Nota ‘SKAPS’ Sains Tingkatan 4 (KSSM)
Perubatan Penerangan Kegunaan
Komplementari
Jarum dimasukkan ke dalam ‘titik-titik Merangsang sistem saraf dan
Akupuntur akupuntur’ pada kulit secara perlahan dan melegakan kesakitan
lembut.
Kiropraktik Menggunakan kemahiran ahli kiropraktor Merawat sakit belakang dan leher.
untuk membetulkan kedudukan tulang Merawat Sakit sendi
Urutan menggunakan tangan. Merawat kecederaan sukan
Tradisional Melegakan keresahan, kesakitan,
Kaedah untuk memanipulasi tisu lembut
menggunakan jari, tangan dan penumbuk. keletihan, ketegangan otot dan
masalah urat saraf.
Homeopati Ubat yang diberikan berdasarkan gejala yang Menguatkan keupayaan tubuh
ditujukkan oleh pesakit. melawan penyakit.
Tidak bertujuan membunuh
Terapi Herba Menggunakan tumbuhan atau bahagian kuman penyakit tersebut.
tumbuhan yang memiliki khasiat. Menyembuhkan penyakit melalui
sumber yang tidak mengandungi
dadah
Perbandingan Ubat semula jadi dengan Ubat Buatan Manusia
Ubat Buatan Manusia Ubat daripada sumber Semula Jadi
Persamaan
Akan mendapat kesan sampingan jika digunakan tanpa nasihat daripada doktor.
Akan mendapat kesan sampingan jika diambil dengan dos yang tidak betul.
Perbezaan
Dihasilkan di makmal dan dikomersilkan Diperoleh daripada tumbuhan dan haiwan
Perlu diambil secara berterusan atas nasihat pihak Perlu diambil dan diamalkan berterusan dalam
bertauliah jangka masa yang lama
Bukti penyembuhan berdasarkan ujian klinikal Bukti penyembuhan berdasarkan kepercayaan dan
pengalaman orang terdahulu
Kesan Penyalahgunaan Ubat-Ubatan :
Menyebabkan kematian
Menyebabkan ubat tersebut kurang berkesan untuk melawan penyakit.
Menyebabkan kesan sampingan yang teruk.
Menyebabkan ketagihan.
En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)
50
Nota ‘SKAPS’ Sains Tingkatan 4 (KSSM)
10.2 RADIKAL BEBAS
DEFINISI RADIKAL BEBAS
Atom atau molekul yang kekurangan satu elektron yang menjadikannya tidak stabil, reaktif dan cenderung
untuk menyerang atom atau molekul lain.
1. Proses pengoksidaan merupakan tindak balas kimia yang berlaku apabila suatu bahan tindak balas
mengalami kehilangan elektron.
2. Proses pengoksidaan ini menghasilkan radikal bebas dan berlaku secara semula jadi di dalam badan.
3. Keadaan ini mencetuskan tindak balas berantai untuk menghasilkan lebih banyak radikal bebas.
4. Terdapat 2 faktor yang menghasilkan radikal bebas :
a. Faktor luaran
b. Faktor dalaman
Atom Radikal antioksidan
stabil bebas
FAKTOR DALAMAN PENGHASILAN FAKTOR LUARAN PENGHASILAN RADIKAL
RADIKAL BEBAS BEBAS
Metabolisme badan Asap rokok
keradangan Sisa toksik
Pencemaran udara
Pendedahan kepada sinar ultraungu
(UV).
Pendedahan kepada sinaran X.
KESAN RADIKAL BEBAS TERHADAP MANUSIA :
Merosakan struktur DNA yang menyebabkan mutasi dan kanser.
Menyebabkan penyakit kardiovaskular dan ketidaksuburan.
Merosakkan buah pinggang, hati dan peparu.
Menyebabkan penuaan awal (wajah berkedut, rambut beruban)
En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)
51
Nota ‘SKAPS’ Sains Tingkatan 4 (KSSM)
10.3 BAHAN ANTIOKSIDAN
DEFINISI BAHAN ANTIOKSIDAN
Sebatian kimia yang melambatkan atau menghentikan proses pengoksidaan.
