BUKU CERITA KANAK-KANAK RUSA MASUK KAMPUNG Dihasilkan oleh : Nurul Izzah binti Mohd Saifulazmi
Pada zaman dahulu, di dalam hutan yang indah, hiduplah sekumpulan haiwan yang tinggal di hutan tersebut. Antaranya, monyet, arnab, gajah dan banyak lagi haiwan yang lain. Mereka hidup dengan aman dan harmoni.
Namun begitu, semua haiwan di dalam hutan tersebut sangat takut dengan Si Raja Rimba iaitu singa, kecuali seekor haiwan iaitu rusa. Rusa terkenal dengan kakinya yang panjang dan kebijaksanaannya tentang selok-belok hutan itu. Oleh itu, jika dia terserempak dengan singa, dia akan menggunakan pengetahuannya tentang selokbelok hutan untuk berlari dengan sangat pantas.
Rusa tidak mengendahkan pesanan monyet itu dan hanya memberi perhatian untuk mencari makanannya sahaja. Monyet dengan perasan marah berkata “Sudahlah rusa, aku dah beri amaran awal-awal tapi kau tidak mengendahkannya. Jangan sampai kau menyesal!” Semakin lama semakin hilang bayangan monyet daripada pandangan rusa.
“Penakut betul monyet. Tidakkah dia tahu, aku adalah haiwan yang paling mahir dan bijak tentang hutan ini, ” bisik rusa di dalam hatinya.
Tiba-tiba rusa terdengar bunyi ranting patah dari arah belakangnya. Rusa menoleh. Dia ternampak singa sedang menghampirinya. “Oh, singa rupanya. Kejarlah aku kalau kau dapat, ” kata rusa dengan suara mengejek. Singa berasa berang lantas mengejar rusa.
Rusa tidak mengendahkan pesanan monyet itu dan hanya memberi perhatian untuk mencari makanannya sahaja. Monyet dengan perasan marah berkata “Sudahlah rusa, aku dah beri amaran awal-awal tapi kau tidak mengendahkannya. Jangan sampai kau menyesal!” Semakin lama semakin hilang bayangan monyet daripada pandangan rusa.
Rusa berlari sambil ketawa. Dia tahu bahawa singa tidak akan dapat mengejarnya kerana dia ialah haiwan yang paling laju dan mahir tentang selok-belok hutan itu. Tanpa rusa sedari, dia sudah berlari masuk ke sebuah kampung.
Tibanya rusa di kampung, rusa tercengang melihat suasana kampung itu. Keadaan kampung itu sangat berbeza dengan hutan tempat tinggalnya. Terdapat banyak jenis buah-buahan yang amat segar dan menyelerakan. Rusa sangat teruja tapi dia cuba berlagak seperti biasa. Rusa pun meneruskan perjalanannya di kampung itu dengan rasa ingin tahu yang tinggi.
Tiba-tiba rusa terdengar satu suara memanggilnya, “Rusa, datanglah kemari dan jemputlah makan buah-buahan yang baru sahaja dipetik oleh penduduk kampung, ” pelawa pasangan manusia. Rusa tercengang melihat buah-buahan itu dan tanpa rasa ragu, rusa pun terus makan buah-buahan yang diberikan oleh penduduk kampung tadi. “Kalau hari-hari dapat makan-makanan begini baik aku duduk sahaja di kampung ini daripada tinggal di dalam hutan” , bisik rusa di dalam hatinya dengan perasaan gembira.
Sedang asyik rusa menikmati makanan. Tiba-tiba satu jaring melekat di atas tubuhnya. Rusa menjerit dan meminta tolong dengan sekuat hati, “Tolong-tolong, selamatkan aku ” , jerit rusa. Rusa menangis teresak-esak. Dia sedar dia telah diperangkap oleh penduduk kampung. Buahbuahan yang ditawarkan kepadanya hanyalah sebagai umpan semata-mata.
Di dalam hutan, monyet berasa tidak sedap hati kerana rusa selalu datang mencarinya tetapi pada hari itu dia tidak nampak langsung kelibat rusa di dalam hutan. Monyet pun pergi mencari rusa. Dia bertanya kepada semua haiwan yang ada di dalam hutan. Semua hanya menggelengkan kepala.
Monyet semakin risau dan akhirnya dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan singa. Dengan beraninya monyet pergi berjumpa dengan singa kerana dia tahu singa tidak dapat memakannya kerana singa tidak boleh panjat ke atas pokok.
Setibanya monyet ke tempat singa, monyet bertanya, “Wahai singa, adakah kau terserempak dengan rusa?” tanya monyet. “Ya monyet, aku terserempak dengannya dan aku mengejarnya sehingga menuju ke sebuah kampung di hujung hutan. Namun aku tidak nampak kelibat rusa setelah sampai di hujung hutan. Aku rasa rusa telah masuk ke kampung itu”, jelas singa. Monyet segera menuju ke kampung itu kerana dia tahu rakannya mahir akan selok-belok hutan tetapi bukan di luar kawasan hutan.
Sedang rusa memikirkan riwayatnya yang akan tamat, rusa terdengar satu suara yang sayup-sayup kedengaran. Semakin lama semakin dekat suara itu. “Bertahan rusa, aku datang untuk selamatkan kau ” kata pemilik suara itu. “Eh, itu seperti suara monyet!” , kata rusa. Rupa-rupanya monyet datang untuk selamatkan rakannya. Rusa berasa sangat bersyukur kerana monyet sanggup mencari dan menyelamatkannya.
Monyet cuba sedaya upaya untuk membebaskan rusa daripada jaring dengan menggunakan kukunya yang tajam tetapi tidak berjaya. Tiba-tiba, monyet mendapat idea yang sangat bernas dia segera memberitahu rusa supaya menggunakan tanduknya yang tajam untuk mengoyakkan jaring itu.
Dengan pantas rusa menghayunkan tanduknya pada jaring dengan bantuan monyet dan akhirnya jaring itu dapat dikoyakkan. Rusa dan monyet terus berlari dan meninggalkan kampung dengan cepat tanpa diketahui oleh penduduk kampung.
Setibanya di hutan, rusa meminta maaf kepada monyet kerana selalu tidak mengendahkan nasihat monyet dan dia sangat menyesal akan perbuatannya. Rusa berjanji bahawa dia tidak akan mengulangi lagi perbuatannya. Monyet memaafkan rusa. Semenjak hari itu, rusa dan monyet menjadi sahabat baik dan mereka selalu mencari makanan bersama-sama.
PENGAJARAN : Janganlah kita bersikap sombong dan bangga diri. 1. Mendabik dada dengan ilmu yang sedikit hanya akan mendatangkan kerugian. 2.
GLOSARI: