e-BULETIN
1
e-BULETIN
Sidang KAKITANGAN
Pengarang PEJABAT TIMBALAN MENTERI I
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENASIHAT
YB CIKGU MUSLIMIN BIN YAHAYA ARAS 9, BLOK E8, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
KETUA PENGARANG
MOHAMAD ZAIDI BIN SELAMAT 62604 WP. PUTRAJAYA
PEGAWAI PENYELARAS NO. TELEFON : 03-8884 6061
SHAHRIZAL BIN SUNGIP
NO. FAKS : 03-8888 4164
PENGARANG
MOHD IZWAN BIN MHD KHALIT YB CIKGU MUSLIMIN BIN YAHAYA (YBTM I)
HAJI AZMAN BIN MASHURI MOHAMAD ZAIDI BIN SELAMAT (SUSK)
MOHD FAZLIE BIN AHMAD
NOR ATIQAH BINTI MD FAUTZIE MOHD AMIRULEZAT BIN MOHAMAD RAFIEE (PTTK)
MOHD RIDWAN BIN MUANAM
FATIN IZZATY BINTI MD ISA MUHAMMAD ZULFADLI BIN AB RAHMAN (SUS)
ROSMAWATI BINTI YUNUS
SHAHRIZAL BIN SUNGIP (PK)
Sidang Pengarang e-Buletin Rakyat
dihatiku merakamkan setinggi-tinggi NOR HAZIZI BIN ISMAIL (PO)
penghargaan dan terima kasih kepada
barisan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen FATIN IZZATY BINTI MD ISA (MYSTEP)
Sungai Besar dan Pejabat Timbalan
Menteri Pendidikan di KPM yang ROSMAWATI BINTI YUNUS (MYSTEP)
menjayakan penerbitan e-Buletin Bil. 1 /
2021 ini. KAKITANGAN
Dapatkan perkembangan dan makluman PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN SUNGAI BESAR
terkini berkaitan YB Cikgu Muslimin
Yahaya, Timbalan Menteri Pendidikan I NO. 15A JALAN MENTERI BESAR 1
merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar SEKINCHAN BUSINESS CENTER
melalui; 45400 SEKINCHAN
SELANGOR DARUL EHSAN
musliminbinyahaya
NO TELEFON: 03-3241 3353
musliminbinyahaya
YB CIKGU MUSLIMIN BIN YAHAYA
ybcikgumuslimin.com (AHLI PARLIMEN)
MUHAMMAD HAZAR BIN YAHYA
(WAKIL PERIBADI)
MOHD AMIRULEZAT BIN MOHAMAD RAFIEE (PK)
(PK)
MOHD ASYRAF BIN BASRI (PK)
(PK)
MOHD RIDWAN BIN MUANAM ` (PK)
(PK)
MOHD HAFIZ BIN AHMAD
OMARUDDIN BIN JUDI
RUHAYA BINTI MOHAMED YUSOF
ABDUL HALIM BIN SUHAIMI
(PEMBANTU PK)
NUR ANIS AMIRA BINTI MUSLIMIN
(KETUA KERANI)
ZAWIYAH BINTI SALIM
(KERANI)
NORAZANIHA BINTI AHMAD
(KERANI)
MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
(STAFF SOKONGAN)
2
PENGGERAK e-BULETIN
P.R.O.G.R.E.S.S
Rakyat Sentiasa Dihatiku...
Permata Sungai Besar terus bersinar apabila YB Cikgu Muslimin Yahaya
dilantik menjadi Timbalan Menteri Pendidikan I pada 10 Mac 2020.
Yang Berhormat Cikgu Muslimin Yahaya merupakan Ahli Menteri pada tahun 2008 dan beliau berkhidmat sebagai
Parlimen Sungai Besar setelah Setiausaha Sulit Kanan di tiga
memenangi Pilihan Raya ke 14 kementerian dan seterusnya
pada 9 Mei 2018. Kemenangan bertugas di Pejabat YAB Timbalan
di Parlimen Sungai Besar telah Perdana Menteri pada tahun 2016.
membawa satu dimensi baru Permata Sungai Besar ini
dalam kerjaya YB Cikgu Pemandangan dari atas D’Muara terus bersinar apabila YB Cikgu
Muslimin. Muslimin Yahaya dilantik menjadi
Perjalanan kerjaya YB Timbalan Menteri Pendidikan I pada
Cikgu Muslimin bermula sebagai 10 Mac 2020. Pengalaman menjadi
guru pada tahun 1990 dan menjadi Kaunselor Kaunselor Pendidikan Daerah serta Setiausaha Sulit
Pendidikan Daerah PPD Sabak Bernam pada tahun Kanan menjadikan YB Cikgu Muslimin cukup
2003. Bintang YB Cikgu Muslimin terus bersinar dan pengetahuan tentang peranan dan tugas sebagai
dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan Timbalan a n g g o t a k a b i n e t k e r a j a a n M a l a y s i a .
Hari pertama sebagai Timbalan Menteri Pendidikan
disambut oleh Ketua Pengarah Pelajaran
3
INISIATIF e-BULETIN
PENDIDIKAN
SOP Pembukaan Sekolah Untuk
Pelajar SPM Dipatuhi
YB Cikgu Muslimin Yahaya, Timbalan Menteri Pendidikan I berpuas hati dengan persiapan sekolah mematuhi
SOP yang telah dibuat oleh KPM. Beliau membuat tinjauan pembukaan sekolah di beberapa buah sekolah di
Sungai Besar dan Sabak Bernam. Antara sekolah yang dilawati ialah SMK Sungai Besar, SAM Sungai Haji Dorani,
SAM Pasir Panjang, Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra, MRSM Sungai Besar, SAM Tengku
Ampuan Jemaah dan SMJK Yoke Kuan. "Pihak sekolah perlu sentiasa mengingatkan
pelajar tentang SOP yang perlu dipatuhi di
sekolah.”
Bersama-sama guru SMK Sungai Besar pada hari pertama
Menyantuni pelajar SMKSB Puan Lubna, Pengetua SMKSB Penyerahan Kit Covid-19 Mesra pelajar
Pelaksanaan PdPR di era Covid-19
“Berdasarkan Manual Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang telah
disediakan oleh KPM pada 2 Oktober lalu,
telah menggariskan tiga kaedah PdPR iaitu
secara dalam talian (online); luar talian
(offline); atau off-site.”
-YB Cikgu Muslimin Yahaya
4
INISIATIF e-BULETIN
PENDIDIKAN
Program “Back to School 2021”
Sasarkan pelajar-pelajar yang tidak mampu dan tidak menerima bantuan zakat
”Program Back to School pada tahun ini
mensasarkan pelajar-pelajar yang tidak
mampu dan tidak menerima bantuan Zakat
Selangor. Sejumlah 1,200 pelajar telah
dikenal pasti untuk menerima sumbangan
berupa pakaian sekolah, pakaian sukan, beg
sekolah, peralatan sekolah dan keperluan lain
yang diperlukan. ”
- YB Cikgu Muslimin Yahaya YB Cikgu Muslimin Bersama Haji
Fadzin menyampaikan kupon BTS 2021
Pada era Covid-19 ini ramai penduduk di Setiap penerima mendapat kupon bernilai RM
Sungai Besar yang turut terjejas 120 yang boleh digunakan untuk membeli
pendapatannya. Merasai kesukaran dan keperluan sekolah di tiga buah pasaraya iaitu
kepayahan mereka YB Cikgu Muslimin di pasaraya Sakan, Pasaraya Antarabangsa
Yahaya menambah penerima sumbangan dan Pasaraya TF Sungai Besar. Perbelanjaan
Back to School pada tahun ini sebanyak 1,200 keseluruhan program ini dibiayai oleh Pusat
penerima. Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Besar.
Sebahagian 250 penerima sumbangan Fasa 1 memenuhi SOP KKM
5
INISIATIF e-BULETIN
PENDIDIKAN
Pertandingan Video Kreatif
Piala YB Muslimin Dapat Sambutan
Pertandingan Video Kreatif
Piala YB Muslimin ini
adalah anjuran Pusat
Khidmat Rakyat Parlimen
Sungai Besar bersama
Pejabat Pendidikan Daerah
Sabak Bernam, Majlis Guru
Besar Malaysia dan Majlis
Pengetua Sekolah
Malaysia. bahagian dalam pertandingan
Tema pertandingan ini ini. Penyertaan terbanyak
berdasarkan “Pengajaran & bagi kategori Sekolah
Pembelajaran di Rendah
Rumah” atau Sebanyak 64 buah dimenangi oleh
Home Base sekolah SK Seri
Learning. Makmur iaitu
Pentadbir PPD Sabak Bernam bergam- Tujuannya bagi melibatkan 399 sebanyak 68
bar bersama YB Cikgu Muslimin Yahaya
m eni ngk at k an penyertaan dalam p e n y e r t a a n
dan kategori
kesedaran orang pertandingan ini
Sekolah
ramai terhadap
Menengah
PdPR dan
p e r a n a n y a n g p e r l u dimenangi oleh SMK Bagan
dimainkan oleh ibu bapa Terap iaitu sebanyak 29
penyertaan.
dan penjaga.
Sebanyak 64 buah Hadiah berupa wang tunai,
sekolah telah mengambil pad, dan TV 32”
6
INISIATIF e-BULETIN
PENDIDIKAN
Cikgu Muslimin agih 1,380 Kit SPM
“Saya mendoakan pelajar-pelajar SPM 2020 akan terus tabah dan
berusaha bersungguh-sungguh mencapai keputusan yang
cemerlang.”
Sebahagian pelajar SMK Sg Besar yang menerima
KIT Peperikasaan SPM dan sarapan pagi sum-
bangan YB Cikgu Muslimin
YB Cikgu Muslimin menyediakan sarapan pagi dan
mengagihkan sebanyak 1,380 kit peperiksaan kepada
pelajar SPM 2020 di Parlimen Sungai Besar. Tujuannya
ialah untuk menyuntik semangat baru, memberi
motivasi dan menunjukkan sokongan untuk pelajar-
pelajar melalui suatu proses SPM yang sangat luar biasa.
Hasil tinjauan tersebut, YB Cikgu Muslimin menyatakan bahawa semua pelajar dan pihak
pengurusan sekolah mengikut garis panduan dan SOP Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit
Coronavirus 2019 (COVID-19) yang telah disediakan oleh KPM dengan baik.
Mengagihkan sumbangan di beberapa buah sekolah di Parlimen Sungai Besar
7
INISIATIF e-BULETIN
PENDIDIKAN
Program Penyerahan Sumbangan
& Sarapan Pagi bersama Warga
Maahad Tahfiz
“Saya galakkan pelajar-pelajar tahfiz mengambil SPM.
Pengetahuan tahfiz ditambah dengan kelulusan SPM akan
menjadikan pelajar lebih berdaya saing di sektor pekerjaan.”
YB Cikgu Muslimin Yahaya
Cikgu Muslimin memberi mo&vasi dan dorongan semangat kepada pelajar tahfiz
8
INISIATIF e-BULETIN
RAKYAT DI HATIKU
Program Prihatin Rakyat 2.0
Mensasarkan bantuan kepada 4,500 penerima bermula Disember 2020
“Ramai penduduk turut terkesan
dengan masalah pandemik Covid-19
yang melanda negara ketika ini.
Sebagai inisiatif dari Pusat Khidmat
Rakyat Parlimen melaksanakan
Program Prihatin Rakyat 2.0 yang telah
mensasarkan bantuan kepada 4,500
penerima bermula Disember 2020.”