1. Bahan antioksidan boleh melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas dan dianggap sebagai
barisan pertahanan badan terhadap sesetengah penyakit.
2. Badan berupaya menghasilkan bahan antioksidan namun, keupayaan ini semakin berkurang apabila usia
semakin meningkat.
3. Bahan antioksidan bertindak balas dengan radikal bebas untuk membentuk sebatian yang lebih stabil yang
boleh menghentikan proses pengoksidaan.
4. Bahan antioksidan boleh didapati melalui buah-buahan dan sayur-sayuran.
Bahan Antioksidan Sumber Makanan
Beta karotena Lobak merah, mangga, ubi keledek
Lutein Bayam, kubis, brokoli
Likopena Betik, jambu batu, tembikai, tomato, aprikot, limau gedang, oren.
Buah-buahan sitrus, bayam, brokoli,kiwi, strawberi, kranberi, kubis, lada
Vitamin C (asid askorbik) hijau dan bijirin.
Minyak kelapa sawit, minyak germa gandum, minyak jagung, minyak
Vitamin E (alfa-tokoferol) kacang soya, aprikot, brokoli, kekacang, mangga.
5. Antara faktor yang melambatkan proses pengoksidaan adalah :
Larutan gula
Jus limau/lemon
Larutan garam
Larutan natrium bikarbonat
10.4 PRODUK KESIHATAN
1. Produk kesihatan samada dalam bentuk pil, serbuk yang boleh dimakan atau disapu pada kulit serta losen
mengandungi bahan aktif.
2. Bahan aktif adalah komponen tertentu di dalam sesuatu produk yang mempunyai kesan terhadap
penyembuhan atau pencegahan penyakit.
3. Walaupun produk kesihatan mempunyai pelbagai jenama, namun bahan aktif di dalamnya mempunyai
tujuan/kesan yang sama.
4. Terdapat juga dua atau lebih bahan aktif tidak boleh digunakan bersama kerana boleh bertindak balas dan
menghasilkan kemudaratan kepada kesihatan.
5. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan produk kesihatan mendapat permintaan yang tinggi :
a. Sebagai alternatif untuk memulihkan penyakit dan mengekalkan kesihatan.
b. Menjamin proses tumbesaran yang normal.
c. Gaya hidup masyarakat yang sibuk bekerja dan tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang.
En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)
52
Nota ‘SKAPS’ Sains Tingkatan 4 (KSSM)
Maklumat Tambahan :
(sumber : http://www.myhealth.gov.my/mengapa-perlu-menggunakan-ubat-berdaftar/)
1. Semua ubat-ubatan sama ada ubat farmaseutikal mahupun ubat tradisional perlu terlebih dahulu didaftarkan dengan Pihak
Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ianya boleh diimport, dikilangkan atau
dijual di Malaysia.
2. Objektif pendaftaran produk adalah bagi memastikan semua produk farmaseutikal yang didaftarkan telah dinilai dari aspek
keselamatan, keberkesanan dan kualiti, manakala produk tradisional dinilai dan diuji dari aspek keselamatan dan kualiti
dengan tujuan utama bagi melindungi dan menjamin kesihatan rakyat.
3. Para pengguna boleh menyemak sama ada sesuatu produk itu berdaftar dengan PBKD melalui perkhidmatan Registered
Products Search menerusi laman sesawang National Pharmaceutical Regulatory Agency( RNPRA) (www.npra.gov.my)
4. Semakan melalui pangkalan data ini boleh dilakukan dengan menggunakan nama produk, nombor pendaftaran produk,
nama pemegang pendaftaran produk, nama bahan aktif ataupun nama pengilang produk.
Nombor Pendaftaran Produk (Nombor ‘MAL’)
Ubat-ubat yang telah didaftarkan akan diberikan nombor pendaftaran yang wajib dicetak pada label dan pembungkusan ubat tersebut.
Nombor pendaftaran ini bermula dengan MAL (akronim untuk Malaysia) diikuti dengan lapan angka dan pada penghujungnya
terdapat abjad/huruf yang menggambarkan kategori ubat tersebut. Contoh nombor pendaftaran adalah seperti yang diterangkan di
bawah:-
En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)
53
Nota ‘SKAPS’ Sains Tingkatan 4 (KSSM)
En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)
54
Nota ‘SKAPS’ Sains Tingkatan 4 (KSSM)
11.1 GERAKAN LINEAR
1. Gerakan linear adalah gerakan sesuatu objek dalam lintasan yang lurus.
2. Gerakan linear boleh dihuraikan dari segi jarak, sesaran, laju, halaju dan pecutan.
Jarak Jumlah panjang lintasan gerakan objek tersebut.
Sesaran Jarak lintasan terpendek yang menyambungkan dua lokasi dalam arah tertentu.
Alat untuk mengukur jarak :
Pembaris meter
Pita pengukur
Road meter
Laser range meter
Perbezaan Di antara Jarak Dengan Sesaran Sesaran
Jarak terpendek diantara kedudukan awal dengan
Jarak kedudukan akhir pergerakan objek mengikut arah
Panjang lintasan yang dilalui oleh objek tertentu
Nilainya sama dengan panjang garis lurus antara
Nilainya bergantung kepada laluan yang diambil oleh kedudukan awal dengan kedudukan akhir.
pergerakan objek itu Kuantiti vektor
Kuantiti skalar
En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)
55
Nota ‘SKAPS’ Sains Tingkatan 4 (KSSM)
Unit bagi laju, halaju dan laju purata adalah meter per saat (ms-1)
Contoh 1 :
Khairul berlari dari A ke B kemudian berpatah balik ke C. Jumlah masa yang diambil olehnya adalah 20 saat (s) Tentukan :
Jarak
Sesaran
Laju
Halaju
Bagi larian Khairul.
Jarak = panjang lintasan yang dilalui
= (A ke B) + (B ke C)
= 100m + 20 m
= 120m
Sesaran = Lintasan terpendek dari kedudukan awal ke kedudukan akhir.
= A ke C
= 100 m – 20 m
= 80 m
Laju = Jarak ÷ masa
= 120 m ÷ 20 s Tanda posistif (+) dan negatif (-) pada halaju mewakili arah gerakan objek.
Halaju = 4ms-1 (halaju bernilai posisif), oleh itu objek bergerak ke kanan.
= 6 ms-1 Jika halaju = - 4ms-1(halaju bernilai negatif) maka, objek sedang bergerak ke kiri.
Halaju = sesaran ÷ masa
= 80 m ÷ 20 s
= 4 ms-1 (ke kanan)
Contoh 2 :
Sarah telah menyertai acara larian 100m. Dia telah mencatatkan masa 12.58 saat dalam acara tersebut. Berapakah laju
purata lariannya ?
Laju purata = jumlah jarak ÷ jumlah masa
= 100 m ÷ 12.58 s
= 7.95 ms-1
En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)
56
Nota ‘SKAPS’ Sains Tingkatan 4 (KSSM)
Unit bagi pecutan adalah
meter per saat per saat (ms-2)
Contoh 3 :
Andee berada dalam keadaan pegun. Kemudian dia mula mengayuh basikal sehingga mencapai halaju 10 ms-1.
Berapakah pecutan Andee?
Pecutan = (halaju akhir – halaju awal)
Masa
= 10 ms-1 – 0 ms-1
5s
= 2 ms-2
Di dalam makmal, halaju dan pecutan objek dapat
dikira dengan menggunakan jangka masa detik.
Jangka masa detik bergetar 50 getaran sesaat (50 Hz).
Satu detik bermaksud sela masa di antara dua titik
berturutan pada pita detik.
Maka, 1 detik bermaksud 1/50 saat atau 0.02 saat.
