TOKOH PEMIMPIN JOHOR
TUN HUSSEIN ONN
(BAPA PERPADUAN)
NAMA PESERTA : SITI NURBALQIS JANE BINTI AZMAN
KELAS : 5 SEROJA
E-MAIL : [email protected]
NAMA SEKOLAH : SMK TAMAN DESA TEBRAU
ALAMAT SEKOLAH: SMK TAMAN DESA TEBRAU,
JALAN HARMONIUM 22,
TAMAN DESA TEBRAU,
81100 JOHOR BAHRU, JOHOR
PENDAHULUAN
Seorang tokoh merupakan satu contoh kepada generasi akan datang. Kepimpinan mereka menjadi
contoh dan teladan yang baik untuk melahirkan masyarakat yang cinta akan tanah air. Hal ini
kerana , perjuangan mereka dalam mewujudkan sebuah negara yang damai seperti sekarang perlu
dihargai dan dipertahankan supaya generasi akan datang tidak melakukan kesilapan yang boleh
menjatuhkan negara yang dibangunkan oleh tokoh terdahulu melalui hasil pertumpahan darah dan
pengorbanan. Kita perlulah mengenali tokoh-tokoh yang berjuang untuk tanah air agar jasa dan
pengorbanan mereka tidak dilupai .saya akan membincangkan seorang tokoh yang boleh diteladani
generasi kini dan akan datang iaitu , Tun Hussein Onn . Jasa dan pengorbanan beliau tidak terkira
jumlahnya .Justeru itu,kita perlulah memahami cara dan tindakan beliau dalam memajukan negara
dan mengikut jejak langkah mereka kerana generasi kini merupakan anak watan pewaris negara
yang akan memacu negara ke arah kegemilangan .
BIODATA
NAMA : HUSSEIN BIN ONN
TARIKH LAHIR : 12 FEBRUARI 1922
MERUPAKAN ANAK SULUNG KEPADA DATO’ ONN JAAFAR
TEMPAT LAHIR : JOHOR BAHRU , JOHOR
PEKERJAAN : PEGUAM , MENTERI , AHLI POLITIK
MENINGGAL DUNIA : 29 MEI 1990
PADA UMUR 68 TAHUN DI SAN FRANCISCO , CALIFORNIA , AMERIKA
SYARIKAT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
IBU : DATIN HALIMAH HUSSEIN
BAPA : DATO’ ONN JAAFAR
MEMPUNYAI 6 ORANG ANAK BERSAMA TUN PUAN SUHAILA BINTI TUN
MOHAMMAD NOAH.
PENDIDIKAN TOKOH
PENDIDIKAN AWAL
• Pendidikan awal di Telok Kurau School di Singapura . Kini sekolah itu dikenali sebagai Telok Kurau
Primary School atau Sekolah Rendah Telok Kurau
PERSEKOLAHAN
• Kemudian,beliau mendapat pelajaran di English College atau dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar
di Johor Bahru.
SELEPAS
PERSEKOLAHAN
• Selepas persekolahannya, beliau menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940.
Selepas setahun , beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst, di Dehradun, India. Beliau juga
menyertai Regimen Hyderabad ke-19 (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu
peperangan. Selepas peperangan, kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan
dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.
KERJAYA TOKOH
• Mengikut jejak langkah bapanya • selepas IMP tidak • Merupakan menteri
menentang Malayan Union pelajaran Malaysia selepas
disambut baik ,beliau kembali menceburi bidang
• menyertai bapanya menubuhkan meninggalkan bidang politik selepas dipujuk
Pergerakan Melayu Johor politik dan menukar arah Tun Abdul Razak.
Semenanjung. dengan melanjutkan
pelajaran dalam bidang • menjadi anggota Parlimen
• beliau dilantik sebagai Penolong undang-undang Malaysia untuk Johore
Setiausaha Agung UMNO ketika di Lincoln's Bahru Timor
UMNO ditubuhkan serta Inn, England dan lulus
menjadi Ketua Pergerakan sebagai Barrister-at- • beliau mendapat kenaikan
Pemuda UMNO yang pertama Law pada tahun 1958. pangkat menjadi timbalan
pada usia 28 tahun. perdana menteri malaysia
• kemudian beliau selepas Tun Dr.Ismail
• seterusnya , beliau menjadi meninggal dunia.
Setiausaha Agung UMNO . membuka firma
• anggota parlimen malaysia
• beliau dilantik sebagai ahli guamannya sendiri di mewakili sri gading
Majlis Mesyuarat Persekutuan
serta menduduki Majlis Kuala Lumpur. • dilantik menjadi perdana
Mesyuarat Perundangan Negeri menteri malaysia ke-3
Johor dan Majlis Kerja Negeri selepas kematian Tun
Johor. Abdul Razak.
• beliau semakin kurang MENTERI
melibatkan diri dalam politik ( september 1970-
apabila Dato' Onn Jaafar 1981)
membuka penyertaan UMNO
kepada orang bukan melayu dan
tidak dipersetujui lalu Dato' Onn
Jaafar menarik diri dari UMNO
dan beliau mengikuti ayahnya
menubuhkan Parti Kemerdekaan
(IMP) dan seterusnya Parti
Negara.
