The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Siri Cepat Membaca - Ianya lebih berfokus kepada bunyi sebutan seperti: oi, au, ai, kh & sy.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurauni0801, 2022-06-22 23:46:14

ebook

Siri Cepat Membaca - Ianya lebih berfokus kepada bunyi sebutan seperti: oi, au, ai, kh & sy.

o i kh au ai s

NOIR SI MONYETy
NAKAL

1

E-Book

Ini buku saya

NUR AUNI BINTI MAZLAN
146615

2

oi k h au ai sy

NOIR SI MONYET
NAKAL

Penulis | Ilustrator | NUR AUNI BINTI MAZLAN

E-Book

3

4

Noir si monyet nakal.
Noir suka membuat hal.

5

Si cencurut pandai berhias,
Kalau bercermin, tak pernah puas.

6

Noir, membuat hal.
Cermin si cencurut terus disambar.

Pranggg....cermin pecah.
"Noir!"Si cencurut menjerit marah.

7

Apa khabar, si tikus kaya.
Pandai membeli,
Pandai bergaya.

8

Noir membuat hal.
Tali leher si tikus terus disambar.
Marahnya si tikus panas membakar.

9

"Syy... syy... jangan bising-bising.
Nanti sembilan anakku menangis nyaring,"
si ibu burung berkicau marah.
Tetapi Noir buat endah tak endah.

10

11

Tiada khabar, tiada berita,
Tiada kawan, hidup derita.

12

Langkah perlahan, membawa diri,
Terus berjalan, mencari-cari.
Nun di sana nenek kebayan.
Amboi, topinya tersangkut
tinggi di awan!

13

Tidak disuruh, tidak diupah,
Memanjat pandai, topi dicapai.
"Ininya topi nenek,"
kata Noir si monyet nakal.

14

15

16

Budi nan baik, dibalas baik,
Itulah syarat akhlak mulia.
"Ini lumpur sakti. Apa dihajat boleh
menjadi," nenek kebayan membalas budi.

17

18

Kembalilah Noir ke hutannya
semula.
Perginya dulu, tiada yang hirau,
Baliknya kini, tiada yang sudi.

19

Lumpur sakti, diadun rapi,
diolah cantik terus menjadi:
jarum yang besar, rantai

20

yang cantik dan
kain alas yang menarik
untuk Noir menabur budi.

21

Lumpur sakti ditekan-tekan,
Menjadi kacang sedap dimakan.

22

Amboi, gelapnya malam ini!
Berkereta roda, Noir pun pergi.
Rumah ke rumah memberi-beri.
kacang nan sedap, menabur budi.

23

Esoknya....hari kenduri.
Kita memberi, orang menerima,
Rasa bersyukur untuk semua.
Kalau dahulu si monyet nakal,
Tetapi kini, si baik hati.

24

25

Bunyi Huruf
Bunyi oi

Noir dodoi amboi hoi

Bunyi au

kicau kacau hirau

26

Bunyi Huruf

Bunyi sy Bunyi kh

syabas syukur akhlak khabar

Bunyi ai

hai kedai pandai

27

Mari bernyanyi

Mari bernyanyi bersama-sama
Dengarkan bunyi oi, oi, oi
Noir, hoi, adoi

Sekarang mari sebutkan bunyi sy, sy, sy
Syukur, syukur, Syabas, syabas
Bagus! mari cuba bunyi kh, kh, kh
Khabar, khabar, Khamis, Khamis
Ya bagusnya!

28

Mari nyayikan au, au, au
Hirau, kacau, kicau, kalau
Dengarkan bunyi ai, ai, ai
Pandai, capai, wahai, damai

29

oi kSiri Cepat Membacai sy

h au a

Bunyi Sebutan

30

31

Lumpur sakti diadun rapi,
untuk Noir menabur budi.

32


Click to View FlipBook Version
Previous Book
SAR การศึกษาขั้นพื้นฐานโรงเรียนบ้านปางหินฝน 2564
Next Book
เอกสารชี้แจงรายละเอียดประกอบการรับเงินกรณีเกษียณอายุ พนักงานบำเหน็จบำนาญ