Contoh :
o Berapakah jumlah masa untuk 10 detik dalam
pita detik ? = 0.02 saat x 10 detik
= 0.2 saat
0.02 saat
Alat Jangka Masa Detik
Contoh kegunaan Jangka Masa Detik di dalam makmal
En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)
57
Jenis Gerakan Linear Nota ‘SKAPS’ Sains Tingkatan 4 (KSSM)
Halaju seragam
Halaju bertambah secara seragam
(pecutan seragam)
Halaju berkurang secara seragam
(nyahpecutan seragam)
Halaju tidak seragam
11.2 GRAF GERAKAN LINEAR Graf halaju-masa
Terdapat 2 jenis graf gerakan linear :
i - Graf sesaran-masa ii - Graf halaju-masa
Graf Sesaran-masa
Kecerunan graf = halaju Kecerunan graf = pecutan
Kecerunan OA : Luas di bawah graf = sesaran
Kecerunan positif dan halaju objek adalah Kecerunan OA :
Kecerunan positif dan halaju objek bertambah dengan
seragam.
seragam
Kecerunan AB : Pecutan seragam.
Kecerunan sifar dan halaju sifar / objek dalam
Kecerunan AB :
keadaan rehat/pegun. Kecerunan sifar dan objek bergerak dengan halaju malar.
Pecutan sifar.
Kecerunan BC :
Kecerunan seragam dan halaju objek adalah Kecerunan BC :
Kecerunan negatif dan halaju objek berkurang dengan
seragam.
seragam.
Kecerunan CD : Pecutan negatif/objek mengalami nyahpecutan seragam.
Kecerunan negatif dan objek berpatah balik
Kecerunan CD :
dengan halaju seragam sejauh 100m. Halaju objek adalah sifar/objek pegun
Pecutan objek sifar. En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)
58
Nota ‘SKAPS’ Sains Tingkatan 4 (KSSM)
Contoh 1 :
Graf di bawah menunjukkan gerakan linear sebuah objek.
a. Berapakah sesaran objek tersebut selepas 4 saat pertama ?
Pada masa 4 saat, sesaran = 6m
b. Berapakah halaju objek itu dari masa 3 saat hingga masa 5 saat ?
Halaju = kecerunan graf sesaran-masa
Halaju = (8 - 4)m
(5 - 3)s
= 4 m / 2s
= 2 ms-1
c. Berapakah halaju objek itu dari masa 5 saat hingga 6 saat ?
Halaju = kecerunan graf sesaran-masa
Halaju = (0 - 8)m
(6 - 5)s
Kecerunan bernilai negatif (graf sesaran-masa), bermaksud objek
= - 8m / 1s berpatah balik sejauh 8m dalam masa 1 saat.
= -8 ms-1
En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)
59
Nota ‘SKAPS’ Sains Tingkatan 4 (KSSM)
Contoh 2 :
Graf di bawah menunjukkan pergerakan sebiji guli .
a. Berapakah sesaran yang dilalui oleh guli itu bagi 4 saat pertama ?
Sesaran = luas di bawah graf halaju-masa
= 4 s x 1ms-1
=4m
b. Tentukan pecutan guli tersebut dari masa 8 saat hingga 12 saat.
Pecutan = kecerunan graf halaju-masa Pecutan bernilai negatif, bermaksud
Pecutan guli = (0 - 3)ms-1 nyahpecutan / guli semakin perlahan
(12 - 8)s
= - 0.75ms-2
Contoh 3 :
Graf di bawah menunjukkan pergerakan sebuah beca .
a. Tentukan halaju apabila (i) masa = 4 saat (ii) masa = 8 saat
Halaju pada masa 4 saat = 10 ms-1
Halaju pada masa 8 saat = 15 ms-1
b. Cari sesaran pada selang masa 0 saat hingga 10 saat.
Sesaran = luas di bawah graf halaju-masa En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
= luas segi tiga + luas segi empat tepat Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)
= [ ½ x (6) (15) ] + [ (10 - 6) (15 - 0) ]
= 105 m
60
Nota ‘SKAPS’ Sains Tingkatan 4 (KSSM)
11.3 PECUTAN GRAVITI DAN JATUH BEBAS
1. Objek akan jatuh ke bawah kerana wujudnya daya graviti Bumi.
2. Objek yang jatuh akan mengalami perubahan halaju iaitu pecutan.
3. Pecutan yang disebabkan oleh daya graviti Bumi dikenali sebagai pecutan graviti.
4. Nilai pecutan graviti Bumi (g) = 10ms-2
5. Sesuatu objek yang jatuh hanya disebabkan oleh daya graviti semata-mata (tanpa melibatkan daya lain)
dikenali sebagai jatuh bebas.
