The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 609-13-sufeeyah, 2023-03-22 23:10:40

OBJEKTIF DAN CIRI-CIRI DIDIK HIBUR

Keywords: DIDIK HIBUR

OBJEKTIF & CIRI-CIRI DIDIK HIBUR


OBJEKTIF Pendekatan didik hibur adalah untuk membolehkan murid-murid ini belajar dalam situasi yang bermakna dengan lebih mudah. Selain itu, didik hibur ini juga bertujuan supaya murid-murid dapat menguasai ilmu dan kemahiran bagi sesuatu subjek dalam suasana yang seronok dan menghiburkan. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, aspek apresiasi dan penghayatan ini perlu diterapkan secara terancang.


CIRI-CIRI DIDIK HIBUR Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang kondusif, gembira dan sentiasa ternanti-nanti sesi pembelajaran pada hari seterusnya. Sesi pembelajaran di dalam kelas yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Aktiviti yang dilakukan mestilah tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan kerana aktiviti ini dilakukan untuk memberi keseronokkan kepada murid. Didik hibur mementingkan penglibatan seramai mungkin murid. Aktiviti berkumpulan atau berpasangan amat digalakkan dalam pelaksanaan aktiviti ini supaya wujudnya semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi antara murid-murid.


CIRI-CIRI DIDIK HIBUR Murid boleh melakukan aktiviti seperti nyanyian, lakonan, bercerita dan dan sebagainya sambil bergembira. Walau bagaimanapun, guru perlulah memberikan arahan yang jelas dan ringkas supaya mereka lebih memahami dengan mudah selain menggunakan pelbagai jenis BBM bagi menarik perhatian murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid bebas untuk memberikan pendapat dan idea secara logik supaya aktiviti ini menjadi lebih menarik. Aktiviti didik hibur ini banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version