The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL SLB 2021 SK TANJUNG PUTERI
Buku Skrap DIgital Nazwa SK Tanjung Puteri

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipg004622, 2021-04-21 00:04:16

Buku Skrap DIgital Nazwa SK Tanjung Puteri

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL SLB 2021 SK TANJUNG PUTERI
Buku Skrap DIgital Nazwa SK Tanjung Puteri

Keywords: BUKU SKRAP TOKOH KEMERDEKAAN

Buku Skrap Digital SLB SK TANJUNG PUTERI
TOKOH KEPIMPINAN

DISEDIAKAN OLEH: NURUL NAZWA BINTI ZAINI

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan Isi BPieosdearttaa
Kandungan

Kerjaya Tokoh ToPkoenhdPidemikiamnpin TokoBhioPdeamtaimpin
Sumbangan Tokoh gNeidnlaieyciraoKannsgetiopsbhiemoikloeaplhrienahanng Penutup

Sumber Rujukan

MAKLUMAT PESERTA

NURUL NAZWA BINTI ZAINI

Kelas: 6 Nama
Arif Sekolah: SK
Tanjung
Puteri

Alamat Sekolah:
Jalan Geroda Larkin,
80350 Johor Bahru,

Johor

E-mail peserta ;

Email: [email protected]

JOM BERKENALAN SCRABBOOK
DENGAN TOKOH
KEPIMPINAN JOHOR!

Sultan Ibrahim
ibni Almarhum
Sultan Iskandar

BIODATA

tokoh

Nama baginda adalah Tunku Ibrahim
Ismail Ibni Tunku Mahmud Iskandar.
Baginda dilahirkan pada 22 november

1958 di Hospial Sultanah Aminah
Hospital, Johor Bharu, Johor Malaysia.

Tuanku mendirikan rumah tangga
dengan Duli Yang Maha Mulia Raja
Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan

Idris Shah dan dikurniakan lima
orang putera dan puteri

PENDIDIKAN

tokoh

Sekolah pertama baginda ialah sekolah
Temenggong Abdul Rahman 1. Baginda
seterusnya menyambung pendidikan di Trinity
Grammar School di Australia pada 1968 selama
dua tahun. Sekembalinya baginda ke Johor ,
baginda kemudiannya belajar di Maktab Sultan
Abu Bakar (MSAB). Di samping itu, Tunku
Ibrahim juga bersekolah di Sekolah Agama
Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek di
Johor Bahru bagi mempelajari asas-asas agama

Islam.

Kepimpinan Tuanku terserlah apabila
setelah tamat persekolahan Tuanku dilantik
sebagai platun komander ketika menjalani
latihan ketenteraan di Pusat Latihan Tentera

Darat di Kota Tinggi. Kemudiannya,
Tuanku mendapat jemputan khas untuk

mengambil bahagian dalam latihan
ketenteraan untuk pegawai muda di Fort

Benning, Georgia USA. Selain dari itu
Tuanku juga menjalani latihan ‘airborne‘
dan ‘ranger‘ untuk pegawai infantri. Selepas
berehat dua bulan, Tuanku meneruskan

latihan ‘American Special Forces‘ dan
‘Pathfinder’ dimana Tuanku telah membuat

19 terjunan payung terjun, lapan darinya
pada waktu malam.

KERJAYA

tokoh

Tunku Ibrahim dilantik sebagai Waris apabila Duli Yang Maha
Mulia Sultan Iskandar menaiki takhta kerajaan Johor dan

dimasyurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.

Tuanku dilantik sebagai Timbalan Pegawai
Pemerintah Askar Timbalan Setia Negeri. Dalam

masa yang sama Tuanku menjalani latihan
juruterbang helikopter dengan Tentera Udara

DiRaja Malaysia.

SUMBANGAN

tokoh

Sultan Tuanku sangat menjaga kebajikan rakyatnya.
IBRAHIM yang demi meneruskan tumpuan terhadap kerja
amal dan kebajikan, Tunku Mahkota Johor telah
menyumbangkan komputer, pakaian dan basikal

kepada murid-murid miskin di luar bandar.

Baginda juga menjalankan
amanah dengan sangat adil dan

saksama sekali gus hal ini
menyumbang dalam memastikan
kestabilan politik di negeri Johor

dan Malaysia . Mengukuhkan
perpaduan rakyat melalui sistem

pendidikan .

Demi menjaga kebajikan
rakyat yang tidak mampu

mempunyai rumah dan
keperluan asas, baginda
bercadang untuk menubuhkan
'bank of Johor' untuk
memudahkan rakyat membuat
pinjaman perumahan.

Baginda juga telah
menyumbang kepada
kemantapan sistem
pertahan negara melalui
pemerkasaan pasukan
tentera melalui ROYAL
JOHOR MILITARY

FORCE untuk
memastikan dari segi
sistem keselamatan dan
pertahanan sentiasa

mampan

NILAI KEPIMPINAN

tokoh

BERANI MENCUBA

Sifat-sifat kepimpinan, ketokohan dan
keperibadian yang menawan hati

rakyat ini telah menjadikan DYMM
Tuanku seorang sultan yang amat
disenangi dan disayangi oleh seluruh

rakyat Negeri Johor.

DYMM Sultan Ibrahim sangat berminat
dalam bidang sukan, khususnya polo yang
telah membawa baginda menyertai kejohanan
sehingga ke peringkat antarabangsa. Hal ini
memberikan saya kesedaran bahawa generasi
kini perlu bergiat aktif dalam pelbagai bidang
dan tidak semestinya terlalu rigid dengan

bidang kepimpinan.

KASIH SAYANG

Baginda sentiasa mencuba untuk
mendekati rakyat dalam cara apa

sekali pun. Pendekatan dengan
kasih sayang ini menyebabkan
rakyat sangat mudah untuk mesra
dengan Tuanku. Banyak aktiviti
yang dirancang oleh Tuanku
untuk dilaksanakan bersama

dengan rakyat.

Hal ini mendidik kita
supaya jangan sombong
untuk mendekati rakan-
rakan di bawah pimpinan
kita dan kita harus sentiasa
mendekati mereka dengan

penuh kasih sayang.

TERIMA KEPELBAGAIAN

Tuanku sangat
mementingkan
perpaduan dan hanya
perpaduan dapat
menjamin kesejahteraan
semua bagi sesebuah
negara yang hidup
dalam pelbagai kaum,
pelbagai kaum, agama,
corak budaya, warisan
dan kepelbagaian
individu itu sendiri.
Hal ini sangat penting untuk
seseorang pemimpin. Generasi
kini perlu sedar akan
kepelbagaian yang wujud supaya
dan memimpin dengan lebih
berkesan apabila dapat menerma
kepelbagaian individu. Akhirnya,
teguran dan tindakan yang
diambil sepanjang kita
melaksanakan tugas akan lebih
berkesan.

AMANAH MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB

Dalam melaksanakan tanggungjawab,
semestinya Tuanku berdepan dengan

banyak cabaran, lagi lagi apabila
terpalit dengan isu yang telah

diperkotak katikkan semasa zaman
pemerintahan ayahandanya.

Walaubagaimanapun, baginda tetap
menjalankan tanggungjawab dengan
amanah dan mengikut acuan sendiri

Hal ini menunjukkan
kepada kita, tiada

pemimpin yang tidak
menghadapi cabaran
semasa menjalankan tugas.
Namun, generasi pada kini
perlu teguhkan diri dan
melaksanakan amanah

yang telah
dipertanggungjawabkan.

"I know what's best for my people"
(Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, 2017)

Galeri Tuanku

Pertemuan Rasmi Tuanku bersama Tuanku meluangkan masa untuk
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' memasak di dapur bersama warga Istana.

Haji Muhyiddin bin Md. Yasin

Lawatan rasmi ke Pengkalan Tentera
Udara Malaysia (TUDM) di Masai, Johor.

Keluarga diraja.

penutup

Kesimpulannya, untuk menghasilkan buku skrap ini ia
memerlukan banyak pencarian maklumat di perpustakaan dan

atas talian. Semakin banyak pengetahuan yang saya peroleh
mendidik saya bahawa menjadi pemimpin bukan kerja yang
mudah dan ia memerlukan banyak ilmu dan kemahiran. Pada

masa yang sama, terdapat banyak pengajaran yang boleh
dijadikan pedoman khususnya untuk melaksanakan
tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.

Saya berharap supaya, setiap daripada pemimpin dan bukan
pemimpin pada masa kini perlu mengambil iktibar dan pada
akhirnya kita dapat melahirkan lebih ramai pemimpin seperti

Sultan Ibrahim.

rujukan

Laman Web Rasmi Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan
Johor (2021). Diakses pada April 20, 2021 dari
https://kemahkotaan.johor.gov.my/biodata/dymm-sultan-johor/

Astro Awani (April 14, 2016). Sultan Johor cadang tubuh 'Bank of

Johor' mudahkan rakyat buat pinjaman perumahan. Diakses pada

April 20, 2021 dari https://www.astroawani.com/berita-

malaysia/sultan-johor-cadang-tubuh-bank-johor-mudahkan-rakyat-

buat-pinjaman-perumahan-102421

Akhbar Sinar Harian ( Julai 07, 2019). Perpaduan rakyat wujud daripada
sistem pendidikan: Sultan Johor. Diakses pada (April 20, 2021) dari

https://www.sinarharian.com.my/article/36298/BERITA/Nasional/Perpad
uan-rakyat-wujud-daripada-sistem-pendidikan-Sultan-Johor

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim. (2021). DYMM
Sultan Johor. Diakses pada April 20, 2021 dari
https://www.johor.gov.my/kerajaan/kesultanan-johor/dymm-sultan-
johor


Click to View FlipBook Version
Previous Book
มงคลชีวิต ฉบับ "ทางก้าวหน้า"
Next Book
Buku Fiksi dan Nonfiksi (1)