Cikgu Muslimin Yahaya
Sebahagian penerima di Kawasan DUN Sekinchan
9
INISIATIF e-BULETIN
RAKYAT DI HATIKU
Agihan Sanitizer kepada Agensi
Kerajaan, Agensi Swasta serta
PPD dan Sekolah
Cikgu Muslimin menunjukkan cara penggunaan Sani"zer di pusat tahfiz, jabatan kerajaan dan rumah ibadah
YB Cikgu Muslimin Yahaya mengambil “Saya berharap semua
inisiatif untuk mengagihkan sanitizer secara rakyat dapat menjaga
percuma kepada agensi-agensi di sekitar kesihatan dan mengamalkan
Sungai Besar. Inisiatif ini dilakukan dalam 3 S. Iaitu mengelakkan
usaha bersama untuk memutuskan rantaian (crowded, confined, close)
jangkitan Covid-19. Selain itu ianya juga iaitu kawasan sesak dan
adalah langkah kesedaran bagi sempit serta bersembang
mengingatkan rakyat untuk terus berwaspada atau bertutur dalam jarak
dengan penularan wabak Covid-19 sekiranya
ada dikalangan rakyat yang terpaksa yang dekat.”
menjalankan tugasan luar. Diharap rakyat
tidak lupa untuk patuhi setiap SOP yang telah
ditetapkan oleh kerajaan demi keselamatan
diri sendiri.
Cikgu Muslimin turun padang menyerahkan Sani&zer bagi memas&kan rakyat terus is&qomah menjaga kesihatan
10
INISIATIF e-BULETIN
RAKYAT DI HATIKU
Jasa Barisan Hadapan Tetap dihargai
Sumbangan Kewangan, dan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan
YB Cikgu Muslimin Yahaya menyampaikan
sumbangan kepada sebahagian petugas barisan
hadapan yang bertugas di Kawasan Sungai Besar.
Sumbangan berbentuk wang tunai, makanan dan
peralatan dapat meringankan beban barisan
petugas hadapan yang berkorban untuk negara.
Penyampaian sumbangan kepada barisan hadapan
“Ini adalah peluang untuk saya memberikan sumbangan
kecil kepada barisan depan yang bertungkus lumus
bertugas mengekang penularan Covid-19. Ia juga menjadi
sebahagian daripada tanggungjawab untuk membantu
negara berdepan pandemik ini sehingga keadaan pulih.”
Tinjauan di Balai Polis Sungai Besar
11
INISIATIF e-BULETIN
RAKYAT DI HATIKU
Program Berbuka Puasa Dan Sahur
Bersama Petugas Barisan Hadapan
Petugas Barisan Hadapan sentiasa mendapat perhatian dari YB Cikgu Muslimin Yahaya. Sepanjang
Ramadhan yang lepas YB Cikgu Muslimin telah menyampaikan juadah berbuka puasa dan juadah
bersahur kepada semua petugas.
“Mereka sanggup berkorban masa dan tenaga demi
memutuskan rantaian Covid-19, jadi saya terpanggil untuk
melawat mereka bagi memastikan mereka mendapat
bantuan keperluan yang mencukupi, berkongsi pengalaman
bekerja, berbuka dan bersahur serta memberi motivasi
meningkatkan semangat untuk terus berkhidmat.”
12
INISIATIF e-BULETIN
RAKYAT DI HATIKU
YB Prihatin, Rakyat Bersyukur
Terus Bantu Rakyat Melalui Program Ziarah
Inisiatif Program Ziarah Kasih telah dilaksanakan secara berperingkat dan telah
memberi manfaat kepada lebih 500 keluarga memberi manfaat kepada penduduk
di Parlimen Sungai Besar. Program ini kampung yang memerlukan. Bantuan yang
melibatkan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen diberikan telah memberi kelegaan dan
Sungai Besar bersama Jabatan Kebajikan mengurangkan bebanan yang mereka
Masyarakat (JKM), serta pemimpin terpaksa tanggung.
masyarakat,
YB Cikgu Muslimin Yahaya turut
memberi bantuan kewangan, bekalan bahan
makanan, beras, peralatan seperti kerusi
roda, katil, tilam dan peralatan lain yang
diperlukan.
JKM juga turut memberi bantuan
kepada mereka yang layak dalam bentuk
kewangan untuk YB Cikgu menyantuni bonda dengan penuh kasih sayang
rawatan,
penjagaan, dan “Saya juga sangat mengalu
pembelian alukan agensi-agensi serta NGO
peralatan seperti lain yang hendak memberi bantuan
pampers, katil, kepada penduduk di kawasan ini.
tandas kepada Dan bantuan ini perlu diselaraskan
keluarga yang melalui Pejabat Khidmat Rakyat
dilawati mengikut Parlimen Sungai Besar dan Jabatan
kelayakan mereka. Kebajikan Masyarakat Daerah
Program ini Sabak Bernam.”
-YB Cikgu Muslimin
YB menganggap rakyat sebagai keluarga besar yang perlu dihorma& , dirasai susah dan senang dan dibantu bagi yang perlu
13
INISIATIF e-BULETIN
RAKYAT DI HATIKU
“Setiap dari kita akan diuji oleh Allah mengikut kemampuan, ada
yang diuji dengan masalah kesihatan, ada yang diuji dengan ma-
salah kewangan dan ada yang diuji dengan masalah kehidupan.”
Program Ziarah kasih Parlimen Sungai Besar di
Kampung Parit 8 Gambut
Bagi memberi sokongan dan bantuan kepada penduduk kampung YB Cikgu Muslimin Yahaya meneruskan kembara
program Ziarah Kasih di Kampung Parit 8, Kampung Sungai Labu, Kampung Sungai Haji Dorani, Kampung Tali Air
12, Kampung Pasir Panjang dan sebagainya. Kehadiran YB Cikgu Muslimin telah meningkatkan motivasi dan
meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.
Program Ziarah kasih Parlimen Sungai Besar di
Kampung Sungai Labu
14
INISIATIF e-BULETIN
RAKYAT DI HATIKU
Program Ziarah kasih Parlimen Sungai Besar
di Kampung Sungai Haji Dorani
Program Ziarah kasih Parlimen Sungai Besar
di Kampung Tali Air 12
Program Ziarah kasih Parlimen Sungai Besar
15
INISIATIF e-BULETIN
RAKYAT DI HATIKU
Gotong-royong Tambak Pantai
memperkukuhkan perpaduan penduduk setempat
Kawasan pantai barat terutamanya sepanjang jajaran Pantai Sekinchan sehingga Pantai Sungai
Besar sangat berisiko jika berlaku fenomena air pasang besar yang boleh menyebabkan banjir
berlaku.
“Kepentingan rakyat melebihi kepentingan politik. Kita
mampu membina negara yang berbilang bangsa dan agama
selagi kita dapat bertolak ansur. Buktinya melalui program
gotong-royong membina tambatan banjir ini kita dapat
mewujudkan keguyupan juga menjadikan masyarakat kita
semakin bersatu padu.”
YB Cikgu Muslimin Yahaya
16
INISIATIF e-BULETIN
ORGANISASI
Kayuhan Inspirasi Belia Bebas Dadah
Program yang dianjurkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor ini bersama YB
Cikgu Muslimin Yahaya, Timbalan Menteri Pendidikan I yang merangkap Ahli Parlimen Sungai Be-
sar serta turut disertai YDH CP Dato' Sri Zulkifli Abdullah selaku Ketua Pengarah AADK, wakil-wakil
dari Jabatan/Agensi Kerajaan, Jabatan Bukan Kerajaan (NGO), Belia dan komuniti setempat.
Program ini bertujuan melahirkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat serta mewujudkan
masyarakat yang peka kepada kepentingan mencegah dadah dalam komuniti.
YB Cikgu Muslimin melepaskan peserta
berbasikal Inspirasi Belia Bebas Dadah
17
INISIATIF e-BULETIN
ORGANISASI
Program Turun Padang
ANSAR dan Sukarelawan Bantu Gotong-Royong
Baik Pulih Rumah Asnaf
“Saya mengucapkan terima kasih dengan Persatuan ANSAR dan
sukarelawan PAS yang membantu golongan asnaf untuk mendapat
rumah yang lebih baik. Usaha seperti ini akan diteruskan dan
diperbanyakkan.”
Pusat Khidmat Rakyat Sungai Besar dengan kerjasama Persatuan Anak Watan Sungai Besar
(ANSAR) telah mengadakan gotong royong memperbaiki rumah Puan Norhayati binti Husup di Tali
Air 7 Ban 2 Sungai Leman. Turut serta dalam program ini ialah Ustaz Mohd Fadzin bin Taslimin YDP
PAS Kawasan Sungai Besar serta sukarelawan PAS Kawasan Sungai Besar.
18
INISIATIF e-BULETIN
ORGANISASI
Kelab Belia Sungai Haji Dorani Prihatin Bantu
Penduduk Terlantar Sakit
YB Cikgu Muslimin turun padang bersama belia membantu
membersihkan rumah penerima bantuan
Keprihatinan YB Cikgu Muslimin Yahaya dan
Kelab Belia Sungai Haji Dorani bersama su-
karelawan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen
Sungai Besar membantu golongan terlantar sakit
dengan melaksanakan gotong royong mem-
bersihkan kawasan rumah dan menukar tikar
getah telah memberi keceriaan kepada mereka.
“Kami ucapan terima kasih kepada YB Cikgu Muslimin yang turun padang dan
ringan tulang untuk bersama-sama bergotong royong melakukan kerja-kerja
pembersihan dan menukar /kar getah.” -Pengerusi Kelab Belia Sg Haji Dorani
19
INISIATIF e-BULETIN
GENERASI UNGGUL PAGE
YB Cikgu Muslimin Yahaya Buat Kunjung
Bantu Ke Sekolah-Sekolah Di Selangor
Program kunjung bantu ke sekolah oleh “Kita akan menangani setiap
YB Cikgu Muslimin Yahaya, Timbalan Men- isu mengikut keutamaan.
teri Pendidikan I ke sekolah-sekolah seluruh Saya akan
negara. berusaha memberikan
penyelesaian terhadap isu
YB Cikgu Muslimin juga mahu pentadbir yang dibangkitkan supaya
sekolah dan guru-guru sentiasa bersedia
untuk memberikan pendidikan yang terbaik para pendidik terbela.”
kepada pelajar-pelajar.
YB Cikgu Muslimin Yahaya
Sepanjang lawatan YB Cikgu Muslimin ke
sekolah-sekolah seluruh negara, YB Cikgu
Muslimin sentiasa mendengar keluh kesah
daripada pihak pentadbir dan sekolah
mengenai pelbagai isu. YB Cikgu Muslimin
sentiasa positif melihat isu-isu yang dibang-
kitkan ini.
SMK Saujana Utama, Sungai Buloh
SMJK Yoke Kuan , Sekinchan
20
INISIATIF e-BULETIN
GENERASI UNGGUL
YB Cikgu Muslimin Yahaya buat kunjung
bantu ke sekolah-sekolah di Selangor
SMK Sungai Besar, Sungai Besar
SMK Seksyen 19, Shah Alam
SK Parit 6. Sabak Bernam
SK Doktor Abdul La(ff, Sabak Bernam
21
INISIATIF e-BULETIN
GENERASI UNGGUL
Program Kunjung Bantu oleh YB Cikgu
Muslimin Yahaya ke sekolah-sekolah di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Chow Kit
SK Alam Damai, Cheras
SMK Alam Damai, Cheras
Belanjawan 2021: KPM terima peruntukan terbesar RM50.4 bilion
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
menerima peruntukan terbesar membabitkan
sebanyak RM50.4 bilion yang meliputi 15.6
peratus daripada keseluruhan perbelanjaan
kerajaan bawah Belanjawan 2021.
YB Cikgu Muslimin Yahaya
22
INISIATIF e-BULETIN
GENERASI UNGGUL
Program Kunjung Bantu YB Cikgu Muslimin
Yahaya ke sekolah-sekolah di Negeri
Melaka
SMK Munsyi Abdullah, Batu Berendam
SMK Sultan Alaudin, Masjid Tanah
Program Kunjung Bantu YB Cikgu Muslimin
Yahaya ke Kolej Vokasional di Negeri Johor
Kolej Vokasional Batu Pahat
“Saya terjah sendiri ke sekolah, kehadiran saya ke sekolah untuk
mendapatkan gambaran sebenar keadaan di sekolah. Lagipun saya
tidak mahu menyusahkan warga sekolah dengan membuat
persiapan kehadiran saya.”
-YB Cikgu Muslimin Yahaya
23
INISIATIF e-BULETIN
GENERASI UNGGUL
Program Kunjung Bantu YB Cikgu Muslimin
Yahaya ke sekolah-sekolah di Negeri Perak
SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
SK Pos Legap, Sungai Siput
SK Pos Kuala Mu, Sungai Siput
24
INISIATIF e-BULETIN
GENERASI UNGGUL
Program Kunjung Bantu YB Cikgu Muslimin
Yahaya ke sekolah-sekolah di
Negeri Sembilan
SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah
25
INISIATIF e-BULETIN
GENERASI UNGGUL
Program Kunjung Bantu YB Cikgu Muslimin
Yahaya ke sekolah-sekolah di
Negeri Pahang
SK Sungai Isap, Kuantan
SMK Sungai Isap, Kuantan
SK Gambang, Kuantan
Kolej Matrikulasi Gambang
26
INISIATIF e-BULETIN
GENERASI UNGGUL
Program Kunjung Bantu YB Cikgu Muslimin
Yahaya ke sekolah-sekolah di
Negeri Terengganu
Kolej Vokasional Wakaf Tembusu, K.T
SM Teknik Terengganu, K.T
SMK Chalok Model Khas, Se(u
SMK Renek, Jerteh
27
INISIATIF e-BULETIN
GENERASI UNGGUL
Program Kunjung Bantu YB Cikgu Muslimin
Yahaya ke sekolah-sekolah di
Negeri Terengganu
SK Pulau Redang & Pusat Kokurikulum
SMK Saujana, Se(u
Kolej Vokasional Besut
28
INISIATIF e-BULETIN
ROHANI
Masjid Dan Surau Dibantu...
Terima Peruntukan Untuk Program Gotong Royong
Pembangunan
Pelaksanaan program gotong-royong pem-
bangunan dan keceriaan melibatkan beberapa
masjid dan surau di sekitar Parlimen Sungai Besar.
YB Cikgu Muslimin Yahaya mengalakkan pem- Cikgu Muslimin turut membantu
bangunan di masjid dan surau dibuat secara membina ruang makan surau
gotong royong untuk mendapatkan manfaat yang
maksimun.
Program ini mendapat sambutan yang baik kerana
konsep gotong-royong pembinaan di rumah ibadah ini
dapat memberi peluang kepada penduduk kampung
bersama-sama menyumbang tenaga serta beramal.
YB Cikgu turut serta menanam pokok
29
INISIATIF e-BULETIN
ROHANI
Majlis berkhatan Perdana 3.0
400 pelajar terlibat yang dalam majlis berkhatan yang dilaksanakan di 3 klinik terpilih
Cikgu Muslimin bersama sebahagian 400
Ibu bapa dan penjaga yang menyertai
penyerahan kupon Majlis Berkhatan
Perdana 3.0 Parlimen Sungai Besar.
Program ini dijalankan secara serentak di 3
buah klinik iaitu Klinik Anda, Klinik Azhar
dan Klinik Yusof. Peserta yang terlibat perlu
mengikut jadual temujanji yang telah
disusun oleh pihak klinik bagi memudahkan
urusan berkhatan.
“Kali ini saya taja sepenuhnya kos
BERKHATAN di TIGA buah klinik.
Saya berharap dengan tajaan ini
saya dapat meringankan beban
ibu bapa.”
YB Cikgu Muslimin Yahaya
30
INISIATIF e-BULETIN
ROHANI
Majlis Penyampaian Foodbank
kepada 45 Saudara Baru Muslim
Majlis Penyampaian Foodbank kepada kumpulan ini. Saya mahu mereka terus
mempelajari agama Islam dan menga-
saudara muslim anjuran Persatuan Cina Muslim malkannya. Saya harap mereka akan
Malaysia Selangor Bersama YB Cikgu Muslimin terus kekal menjadi islam. Dan hari ini
Yahya, Timbalan Menteri Pendidikan I. Turut
hadir ialah Ustaz Hassan Low (Pengerusi PCMM pemberian foodbank dan wang tun-
Selangor), Ustaz Kadir Leong (Pengerusi PCMM ai ini adalah bukti kita tidak pernah
Sabak Bernam) dan Ustaz Haji Mohd Fadzin meminggirkan saudara baru. Seramai
Taslimin YDP PAS Kawasan Sungai Besar. 45 orang saudara baru menerima sum-
“Atas sifat kepedulian kepada saudara bangan foodbank dan wang tunai.”
baru, saya akan memberi komitmen Menurut Cikgu Muslimin Yahaya
berterusan mendekati
“Kita perlu terus memberi sokongan dan
menyantuni saudara baru dan bersama-sama
membimbing mereka mendalami Islam.
Semoga kita semua mendapat Rahmat dan
keberkatan Allah.”
Ustaz Haji Mohd Fadzin Taslimin
Puan Aishah Abdullah antara penerima sumbangan Foodbank untuk saudara baru disaksikan oleh Ustaz Fadzin
31
INISIATIF e-BULETIN
ROHANI
SOP Ketat Untuk Pelaksanaan Solat Aidil
Adha Dan Ibadah Korban
Sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini Pendidikan I menyumbangkan pek
disambut secara sederhana dengan makananuntuk diagihkan kepada Jemaah di 6
pelaksanaan solat Aidil Adha dan ibadah buah masjid di Parlimen Sungai Besar.
korban di masjid terpilih sahaja. Mengambil iktibar pengorbanan Nabi Ibrahim
Pelaksanaannya dijalankan mengikut SOP a.s. dalam suasana wabak Covid-19 ketika ini,
yang ketat seperti yang ditetapkan oleh Majlis marilah kita sama-sama dengan kerajaan
Agama Islam Selangor (MAIS). menghentikan penularan wabak Pandemik
Covid–19 dengan mematuhi SOP yang telah
YB Cikgu Muslimin Yahaya, Timbalan Menteri ditetapkan oleh kerajaan.
