1
Rancangan Malaya 1-2
Rancangan Malaysia 1-12
Bil RMK/Tempoh Perincian
1 Rancangan Latar Belakang
Malaya Pertama 1. Kerajaan telah memulakan usaha yang pertama untuk membaiki
1956-1960 ekonomi negara yang telah dieksploitasi oleh penjajah British.
2. Rancangan lima tahun yang pertama ini melambangkan sebuah
rancangan oleh sebuah kerajaan yang sudah merdeka daripada
penjajah.
3. Usaha yang terancang ini amat diperlukan oleh Malaysia.
Matlamat dan Cita-cita
1. Menjadikan Rancangan Lima Tahun sebagai strategi utama untuk
mencapai pembangunan negara.
2. Memastikan seluruh rakyat menikmati kesejahteraan hidup dan
memenuhi cita-cita kemerdekaan.
3. Berusaha untuk memberi kemakmuran kepada rakyat.
Strategi dan Pelaksanaan
1. Member tumpuan kepada rancangan-rancangan pembangunan
ekonomi.
2. Memberi tumpuan kepada pembangunan pertanian.
3. Melaksanakan projek-projek di luar bandar dengan peruntukan
kewangan sebanyak RM 227.5 juta.
4. Menyediakan kemudahan-kemudahan awam dengan
peruntukan RM222.6 juta.
5. Melengkapkan semua kawasan dengan kemudahan
pengangkutan.
Pencapaian, Harapan dan Jangkaan
1. Lebih daripada RM1000 juta telah dibelanjakan untuk
Rancangan Malaya Pertama.
2. 75% daripada peruntukan perbelanjaan telah digunakan untuk
pembangunan negara.
3. Lebih kurang RM 250 juta telah digunakan untuk rancangan
pembangunan sosial, keselamatan dan pentadbiran.
2
2 Rancangan Latar Belakang
Malaya Kedua 1. Rancangan Malaya Kedua dilancarkan untuk menyumbangkan usaha
1961-1965 ke arah pembangunan negara.
2. Beberapa kelemahan Rancangan Malaya Pertama telah dikenal pasti
dan diperbaiki di bawah Rancangan Malaya Kedua.
3. Rancangan yang tidak dapat dilaksanakan di bawah Rancangan
Malaya Pertama cuba diselesaikan di bawah Rancangan Malaya
Kedua.
Matlamat dan Cita-cita
1. Tumpuan utama kepada usaha-usaha meningkatkan taraf hidup
penduduk luar bandar.
2. Membuka dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
3. Menyediakan lebih banyak kemudahan pendidikan, kesihatan dan
perumahan yang lebih sempurna.
Strategi dan Pelaksanaan
1. Kerajaan telah menambahkan modal untuk melaksanakan projek-
projek pembangunan. Penubuhan Bank Bumiputera
pada tahun 1965, telah membolehkan pinjaman sebanyak RM134 juta
bagi tujuan membantu kaum bumiputera dalam bidang perniagaan.
2. Kerajaan telah mengurangkan kadar buta huruf dengan peruntukan
perbelanjaan sebanyak RM277.4 juta untuk pendidikan.
3. Teknologi dan kepakaran asing telah dipinjam untuk mengatasi
kekurangan dalam negara.
4. Sumber-sumber ekonomi yang baru telah diusahakan.
5. Eksport barang-barang mentah telah ditingkatkan dan pengeluaran
barang-barang diusahakan dengan lebih cekap dan produktif.
Pencapaian, Harapan dan Jangkaan
1. Lebih daripada RM 3100 juta telah dibelanjakan di bawah rancangan
ini. Tumpuan telah diberikan kepada sektor pertanian. Kolej Serdang
dan Fakulti Pertanian di Universiti Malaya telah dibesarkan supaya
dapat membantu dalam membuat kajian bag memajukan pertanian.
2. Janakuasa hidroelektrik yang pertama di Cameron Highlands telah
mula beroperasi dan telah mengeluarkan 1500 juta kilowatt-jam
tenaga.
3 Rancangan Latar Belakang
Malaysia 1. Rancangan ini dianggap menyeluruh, lengkap danbersepadu.
Pertama 2. Rancangan in meliputi hampir seluruh aspek perancangan
ekonomi dan sosial.
1966-1970
3
3. Rancangan in ialah Rancangan Lima Tahun Persekutuan yang
pertama yang meliputi negeri Sabah dan Sarawak.
Matlamat dan Cita-cita
1. Untuk mengatasi masalah negara seperti pergantungan berterusan
kepada esport barangan utama seperti getah dan bijih timah.
2. Untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan taraf hidup
yang ketara antara penduduk bandar dan luarbandar.
3. MARA telah ditubuhkan pada tahun 1966 untuk membantu ke arah
pencapaian matlamat tersebut.