6. Sebagai contoh buku tidak jatuh bebas kerana semasa buku jatuh ia bukan sahaja disebabkan oleh graviti,
tetapi dipengaruhi oleh rintangan udara.
Graf Gerakan Objek Jatuh Bebas Graf sesaran-masa
OBJEK YANG DIJATUHKAN PADA KETINGGIAN TERTENTU 2
Graf halaju-masa
1
Sebelum dilepaskan, halaju adalah Sebelum dilepaskan, sesaran adalah sifar.
sifar. Kecerunan graf sesaran-masa = halaju
Kecerunan 1 , kecerunan kecil, halaju
Selepas dilepaskan, halaju bertambah
secara seragam. kecil.
Kecerunan graf halaju-masa = pecutan Kecerunan . 2 kecerunan besar , halaju
Objek mengalami pecutan graviti. besar.
OBJEK DILONTAR MENEGAK KE ATAS Graf sesaran-masa
Graf halaju-masa
Apabila objek dilontar ke atas, objek Apabila objek dilontar ke atas, objek
mula bergerak dengan halaju V ms-1 mempunyai halaju yang tinggi
(kecerunan besar) dan mempunyai sesaran.
Kemudian, halaju semakin menurun
sehingga menjadi 0 ms-1. Kemudian, kecerunan graf sesaran-masa
semakin berkurang. (halaju berkurang)
Pada halaju 0 ms-1 , objek mencapai
ketinggian maksimum. Pada sesaran maksimum, halaju sifar
(objek mencapai tinggi maksimum)
Kecerunan graf halaju masa = pecutan sebelum jatuh semula.
(negatif)
En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
61 Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)
Nota ‘SKAPS’ Sains Tingkatan 4 (KSSM)
11.4 JISIM DAN INERSIA
DEFINISI INERSIA
Sifat semula jadi sesuatu objek yang cenderung menentang sebarang perubahan keadaan asal objek dalam
keadaan pegun atau sedang bergerak.
1. Inersia bukan kuantiti fizik kerana ia tidak boleh diukur, tiada nilai dan tiada unit.
2. Inersia adalah sejajar dengan Hukum Gerakan Newton Pertama iaitu :
sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya (samada pegun atau sedang bergerak)
dengan laju malar jika tiada daya luar yang bertindak terhadapnya.
3. Contoh inersia :
a. Duit syiling yang jatuh ke dalam gelas apabila kadbod disentap dengan kuat.
i. Ini kerana inersia duit syiling ingin mengekalkan keadaan asalnya (pegun) dan tidak
bergerak bersama kadbod.
b. Penumpang akan ke hadapan apabila kereta api yang sedang bergerak berhenti.
i. Ini kerana inersia penumpang ingin mengekalkan kedudukan asalnya (sedang
bergerak) dan tidak berhenti bersama kereta api.
4. Inersia dipengaruhi oleh jisim.
5. Semakin besar jisim objek, semakin besar inersia objek tersebut.
6. Hubungan antara jisim dengan inersia dapat dikaji menggunakan neraca inersia.
7. Kesan posistif inersia dalam kehidupan seharian :
a. Kepala tukul yang longgar dapat diketakan dengan menghentakkan bahagian pemegang
tukul.
b. Payung yang basah dapat dikeringkan dengan memutarkan payung dengan laju.
8. Kesan negatif inersia dalam kehidupan seharian :
a. Inersia boleh menyebabkan kecedaraan kepada pemandu dan penumpang kenderaan yang
tidak memakai tali pinggang keselamatan.
b. Kapal terbang yang berjisim besar tidak dapat berhenti dalam jarak yang pendek.
Duit syiling jatuh ke dalam Penumpang akan bergerak ke hadapan apabila
air dan tidak tertarik bersama kereta api berhenti bergerak
kadbod.