Masjid As-Siraj Kampung Batu 23
“Saya berdoa semoga wabak Covid 19 ini akan
segera berakhir dan kita akan dapat menjalani
kehidupan seperti biasa.”
-YB Cikgu Muslimin
32
INISIATIF e-BULETIN
EKONOMI
Majlis Dialog bersama
Petani dan Penanam Padi Benih
Dialog bersama dengan petani dan penanam padi benih kawasan Sekinchan
untuk mendengar rintihan petani berkaitan dengan pemutuan 17% harga benih
padi, harga siling padi, harga siling benih padi dan lain-lain. Menurut YB Cikgu
Muslimin beliau akan sampaikan ke MOA/ MAFI supaya mengambil tindakan
sewajarnya. Demi kesenangan rakyat, beliau akan bantu sehabis baik.
YB Cikgu Muslimin Yahaya turut memaklumkan,
“Semua dapatan dari perbincangan bersama rakyat saya ambil
peduli dan cuba mencari jalan penyelesaian bersama kementerian
dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat.”
Belanjawan 2021: Petani menerima
1.7 Billion +++ Insentif
Pelbagai insentif pada petani sebanyak RM 1.7 billion,
juga RM 570 juta subsidi harga padi dan RM 960 juta
insentif tanaman padi.
-YB Cikgu Muslimin Yahaya
33
INISIATIF e-BULETIN
EKONOMI
Industri AGRO Pertanian Meningkatkan
Pendapatan Petani
Pelbagai usaha pihak kerajaan untuk FAMA juga turut memberi khidmat
mempertingkatkan ekonomi petani di Parlimen nasihat mengenai pemasaran hasil
Sungai Besar. pertanian kepada petani.
FAMA dan Jabatan Pertanian membantu YB Cikgu Muslimin Yahaya, Timbalan Menteri
petani mempertingkatkan kaedah penanaman Pendidikan I bersama Pengerusi FAMA YB Dato
dengan teknologi terkini. Selain itu, agensi ini Haji Mohd Fasiah turut turun padang membuat
juga turut memberi khidmat nasihat mengenai lawatan ke Pusat Pemasaran Gerai Buah-
pemasaran hasil pertanian kepada petani. Isu Buahan Segar Sungai Limau yang diusahakan
pemasaran ini selalu memberi masalah oleh Encik Mohd Zamfirdaus Ahmad.
kepada petani sekiranya tidak ditangani.
34
INISIATIF e-BULETIN
EKONOMI
Keluh Kesah dan Rintihan Petani
YB Cikgu Muslimin dengar dan bantu...
YB Cikgu mendengar keluh kesah Pengusaha Pembeli
Padi Pukal Jamahseri
YB Cikgu Muslimin Yahaya sentiasa mendengar keluh kesah
petani yang merupakan penyumbang terbesar ekonomi di
Parlimen Sungai Besar. Setiap masalah didengar dan
dipanjangkan ke pihak yang terlibat terutama Jabatan
Pertanian Negeri Selangor dan Kementerian Pertanian
Malaysia.
Beberapa sesi dialog telah diadakan untuk mencari
penyelesaian potongan padi yang tinggi di pusat pembelian
padi dan kilang padi swasta. Potongan yang tinggi ini sedikit
sebanyak menjejaskan pendapatan petani.
Ditambah dengan penggunaan racun serta baja berteknolgi
tinggi, petani turut perlu membayar dengan harga yang
mahal. Kos yang tinggi ini merupakan aspek utama untuk
menghasilkan padi yang bermutu kualitinya.
35
INISIATIF e-BULETIN
EKONOMI
Pasaran Nanas MD2 Menggalakkan
Permintaan yang tinggi menyebabkan harga nanas MD2
YB Cikgu Muslimin meninjau kawasan perusahaan nanas di Sungai Panjang yang mendapat
sebahagian bantuan dari Lembaga Nanas Negara. Terdapat kira-kira 60 ribu sulur MD2 siap
ditanam fasa 1, 2 dan 3 yang berada di dua lokasi.
“... ingatan ayah bonda supaya jangan sombong dengan
tanah tetap jadi pegangan dan ini inspirasi utk anak-anak.
Dari kecil saya memang bergelumang dengan tanah
gambut, dan bercucuk tanam itu menjadi kesukaan saya.
Kebetulan saya memang duduk di kampung, jadi sekarang
inilah tempat saya cari ketenangan, bina kekuatan dan
mencari ilham dan idea baru.”
YB Cikgu Muslimin Yahaya
36
INISIATIF e-BULETIN
EKONOMI
Bantu Belia Minat Jadi Nelayan
Perikanan mampu menjana sumber ekonomi baru bagi belia yang
terjejas dalam sekor pekerjaan
YB Cikgu Muslimin Yahaya membuat tinjauan di
Jeti D’muara Sungai Haji Dorani yang menempatkan
lebih 300 nelayan pantai. Empat puluh lima peratus
daripada kumpulan nelayan ini terdiri dari belia.
YB Cikgu Muslimin memuji komitmen persatuan
nelayan yang sentiasa mahu membantu
menguruskan nelayan pantai terutama mewujudkan
kesatuan dan kerjasama bagi kebaikan mereka.
YB Cikgu Muslimin juga menyatakan kesediaan
untuk membantu permohonan membina jeti baru
untuk menampung pertambahan nelayan yang ada.
“Kebelakangan ini penglibatan belia sebagai
nelayan pantai sangat menggalakkan. Ini
menunjukkan sektor perikanan mampu menjana
pendapatan keluarga.”
YB Cikgu Muslimin Yahaya
37
INISIATIF e-BULETIN
EKONOMI
300 Nelayan Mendapat Manfaat
Pemasangan Pancang Bot dan Sampan Nelayan
Pusat Khidmat Rakyat Sungai Besar komited membantu keperluan nelayan antaranya ialah
membantu menyediakan pancang bot dan sampan nelayan bagi mengelak dari dihanyutkan ombak.
Antara Jeti yang mendapat manfaat program ini ialah di Jeti Sungai Nibong, Jeti Sungai Haji Dorani
dan Jeti Tanjung Medan.
“Agensi-agensi kerajaan disarankan terus membantu
nelayan pantai bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Antara bantuan yang diberikan ialah bantuan sara hidup
nelayan, bantuan peralatan seperti bot dan pukat. Anak-
anak keluarga nelayan juga diberi bantuan mengikut
keperluan seperti pakaian sekolah, dan peralatan sekolah.”
YB Cikgu Muslimin Yahaya
38
INISIATIF e-BULETIN
EKONOMI
Pelancongan Sebagai
Sumber Ekonomi di
SUNGAI BESAR
Sungai Besar digelar sebagai Jelapang Selain daripada itu terdapat Kilang Beras
Padi Selangor kerana terletak di jajaran Rakyat Sekinchan, dan Paddy Gallery untuk
kawasan penanaman padi Tanjung Karang. mengetahui kaedah penanaman
menggunakan jentera dan proses
Selain itu, Sungai Besar juga terkenal penghasilan dan pembungkusan beras.
sebagai perkampungan nelayan dan industri
kecil sederhana yang berasaskan pertanian. Di samping itu, homestay menjadi pilihan
pelancong sebagai tempat penginapan
Oleh itu, kebanyakkan pelancong memilih ketika bercuti di sungai Besar.
Sungai Besar sebagai destinasi percutian
kerana ingin merasai suasana desa yang
indah permai, serta jauh dari kesibukan
kota.
Antara tempat menarik untuk dikunjungi
adalah Pantai Redang Sekinchan, Pasar
Jerami Ban Kenal Parit 14, Jeti Bagan
Sungai Besar dan D’Muara Marine Park
Sungai Haji Dorani.
39
INISIATIF e-BULETIN
EKONOMI
Pasar Jerami Ban Kenal Parit 14, Simpang 5
diilhamkan oleh En, Mustafa bersama AJK MPKK Parit
14. Tujuan awal pembinaannya ialah untuk menyertai
kempen “Cintailah Sungai Kita”. Penduduk Kampung
bersama-sama bergotong-royong membina Pasar
Jerami.
“Saya akan lakukan apa saja
untuk mengekalkan Pasar Jerami
supaya terus menjadi destinasi
pelancongan di Sungai Besar dan
menjadi sumber pendapatan baru
bagi penduduk di sini.”
YB Cikgu Muslimin Yahaya
40
INISIATIF e-BULETIN
SOSIAL
Bantuan kepada Mangsa Banjir
Bantuan yang dihulurkan oleh YB Cikgu Labu, Kampung Parit 5 dan Taman Aman.
Muslimin Yahaya, kepada mangsa banjir Sebanyak 28 orang isi rumah telah
di Sekinchan sedikit banyak dapat dipindahkan ke Pusat Pemindahan di
meringankan kesusahan yang dialami Dewan Seri Sekinchan. YB Cikgu
oleh mereka. Antara kawasan yang Muslimin turut berkunjung dari rumah ke
terjejas dengan banjir yang disebabkan rumah bertanyakan khabar mangsa
oleh hujan lebat dan fenomena air laut banjir.
pasang besar ini ialah Kampung Sungai
“Fenomena air laut pasang besar dan hujan lebat di Sekinchan hingga
ke Sabak Bernam menyebabkan kawasan persisiran Pantai Sekincahan
turut diancam banjir. Saya dah minta Jabatan Parit dan Saliran mem-
buat kajian dan mencadangkan kaedah penyelesaian untuk tindakan
segera.”
41
INISIATIF e-BULETIN
SOSIAL
YB Cikgu Muslimin agih bag Kuih Raya kepada
masyarakat Cina sempena Tahun Baru Cina 2021
Masyarakat Cina di Malaysia menyambut ‘Tahun
Baru Cina’ dalam situasi norma baru kerana
penularan Pandemik Covid-19. Namun
kemeriahannya tetap dirasai. Sebagai menghargai
peranan masyarakat cina di Sungai Besar, YB Cikgu
Muslimin Yahaya telah mengedarkan 4,500 bag kuih
raya kepada setiap rumah masyarakat cina.
Turut sama mengedarkan bag kuih raya ini ialah
Tuan Haji Mohd Fadzin Taslimin YDP PAS Sungai
Besar, Pengerak Komuniti Sungai Besar, pemimpin
komuniti setempat dan sukarelawan Pusat Khidmat
Rakyat.
42
INISIATIF e-BULETIN
SOSIAL
Sumbangan Beg Kuih Raya Sempena
Program Mesra Deepavali
Sempena sambutan Deepavali 2020 yang lepas, YB Cikgu
Muslimin Yahaya memberi sumbangan kepada 800 isi rumah
berbentuk wang tunai dan keperluan makanan kepada
masyarakat India. Sumbangan ini dapat menaikkan semangat
mereka dalam meraikan sambutan deepavali secara seder-
hana bagi memutuskan rantaian Covid-19.
“Dalam keadaan pandemik Covid-19
ramai golongan yang terjejas
terutama kumpulan B40. Saya
berharap agar semua penduduk di
Parlimen Sungai Besar tiada yang
putus bekalan makanan dan saya
akan cuba membantu mereka yang
memerlukan bantuan saya.”
