The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERRTAS KERJA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaitonasmaelbp, 2022-07-26 00:57:48

KERRTAS KERJA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2022

KERRTAS KERJA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2022

KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
KALI KE-65/2022

TEMA:
KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA

ANJURAN:
PANITIA SEJARAH
Dengan kerjasama

SEMUA PANITIA
SK BINDU

KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SK BINDU

1.0 Pendahuluan

Panitia Sejarah dengan kerjasama panitia yang lain akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan
bagi mengisi takwim SK Bindu bagi tahun 2022. Justeru, pihak panitia akan mengambil inisiatif
mengadakan aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan
aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan Pra Sekolah.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada
murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan
kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam
kalangan murid dan guru-guru SK Bindu.

2.0 Matlamat
Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah

bagi memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di samping mencungkil bakat terpendam
murid-murid SK Parit Ju secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi
murid yang mampu mengharumkan nama baik SK Bindu di peringkat yang lebih tinggi seperti
pertandingan yang dianjurkan di peringkat sekolah, zon atau daerah.

3.0 Objektif
1. Murid-murid dapat menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat

kemerdekaan yang mereka kecapi kini.
2. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya.
3. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih

kepadanya.
4. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema

kemerdekaan sepenuhnya.

4.0 Kumpulan Sasaran
Semua murid SK Bindu.

5.0 Strategi
Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan murid

secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua kelas bagi
memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

6.0 Keterangan Program

Program ini dilaksanakan berdasarkan ketetapan berikut:

Pelaksanaan : Sepanjang bulan kemerdekaan

(15 Ogos 2022 hingga 15 September 2022)

Tempat : SK Bindu

Majlis Pelancaran : 14 Ogos 2019 (Ahad ) di tapak perhimpunan SK

Majlis Penutup dan penyampaian hadiah : 20 September 2022 (Selasa)

Dewan SK Bindu.

Aturcara Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2022

7.20 pagi : Murid berkumpul di dataran perhimpunan
: Bacaan Doa
Nyanyian lagu Bangsa Johor dan lagu Negaraku
Bacaan Ikrar Sekolah
Ucapan guru bertugas
Ucapan daripada Penyelaras Program Bulan Kemerdekaan 2022
Ucapan Perasmian oleh Pn Hanizam binti Rahmat (Guru Besar SK Bindu)
Gimik pelancaran
Nyanyian lagu Jalur Gemilang dan lagu Tema Kemerdekaan 2022
Majlis bersurai
* Murid bergerak ke kelas untuk mengikuti aktiviti pdpc seperti biasa.

SENARAI PROGRAM SEPANJANG BULAN KEMERDEKAAN 2022

Bil Tarikh Aktiviti Kumpulan Tempat / Tindakan
Sasaran Masa

Pelancaran Bulan

1. 14 Ogos 2022 Kemerdekaan Semua murid Tapak -Pn Izzati

(Ahad) (gimik dan guru perhimpunan -Pn Zaiton

Pelancaran)

15-25 Ogos Pertandingan Pra Kelas/ Waktu -Pn Maharram
melukis dan Sekolah/Tahap 1 PdP (Pra sekolah)
2. 2022 mewarna poster -Guru PSV tahap 1
(2 minggu) (Mewarna) & tahap 2
Tahap 2

(Melukis poster)

-Pn Maharram

3. 15-25 Ogos Pertandingan Pra Sekolah / Kelas/ (Pra sekolah)
2022 Tulisan Cantik/ Tahap 1 Waktu PdP - Cikgu Rahmat(th 1)
Tulisan Berangkai - Cikgu Rahmat (th
(2 minggu) 2)

-Cikgu Mohammad

(th 3)

15-25 Ogos

2022 Pertandingan Tahun 4,5,6 Kelas/ -Pn Zaiton (th 4)
(2 minggu) Deklamasi Sajak/ Waktu PdP - Pn Asmahani (th
syair bertemakan 5&6)
4. kemerdekaan

5. 21 Ogos -10 Pertandingan Buku Tahun 4,5 dan 6 -Pn Zaiton (tahun 4)
Sept 2022 Skrap Sejarah -Pn Izzati (tahun
5&6)

Pertandingan -Pn Asmahani
Membina Replika
6. 28 Ogos-8Sept dari bahan terbuang Tahun 4,5,6 1M1S/koko -Pn Sauanah
2022 & Semua guru

29/8/2022 & 30/8/2022 : Majlis Persaraan Hj Azman bin Roslan

31/8/2022 : Cuti sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2022

2/9/2022-10/9/2022 : Cuti Penggal 2

Majlis

7. 15 September -Pertandingan Pra Sekolah/ Penutup
2019 (Ahad) Nyanyian lagu Tahap 1 dan Bulan -Semua guru kelas
Kemerdekaan
Patriotik Tahap 2

(19/9/2022)

8. 18 September Pakaian Beragam Pra-sekolah Majlis Penyertaan murid :
2019 /Kemerdekaan) Tahun1 hingga 6 Penutup Semua guru kelas
(Rabu) Bulan
Kemerdekaan

(19/9/2022)

9. Sepanjang Bulan Pertandingan kelas Semua murid - -Pn Zaiton/Pn Elyza
Merdeka/ Patriotik dan guru

Penilaian : 2 kali

18 September Majlis Penutup & Semua murid Dewan SK - AJK yang dilantik
10. 2019 Penyampaian dan guru Bindu
Hadiah Bulan
(Khamis) Kemerdekaan

JAWATANKUASA MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-65

Tarikh : 19 September 2022 (Isnin)

Tempat : Dewan SK Bindu

Masa : 8.00 pagi hingga 12.10 tengah hari.

AJK Nama Tugas

Penasihat Pn Hanizam binti Rahmat
(Guru Besar)

Pengerusi Pn. Asmahani binti Ibrahim
Naib Pengerusi (GPK Hal Ehwal Murid)

Pn. Zaiton binti Asmael
(GPK Kurikulum)
Pn Elyza binti Isa
(GPK Ko-Kurikulum)

Setiausaha / Pn Izzati binti Jamil Menyelaras Program Sambutan Bulan Kemerdekaan
Penyelaras dengan merancang perjalanan program dan melantik
ahli jawatankuasa bertindak.

Bendahari Pn Radhiah binti Tahril

Juruacara Pn Zaiton binti Asmael Mengacarakan majlis penutup Sambutan Bulan
Majlis Kemerdekaan kali ke-65
Jurugambar En Shahrul Nizam Merakam gambar sepanjang program berlangsung.
En Rahmat bin Ramli
P.A Sistem Memastikan PA sistem berfungsi dan dapat digunakan
sepanjang majlis.
Hiasan Pentas Pn Izzati binti Jamil & Menyediakan/memutarkan lagu pilihan murid
Brosur Pn Sauanah binti Buari bertemakan kemerdekaan untuk pertandingan lagu
Pn Zaiton binti Asmael Patriotik semasa majlis penutup.
Menghias pentas dengan latar yang bersesuaian
Persiapan En Mohammad bin Seto dengan tema kemerdekaan
Tempat Semua guru & Membuat brosur mengandungi maklumat yang
dan murid-murid tahap 2. bersesuaian.
Memastikan dewan sesuai digunakan untuk acara
penutup.
Menyediakan kerusi dan meja hakim pertandingan.

Dokumentasi Pn. Zaiton binti Asmael Membuat laporan selepas program berlangsung.
Hadiah
Pn Izzati binti Jamil Menyediakan hadiah pertandingan setiap acara.
Pn Zaiton binti Asmael Mendapatkan nama pemenang dari guru-guru.
Pn Faridah binti Abd Rahman Melabel hadiah dengan nombor.
Pn Nazira binti Ahmad
Pn Maharram binti Abdullah

Hakim Nyanyian lagu Patriotik / -Menyediakan borang hakim dan kriteria pemarkahan
Kebersihan Pakaian Beragam dan serta mengadili acara pertandingan.
bertemakan Kemerdekaan. -Menyediakan borang penilaian pertandingan kelas
Hakim: Patriotik dan menilai kelas patriotik mengikut kriteria
yang ditetapkan.
- Pn Hanizam binti
Rahmat Memastikan dewan berada dalam keadaan bersih
selepas selesai majlis penutup.
- Pn Elyza binti Isa
- Pn Asmahani binti

