk kewangan, tetapi juga sebarang kepakaran yang dimiliki. Sebagai contoh ada ahli PIBG yang bertugas sebagai ahli bomba, membantu sekolah dalam menyelia alat
3 pemadam api, juga aktif membantu sekolah menyelesaikan kes-kes yang berkaitan skop tugasnya. 2.0 Ucapan Aluan Penasihat 2.1 Penasihat mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan guru. Beliau seterusnya merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan dan barisan AJK PIBG sesi 2022/2023. 2.2 Beliau berharap bantuan PIBG dalam pelbagai aspek demi kejayaan sekolah. 2.3 Selain PIBG, PIBKS juga sangat penting dalam menyalurkan kemahiran. Contohnya ada bapa yang berkemahiran dalam sukan bola sepak, boleh bantu melatih pasukan bola sepak sekolah. 2.4 PIBG dalam proses menubuhkan Alumni SKBBP. 2.5 Beliau berharap mesyuarat agung ini akan berjalan lancar dalam suasana yang baik. 3.0 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung yang Lalu 3.1 Setiausaha PIBG sesi 2022/2023 membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-20 untuk diterima. 3.2 En. Raja Rosasnizam bin Raja Roslan mencadangkan minit ini diterima dan disokong oleh En. Mazlan bin Awang. 4.0 Perkara Berbangkit 4.1 Pengerusi membuka kepada sidang mesyuarat untuk perkara berbangkit. 4.2 En. Rasdi bin Talib membangkitkan perkara 7.2.1 (a) dan 7.2.3 isu beg murid berat. Walaupun pembawa usul tidak hadir, namun beliau ingin tahu apakah isu ini ada dibincangkan oleh pihak sekolah atau AJK PIBG. 4.3 Penasihat memberi respon. Antara tindakan mengatasi isu beg murid berat ialah memastikan hanya empat mata pelajaran bagi tahap satu dan lima mata pelajaran bagi tahap dua dalam sehari. 4.4 Cadangan untuk mewujudkan rak simpanan buku setiap kelas adalah penyelesaian paling berkesan namun setakat ini sekolah belum mampu menyediakan rak ditambah pula saiz kelas yang sudah padat terutama tahap dua. 4.5 Ada sekolah telah menerima locker terutama sekolah dua sesi. Beliau berharap sekolah ini juga akan menerimanya pada masa akan datang. 4.6 PK HEM En. Hirzuan pula berharap ibu bapa memastikan anak membawa buku ikut jadual kerana ada laporan dari guru-guru kelas antara punca beg murid berat kerana membawa buku yang tiada jadual pada hari tersebut. 5.0 Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 5.1 Setiausaha PIBG sesi 2022/2023 membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG yang lalu untuk diterima. 5.2 Pn.Rodhiah binti Md Sharif mencadangkan laporan aktiviti ini diterima dan disokong oleh Pn. Lailatul Zaharah binti Othman.
4 6.0 Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG 2022 6.1 Bendahari PIBG sesi 2022/2023 membentangkan penyata kewangan PIBG bermula 01 Januari hingga 31 Disember 2022 untuk diterima. 6.2 Pengerusi meminta cadangan penyata kewangan ini diterima dan disokong. Pn.Normawati binti Yusoff mencadangkan penyata ini diterima dan disokong sebulat suara. 6.3 Pengerusi membuka kepada sidang mesyuarat untuk sebarang pertanyaan berkaitan penyata kewangan ini. Tiada sebarang pertanyaan. 7.0 Membahaskan Usul 7.1 Usul AJK PIBG 7.1.1 Usul bayaran tambahan persekolahan: a) Cadangan untuk mengekalkan sumbangan keahlian PIBG berjumlah RM30.00 bagi satu keluarga. b) Cadangan bayaran kecemerlangan akademik RM40.00 bagi seorang murid. c) Cadangan yuran ICT RM20.00 bagi seorang murid. d) Cadangan meneruskan Program Keselamatan dan Keceriaan Sekolah RM20.00 bagi satu keluarga. Pembawa Usul : AJK PIBG (Mesyuarat AJK - 15/05/2023) 7.1.2 Pengerusi meminta agar usul bayaran tambahan ini dibahaskan. 7.1.3 Tiada sebarang perbahasan. Pengerusi minta cadangan dan sokongan. 7.1.4 Sidang mensyuarat sebulat suara mengatakan setuju dengan usul ini. Tiada sebarang bantahan dibuat. 7.2 Usul Bertulis 7.2.1 Saya berharap pihak sekolah mencadangkan penjualan makanan berkhasiat di kantin sekolah. Tidak sesuai menjual makanan seperti kentang goreng, hot dog sebagai menu utama bagi murid. Makanan frozen tidak sesuai dimakan hari-hari, makanan seperti nasi goreng, mee,bihun, keow teow, nasi lemak, sandwich sardin atau telur, roti bakar, roti telur. Nasi patut dijual dalam pingan kecil harga sekitar RM1.50- RM2.00, seperti di sekolahsekolah rendah yang lain. Buah-buah potong , air lengkong, air yakult, vitagen lagi berkhasiat dari air perwarna . Ini sekadar pendapat saya. Saya sebagai warga KKM juga sudah menjadi tanggungjawab saya memantau penjualan makanan di kantin. Mohon maaf jika ada tersalah atau terkasar bahasa, terima kasih. Pembawa Usul : Pn. Sheila A/P Muniandy Pembawa usul tidak hadir, usul tidak dibahaskan.
