PEMBENTANGAN USUL BAGI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -22
BIL CADANGAN USUL/PEMBAWA USUL JAWAPAN KEPADA USUL
1
Noor Asmawati Hussin (Ibu)
Liz Halili Husna Aizulhisham (2 Gemilang)
a) TANDAS:
Didapati tandas murid adalah kotor, tidak dibersihkan, lampu
terbakar tidak berganti dan berkarat (kotor). Kontraktor
kebersihan sekolah seharusnya meningkatkan kebersihan di
kawasan tersebut. Anak juga memaklumkan bahawa ianya
seperti tidak bercuci. Cadangan yang saya boleh usulkan,
wujudkan kunci tandas bagi setiap kelas (jika tandas banyak).
Jika murid hendak ke tandas, dia akan minta pada guru kelas
atau ketua kelas/penolong. Selepas digunakan, ia akan
dipulangkan kpd pemegang kunci. Setiap kelas ada tandas
sendiri atau sekurang-kurangnya dikongsi oleh 2 kelas untuk 1
tandas. Tandas dibersihkan sekurang-kurang 3 kali (Pagi
(7.00-8.00 am), tengahari (12.00 -2.00pm) dan petang
(5.00pm) oleh kontraktor cuci, bukan murid. Murid hanya
perlu membersihkan tandas sekiranya mereka sendiri yang
mengotorkan. Selepas murid guna, mereka perlu mengunci
semula pintu tandas masing2. Adakan pertandingan tandas
terbersih (pengalaman sekolah lama saya sebelum ini) dan
reward mereka yang menang. Pengumuman dilakukan setiap
minggu masa perhimpunan sekolah setiap Isnin. Untuk kelas
terkotor, boleh announce dalam perhimpunan supaya pelajar
ada rasa segan sebab nama kelas naik untuk tandas terkotor dan
didenda (contoh CSR sekolah, sapu sampah dll).
b) KELAS TERBERSIH:
Wujudkan juga pertandingan kelas terbersih dan cantik untuk
keselesaan pelajar yang juga boleh diumumkan setiap minggu.
Pelajar perlu bertanggungjawab utk kecerian kelas/kebersihan.
Buat Duty Rooster tampal di dinding kelas. (Giliran murid
menyapu/susu meja dll
c) SEDIAKAN LOCKER:
Memandangkan beg masih juga berat walau pun jadual telah
disusun semula (tapi masih berat juga), Saya nak syorkan
supaya pihak sekolah menyediakan locker bagi pelajar. Jika
ingin disewakan, harga sewa (bulanan) jangan lah di caj mahal
dan terlalu membebankan keluarga pelajar. Contohnya RM5 /
39
month (untuk servis jika locker rosak/di umpil dsb).
kemungkinan ada keluarga lebih dari seorang anal/pelajar di
sekolah itu.
d) SUSUSAN JADUAL WAKTU KELAS:
Jika tidak dapat menyediakan locker, mohon semak semula
jadual waktu kelas. Kerana saya dapati ada subjek yang
bukunya perlu di bawa semua (sedangkan tak pakai pun semua
untuk hari tu). Satu subjek kadang2 lebih dari 2 buku. Jika nak
bawa juga semua buku, kurangkan matapelajaran yang nak
dipelajari untuk hari tersebut. Contohnya dari 4 Subjek, boleh
cover 2 atau 3 subjek sehari dan tak perlu la ada subjek yang
sama ada diulang hampir setiap hari dalam minggu tersebut.
2 Hasliza Ahmad Arif (Ibu)
Nur Irdieena Soffia bt Sufian (1 Gemilang)
Dicadangkan pemasangan penutup longkang sama ada
penutup besi/konkrit untuk longkang besar diluar kawasan
sekolah (hujung padang). Jika hujan lebat air menutupi
longkang pastinya boleh mengundang bahaya. Pelajar juga
orang awam boleh terjatuh ke dalam longkang kerana tidak
perasan terdapatnya longkang.
3 Siti Aishah Binti Mohamed Yusof (Ibu)
Omar Danish Bin Che Yamin (3 Efisien)
Adakan kelas tambahan bagi pelajar-pelajar yang akan
menduduki PT3 tahun ini (2022)
4 Mohd Dahalan bin Abdul Samat (Bapa)
Faris Imran bin Mohd Dahalan (3 Amanah)
Mohon pantau anak-anak yg suka buli orang lain walaupun
sedikit.
5 Dazila Abd Ghafar (Ibu)
Muhammad Arham Darius Bin Arfan (1 Gemilang)
Mohon mengadakan sewa locker beg untuk pelajar dan
mengenakan bayaran komitmen
6 Norsyariza Binti Razak (Ibu)
Muhammad Hamizan Hakimi (1 Jujur)
40
Membaiki dan mencantikkan tandas murid dengan membuat
kutipan secara sukarela di kalangan ibu bapa agar keselesaan
pembelajaran murid dapat ditambahbaik
7 Mohd Faliq Hadri (Bapa)
Nurdamia Adriana (1 Dinamik)
Membenarkan murid yg dihantar awal dibenarkan tunggu
didalam sekolah (kantin) untuk keselamatan murid
8 Pihak sekolah mencadangkan agar kutipan bayaran tambahan Rujuk lampiran 1
dan sumbangan PIBG dikekalkan
41