1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Sekolah Kebangsaan Pemberian Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai 18000 Kuala Krai, Kelantan Darul Naim Tel : 011-55057393 E-mel : skpemberian@gmail.com Ruj. Kami : SKP 100-6/1/1(04) Tarikh : 12 Mac 2023 MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PENTADBIRAN 1 2023/2024 Tarikh : 14 Mac 2023 Hari : Selasa Masa : 8.30 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat SK Pemberian Kehadiran : 1. En Nik Zailani bin Nik Mahmud 2. En Zunaidi bin Awang Teh 3. Pn Zamilah Bt Ismail. 4. Cik Nik Rosaini bt Nik Abdul Kadir 5. Pn Yuasmiza bt Yusoff 6. Pn Siti Asiah bt Abdullah 7. Cik Nurul Fatihah bt Azemi 8. En Che Hazli bin Che Ghani 9. En Cik Anuar bin Shafie 10. En Fadir bin Mohamed 11. Pn. Raja Azreni Farhana bt Raja Azaman Shah 12. Pn. Norazuraini bt Abdullah 13. Pn. Noorbaya bt Muhamad 14. Pn. Rahimah bt Yaakob 15. En. Mohd Najid Kazman bin Mohd Nawi 16. Pn. Wan Suhaili bt Wan Husain 17. Pn. Wan Azura bt Wan Asri Tidak Hadir : 1. Pn. Zolianey bt Zol – dengan kenyataan 2. Pn. Salamah bt Mat Jusoh – dengan kenyataan
2 1. Perutusan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru yang dapat hadir dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa. 1.2 Beliau menyatakan rasa syukur ke hadrat Allah kerana diizinkan untuk kembali bertugas. 2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu 2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat bil 3 2022/2023. 2.2 Pn. Siti Asiah bt Abdullah mencadangkan minit disahkan dan disokong oleh Pn. Raja Azreni Farhana bt Raja Azaman Shah. 3. Perkara berbangkit Tiada perkara berbangkit. 4. Pembentangan/pelaporan kertas kerja/isu 4.1 Pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Pentadbiran sesi 2023/2024 4.1.1 Pengerusi membentangkan jawatankuasa bagi sesi 2023/2024. 4.1.2 Pn. Yuasmiza bt Yusoff mencadangkan jawatankuasa disahkan dan disokong oleh Pn. Noorbaya bt Muhamad. 4.2 Kewangan oleh Pn. Wan Azura bt Wan As’ari 4.2.1 Beliau membentangkan dan mengedarkan peruntukan yang diterima pada bulan Februari 2023. 4.2.2 Beliau turut memaklumkan bahawa peruntukan yang diperolehi hanya 42% daripada permohonan yang dibuat pada Oktober 2022. Beliau meminta guru-guru berbelanja secara berhemah memandangkan perbelanjaan sangat terhad.
3 4.2.3 Beliau memaklumkan bahawa semua guru hendaklah membuat permohonan 2 hingga 3 minggu sebelum program diadakan supaya peruntukan sempat dikeluarkan. 4.2.4 Beliau juga memaklumkan bahawa aset yang diterima perlu direkod dalam Rekod Aset Harta Modal. 4.2.5 Beliau turut memohon guru-guru menjaga aset yang dibeli oleh panitia. 4.3 Pengurusan Pentadbiran 4.3.1 Integriti 4.3.1.1 Pengerusi berkongsi maksud integriti iaitu “doing the right thing even if no one is watching”. Jenis integriti ialah rasuah wang dan masa iaitu waktu bertugas tidak cukup 8 jam disebabkan oleh sikap datang lewat dan balik awal. 4.3.1.2 Surat akujanji perlu dihantar untuk ditandatangani oleh uguru besar pada hari pertama persekolahan. 4.3.1.3 Fail Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dihantar pada setiap hari Khamis. 4.3.1.4 Kad perakam waktu perlu diketip sendiri dan sebulat suara bersetuju waktu pulang sekolah bagi guru bagi hari Ahad ialah pada pukul 1.40 petang manakala bagi hari Isnin hingga Khamis pada 1.21 petang. 4.3.1.5 Pengerusi memaklumkan bahawa PO dan PAR ada pakaian seragam dan perlu dikenakan semasa bekerja.
4 4.3.1.6 Pengerusi membacakan Akta 3(c)(i),(ii) ketua jabatan perlu ambil tindakan kepada pegawai di bawahnya. Ketua jabatan akan diambil tindakan sekiranya tidak mengambil tindakan di atas salah laku pegawai di bawahnya. 4.3.2 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) dan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) perlu diadakan 4 kali setahun. 4.4 Pengurusan Kurikulum 4.4.1 Guru Penyelaras Bestari (GPB) 4.4.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Guru Penyelaras Bestari (GPB) iaitu En. Mohd Najid Kazman bin Mohd Nawi, mempunyai tanggungjawab yang besar dan tugas yang banyak. GPB perlu mahir dalam bidang ICT dan komited untuk menyebar luas pada masyarakat. 4.4.1.2 GPB perlu melatih murid-murid untuk menyertai pertandingan secara atas talian. Pengerusi juga meminta GPB untuk menganjurkan pertandingan di peringkat sekolah. 4.4.1.3 Pengerusi turut memaklumkan bahawa segala perlatan ICT adalah di bawah tanggungjawab GPB dan sekiranya ada kerosakan perlu buat laporan. 4.4.1.4 GPB juga turut bertanggungjawab dalam mengaktifkan penggunaan Delima dengan mengadakan taklimat tentang penggunaan Delima kepada semua guru.
5 4.4.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah 4.4.2.1 Pengerusi juga memaklumkan bahawa PBS diteruskan bagi sesi ini dan PBD diserahkan kepada ibu bapa. Setiap murid perlu mencapai minimum TP3. 4.4.2.2 Pengerusi turut memaklumkan bahawa tiada peperiksaan besar seperti UPSR diadakan dan guru kelas tidak perlu mengeluarkan slip peperiksaan. Intervensi perlu diadakan selepas Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). 4.5 Pengurusan Hal Ehwal Murid 4.5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa sasaran kehadiran murid ke sekolah bagi sesi 2023/2024 ialah 95% selaras dengan KPI JPN. 4.5.2 Beliau turut memaklumkan bahawa PIBG/PIBKS perlu meningkatkan aktiviti dengan pihak swasta dan ibu bapa kerana penglibatan sangat kurang iaitu 75%. 4.5.3 Beliau turut memaklumkan bahawa semua hukuman terhadap murid mesti selaras dengan Ordinan Pelajaran 1957 dan SPI bil. 8 1953. 4.5.4 Beliau menyatakan bahawa Kelab Pencegahan Jenayah telah diserapkan dalam Unit Kokurikulum dan markah boleh diisi di dalam PAJSK. 4.5.5 Beliau turut mengingatkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG perlu diselesaikan sebelum 30 Jun 2023. 4.6 Pengurusan Kokurikulum 4.6.1 Pn. Zamilah bt Ismail, GPK Kokurikulum, memaklumkan bahawa perjumpaan akan diadakan seperti biasa setiap minggu pada hari Rabu.
6 4.6.2 Perhimpunan bulanan kokurikulum melibatkan 3 unit beruniform Persatuan Puteri Islam, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Kelab Pencegahan Jenayah. Perhimpunan ini diadakan pada minggu kedua setiap bulan. 4.6.3 Beberapa aktiviti dan cadangan tarikh dibentangkan oleh Pn. Zamilah seperti berikut : a. merentas desa pada bulan Mei 2023. b. latihan rumah sukan pada 6 – 8 Jun 2023 c. sukantara pada 11 Jun 2023 d. acara padang pada 12 Jun 2023 e. Sukan Sekolah pada 14 Jun 2023 f. Perkhemahan tahunan unit beruniform pada 13 – 15 Julai 2023 4.6.4 Beliau turut menyentuh berkenaan program 1Murid 1Sukan akan diteruskan pada tahun ini. 4.6.5 Bagi pengisian markah PAJSK, beliau mengingatkan semua guru bahawa semua guru kelas perlu melihat aktiviti yang disenaraikan di dalam sistem PAJSK baru markah boleh diisi supaya aktiviti tersebut sesuai dan memang ada di dalam sistem. 5. Hal-hal lain 5.1 Pengerusi mengingatkan semua bahawa sebagai penjawat awam, semua terikat dengan sumpah janji untuk mendidik dan membimbing murid-murid dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab sebagaimana yang terkandung di dalam lagu Kami Guru Malaysia.
7 6. Penutup 6.1 Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mesyuarat ini. 6.2 Pengerusi berharap agar semua guru dan AKP dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang. Disediakan oleh : Disemak oleh : …………………………………………….. ……………………………………… (NIK ROSAINI BINTI NIK ABDUL KADIR) (NIK ZAILANI BIN NIK MAHMUD) Setiausaha Pengurusan Pentadbiran Guru Besar SK Pemberian, SK Pemberian, Kuala Krai, Kelantan. Kuala Krai, Kelantan.