5 7.2.2 a. Pihak sekolah perlu meningkatkan keselamatan pelajar sekolah semasa ibu bapa hantar dan ambil anak-anak dari sekolah b. Menaik taraf kebersihan tandas-tandas sekolah c. Mengadakan kelas solat dan bacaan al-Quran / Iqra d. Memasang cctv bagi tujuan mengelakkan salah laku pelajar seperti buli, ugut dan sebagainya Pembawa Usul : Pn. Nafiza Begum binti Najibsin Pembawa usul tidak hadir, usul tidak dibahaskan. 7.2.3 a. Pengunaan box yang sesuai untuk meletakkan buku teks , buku aktiviti dan buku tulis bagi setiap murid dalam setiap kelas . Usul ini dicadang- kan sebab kebanyakan sekolah sudah buat untuk mengelakkan kehilangan buku atau tertinggal buku. b. Memohon pertolongan para guru sekiranya ada memberi kerja rumah pada murid untuk memaklumkan pada group kelas supaya ibu bapa dapat membantu para guru dan juga memantau anak-anak menyiapkan kerja rumah. Pembawa Usul : Pn. Syafiah Qistina Pembawa usul tidak hadir, usul tidak dibahaskan. 7.2.4 a. Terangkan harga makanan murid kepada ibubapa b. Sesak waktu pulang murid, ada papan tanda sehala waktu kemuncak tetapi masih lagi ramai yg lawan arus, boleh menyebabkan sesak. Pembawa Usul : Pn. Noor Hidayah binti Abdullah Pembawa usul tidak hadir, usul tidak dibahaskan 7.2.5 Walaupun semua pembawa usul tidak hadir, En. Hirzuan respon beberapa usul yang diutarakan. 7.2.6 Berkaitan harga makanan di kantin, sebenarnya ia dijual dengan kadar harga RM1 ke RM2 sahaja. Hanya satu menu sahaja dijual dengan harga RM3 iaitu nasi ayam crispy. Hasil tinjauan unit kantin, ada murid yang membeli lauk khas untuk guru, menyebabkan harganya lebih mahal. Contohnya ikan keli. Kantin pernah didatangi penguatkuasa MBI pada Disember 2022, tiada sebarang masalah direkodkan. 7.2.7 Berkenaan keselamatan, unit HEM telah menetapkan tempat yang betul untuk menghenti dan menurunkan murid mengikut jenis kenderaan. Kegagalan segelintir ibu bapa mengikuti ketetapan ini menyebabkan kesesakan dan terdedah kepada kemalangan kecil. Contohnya ibu bapa
6 yang membawa motorsikal melalui tempat perhentian kereta dan begitu juga sebaliknya. Kemalangan kecil pernah terjadi. Mungkin PIBG perlu membuat permohonan kepada MBI agar dibuat garisan atau kotak tempat berhenti motorsikal dan kereta. 7.2.8 Berkaitan kebersihan tandas, sekolah telah dan akan menaiktaraf sedikit demi sedikit. Sebagai contoh tandas murid lelaki dan perempuan di aras bumi blok A telah dinaiktaraf dengan peruntukan RM10,000 hasil sumbangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. 8.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 dan Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 8.1 Pengerusi yang juga Yang Dipertua PIBG mengumumkan pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023. Setiausaha mencadangkan En. Hirzuan bin Zulkifli dinamakan sebagai Pengerusi Sementara. 8.2 Pemilihan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua Sesi 2023/2024: 8.2.1 En. Mazlan bin Awang mencadangkan En. Abd Rashid bin Abdullah dicalonkan sebagai Yang Dipertua. En. Hisyam bin Yahaya menyokong cadangan tersebut. En. Raja Rosasnizam bin Raja Roslan mencadangkan cadangan ditutup dan disokong sebulat suara. 8.2.2 Bagi jawatan Naib Yang Dipertua, dua nama dicalonkan iaitu En. Hisyam bin Yahaya dan Pn. Lailatul Zaharah binti Othman. Undian dibuat dan dimenangi oleh En. Hisyam bin Yahaya. 