The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TADBIR URUS NEGARA DAN JABATAN PERDANA MENTERI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-34280834, 2021-12-02 09:55:31

TADBIR URUS NEGARA DAN JABATAN PERDANA MENTERI

TADBIR URUS NEGARA DAN JABATAN PERDANA MENTERI

TADBIR URUS
NEGARA DAN
JABATAN
PERDANA
MENTERI

BAB 12

Tadbir urus

Didefinisikan sebagai tindakan yang
dilaksanakan oleh golongan yang
mempunyai kuasa daripada pelbagai
peringkat pengurusan untuk
mencapai kecemerlangan,
kecekapan, persamaan, penglibatan
yang menyeluruh, ketulusan dan
akauntabiliti dalam pengurusan dan
pentadbiran.

3

Takrif Tadbir Urus Negara

 Tiga Aspek:

1. Tatacara menteri, Ketua Setiausaha,
Ketua Jabatan, Ketua Eksekutif dan
pegawai pada semua peringkat
pengurusan kerajaan menjalankan tugas
dan tanggungjawabnya secara telus,
akauntabiliti dan berhemat dari segi
pengambilan keputusan dan
penyampaian hasil.

2. Mekanisme atau struktur jabatan kerajaan,
termasuk budaya, dasar dan strategi serta
tatacara jabatan awam berurusan dengan
pelbagai pihak yang berkepentingan.

3. Proses sesebuah agensi awam diarahkan,
dikawal dan dipertanggungjawabkan untuk
melaksanakan objektif seperti yang telah
ditetapkan.

2

Objektif Tadbir Urus Negara

 Dua Objektif:

 Untuk menyemaikan dan meningkatkan
keyakinan rakyat terhadap keupayaan
kerajaan untuk melaksanakan dasar yang
telah dimandatkan.

 Untuk mengekalkan akauntabiliti dalam
sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Tumpuan terhadap 2 aspek utama

yang berikut: 2

 Prestasi : Pengurusan pencapaian adalah kritikal
untuk menyampaikan perkhidmatan secara
cekap dan berkesan seperti yang diharapkan
oleh pihak yang berkepentingan di samping
memastikan pengurangan pembaziran sumber
dan dana.

 Pematuhan : setiap agensi mematuhi undang-
undang, peraturan, piawaian yang diguna pakai
dan harapan masyarakat terhadap amalan
kejujuran, akauntabiliti dan integriti serta
kewajipan perkongsian maklumat secara telus.

PRINSIP UTAMA TADBIR 8
URUS

1. Fokus kepada pelanggan.
2. Beretika.
3. Ketelusan.
4. Akauntabiliti
5. Integriti
6. Efektif dan efisien
7. Pengurusan Perubahan
8. Pengamanahan dan Pengawasan

Maksud Akauntabiliti:

Sifat bertanggungjawab kepada
seseorang atau terhadap sesuatu
tindakan, keputusan serta bersedia
memberikan penjelasan.

Maksud Integriti:

Kejujuran, keadaan sempurna dan utuh.

5 Kepentingan Tadbir Urus Baik

 Memperkasa Daya Saing Negara
 Menjana Potensi Insan bagi Memperkasa

Prestasi Perkhidmatan
 Menerajui Transformasi Perkhidmatan
 Mengekalkan Profesionalisme dan Tadbir Urus

dalam Perkhidmatan.
 Memenuhi Ekspektasi Stakeholder (Pihak yang

Berkepentingan) dan Pelanggan.

6 Kesan Tadbir Urus Baik

 Meningkatkan prestasi perkhidmatan kerajaan.
 Memudahkan urusan orang ramai.
 Meningkatkan ekonomi negara.
 Meningkatkan imej negara.
 Menyemai sikap positif dalam kalangan

kakitangan awam.
 Memenuhi ekspektasi pelanggan.

2 Cabaran dalam Melaksanakan

Tadbir Urus Baik 2

Globaslisasi

Daya Saing

Konsep Daya Saing Negara

Menurut World Economic Forum, daya saing
negara bergantung kepada kemampuan
ekonomi sesebuah negara untuk mencapai
pertumbuhan yang tinggi dan berterusan.
Daya saing sesebuah negara diukur
berdasarkan:
1. Prestasi ekonomi
2. Kecekapan kerajaan
3. Kecekapan perniagaan
4. Kemudahan infrastruktur

4

Jabatan Perdana Menteri

Jabatan Perdana Menteri di
Putrajaya

 Jabatan yang paling penting antara semua
kementerian.

 Fungsi Utama:

 Memastikan bahawa tadbir urus negara dijalankan
dengan baik melalui agensi-agensi pusat dan
agensi serta jabatan dalam setiap kementerian.

Fungsi-fungsi:

1. Merancang, merumus dan menyelaraskan
segala dasar negara.

2. Menentukan pelaksanaan dasar negara oleh
kementerian lain adalah cekap dan berkesan.

3. Mengurus Majlis Perancangan Negara, Majlis
Tindakan Negara, Majlis Keselamatan Negara,
Majlis Penasihat Ekonomi Negara dan Majlis
Khidmat Negara.

Agensi-agensi Pusat

 Membantu pelaksanaan tugas-tugas di
semua kementerian, jabatan dan agensi
kerajaan.

 Tugas utama:

 Membantu, menyelaraskan dan mengawal
kementerian dan jabatan.

 Pakar perunding dan pakar penyelidik
menjalankan bidang tugas masing-masing.

Contoh agensi pusat di bawah
Jabatan Perdana Menteri

 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
 Unit Perancangan Ekonomi (EPU)
 Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

Contoh agensi pusat di bawah
Jabatan Perdana Menteri

 Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU)

 Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
 Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan

(PEMANDU)

Buat Nota Sendiri: (Peta Minda)

1. Jabatan Peguam Negara
2. Jabatan Audit Negara
3. Jabatan Perangkaan Malaysia
4. Institut Integriti Malaysia
5. Jabatan Bantuan Guaman
6. Biro Pengaduan Awam
7. Lembaga Tabung Haji
8. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
9. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi

Nasional (JPNIN)
* Pengenalan dan Fungsi

Latihan:

1. Nyatakan dua aspek yang menjadi tumpuan
untuk menghasilkan tadbir urus baik.

2. Nyatakan dua proses dalam agensi kerajaan
yang perlu dilakukan dengan telus.

3. Nyatakan tiga fungsi perancangan Jabatan
Perkhidmatan Awam.

4. Nyatakan dua jenis pinjaman yang dikendalikan
oleh Perbendaharaan Malaysia.

5. Terangkan kepentingan amalan tadbir urus
terbaik dalam menjayakan pelaksanaan projek
transformasi kerajaan.

Jawapan Soalan 1 - 3

Soalan 1:
(a) Prestasi
(b) Pematuhan

Soalan 2:
(a) Proses pembuatan keputusan
(b) Tindakan pegawai awam yang diamanahkan dengan

kuasa
Soalan 3:
(a) Menentukan peranan sektor awam
(b) Menentukan saiz dan struktur organisasi agensi awam
(c) Menentukan keperluan dan pembangunan sumber

manusia
(d) Menentukan saraan dan faedah-faedah persaraan
(e) Menentukan implikasi penswastaan ke atas sumber

manusia sektor awam.

Jawapan Soalan 4 & 5

Soalan 4.
(a) Pinjaman perumahan kepada kakitangan awam
(b) Pinjaman kenderaan kepada kakitangan awam
(c) Pinjaman khas kepada Kerajaan Negeri

Soalan 5:
(a) Sistem penyampaian perkhidmatan awam

efisien dan berproduktiviti tinggi
(b) Dapat meningkatkan daya saing negara dalam

semua bidang
(c) Akauntabiliti dan imej kerajaan dapat

ditingkatkan
(d) Dasar atau matlamat kerajaan tercapai

objektifnya.

STPM 2015: Soalan 19

Nyatakan empat kesan tadbir urus baik kepada
sektor awam negara. [4]
(a) ___________________________________________
(b) ___________________________________________
(c) ___________________________________________
(d) ___________________________________________

Laporan MPM STPM Tahun 2015

JAWAPAN STPM 2015: Soalan 19

Nyatakan empat kesan tadbir urus baik kepada
sektor awam negara. [4]
(a) Meningkatkan imej pentadbiran

perkhidmatan awam negara.
(b) Meningkatkan daya saing negara di arena

antarabangsa.
(c) Memantapkan pengurusan dan

perkhidmatan awam.
(d) Meningkatkan keyakinan rakyat terhadap

perkhidmatan awam.

STPM 2017: Soalan 19

Jelaskan dua langkah yang boleh diambil untuk
meningkatkan daya saing negara. [4]
(a) ___________________________________________
______________________________________________
(b)___________________________________________
______________________________________________

Laporan MPM STPM Tahun 2017

JAWAPAN STPM 2017: Soalan 19

Jelaskan dua langkah yang boleh diambil untuk
meningkatkan daya saing negara. [4]

(a) Meningkatkan kualiti Pendidikan. Kurikulum
pendidikan dan kualiti pengajaran dipertingkat untuk
mewujudkan daya saing negara di peringkat
antarabangsa.

(b) Meningkatkan penggunaan teknologi moden.
Meluaskan penggunaan ICT dan teknologi terkini
dalam pengeluaran.

(c) Memantapkan sistem penyampaian
perkhidmatan kerajaan. Ketelusan dan keselarasan
proses dan prosedur kerja perlu ditingkatkan.

STPM 2018: Soalan 18

Nyatakan empat prinsip tadbir urus baik. [4]

a) ___________________________________________
b) ___________________________________________
c) ___________________________________________
d) ___________________________________________

Laporan MPM STPM Tahun
2018

JAWAPAN STPM 2018: Soalan 18

Nyatakan empat prinsip tadbir urus baik. [4]

a) Ketelusan
b) Beretika
c) Efektif dan efisien
d) Integriti
e) Akauntabiliti

STPM 2019: Soalan 18

Nyatakan empat amalan yang boleh
meningkatkan kecekapan sesuatu agensi
awam. [4]

a) ___________________________________________
b) ___________________________________________
c) ___________________________________________
d) ___________________________________________

Laporan MPM STPM Tahun
2019

JAWAPAN STPM 2019: Soalan 18

Nyatakan empat amalan yang boleh
meningkatkan kecekapan sesuatu agensi
awam. [4]

a) Mengurangkan kerenah birokrasi.
b) Memaksimumkan penggunaan teknologi ICT.
c) Meningkatkan kemahiran kakitangan melalui

kursus dan latihan.
d) Menambah baik garis panduan dan prosedur

kerja.

STPM 2020: Soalan 19

Nyatakan tiga sebab penjawat awam dilarang
daripada menerima atau memberikan hadiah
sekiranya berkaitan dengan tugas awam. [3]

a) ___________________________________________
b) ___________________________________________
c) ___________________________________________

JAWAPAN STPM 2020: Soalan 19

Nyatakan tiga sebab penjawat awam dilarang
daripada menerima atau memberikan hadiah
sekiranya berkaitan dengan tugas awam. [3]

a) Mengelakkan berlakunya penyalahgunaan
kuasa.

b) Menangani salah laku rasuah.
c) Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap

khidmat penjawat awam.
d) Meningkatkan imej dan martabat seorang

penjawat awam dan perkhidmatan awam.

STPM 2021: Soalan 18

Puan Zainab yang bertugas sebagai operator
telefon di agensi kerajaan sering mempamerkan
layanan yang berkualiti setiap kali menerima
panggilan telefon daripada pelanggan.

Berdasarkan pernyataan di atas, berikan tiga cara
layanan yang berkualtii yang telah diberikan oleh
Puan Zainab semasa menjalankan tugas. [3]

a) ___________________________________________
b) ___________________________________________
c) ___________________________________________

JAWAPAN STPM 2021: Soalan 18

Puan Zainab yang bertugas sebagai operator telefon di
agensi kerajaan sering mempamerkan layanan yang
berkualiti setiap kali menerima panggilan telefon
daripada pelanggan.

Berdasarkan pernyataan di atas, berikan tiga cara
layanan yang berkualtii yang telah diberikan oleh Puan
Zainab semasa menjalankan tugas. [3]

a) Melayan pelanggan tanpa prasangka.
b) Menghargai masa pelanggan membuat panggilan

dengan melayani dalam kadar segera.
c) Menyampaikan maklumat dengan jelas dan tepat.
d) Menjawab pertanyaan secara bersopan dan mesra.

STPM 2021: Soalan 19

Nyatakan empat langkah yang dilaksanakan
oleh kerajaan bagi memantapkan lagi daya
saing negara dalam bidang ekonomi pada
peringkat global. [4]

a) ___________________________________________
b) ___________________________________________
c) ___________________________________________
d) ___________________________________________

JAWAPAN STPM 2021: Soalan 19

Nyatakan empat langkah yang dilaksanakan oleh
kerajaan bagi memantapkan lagi daya saing negara
dalam bidang ekonomi pada peringkat global. [4]

a) Meluaskan penggunaan sains dan teknologi moden
yang meningkatkan produktiviti dan kualiti.

b) Menghasilkan produk yang ada nilai tambah di
peringkat antarabangsa.

c) Memantapkan pembangunan dan penyelidikan
(R&D) dalam komoditi eksport.

d) Membangunkan kepakaran modal insan melalui
latihan dan kursus.

e) Membuka rangkaian perdagangan yang kukuh untuk
pasaran barangan tempatan.


Click to View FlipBook Version