YB Cikgu Muslimin Yahaya
43
INISIATIF e-BULETIN
SOSIAL
Ziarah Kasih Syawal
Berkongsi Rezeki Dan
Kesyukuran
Program Ziarah Kasih seperti ketupat dan rendang
Syawal Pusat Khidmat Rakyat dan meraikan hari lebaran
Parlimen Sungai Besar bersama-sama dengan
dilaksanakan bagi menyantuni mereka. Selain dari memberi
golongan yang kurang kegembiraan menyambut hari
bernasib baik akibat lebaran ia juga dapat
kemiskinan dan kekangan mengeratkan silaturrahim.
kehidupan. Ada diantara
mereka ditinggalkan anak dan Program ziarah syawal ini
menyambut hari raya melibatkan 50 peserta yang
bersendirian. terdiri daripada pelbagai latar
belakang kehidupan.
YB Cikgu Muslimin Yahaya Kecaknaan YB Cikgu Muslimin
mengambil inisiatif mengamit rasa peserta yang
menyediakan juadah hari raya terlibat ziarah kasih ini.
“Kita menyediakan juadah hari raya
seperti ketupat, rendang dan kuih-muih
serta makan bersama mereka agar
Syawal dapat diraikan dan disyukuri.”
YB Cikgu Muslimin Yahaya
44
INISIATIF e-BULETIN
SOSIAL
11,000 Beg Raya Diedarkan Di kalangan
Masyarakat Islam di Parlimen Sungai Besar
Pertama kali dalam sejarah, Ramadhan dan Syawal kali ini di sambut dalam situasi norma baru
kerana penularan Pandemik Covid-19. Namun kemeriahannya tetap dirasai di Sungai Besar YB
Cikgu Muslimin Yahaya telah mengedarkan 11,000 bag kuih raya kepada setiap rumah.
Turut sama mengedarkan bag kuih raya ini ialah Haji Mohd Fadzin Taslimin YDP PAS Sungai
Besar, Pengerak Komuniti Sungai Besar, pemimpin komuniti setempat dan sukarelawan Pusat
Khidmat Rakyat. Parlimen Sungai Besar.
45
INISIATIF e-BULETIN
SUKSES
Parlimen Sungai Besar Capai
KPI 100 Peratus
Pusat Khidmat Rakyat Sungai Besar telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan
Projek Mesra Rakyat (PMR) 2020 Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Tujuan pelaksanaan PMR bagi menyediakan
kemudahan infrastruktur asas mengikut keperlu-
an setempat, pelengkap kepada rancangan
pembangunan semasa serta meningkatkan dan
memantapkan pembangunan sosioekonomi di
Parlimen Sungai Besar. Berdasarkan Dashboard
Kad Laporan Projek Mesra Rakyat (PMR) 2020
pada 11 Mac 2021 Parlimen Sungai Besar telah
mencapai 100 peratus pelaksanaan dan
penghantaran pelaporan.
“Pencapaian ini merupakan kejayaan bagi
semua rakyat di Parlimen Sungai Besar. Apa
yang pen(ng bukan KPI tapi rakyat merasai dan
menikma( kerjabuat Pusat Khidmat Rakyat
Parlimen Sungai Besar.”
YB Cikgu Muslimin Yahaya
46
INISIATIF e-BULETIN
SUKSES
PPDSB Pemacu Kecemerlangan
Sederap Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam membina
generasi berilmu dan berjaya di dunia dan di akhirat
Kesungguhan YB Cikgu Muslimin Yahaya, Timbalan Menteri Pendidikan I dapat
mempercepatkan pembinaan PPD Sabak Bernam telah membuahkan hasil. Surat setuju
terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya telah diserahkan dan pembinaan akan
dimulakan mulai April ini.
Kos pembinaan PPD Sabak Bernam sebanyak RM 15 juta dan dijangka siap pada tahun
2024. Kos pembinaan ini melibatkan pembinaan bangunan dan aset peralatan.
Sebanyak /ga kali sesi libat urus melibatkan pembinaan bangunan PPD Sabak Bernam
adalah buk/ komitmen YB Cikgu Muslimin untuk memas/kan permbangunan Pendidi-
kan akan mampu menjana pencapaian yang cemerlang di Kawasan luar bandar.
Pembinaan PPD Sabak Bernam
merupakan keutamaan saya
sebab ia merupakan mercu tanda
kecemerlangan pendidikan di
Sabak Bernam.
YB Cikgu Muslimin Yahaya
47
INISIATIF e-BULETIN
SUKSES
KPM lulus Sekolah Model Khas K9 di SKBJ
Isu keciciran dan ponteng sekolah dijangka akan dapat diatasi
Berita gembira ini disampaikan oleh YB Cikgu
Muslimin Yahaya kepada Pegawai Pendidikan
Daerah Sabak Bernam, Encik Mohd Jaluli Yahaya
pada tarikh 24 Mac 2021.
Kesukaran pelajar-pelajar kawasan Binjai Jaya ke
Sekolah Menengah yang terdekar sekitar 20 kilo-
meter di SMK Bagan Terap atau 7 kilometer ke
SMK Ulu Bernam Perak dengan menariki feri
akhirnya berakhir bila SK Binjai Jaya akan meneri-
ma pelajar Tingkatan 1 mulai Jun 2021.
YB Cikgu Muslimin juga berkongsi kegembiraan
dalam akaun Facebook miliknya. Beliau menya-
takan kesyukuran dan berterima kasih atas doa
penduduk Sungai Panjang.
Sekolah Model Khas K9 ini ialah sekolah menengah
dalam sekolah rendah.
Lawatan ke Je& Tanjung Medan laluan pelajar ke
ssekolah SMK Ulu Bernam
Lawatan ke SKBJ meninjau bangunan dan peralatan
Sesi libaturus pembangunan Sekolah Model Khas K9
48
INISIATIF e-BULETIN
SUKSES PAGE
Selamat menduduki
peperiksaan
kepada calon SPM,
STPM, SVM
dan STAM Tahun 2020
“Kami doakan setiap anak-
anak pelajar diberikan hati
yang terang, emosi yang
tenang, jiwa yang tenteram,
ingatan yang senang, jasmani
dan rohani yang aman dan
tinggi semangat juang dengan
dorongan motivasi untuk
mencipta kejayaan.”
Amin ...
YB Cikgu Muslimin Yahaya,
Timbalan Menteri Pendidikan I
49