The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-34280834, 2021-08-25 07:24:15

Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia

Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia

KELAYAKAN CALON UNTUK
BERTANDING

1. Calon tidak semestinya anggota parti politik. Dia boleh
bertanding sebagai calon bebas.

2. Kelemahan fizikal bukan penghalang kepada calon untuk
bertanding.

3. Warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga
asing layak bertanding.

Belanja berkempen untuk calon pilihan raya dalam pilihan raya
umum adalah:
 Tidak melebihi RM 200 000 bagi kawasan Parlimen
 Tidak melebihi RM 100 000 bagi kawasan Dewan Undangan

Negeri

Setiap calon dikenakan wang deposit:
-RM 10 000 untuk kawasan Parlimen
-RM 5000 untuk kawasan Dewan Undangan Negeri

-Calon yang kalah akan hilang wang depositnya jika bilangan
undi yang diperolehnya kurang daripada 1/8 jumlah undi yang
diperoleh oleh semua calon yang bertanding dalam kawasan
pilihan raya berkenaan.



ELEMEN PENTING UNTUK MELAKSANAKAN
PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Persempadanan kawasan pilihan raya.
Pendaftaran pengundi / semakan daftar pengundi.
Penamaan calon yang bertanding.
Proses pilihan raya/ pengiraan undi.
Pengumuman keputusan pilihan raya.

SOALAN 17: STPM 2013

Nyatakan tiga elemen penting untuk melaksanakan
pilihan raya di Malaysia. [3]

(a) ________________________________________

(b) ________________________________________

(c) ________________________________________

SOALAN 17: STPM 2013

Nyatakan tiga elemen penting untuk melaksanakan
pilihan raya di Malaysia. [3]

(a) Persempadanan kawasan pilihan raya.

(b) Pendaftaran pengundi / semakan daftar
pengundi.

(c) Penamaan calon yang bertanding.

(d) Proses pilihan raya/ pengiraan undi.

(e) Pengumuman keputusan pilihan raya.

[Pilih mana-mana 3]



HARI PENAMAAN CALON

Seseorang calon boleh menarik diri dalam masa 3
hari pertama selepas hari penamaan calon.
Sekiranya hanya seorang calon mendaftarkan diri
daripada hari penamaan calon di sesuatu kawasan,
calon itu akan diisytiharkan sebagai pemenang
tanpa bertanding.
Pilihan raya tidak akan diadakan di kawasan itu.





WRIT BERMAKSUD:

Perintah atau proses yang dikeluarkan oleh mahkamah atau pegawai
kehakiman meminta mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan sesuatu
dan yang mengandungi arahan tentang apa yang patut dibuat.

Dokumen yg dikeluarkan oleh mahkamah bagi memerintahkan defendan ( pihak
yang kena tuntut ) dalam kes sivil supaya hadir di mahkamah pada tarikh dan
masa yang ditetapkan.
Perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah yang menggariskan tindakan yang
perlu dipatuhi sesuatu pihak atau kedua-dua pihak dalam kes sivil.
Pilihan raya writ yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang
mengandungi arahan menghendaki pegawai pengurus sesuatu bahagian pilihan
raya mengambil langkah bagi mengadakan suatu pilihan raya mengikut cara
yang ditetapkan oleh undang-undang.



PROSES PILIHAN RAYA

SEMAKAN DAFTAR PEMILIHAN YANG SEDIA ADA
PENDAFTARAN PEMILIH BARU

SEMAKAN SEMULA DAFTAR PEMILIH

PROSES PILIHAN RAYA

PEMBUBARAN PARLIMEN

PENETAPAN TARIKH PILIHAN RAYA UMUM
(Dalam tempoh 60 hari / 90 hari)

HARI PENAMAAN CALON

PROSES PILIHAN RAYA

HARI PENGUNDIAN (8 Pagi hingga 5 Petang)

PENGIRAAN UNDI
(Pada malam hari mengundi)

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA





PROSES PILIHAN RAYA

KERAJAAN DIBENTUK
(Perdana Menteri dilantik dan Kabinet dibentuk)

PARLIMEN BERSIDANG
(Dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen)

PERTIKAIAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA

1. SPR tidak berkuasa menyelesaikan sebarang
pertikaian terhadap keputusan pilihan raya.

2. Sebarang cabaran atau petisyen keputusan
pilihan raya akan dibawa ke Mahkamah Tinggi.

3. Keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu ke
Mahkamah Persekutuan.

4. Pertikaian hendaklah dikemukakan dalam
tempoh 21 hari dari tarikh keputusan pilihan
raya diwartakan.

PERTIKAIAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA

Sesuatu petisyen pilihan raya hanya boleh dibuat
atas alasan-alasan yang berikut:
1. sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku

yang boleh menjejaskan pilihan raya.
2. Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi

undang-undang yang dilakukan oleh calon-calon
atau ejen-ejennya.
3. Calon atau ejennya didapati tidak layak untuk
menyertai pilihan raya



LATIHAN (SOALAN STRUKTUR)

1. Senaraikan dua ciri tentang pilihan raya umum di Malaysia.
2. Nyatakan dua keadaan yang memerlukan pilihan raya umum
kawasan Parlimen diadakan dalam tempoh 60 hari di
Semenanjung Malaysia.
3. Nyatakan tiga sebab yang boleh menyebabkan kekosongan
luar jangka kerusi Dewan Rakyat.
4. Nyatakan dua sebab seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan
Raya boleh dipecat oleh YdPa.
5. Nyatakan tiga tugas Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum hari
pengundian dalam sesuatu pilihan raya umum.
6. Encik Y ingin mendaftar sebagai pengundi. Nyatakan dua
syarat yang perlu dipenuhi olehnya.

LATIHAN (SOALAN STRUKTUR)

7. Senaraikan dua golongan warganegara Malaysia di
luar negara yang layak mengundi secara pos.
8. Nyatakan tiga syarat yang menjadikan seseorang
tidak layak menjadi calon dalam pilihan raya.
9. Pada hari penamaan calon, hanya seorang yang
mendaftarkan diri sebagai calon. Nyatakan dua
tindakan yang akan diambil oleh pegawai pengurus
pilihan raya.
10. Nyatakan dua elemen penting dalam proses
melaksanakan pilihan raya di Malaysia.

JAWAPAN LATIHAN (SOALAN STRUKTUR)

SOALAN 1:
Diadakan sekali dalam tempoh lima tahun.
Terbahagi kepada pilihan raya Parlimen dan pilihan raya Dewan Undangan
Negeri.

SOALAN 2:
Parlimen terbubar secara automatik apabila cukup tempoh lima tahun.
Parlimen dibubarkan oleh YdPA.

JAWAPAN LATIHAN (SOALAN STRUKTUR)

SOALAN 3:
Seorang ahli Dewan Rakyat meletakkan jawatan.
Seseorang ahli Dewan Rakyat meninggal dunia.
Seorang ahli Dewan Rakyat hilang kelayakan.
Kemenangan seorang ahli Dewan Rakyat dibatalkan oleh Mahkamah Pilihan
Raya.
SOALAN 4:
Dia diisytiharkan muflis dan belum dilepaskan.
Dia dilantik menjadi senator.
Dia bekerja sebagai pengurus syarikat.

JAWAPAN LATIHAN (SOALAN STRUKTUR)

SOALAN 5:
Menentukan tarikh pilihan raya umum.
Melantik pegawai-pegawai untuk menjalankan pilihan raya.
Mendaftarkan calon-calon yang akan bertanding.
SOALAN 6:
Warganegara Malaysia
Mencapai umur 21 tahun.

JAWAPAN LATIHAN (SOALAN STRUKTUR)

SOALAN 7:
Anggota perkhidmatan awam yang sedang berkhidmat di luar negara.
Pelajar Malaysia yang belajar di luar negara.
SOALAN 8:
Bukan warganegara Malaysia.
Belum mencapai umur 21 tahun.
Tidak sempurna akal.
Seorang bankrap yang belum dilepaskan.
Memegang jawatan berpendapatan tetap dalam perkhidmatan awam.

JAWAPAN LATIHAN (SOALAN STRUKTUR)

SOALAN 9:
Mengisytiharkan calon yang berdaftar itu sebagai pemenang tanpa bertanding.
Mengisytiharkan bahawa pilihan raya tidak akan diadakan di kawasan
berkenaan.
SOALAN 10:
Persempadanan kawasan pilihan raya.
Pendaftaran pengundi / semakan daftar pengundi.
Penamaan calon yang bertanding.
Proses pilihan raya / kiraan undi.
Pengumuman keputusan pilihan raya.

SOALAN 10 BUKU LP:

Jelaskan dua jenis pilihan raya yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan
Raya Malaysia. [4]

a) Pilihan Raya Umum. Apabila Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri dibubarkan atau terbubar sendiri
selepas tamat tempoh lima tahun.

b) Pilihan Raya Kecil. Mengisi kekosongan kerusi Parlimen
atau Dewan Undangan Negeri disebabkan kematian,
peletakan jawatan, hilang kelayakan dan pembatalan
keputusan pilihan raya oleh mahkamah.

SOALAN 11 BUKU LP:

Nyatakan tiga keadaan yang menyebabkan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya
hilang kelayakan. [3]

a) Bankrap yang belum dilepaskan.
b) Melibatkan diri dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan

berbayar di luar tugas jawatannya.
c) Ahli mana-mana Majlis Parlimen atau Dewan Undangan

Negeri.

TERUSKAN BERUSAHA DAN JANGAN BERPUTUS ASA

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU CIA YEE


Click to View FlipBook Version