8.3 Pengerusi Sementara mengumumkan En. Abd Rashid bin Abdullah sebagai Yang Dipertua PIBG yang baharu dan En. Hisyam bin Yahaya sebagai Naib Yang Dipertua. 8.4 Pengerusi Sementara meminta sidang mesyuarat mencalonkan enam orang sebagai AJK PIBG yang baharu. Sidang mesyuarat telah mencadangkan dan bersetuju nama-nama berikut dilantik sebagai AJK: 1. Pn. Lailatul Zaharah binti Othman 2. En. Mazlan bin Awang Kechik 3. Pn. Rodhiah binti Md Sharif 4. En. Shamsul Helmi bin Hamdan 5. En. Raja Rosasnizam bin Raja Roslan 6. En. Rasdi bin Talib 8.5 Jawatan Setiausaha, Bendahari dan empat orang ahli jawatankuasa dalam kalangan guru adalah lantikan pentadbir sekolah. Jawatan Setiausaha dan Bendahari dikekalkan manakala empat orang AJK dalam kalangan guru akan diumumkan sebelum Mesyuarat AJK Pertama diadakan. 8.6 Pengerusi Sementara meminta calon untuk jawatan juruaudit dalam kalangan ibu bapa. Pn. Rodhiah bt. Md Sharif mencadangkan Pn. Siti Zuefairah bt. Ayub dikekalkan memegang jawatan juruaudit. Sidang mesyuarat sebulat suara bersetuju. 8.7 Juruaudit dalam kalangan guru adalah lantikan pentadbir sekolah iaitu En. Zainal Abidin bin Mohamad.
7 9.0 Ucapan Penangguhan 9.1 Pengerusi Sementara mempersilakan mana-mana ahli mesyuarat yang ingin memberikan ucapan penangguhan. Tiada ucapan penangguhan dibuat oleh mana-mana ahli mesyuarat. 9.2 Yang Dipertua diminta membuat ucapan penangguhan. 9.3 Beliau mengucapkan terima kasih kerana masih diberi kepercayaan menerajui PIBG sesi 2023/2024. Beliau mengharapkan bantuan dan sokongan dari ibu bapa tidak hanya aspek kewangan tetapi juga idea dan pandangan agar PIBG dapat memberi khidmat yang terbaik buat sekolah khasnya murid. 9.4 Sekolah yang selesa menjadi faktor keseronokan murid untuk hadir dan dapat belajar dengan sempurna. Ibu bapa perlulah membantu pihak sekolah untuk mewujudkan keselesaan tersebut. 9.5 Beliau mengucapkan terima kasih atas kesudian ibu bapa menunggu hingga ke akhir majlis. Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 1.30 petang. Nota : Minit mesyuarat agung ini dicatat oleh En. Muhammad Hazman bin Hasnan dan Pn.Siti Khatijah binti Othman. Disediakan oleh: (ABD.HALIM B. ABD.MAJID) Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Bandar Baru Putera, Sesi 2023/2024.
8 LAPORAN AKTIVITI PIBG SKBBP SESI 2023/2024 BIL NAMA AKTIVITI BUTIRAN TARIKH 1 Kejohanan Balapan dan Padang PIBG telah menyalurkan dana RM4000.00 untuk kejohanan ini. AJK PIBG juga terlibat sebagai urusetia pada hari kejadian. 22 Oktober 2023 2 Sambutan Hari Kanak-Kanak PIBG telah menyalurkan dana RM2349.00 untuk menampung kos makanan (tempahan Marrybrown) 23 November 2023 3 Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih Berjemaah PIBG salurkan sumbangan RM500.00 bagi menampung kos makanan. 21 Mac 2024 4 Sambutan Aidilfitri PIBG salurkan sumbangan RM1622 (RM2 setiap murid) bagi menampung kos perbelanjaan 17 April 2024 5 Majlis Apresiasi Pelajar PIBG meluluskan dana seperti berikut: • Makanan : RM2600 • Hadiah : RM1051 • Sewa khemah dan kerusi : RM540 • Pentas : RM300 27 April 2024 6 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 Pembubaran AJK 2023/2024 dan pelantikan AJK baharu 2024/2025 serta membahaskan usul-usul. 27 April 2024
9 LAPORAN KEWANGAN PIBG SK BANDAR BARU PUTERA BERMULA 1 JANUARI 2023 HINGGA 31 DISEMBER 2023
.......
. . ....
.....…
15 AHLI JAWATANKUASA PIBG SK BANDAR BARU PUTERA SESI 2023/2024 PENASIHAT : EN. ZAINOR AMRI BIN ZULKIFLI (Sehingga 1.1.2024) : EN. NOOR AZMAN BIN ZAINAL ABIDIN (Bermula 2.1.2024) YDP PIBG : EN. ABD.RASHID BIN ABDULLAH NYDP PIBG : EN. HISYAM BIN YAHAYA SETIAUSAHA : ABD.HALIM BIN ABD.MAJID BENDAHARI : MOHD BAZLI BIN RAMLI AJK GURU 1. EN. AMIR ZAKI BIN MOHD TAMIZI 2. PN. JULIFA DIANA BINTI MUSTAFA 3. PN. ROSHANILAH BINTI MOHD HUSIN 4. PN. NUR IZATY BINTI KAMARUDDIN 5. PN. VANITHA A/P KRISHNAN AJK IBUBAPA 1. EN. MOHD MAZLAN BIN AWANG 2. EN. SHAMSUL HELMI BIN HJ.HAMDAN 3. EN. RAJA ROSASNIZAM BIN ROSLAN @ RAJA ROSLAN 4. EN. RASDI BIN TALIB 5. PN. LAILATUL ZAHARAH BT. OTHMAN 6. PN. RODHIAH BT. MD SHARIF PEMERIKSA KIRA-KIRA 1. PN. SITI ZUEFAIRAH BT AYUB (Wakil Ibu Bapa) 2. ZAINAL ABIDIN BIN MOHAMAD (Wakil Guru)
16 USUL-USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 BIL USUL 1 Usul Jawatankuasa PIBG 1.1 Usul Bayaran Tambahan Persekolahan 2024: a. Cadangan mengekalkan sumbangan keahlian PIBG RM 30.00 bagi satu keluarga. b. Cadangan mengekalkan bayaran kecemerlangan akademik RM 40.00 bagi seorang murid. c. Cadangan mengekalkan bayaran ICT RM 20.00 bagi seorang murid d. Cadangan meneruskan Program Keselamatan dan Keceriaan berjumlah RM 20.00 bagi satu keluarga. Pembawa Usul : AJK PIBG (Mesyuarat AJK bertarikh 17/04/2024) 2 Usul Ibu Bapa dan Guru 2.1 a. Mohon disediakan water cooler di persekitaran sekolah untuk kegunaan murid pada waktu sesi persekolahan dan juga pada waktu petang semasa sesi aktiviti luar kelas. b. Mencadangkan diwujudkan dua laluan pejalan kaki dan laluan motorsikal untuk kegunaan waktu balik kerana kesesakan waktu balik antara pejalan kaki dan bermotorsikal amat membahayakan murid-murid. Pembawa Usul : Pn. Norsyita binti Ghozali 2.2 a. Saya mencadangkan agar diadakan program pengumpulan pakaian dan kelengkapan sekolah terpakai sebelum sesi persekolahan bermula. Hal ini membolehkan ibu bapa mendermakan pakaian dan kelengkapan yang masih elok seperti uniform sekolah dan kokurikulum kepada yang memerlukan. b. Saya mencadangkan agar bahan-bahan untuk aktiviti seni dan sains dijual di koperasi sekolah. Contohnya card board, kain felt. c. Saya mencadangkan agar program Nilam dilaksanakan untuk murid tahap 1. Hal ini bagi memupuk minat membaca dikalangan kanak-kanak seawal mungkin. Pembawa Usul : Pn. Siti Hajar binti Azlan
17 2.3 a. Mencadangkan PIBG membekalkan dua kipas berdiri atau kipas dinding untuk setiap kelas berikutan cuaca panas kerana kipas siling yang sedia ada tidak memadai. Murid-murid kepanasan. Pembawa Usul : Pn. Azwani binti Jamil
18 AHLI JAWATANKUASA PIBG SK BANDAR BARU PUTERA SESI 2024/2025 PENASIHAT : EN. NOOR AZMAN BIN ZAINAL ABIDIN YDP PIBG : _____________________________ NYDP PIBG : _____________________________ SETIAUSAHA : _____________________________ BENDAHARI : _____________________________ AJK GURU 1. _________________________ 2. _________________________ 3. _________________________ 4. _________________________ 5. _________________________ AJK IBU BAPA 1. _________________________ 2. _________________________ 3. _________________________ 4. _________________________ 5. _________________________ 6. _________________________ PEMERIKSA KIRA-KIRA 1. __________________________ (Wakil Ibu Bapa) 2. __________________________ (Wakil Guru)