Ibrahim
Semua guru dan kakitangan
swasta

Aturcara Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah

Bulan Kemerdekaan 2022

20 September 2022 (Selasa):

7.20 pagi : Murid berkumpul di Dewan SK Bindu

Bacaan doa

7.40 pagi : Ucapan Perasmian Penutup oleh Puan Guru Besar SK Bindu

8.00 pagi : Pertandingan pakaian beragam / pakaian bertemakan Kemerdekaan

Pertandingan nyanyian lagu Patriotik

9.50 pagi : Rehat

10.10 pagi : Penyampaian hadiah

11.00 pagi : Laungan kemerdekaan diketuai oleh En Rahmat bin Ramli

11.30 pagi : Majlis selesai

ANGGARAN BELANJAWAN BULAN KEMERDEKAAN 2022

BIL PERKARA KUANTITI HARGA KOS
SEUNIT(RM) (RM)
1. Pertandingan Keceriaan Kelas (pra- tahun 6) :
Pertama : 1 40.00x1 40.00
Ke-2
Ke- 3 1 30.00x1 30.00
*prasekolah : peruntukan pra
1 20.00x1 20.00
2. PertandinganMelukis Poster (tahap 2)
Pertama 3 10.00 x 3 30.00
Ke-2
Ke-3 3 8.00 x 3 24.00

4. Pertandingan Mewarna Poster (tahap 1) 3 6.00x 3 18.00
Pertama
Ke-2 3 6.00 x 3 18.00
Ke-3
*prasekolah : peruntukan pra 3 5.00 x 3 15.00
Pertandingan Deklamasi sajak / syair (tahap 2)
3 4.00x 3 11.00
5. Pertama
Ke-2 3 8.00 x 3 24.00
Ke-3
Pertandingan Tulisan Cantik/Berangkai 3 6.00 x 3 18.00

6. (tahap 1) 3 5.00x 3 15.00
Pertama
Ke-2 3 6.00 x 3 18.00
Ke-3
*prasekolah : peruntukan pra 3 5.00 x 3 15.00

7. Pertandingan Mencipta Replika (tahap 2) 3 4.00x 3 12.00
Pertama
Ke-2 1 40.00x1 40.00
Ke-3
1 30.00x1 30.00

1 20.00x1 20.00

8. Pertandingan Buku Skrap Sejarah (tahap 2) 3 RM 10 x 3 30.00
Pertama
Ke-2 3 RM 8 x 3 24 .00
Ke-3
3 RM 6 x 3 18.00

9. Pertandingan Lagu Patriotik (tahap 1 & 2)

Per-1 1 30.00x1 30.00
24.00x1 24.00
Ke-2 1 20.00x1 20.00
15.00x3 45.00
Ke-3 1

Ke-4 hingga Ke-6 3

*Pra sekolah : peruntukan pra

9 Pertandingan Pakaian Beragam / Kemerdekaan

(tahap 1 & 2)

Per-1 1 10.00 10.00
8.00 8.00
Ke-2 1 7.00 7.00
4.00 40.00
Ke-3 1 60.00 60.00

10 hadiah saguhati 10 RM 714.00

10. BANNER 1

Jumlah

7.0 Sumber Kewangan :
7.1 Panitia Sejarah
7.2 Pra Sekolah (peruntukan Pra Sekolah)
8.0 Penutup

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Bindu memerlukan kerjasama dan komitmen
daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha
membentuk imej sekolah yang postif.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………… ……………………………..
(PN NUR IZZATI BINTI JAMIL) (PN ASMAHANI BINTI IBRAHIM)
Penyelaras Sambutan Bulan Kemerdekaan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
2022 SK Bindu
SK Bindu

Disahkan oleh :

……………………………..................................
(PN HANIZAM BINTI RAHMAT)
Guru Besar
SK Bindu


Click to View FlipBook Version