4. Untuk mengatasi jurang kemajuan dan jurang pembangunan antara
negeri-negeri.
Strategi dan Pelaksanaan
1. Tumpuan yang berterusan adalah kepada pembangunan pertanian
dan luar bandar. Wang sebanyak RM1114.1 juta telah
diperuntukkan bag ekonomi luar bandar.
2. Kerajaan memperuntukkan wang sebanyak RM696.9 juta untuk
pengangkutan dan perhubungan.
3. Kemudahan-kemudahan pendidikan dan latihan diteruskan dengan
tumpuan yang lebih di luar bandar.
4. Sektor perindustrian tidak mendapat perhatian yang banyak,iaitu
hanya sebanyak RM141.2 juta telah diperuntukkan.
5. Pada keseluruhannya, lebih kurang RM4242 juta telah
diperuntukkan untuk mencapai matlamat Rancangan Malaysia
Pertama ini.
Pencapaian, Harapan dan Jangkaan
1. Pembukaan tanah dan penempatan oleh FELDA telah dilaksanakan
secara meluas. Sebanyak 308 400 ekar tanah telah dimajukan dan
20 700 keluarga telah ditempatkan di 90 Rancangan FELDA.
Rancangan Perairan Muda dan Kemubu merupakan dua rancangan
perairan yang besar di bawah Rancangan Malaysia Pertama.
2. Pendapatan eksport dan pertambahan dalam pelaburan adalah
memuaskan. Esport barang-barang perkilangan bertambah pada
kadar 14.2%.
3. Peristiwa hitam dalam sejarah negara yang berlaku pada 13 Mei
1969, laitu di penghujung rancangan ini telah memberi kesedaran
kepada kerajaan untuk merancang strategi- strategi baru untuk
menghadapi cabaran pada masa akan datang.
4
4 Rancangan Latar Belakang
Malaysia Kedua 1. Rancangan ini berjalan serentak dengan Dasar Ekonomi Baru (1970-
1971-1975 1990).
2. Rancangan lima tahun ini disusun supaya dapat membantu pencapaian
matlamat Dasar Ekonomi Baru,
3. Jumlah wang yang diperuntukkan ialah RM11 457 juta berbanding
dengan jumlah peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Pertama
yang hanya RM4242.4 juta.
4. Ini bererti jumlah peruntukan untuk Rancangan Malaysia Kedua
adalah dua kali lebih tinggi berbanding dengan Rancangan Malaysia
Pertama.
Matlamat dan Cita-cita
1. Untuk membasmi kemiskinan.
2. Untuk menyusun semula masyarakat tapa mengira kaum dengan
memegang kepada falsafah penyertaan aktif semua pihak dan bukanlah
berdasarkan falsafah pembahagian semula harta kekayaan yang sedia
ada.
3. Menggalakkan orang Melayu supaya lebih aktif dalam bidang
perniagaan.
Strategi dan Pelaksanaan
1. Strategi utama ialah memodenkan sektor luar bandar melalui projek
pembukaan tanah.
2. Mengadakan rancangan-rancangan pengairan secara besar- besaran.
3. Pembukaan bandar-bandar bar dan proses pembandaran terancang.
4. Mewujudkan pusat-pusat perindustrian dan pembangunan semula
bandar-bandar lama.
5. Buat pertama kali sektor perindustrian telah diberi perhatian yang
banyak jika dibandingkan dengan semua rancangan lima tahun
sebelumnya. Sebanyak RM1658.62 juta telah diperuntukkan untuk
sektor perindustrian. Peruntukan ini sepuluh kali lebih besar jika
dibandingkan dengan peruntukan wang sewaktu Rancangan Malaysia
Pertama.
6. Petronas telah ditubuhkan pada bulan Oktober 1974 untuk
mempelbagaikan sektor perindustrian dan memajukan industri
petroleum.
Pencapaian, Harapan dan Jangkaan
1. Projek pembangunan wilayah seperti DARA, KEJORA dan
KETENGAH berjalan dengan lancar. Melalui rancangan- rancangan
tersebut rumah kos rendah, kemudahan air dan elektrik telah dapat
disediakan. Di bawah Rancangan Malaysia
5
Kedua, sebanyak 12 200 unit rumah kos rendah telah dibina. 30 000
buah keluarga telah mendapat bekalan air dan 50 000 buah keluarga
telah mendapat bekalan elektrik.
2. Lebih kurang 40 000 hektar tanah telah dimajukan dan hampir 20 000
buah keluarga mengecapi kehidupan baru di kampung- kampung baru.
Pengeluaran dan eksport kelapa sawit mencatat kejayaan yang terbesar
dalam sektor pertanian di bawah Rancangan Malaysia Kedua.
3. Usaha-usaha yang dijalankan oleh UDA, MARA, MIDF, PERNAS,
Permodalan Nasional Berhad dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Negeri-negeri telah meningkat dengan banyak di bawah rancangan ini.
Modal saham orang orang Melayu telah bertambah daripada 2.4%
pada tahun 1969 kepada 7.8% pada tahun 1975. Di samping itu,
sebanyak diwujudkan melalui 588 000 peluang pekerjaan telah dapat
bawah berbagal-bagai usaha pembangunan yang dijalankan di
rancangan ini.
5 Rancangan Latar Belakang
Malaysia Ketiga 1. Rancangan Malaysia Ketiga ialah untuk menyempurnakan segala
1976-1980 matlamat yang belum dicapai di bawah Rancangan Malaysia Kedua.
2. Rancangan ini juga selari dengan usaha untuk mencapai
matlamat Dasar Ekonomi Baru.
3. Jumlah pertambahan dalam peruntukan wang untuk Rancangan
Malaysia Ketiga mencatat sejarah kerana pertambahannya adalah
2477.9%
Matlamat dan Cita-cita
1. Meningkatkan taraf hidup rakyat melalui perancangan keluarga,
kemudahan pendidikan dan projek perumahan yang lebih baik.
2. Meningkatkan penyertaan dan hak milik orang Melayu dalam
kegiatan perniagaan, perindustrian dan modal saham.
Menggalakkan lebih banyak penggunaan tenaga manusia dan sumber-
sumber asli negara.
Strategi dan Pelaksanaan
1. Sebanyak RM6464 juta telah diperuntukkan untuk memajukan
kawasan luar bandar melalui berbagai-bagai kegiatan ekonomi desa.
2. Pendidikan telah diberi perhatian yang besar dalam bidang sosial.
3. Sebanyak RM5.29 juta telah disediakan untuk meningkatkan kesihatan
rakyat dan rancangan kependudukan.
4. Sebanyak RM1705 juta telah diperuntukkan untuk mengatasi masalah
perumahan.
6
5. Sektor Perdagangan dan Perindustrian masih diberi perhatian dan
sebanyak RM4255 juta telah disediakan untuk memajukan sektor
berkenaan.
Pencapaian, Harapan dan Jangkaan
1. Pendapatan per kapita telah meningkat menjadi RM1947 pada
penghujung tahun 1980 dan dengan pertambahan dalam harga bagi
barang-barang eskport Malaysia, kemiskinan telah menurun daripada
49.3% pada tahun 1970 kepada 29.2% pada tahun 1980.
2. Kadar pengangguran telah dapat diturunkan kepada 5.3% pada tahun
1980, berbanding dengan tahap pengangguran sebanyak 7.8% pada
tahun 1970. Di samping itu, inflasi juga telah dapat dikurangkan
kepada 4.6% di antara tahun 1976 hingga 1980.
3. Pengeluaran kayu balak telah berkembang kepada 5.2% di antara
tahun 1976 hingga 1980 dan pada tahun 1978 kerajaan telah
menggubal Dasar Perhutanan Negara untuk mengawal aktiviti
pembalakan.
4. Pada keseluruhannya kedudukan ekonomi adalah memuaskan.
5. Simpanan wang Bank Negara Malaysia telah mencapai RM10.3 billion
pada penghujung tahun 1980.
6. Salah satu daripada faktor yang telah mempengaruhi pertambahan
pendapatan negara adalah pertumbuhan yang menggalakkan dalam
industri petroleum di antara tahun 1976 hingga 1970.
6 Rancangan Latar Belakang
Malaysia 1. Kelemahan-kelemahan dalam Rancangan Malaysia Ketiga dikenal
Keempat pasti.
1981-1985 2. Rancangan Malaysia Keempat mempercepatkan pencapaian matlamat
Dasar Ekonomi Baru.
3. Rancangan Malaysia Keempat telah berhadapan dengan satu cabaran
yang besar, iaitu kejatuhan harga barang-barang eksport negara kita
yang telah mengakibatkan kejatuhan pendapatan negara.
Matlamat dan Cita-cita
1. Menambahkan produktiviti dalam semua bidang pekerjaan
2. Mengatasi masalah-masalah yang mengancam ekonomi negara seperti
kemelesetan ekonomi dan kadar inflasi yang tinggi.
3. Meneruskan usaha membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang
pendapatan antara kaum.
Strategi dan Pelaksanaan
1. Menambahkan industri-industri di kawasan luar bandar.
7
2. Melancarkan Dasar Pertanian Negara untuk memberi kesedaran
tentang perlunya sektor luar bandar menambahkan pengeluaran.
3. Member. bantuan kepada pekebun-pekebun kecil getah dan kelapa
sawit dan menggalakkan mereka meningkatkan pengeluaran.
4. Membaiki keadaan pemilikan sektor korporat supaya rakyat Malaysia
menguasai sekurang-kurangnya 70% daripada jumlah modal saham.
5. Kerajaan telah memperuntukkan RM39 329 juta untuk mencapai
matlamat Rancangan Malaysia Keempat.
Pencapaian, Harapan dan Jangkaan
1. Rancangan ini tidak begitu berjaya seperti yang dijangkakan kerana
kerajaan terpaksa berjimat cermat dan menangguhkan beberapa projek
pembangunan akibat kemelesetan ekonomi dunia.
2. Beberapa dasar baru dilancarkan untuk membantu pencapaian
pembangunan negara, umpamanya Dasar Penswastaan dan Dasar
Persyarikatan Malaysia.
3. Beberapa kejayaan telah dicapai dalam bidang kesihatan rakyat dan
usaha menyusun semula hak milk modal saham juga berjalan dengan
lancar. Perkhidmatan perubatan telah ditingkatkan dan tempoh hayat
bagi kaum lelaki telah meningkat ke tahap umur 66 tahun dan tempoh
hayat bagi kaum wanita telah mencapai tahap umur 72 tahun.
4. Hak milik modal saham bumiputera ialah 17.8% menjelang akhir
1985, masyarakat Cina, India dan kaum-kaum lain menguasai 56.7%
dan hak milik rakyat asing telah jatuh ke tahap 25.5% pada tahun
1985.
7 Rancangan Latar Belakang
Malaysia 1. Ekonomi negara berada dalam keadaan yang sangat lembab akibat
Kelima daripada kesan-kesan negatif kemelesetan ekonomi dunia.
1986-1990 2. Hasil-hasil perindustrian menghadapi persaingan yang hebat dari
negara-negara maju.
3. Rancangan in dilancarkan dalam keadaan ekonomi negara yang tidak
menentu dan kadar pengangguran yang tinggi.
Matlamat dan Cita-cita
1. Untuk mengatasi masalah-masalah kemelesetan ekonomi. yang timbul
akibat
8
2. Menggunakan dengan sepenuhnya sumber-sumber yang ada dan
mengurangkan kemiskinan ke tahap 16.7% dalam tahun 1990.
3. Menarik pelaburan asing dan memberi peluang yang lebih besar
kepada sektor swasta supaya dapat memajukan ekonomi negara dan
mengatasi masalah pengangguran.
Strategi dan Pelaksanaan
1. Sejumlah 328 500 hektar tanah terbiar akan dibuka dan dimajukan oleh
FELCRA, RISDA dan FELDA.
2. Permodalan Nasional Berhad dan Amanah Saham Nasional dijangka
memainkan peranan yang penting untuk memajukan ekonomi kaum
bumiputera.
3. Sektor perindustrian telah diberi tumpuan yang besar di bawah
rancangan ini.
4. Berbagai-bagai kemudahan awam disediakan oleh kerajaan walaupun
negara sedang menghadapi cabaran-cabaran ekonomi yang besar.
5. Pelan Induk Perindustrian telah dijadikan asas untuk merancang
pembangunan perindustrian di Malaysia.
Pencapaian, Harapan dan Jangkaan
1. Mulai 1987, ekonomi negara telah mula pulih daripada kesan- kesan
negatif kemelesetan ekonomi dunia. Harga eksport mula meningkat
dan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5% telah dicapai di antara tahun
1986 hingga 1988.
2. Sektor perkilangan telah mengalami pertumbuhan yang
menggalakkan. Pada tahun 1987, pertumbuhan sektor perkilangan
adalah lebih kurang 13%, dan pada tahun 1988 adalah 18%. Pada
tahun 1989, dianggarkan sektor perindustrian akan mencapai
pertumbuhan sebanyak 13.5%.
3. Kejayaan yang besar dicapai dalam bidang pengangkutan, umpamanya
projek Lebuhraya Utara-Selatan, membaiki Lebuhraya Timur-Barat,
penyelesaian projek membina LapanganTerbang Ipoh dan Langkawi
seta pembelian pesawat B747-400 Combi oleh MAS.
8 Rancangan Latar Belakang
Malaysia 1. Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) dibentangkan di Parlimen pada
Keenam 10 Julai 1991.
(1991-1995) 2. RMK6 akan berjalan serentak dengan Fasa Pertama Rancangan Jangka
Panjang Kedua (1990-2000) iaitu Dasar Pembangunan Nasional
3. RM6 dilancarkan semasa negara berada dalam suatu keadaan ekonomi
dan iklim pelaburan asing yang sangat menggalakkan.
9
Matlamat dan Cita-cita
1. Untuk mempertahankan pertumbuhan ekonomi yang sedia ada dan
mengekalkan strategi asas DEB iaitu membasmi kemiskinan.
2. Mencapai pembangunan yang seimbang dalam ekonomi, iaitu
pertumbuhan ekonomi yang disertakan dengan peningkatan dalam
kualiti daripada pelbagai aspek.
3. Meningkatkan pencapaian perindustrian, meningkatkan pengeluaran
pertanian, meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu dalam sektor
industri, menjaga ekologi dan mewujudkan suasana perpaduan antara
kaum di Malaysia.
Strategi dan Pelaksanaan
1. Penglibatan yang lebih banyak oleh sektor swasta dalam ekonomi.
2. Meningkatkan keupayaan dan kebolehan tenaga manusia (kaum
pekerja).
3. Meningkatkan lagi teknologi tempatan melalui R & D (Research and
Development-Penyelidikan dan Pembangunan).
4. Mempelbagaikan kegiatan perindustrian.
5. Memperuntukkan sebanyak RM55 bilion untuk empat sektor penting
iaitu:
(a) ekonomi (56.8%) RM31.23 billion
(b) sosial (24.5%) : RM13.46 billion
(c) keselamatan (15.3%) : RM8.4 billion
(d) pentadbiran (3.4%) : RM1.88 billion
Harapan dan Jangkaan
1. RMK6 akan membantu kejayaan Rangka Rancangan Jangka Panjang
Kedua (1990-2000) iaitu DPN.
2. Membantu menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
3. Meninggikan taraf hidup rakyat Malaysia.
9 Rancangan Pengenalan
Malaysia 1. Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7) ialah rancangan yang akan
Ketujuh berjalan serentak dengan Fasa Ke-2 Rangka Rancangan Jangka
(1996-2000) Panjang Kedua (1991-2000).
2. RMK7 juga akan membantu kerajaan Malaysia mempercepatkan
pencapaian Dasar Pembangunan Nasional.
3. Dalam keadaan ekonomi yang stabil dan guna tenaga penuh,
RMK7 juga akan membantu kerajaan mencapai Wawasan 2020.
Tujuan
1. Meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.
2. Memodenkan sektor perindustrian dan mempelbagaikan
pengeluaran.
3. Mengutamakan sektor industri berat.
4. Menggalakkan penglibatan swasta melalui Dasar Penswastaan dan
Dasar Persyarikatan Malaysia.
5. Menjadikan Malaysia pusat pelaburan dan kewangan di Asia.
6. Mencapai guna tenaga penuh dan mengurangkan kemiskinan.
7. Mengawal inflasi.
8. Imbangan pembangunan yang positif.
Strategi dan Pelaksanaan
1. Memperkenalkan teknologi baru dalam bidang maklumat seperti
Koridor Raya Multimedia dari Kuala Lumpur ke Sepang dan
Putrajaya.
2. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
3. Meminta syarikat antarabangsa di Malaysia (MNC) untuk memajukan
Industri Kecil dan Sederhana (SMI).
4. Memanfaat sepenuhnya Tabung Pembangunan Sumber Tenaga
Manusia dan melahirkan tenaga mahir.
5. Meminda Akta Universiti dan Kolej serta melaksanakan Akta Institusi
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk melahirkan tenaga mahir.
6. Menggalakkan bumiputera dalam industri moden.
7. Melibatkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (K.W.S.P.) dalam
pembinaan rumah murah untuk golongan rakyat berpendapatan rendah.
8. Menggalakkan perpaduan nasional.
Kesan-kesan
1. Meninggikan produktiviti negara.
2. Pertumbuhan yang pesat dengan harga barangan yang
terkawal.
3. Menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian tanpa
mengabaikan sektor pertanian.
4. Membentuk sebuah negara yang moden.
5. Menggalakkan eksport dan mengurangkan import.
6. Infrastruktur yang kukuh untuk menghadapi cabaran ekonomi dunia.
7. Hasil penyelidikan dan penemuan yang merangsangkan.
8. Kehidupan yang selesa, alam sekitar yang terpelihara dan kestabilan
dari segi politik dan sosioekonomi.
Kesimpulan
1. RMK7 merupakan satu rancangan yang penting untuk meletakkan
negara atas landasan menuju ke arah kemakmuran dan kesejahteraan
negara dan rakyatnya. RMK7 ialah rancangan yang dinamik yang
dilaksanakan seiring dengan Wawasan 2020.
10 Rancangan Pendahuluan
Malaysia 1. RMK8 yang meliputi tempoh 2001-2005 merupakan fasa pertama
Kelapan pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3),
(RMKe-8) 2001-2010.
2001-2005 2. Dasar Wawasan Negara (DWN) yang terkandung dalam RRJP3 akan
menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-
21.
3. RMKe-8 menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka
bagi mencapai objektif DWN, iaitu pertumbuhan mampan dan
pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu dan saksama.
DASAR WAWASAN NEGARA
1. Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras kritikal dasar
pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar
Pembangunan Nasional dengan objektif utama mencapai perpaduan
nasional.
2. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula
masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi
utama.
3. DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang
menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju
sepenuhnya menjelang 2020.
4. Secara khususnya, DWN merupakan gabungan semua usaha
pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia
yang bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat hidup dalam
suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama.
5. Bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh negara untuk menjadi
sebuah negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri, penekanan
juga akan diberi kepada membina negara yang berdaya tahan dan
berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk
memastikan perpaduan dan kestabilan sosial.
6. Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikal
seperti berikut:
a. Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk
perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membentuk
kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih
bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai
positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan
ekonomi;
b. Menggalakkan perwujudan masyarakat yang saksama melalui
pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan
di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah;
c. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan
memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan
dan korporat serta pengurusan ekonomi makro;
d. Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran
globalisasi dan liberalisasi;
e. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai
satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi
semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran
rakyat;
f. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk
menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan
berpengetahuan; dan
g. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk
meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.
Strategi dan Pelaksanaan
1. Strategi utama yang akan dilaksana dalam tempoh Rancangan bagi
menangani cabaran yang dihadapi oleh negara adalah seperti berikut:
a. Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap dan
memastikan dasar kewangan dan fiskal yang berhemat serta
meningkatkan usaha membangunkan ekonomi berasaskan
pengetahuan;
b. Memperkukuh dan menyelaras program dan strategi pengagihan
bagi memastikan penyertaan yang seimbang di kalangan dan antara
kumpulan etnik dan kumpulan pendapatan serta wilayah;
c. meningkatkan pertumbuhan produktiviti melalui pemantapan
pengetahuan, kemahiran dan kepakaran pekerja serta mengukuhkan
P&P dan sains dan teknologi (S&T);
d. meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi dengan
mempercepatkan peralihan sektor ekonomi utama kepada
proses pengeluaran yang lebih cekap dan aktiviti nilai ditambah yang
lebih tinggi;
e. memperluaskan penggunaan ICT dalam semua sektor ekonomi
bagi mempercepatkan proses pertumbuhan;
f. memperkukuhkan asas sumber manusia bagi memastikan bekalan
tenaga manusia yang mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran
teknikal dan kemahiran berfikir yang tinggi;
g. melaksanakan pendekatan menyeluruh dan bersepadu dalam
menangani isu- isu sumber asli dan alam sekitar bagi mengekalkan
pembangunan yang mampan;
h. meningkatkan lagi kualiti hidup melalui peningkatan akses kepada
perkhidmatan sosial serta membangunkan aspek estatik dalam
kehidupan; dan
i. mempergiatkan usaha bagi memupuk dan menyemai nilai-nilai
positif dan sifat murni di kalangan rakyat menerusi sistem pendidikan,
pertubuhan sosial dan agama serta media.
Kesimpulan
1. Bagi RMK8, sektor awam akan terus berusaha ke arah memperbaiki
operasi dalamannya dan meningkatkan pemberian perkhidmatan
dengan mengkaji semula dan memperkukuhkan program pembaharuan
pentadbirannya.
2. Penekanan akan diberi kepada output dan perkhidmatan yang responsif
dan berfokuskan pelanggan.
3. Dalam hal ini, inisiatif pengurusan kualiti akan terus menjadi asas
dalam memenuhi objektif utama kecekapan dan keberkesanan
manakala faedah daripada ICT akan dimanfaatkan sepenuhnya.
4. Pendekatan dan pembaharuan inovatif dalam pengurusan sumber
manusia serta pembangunan organisasi akan dilaksana untuk
memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan manakala
perkongsian pintar dengan sektor swasta dan NGO akan diteruskan.
11 Rancangan Ringkasan
Malaysia 1. Negara kini berada di pertengahan jalan dalam perjuangan menjadi
Kesembilan sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti.
(RMK9) 2. Dalam fasa 15 tahun seterusnya menjelang tahun 2020, Malaysia perlu
2006-2010 menangani pelbagai perubahan besar dalam dunia global, di samping
menambah baik dan meningkatkan persekitaran domestik negara.
3. Menyedari hakikat ini, Kerajaan memperkenal Misi Nasional, satu
rangka kerja dasar dan pelaksanaan yang menggariskan
keutamaan negara untuk tempoh 15 tahun yang akan datang, seiring
dengan RMK9
4. Misi Nasional memberikan penekanan terhadap pelaksanaan
program yang meningkatkan keupayaan negara untuk bersaing di
peringkat global, memperkukuh perpaduan negara dan
mewujudkan pengagihan pendapatan dan kekayaan serta kualiti
hidup yang lebih baik di kalangan rakyat. Misi ini telah
menggariskan lima teras utama yang mesti dilaksanakan demi
mencapai matlamat dan cita cita negara.
Pertama: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi
Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta
memupuk ‘minda kelas pertama’
Ketiga: Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang
berterusan secara membina dan produktif
Keempat: Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
Kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan
5. RMK9 akan menggerakkan agenda pembangunan negara untuk
tempoh lima tahun pertama dalam Misi Nasional ini, dengan matlamat
untuk menerjemahkan teras tersebut kepada program yang
membuahkan hasil. Sejajar dengan itu,
6. RMK9 dirangka untuk mencapai tahap ekonomi negara yang
lebih kukuh dengan nilai ditambah yang lebih tinggi, di samping
memberikan tumpuan kepada isu sosioekonomi dan meningkatkan
mutu hidup rakyat keseluruhannya.
7. Inisiatif pembangunan yang akan dilaksanakan dalam tempoh
Rancangan ini juga akan berpandukan kepada prinsip Islam Hadhari.
8. Infrastruktur berkualiti dan kemudahan yang perlu akan terus dibina di
seluruh negara bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada
rakyat. Namun, memperkukuhkan modal insan dan membawa
perubahan budaya dan sikap pastinya merupakan satu cabaran utama
dalam tempoh Rancangan ini.
9. Faktor yang paling utama bagi menjadi sebuah negara maju
ialah keupayaan dan keperibadian masyarakat negara tersebut.
Malaysia tidak boleh lagi dilihat sebagai sebuah negara yang memiliki
‘infrastruktur kelas pertama’ tetapi ‘mentaliti kelas ketiga’.
10. Kita perlu menerapkan pendekatan yang menyeluruh terhadap
pembangunan modal insan, yang menekankan bukan sahaja ilmu
pengetahuan dan kemahiran tetapi juga nilai etika, minda yang
progresif dan kesedaran budaya yang tinggi.
11. RMK9 bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan bersama
dengan pengagihan yang lebih luas dan saksama. Kita telah
menetapkan sasaran untuk menghapuskan kemiskinan tegar dan
mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada separuh, iaitu
2.8 peratus pada tahun 2010.
12. Selain itu, Kerajaan juga terus komited untuk merapatkan
jurang pendapatan, guna tenaga dan pemilikan aset di kalangan
rakyat melalui langkah-langkah yang adil dan bersesuaian.
13. Untuk merapatkan jurang antara bandar dengan luar bandar
serta antara wilayah yang membangun dengan kurang membangun,
Kerajaan akan meningkatkan peruntukan pembangunan untuk kawasan
luar bandar dan wilayah kurang membangun.
14. Bagi tujuan ini, Kerajaan akan memberikan penekanan kepada
pembangunan wilayah di kawasan sempadan antara negeri termasuk
membangunkan Koridor Utara yang merangkumi beberapa kawasan di
negeri Perlis, Kedah, Perak Utara dan Pulau Pinang; Koridor Timur
yang merangkumi beberapa kawasan di negeri Terengganu, Kelantan
dan Pahang; Koridor Selatan yang memfokuskan kepada Johor
Selatan; serta negeri Sabah dan Sarawak.
15. Kualiti hidup masyarakat akan terus diberikan sepenuh
perhatian. Pada masa yang sama, kita harus menguruskan sumber asli
negara dengan bijak dan berhemat, demi masa depan negara dan
generasi seterusnya.
16. RMK9 akan memberikan tumpuan khusus terhadap usaha
penambahbaikan mekanisme pelaksanaan, penyelarasan,
pemantauan dan penilaian, agar program yang dilaksanakan dapat
mencapai matlamat yang disasarkan dengan berkesan.
17. RMK9 akan terus meningkatkan usaha bagi menutup ruang
untuk rasuah, amalan tidak sihat serta penyalahgunaan kuasa
daripada berlaku, baik di sektor awam mahupun swasta.
18. Inisiatif juga akan diperkenalkan untuk terus meningkatkan
ketelusan serta mengurangkan pembaziran. Bagi memperbaiki
mutu penyampaian perkhidmatan awam, Kerajaan akan terus
mengurangkan kerenah birokrasi dan menambah baik perkhidmatan
agensi barisan hadapan.
Rumusan
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010
1. Untuk kita mencapai semua objektif dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan dan Misi Nasional ini, semua pihak – sektor awam, sektor
swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat umumnya
– perlu turut sama mengambil bahagian dan memainkan peranan
masing-masing.
2. Rakyat Malaysia perlu terus bersatu dan menyokong usaha Kerajaan
untuk membina sebuah negara yang makmur dan mewujudkan kualiti
hidup yang lebih baik untuk semua.
3. Menyedari akan pentingnya kerjasama dan usaha bersepadu semua
pihak, kita telah memilih tema Bersama Ke Arah Cemerlang,
Gemilang dan Terbilang sebagai tema RMK9.
4. RMK9 dirangka setelah mendapat pandangan dan input segenap
lapisan masyarakat di seluruh pelusuk negara.
5. Rancangan ini telah mengkaji dan mengambil kira semua pandangan
dan cadangan yang dikemukakan dengan adil dan seimbang.
12 Rancangan Intipati Rancangan Malaysia Ke-10 Pendahuluan
Malaysia ke 1. RMK10 memperuntukkan sejumlah RM290 billion, yang dibahagikan
Sepuluh mengikut nisbah 60/40 untuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal.
(RMK10) 2. Tema RMK10 ialah Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan
2011-2015 Sosial.
3. RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan
prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi
sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.
Intipati RMK10:
1. RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi;
Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun
2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat
mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada
KDNK 2009.
2. Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7
peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus
kepada 0.7 peratus.
3. Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.
4. RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada
RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6
peratus setahun.
5. Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan,
menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan
penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang
berkaitan.
6. Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus
atau RM115 billion setahun.
7. Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada
5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3
peratus pada tahun 2015.
RMK10: 10 PREMIS UTAMA
1. Pertama:- Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan
persekitaran luar negara.
2. Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai
satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.
3. Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi
pengkhususan.
4. Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan
inovasi.
5. Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.
6. Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi
golongan mudah terjejas.
7. Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.
8. Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.
9. Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.
10. Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.
RMK10: 5 TERAS STRATEGIK
1. Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah
mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.
2. Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan
pertumbuhan ekonomi.
3. Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosio ekonomi secara inklusif.
4. Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.
5. Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah
mempertingkatkan kualiti hidup.
Strategi dan Pelaksanaan
1. Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada
40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan
kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal
teroka.
2. Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan
untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.
3. Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan
diumumkan Oktober nanti:
(i) Minyak dan gas
(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan
(iii) Perkhidmatan kewangan
(iv) Pemborongan dan peruncitan
(v) Pelancongan
(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(vii) Perkhidmatan Pendidikan
(viii) Elektrik dan elektronik
(ix) Perkhidmatan perniagaan
(x) Penjagaan kesihatan swasta
(xi) Pertanian
(xii) Greater Kuala Lumpur
4. Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan
untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.
5. Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk
memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan.
6. Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga
terbaik negara paling kompetitif di dunia.
7. Dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan melalui Dana
Mudahcara atau “Facilitation Fund“ bagi memudahkan sektor swasta
membiayai projek perkongsian awam-swasta.
8. Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta
sekurang-kurangnya RM200 bilion; Antara projek yang
dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport, Pelabuhan
Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur
dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.
9. Sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi
memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta
program pembangunan inovasi sedia ada.
10. Pembiayaan kerajaan kepada syarikat modal teroka awam akan
berbentuk ekuiti dan bukan pinjaman.
11. Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan sebanyak RM500
juta akan diperkenal bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat
modal teroka kerajaan.
12. Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan
sebanyak RM150 juta akan ditubuhkan bagi merapatkan jurang
pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan pembiayaan
modal teroka bagi produk berteknologi tinggi.
13. Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong
budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan
dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk
kembali aktif.
14. Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar
besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri,
liputan jalur lebar ke kawasan pinggiran bandar dan luar bandar dan
prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan bagi penduduk di
luar bandar.
15. Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan
disiapkan dalam tempoh RMK10 kos RM3.7 bilion dan akan
dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik taraf.
16. Projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor
Baharu, dengan kos anggaran RM8 bilion akan dilaksanakan sebagai
pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang
Besar di utara ke Johor Baharu di selatan.
17. Loji rawatan kumbahan yang menggunakan teknologi hijau di Lembah
Pantai, Kuala Lumpur, akan diperluaskan ke seluruh negara.
18. Bekalan tenaga akan terus diperkukuh ke arah mewujudkan pasaran
yang lebih kompetitif dan mengurangkan tanggungan subsidi tenaga
secara berperingkat.
19. Beberapa bandar raya akan dijadikan destinasi tarikan baru kepada
pelabur dalam industri berteknologi tinggi serta tenaga kerja berbakat
dan berpengetahuan.
20. Kerajaan akan tambah RM3 bilion lagi menjadikan jumlah Skim
Jaminan Modal Kerja kepada RM10 bilion bagi enterprise kecil dan
sederhana (SME) mendapat akses kemudahan pembiayaan.
21. Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber
kewangan SME dan Agro Bank.
22. Sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan
