~ANNISA HUMAIRA~ KISAH TELADAN
orang yang pertama masuk Islam dalam kalangan kanak-kanak ketika berumur 10 tahun Khalifah Ali bin Abi Talib berasal daripada Bani Hasyim yang berketurunan Quraisy Khalifah Ali bin Abi Talib NAMA: Abu al-Hasan Ali bin Abu Talib ‘Abd Manaf bin ‘Abd alMuttalib bin Hasyim bin ‘Abd Manaf al-Qurasyi al-Hasyimi BIODATA Khalifah Ali bin Abi Talib merupakan sepupu dan menantu kepada Nabi Muhammad SAW khalifah keempat daripada khulafa’ al-Rasyidin yang memerintah selama 5 tahun NAMA GELARAN : Zu al-Fiqar yang bermaksud keberanian dan sifat kepahlawanannya yang terserlah
Peristiwa penting pada zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib
Perang Siffin (657 M) Perang Jamal dikenali sebagai perang unta Perang ini berlaku pada 11 Jamadilakhir 36H Perang ini berlaku selama tujuh hari Perang ini tercetus kerana Saidina Ali memecat keluarga Saidina Uthaman Bin Affan iaitu Bani Umaiyyah dan menggantikannya dengan pegawai kerajaan yang lebih cekap dan amanah . Perang Jamal (656 M) Perang siffin merupakan perang pertama antara saudara islam iaitu zaman fitnah besar Perang ini berlaku diantara pasukan Saidina Ali dan pasukan yang dipimpin oleh Muawiyah bin Abu Sufyan. Perang ini tercetus di tebing Sungai Furat, Syam Perang ini terjadi disebabkan anggapan pihak Muawiyah yang menuduh Saidina Ali tidak mengadili pembunuh Uthman dan ingin melakukan pembenrontakan.
Pemberontakan Khawarij Kumpulan ini berasal daripada golongan al-Qurra’ yang majoritinya terdiri daripada ‘arab badwi . Kumpulan ini tidak berpuas hati kaum Quraish mengambil alih kepimpinan dan memiliki keistimewaan tertentu . kumpulan ini telah mengkafirkan Ali bin Abi Talib, Mu’awiyah bin Abi Sufyan, Talhah, al-Zubayr dan Aishah RAnhm dan mengangap darah mereka halal Era pemerintahan Saidina Ali amat terkenal denagn dasar sosial dan pembangunan institusi. Saidina Ali memperkenalkan pelbagai dasar kebajikan, sosial dan pendidikan Beliau telah menubuhkan pelbagai institusi pendidikan dan lembaga sosial untuk meningkatkan kualiti kehidupan umat Islam ketika itu. Pembangunan Institusi dan Dasar Sosial
KEUNGGULAN PEMERINTAHAN : KISAH SAIDINA ALI DAN BAJU BESI YANG DIAMBIL OLEH ORANG NASRANI
Pada suatu hari, Saidina Ali bin Abi Taib berjalan-jalan di pasar Madinah . Tiba-tiba, beliau melihat baju perisai besi dijual oleh seorang Nasrani . Beliau amat mengenali baju besi yang dijual itu . Kemudian, beliau menghampiri orang Nasrani tersebut dan bertanya kepadanya.
Saidina Ali Orang Nasrani Saidina Ali amat pasti baju perisai besi itu kepunnyaannya. Oleh itu , Saidina Ali memutuskan untuk membawa orang Nasrani tersebut bersama baju perisai besi itu ke hakim muslim . ال، أميرول المؤمنين قميص معدني هذا ِملِكي هل هذا هو درعي؟
Selepas itu, Saidina Ali dan orang Nasrani itu pun pergi ke muka pengadilan. Pada waktu itu,Jawatan hakim telah disandang oleh Syuraih. Kemudiannya, Keduanya pergi menghadap di hadapan hakim . Saidina Ali menyatakan hujahnya dan disoal selidik oleh tuan hakim هذا هو درعي المفقود منذ زمن طويل ما رأيكم أيها المسيحيون؟ Saidina Ali Orang Nasrani
Orang Nasrani itu seterusnya memberikan hujah dan membuktikan dirinya tidak bersalah .Setelah mendengar pernyataan tersebut, Hakim menyatakan bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan baju perisai besi itu milik Saidina Ali. أنا ال أكذب عليك أيها القاضي. الدرع لي! اآلن أنا ولم أر السبب الذي يثبت أن الدرع أخذ من بابك أيها الخليفة Orang Nasrani
Kemudian Hakim bertanyakan pula kepada Saidina Ali, adakah beliau mempunyai bukti baju perisai besi itu miliknya. Malangnya ,Saidina Ali tidak mempunyai sebarang bukti. Oleh sebab yang demikian, Saidina Ali kalah dalam tuntutannya. ليس لدي أي دليل، أيها القاضي يا أمير المؤمنين عندك دليل عىل أن هذا الدرع هو لك Orang Nasrani فهذا الدرع له وليس لك أيها الخليفة
Saidina Ali pun akur bahawa baju besi itu bukan kepunyaannya dan menghormati keputusan tuan hakim tersebut. Tindakan Saidina Ali telah menimbulkan pandangan positif kepada Orang Nasrani itu terhadap keindahan sifat kepimpinan mengikut ajaran Islam . Dia kagum akan sifat adil Saidina Ali yang tidak menggunakan menyalah gunakan kuasanya sebagai seorang pemimpin. Saidina Ali Orang Nasrani
sebagaimana sabda Rasulullah SAW: ُه: ُّل ِه َيْوَم ال ِظَّل إاَّل ِظ ِّل ُهُم ُهَّللا في ِظ ُّل ُيِظ ٌة َع ْب َس َعاِدُل ْل ...ا ِإْلَماُم ا “Tujuh jenis manusia yang dinaungi Allah pada hari yang tiada tempat bernaung (Hari Kiamat) melainkan naungan-Nya; pertamanya ialah imam (pemimpin atau raja) yang adil…” (Riwayat al-Bukhari 660 dan Muslim 1031) Keadilan yang ditonjolkan oleh Saidina Ali ini merupakan qudwah hasanah (contoh terbaik) dalam aspek kepemimpinan . Ini amat bertepatan seperti suruhan Islam. Pemimpin yang menjalankan tangungjawab dengan penuh amanah akan diredai oleh Allah di dunia dan akhirat.
Orang Nasrani itu memuji sifat adil yang dimiliki saidina Ali dan hakim yang mengendalikan tuntutan tersebut. Orang Nasrani أنا حقا كذلك تفاجأ برؤية أمير المؤمنين يطالب بالدرع المفقود ليتبعه النظام القضائي وهو عادل لقد جاء بي ألطلب العدالة من القاضي الذي تحت سلطته لكن هذا القاضي رفض دعواه وهو يوافق عىل القرار في سبيل هللا نبيلة جدا طبيعتك أمير المؤمنين.
Selepas itu,Orang Nasrani tersebut memberitahu hakim tentang perkara yang sebetulnya mengenai baju besi tersebut. Oleh itu terbuktilah, baju besi itu sememangnya kepunyaan Saidina Ali R.A yang telah jatuh daripada untanya lalu diambil oleh orang Nasrani tersebut . Orang Nasrani في سبيل هللا ، هذا الدرع لك أوه أميرول المؤمنين في البداية أتابعك فقط وليس لدي أي نية لذلك يسرق ولكن الدرع قد سقط من جمرك ولفت انتباهي المتالكه.
Tiba- tiba orang Nasrani tersebut telah melafazkan kalimah syahadah di hadapan Saidina Ali. Mendengar lafaz syahadah yang telah diungkapkan, Saidina Ali telah memberikan baju besinya kepada orang Nasrani itu. Saidina Ali Orang Nasrani أشهد أن ال إله إال هللا وأن رسول ًا محمد هللا اذا أنت أسلم، ثم الدرع أن يكون لك
RUJUKAN Amirah, N. (2017). SEJARAH PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM (CTU 151) SAIDINA ALI BIN ABI TALIB. Www.academia.edu. https://www.academia.edu/35448581/SEJARAH_PEMIKIRAN_ DAN_TAMADUN_ISLAM_CTU_151_SAIDINA_ALI_BIN_ABI_TALIB Shaharom Tm Sulaiman. (1991). Tamadun Islam. Utusan Publications & Distributors. Politik, K., Pemerintahan ', S., Ibn, A., Talib, A., Rantau, P., Tengah, T., Nusantara, D., Fakulti, P., Islam, U., Kebangsaan, M., Ermy, A., Rozali, & Islam. (2018). https://doi.org/10.22583/ijwas.2018.10.01.06 PWMP. (2019). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - BAYAN LINNAS SIRI KE-209: POLITIK DALAM ISLAM. Muftiwp.gov.my. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/3630 Nathir, D. K. A. M. (2022, October 14). Fitnah kepemimpinan khalifah. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/addin/2022/10/892226/fitnahkepemimpinan-khalifah
SEKIAN , TERIMA KASIH