• apabila IMP tidak mendapat
sambutan yang meluas beliau
meninggalkan bidang politik.
POLITIK PEGUAM
SUMBANGAN TOKOH
PEMBANGUNAN • beliau terus menggunakan agenda pembangunan telah digariskan Tun Abdul
EKONOMI Razak khususnya dalam menggerakkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) .
• matlamat DEB ialah mencapai perpaduan negara dan menyusun semula
ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud tanpa membezakan kaum.
• pada 20 April 1981Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dilancarkan iaitu satu
dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam
ekonomi negara.
• Keamanan negara yang diperkukuhnya menarik pelabur luar untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dari segi politik dan ekonomi.
POLITIK • beliau mengamalkan Dasar Luar Negara untuk menjalin hubungan politik
bersama negara lain.
• namun beliau mengambil inisiatif khas untuk menjalin hubungan baik di antara
negara Malaysia dan negara tetangga dalam Asia.
• pada pendapat beliau , keutamaan Dasar Luar Negara ialah menjamin keamanan
rantau .
SOSIAL • penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap
ancaman dadah
• konsep Rukun Tetangga ialah menutamakan keselamatan penduduk dan
menggalakkan perpaduan antara masyarakat.
• sentiasa mencuba untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI
SEKARANG
BERPANDANGAN Tun Hussein Onn mengamalkan Dasar Luar
JAUH DAN Negara supaya hubungan baik antara negara
MEMPUNYAI dapat diwujudkan.hal ini mencerminkan
PEMIKIRAN YANG beliau seorang yang mempunyai pemikiran
yang luas untuk menjadikan negara Malaysia
LUAS sebagai sebuah negara yang layak dihormati
oleh negara lain. Lain daripada itu , beliau
juga mengamalkan konsep Rukun Negara
untuk memupuk perpaduan dalam
masyarakat di negara Malaysia supaya tiada
perbalahan kaum tercetus.
MENGAMBIL BERAT Tun Hussein Onn melancarkan pelbagai
DAN PRIHATIN program yang bertujuan untuk memberi
kelebihan kepada rakyat dari segi kewangan
TERHADAP RAKYAT dan ekonomi. Tamsilnya, Skim Amanah
Saham Nasional (ASN) bertujuan membantu
bumiputera dari segi ekonomi.
BIJAK DAN BERANI Tun Hussein Onn bijak dan berani dalam
MENGAMBIL RISIKO mengatur stratergi untuk menjadikan negara
sebagai sebuah negara yang stabil ekonomi
dan politik.hal ini terbukti berhasil hinnga
menarik perhatian pelabur asing untuk
melabur di negara kita kerana kestabilan dan
keamanan yang diperoleh hasil dari
kepimpinan beliau.
KESIMPULAN
Jelaslah bahawa, kepimpinan Tun Hussein Onn perlulah dijadikan iktibar bagi para pemimpin
generasi akan datang.Cara pimpinan beliau yang penuh dengan keyakinan dan penuh wibawa
memacu negara menjadi aman dan damai sehingga kini. Sebagai bakal pemimpin negara, kita
perlulah mempunyai sifat yakin diri dan berfikiran luas untuk menempa kejayaan di masa
hadapan.Menjaadi pemimpin adalah satu tugas besar dan tidak boleh dipandang enteng dan
mudah. Pemimpin negara mestilah mempunyai kredibiliti sebagai seorang pemimpin malah perlu
bersedia mengorbankan masa dan waktu untuk menjadikan negara lebih dihormati dan dikenali
dunia.Generasi muda perlulah menanam sifat kepimpinan dalam diri seperti berani mengambil
risiko dan tidak mudah mengalah agar dapat menjadi pemimpin yang dicontohi pada masa
hadapan.
SUMBER RUJUKAN
http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/tun-hussein-bin-dato-
onn.html?m=1
https://www.jpnin.gov.my/ms/komuniti/rukun-tetangga/pengenalan
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru
https://www.google.com/search?client=ms-android-xiaomi-
rvo3&sxsrf=ALeKk03HRwHfN6Y0SdUv8cNVMSgoCFuljg:1618752661811&q=Su
mbangan+tun+hussein+onn+pdf&sa=X&ved=2ahUKEwixoovL84fwAhV2wjgGHX
B3DsgQ1QIwBnoECBEQAQ&biw=360&bih=725&dpr=2#sbfbu=1&pi=Sumbanga
n%20tun%20hussein%20onn%20pdf
https://www.coursehero.com/file/23620477/Jelaskan-sumbangan-Tun-Hussein-Onn-
dalam-pembangunan-ekonomi-negara/
http://historycomiteesmkcs.blogspot.com/2012/03/anak-anak-johor-
tersohor.html?m=1
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hussein_Onn
https://umno-online.my/presiden/tunhussein/
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/05/53933/memorial-bekas-pm-yang-
sepi