En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)
62
Nota ‘SKAPS’ Sains Tingkatan 4 (KSSM)
12.1 PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR
1. Tenaga nuklear banyak memberi manfaat jika digunakan secara berhemah dan dengan kawalan yang baik.
2. Terdapat lebih 30 buah negara di dunia yang menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga antaranya
Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, Slovakia dan Jepun.
Manfaat Sumber Tenaga Nuklear
1. Merupakan sumber tenaga alternatif bagi menggantikan penggunaan sumber bahan api fosil.
2. Menghasilkan sinaran mengion untuk kegunaan perubatan, pertanian dan perindustrian.
3. Membebaskan jumlah gas rumah hijau yang sedikit berbanding sumber tenaga lain.
4. Tidak banyak menghasilkan bahan buangan seperti habuk, jelaga dan debu.
5. Diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk menghasilkan tenaga yang banyak.
Kesan Buruk Sumber Tenaga Nuklear
1. Sisa radioaktif boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa.
2. Tenaga yang dihasilkan adalah sangat besar dan membinasakan jika disalahguna.
3. Kos pembinaan stesen jana kuasa adalah sangat tinggi.
12.2 PENGHASILAN TENAGA NUKLEAR
1. Bahan radioaktif adalah unsur yang mengandungi atom dengan nukleus yang tidak stabil.
2. Nukleus atom yang tidak stabil ini akan terbelah dan membebaskan sinaran radioaktif serta tenaga sehingga
nukleusnya menjadi stabil.
3. Tenaga nuklear bermaksud tenaga yang terhasil daripada tindak balas di dalam nukleus sesuatu atom.
4. Tenaga nuklear boleh terhasil melalui 2 cara :
a. Pembelahan nukleus
b. Pelakuran nukleus
En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)
63
Nota ‘SKAPS’ Sains Tingkatan 4 (KSSM)
Pembelahan Nukleus
1. Ia merupakan proses pemecahan nukleus radioaktif yang berat dan tidak stabil kepada dua atau lebih
nukleus atom yang lebih ringan dan stabil.
2. Sebagai contoh, pembelahan nukleus dalam Uranium-235:
a. Satu neutron yang perlahan membedil nukleus uranium-235 (berat dan tidak stabil).
b. Bedilan ini menyebabkan nukleus uranium-235 terpecah kepada dua nukleus atom baharu yang
lebih stabil dan ringan.
c. Proses tersebut juga menghasilkan tenaga yang banyak.
Neutron baharu Pembelahan nukleus juga
menghasilkan 3 neutron.
Neutron tersebut akan
berlanggar dengan
nukleus atom uranium-
235 yang baharu dan
menghasilkan 3 neutron
yang lain.
Proses yang berlaku
secara berterusan ini
dikenali sebagai tindak
balas berantai.
Uranium-235 lain.
Pelakuran Nukleus
1. Ia merupakan proses percantuman dua nukleus radioaktif yang ringan membentuk satu nukleus yang
lebih berat dan melibatkan pembebasan tenaga yang banyak.
2. Sebagai contoh : pelakuran dua isotop hidrogen (deuterium & tritium)
a. Dua nukleus yang kecil dan ringan (deuterium & tritium) bercantum dan membentuk nukleus yang
lebih besar dan berat.
b. Proses ini berlaku pada suhu yang amat tinggi
c. Ia juga membebaskan tenaga nuklear yang lebih banyak berbanding pembelahan nukleus.
3. Pelakuran nukleus didapati berlaku di matahari kerana matahari mempunyai isotop-isotop hidrogen dan
suhu matahari juga adalah tinggi.
En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)
64
Nota ‘SKAPS’ Sains Tingkatan 4 (KSSM)
Penjanaan Tenaga Elektrik Daripada Tenaga Nuklear
1. Penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear berlaku di dalam stesen jana kuasa tenaga nuklear.
2. Stesen jana kuasa nuklear terdiri daripada reaktor nuklear dan penjana.
Reaktor nuklear Penjana elektrik (turbin)
Rod pengawal boron
(menyerap neutron berlebihan)
Rod 34
uranium
turbin
2
1
Perisai Konkrit
(mengelakan kebocoran sinaran radioaktif )
Pembelahan nukleus uranium-235 membebaskan tenaga haba yang menghasilkan
1 gas panas daripada gas sejuk.
Gas panas akan mendidihkan air sejuk (membentuk stim panas)
2
Aliran stim panas akan memutarkan turbin.
3
Turbin yang berputar akan menghasilkan arus elektrik
4
Penggunaan Tenaga Nuklear bagi Negara yang Menggunakannya :
Kekurangan sumber bahan api fosil (arang batu dan petroleum) dan memerlukan kos yang tinggi untuk
mendapatkannya.
Keluasan negara dan kepadatan penduduk yang tinggi.
o Contoh : Negara China mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi maka penghasilan tenaga
elektrik daripada tenaga nuklear mampu menjanakan elektrik ke seluruh negara.
Sumber pendapatan negara
o Contoh : Slovakia mampu menghasilkan tenaga elektrik melebihi keperluan negara sehingga
mampu membekalkan tenaga kepada negara-negara jiran dan mendapat keuntungan lumayan.
Mampu memiliki teknologi yang canggih
o Contoh : pembinaan Makmal Nasional Argonne (Amerika Syarikat) yang canggih
membolehkan kajian berkenaan tenaga nuklear dilakukan dengan lebih terperinci.
En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)
65
Nota ‘SKAPS’ Sains Tingkatan 4 (KSSM)
12.3 IMPAK PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR
1. Penggunaan tenaga nuklear secara tidak terkawal boleh menyebabkan impak yang besar kepada organisma
hidup dan persekitaran.
2. Kemalangan di reaktor nuklear boleh menyebabkan mutasi dan kematian manusia.
3. Senjata nuklear seperti bom atom telah digunakan semasa Perang Dunia Kedua melibatkan bandar Hiroshima
dan Nagasaki di Jepun telah menyebabkan kira-kira 70,000 nyawa terkorban.
4. Antara impak senjata nuklear (bom atom):
a. Kematian serta merta akibat letusan bom.
b. Letupan bom atom menghasilkan suhu yang tinggi sehingga boleh mencairkan besi.
c. Pendedahan terus kepada sinaran radioaktif akan menyebabkan rambut gugur, pendarahan mulut dan
gusi, pendarahan dalaman, cirit-birit, ulser dan koma.
d. Sinaran radioaktif (jangka masa panjang) akan menyebabkan kanser seperti kanser tiroid, leukemia dan
kecacatan fetus.
e. Kemusnahan habitat dan alam semula jadi .
5. Ujian nuklear dilakukan bertujuan untuk menguji samada senjata nuklear tersebut berfungsi atau tidak.
6. Ujian nuklear dilakukan samada di atmosfera terbuka, di darat atau di bawah laut.
7. Impak ujian nuklear :
a. Ujian yang dijalankan di darat akan menyebabkan radiasi terhadap tanah dan sumber air.
b. Ujian yang dijalankan di dalam laut akan menyebabkan kemusnahan hidupan laut dan pencemaran air.
c. Menyebabkan kesan kesan somatik dan kesan genetik terhadap manusia.
i. Kesan somatik : keletihan, loya, katarak, leukemia, keguguran rambut.
ii. Kesan genetik : mutasi sel, kecacatan bayi, kanser
12.4 TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA
1. Di Malaysia, 70% daripada sumber tenaga diperoleh daripada gas asli.
2. Bahan api fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum adalah sumber tenaga tidak boleh baharu dan akan
habis suatu hari nanti.
3. Oleh itu,sumber tenaga alternatif seperti penggunaan sumber tenaga nuklear juga boleh dipertimbangkan untuk
penjanaan tenaga elektrik.
4. Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira untuk pembinaan stesen jana kuasa nuklear :
a. Kos untuk bahan api fosil semakin meningkat.
b. Kesan pencemaran tenaga nuklear lebih rendah berbanding bahan api fosil.
c. Pemilihan kawasan yang stategik (berdekatan punca air).
d. Kuantiti tenaga yang terhasil oleh tenaga nuklear jauh lebih besar daripada sumber bahan api fosil.
En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)
66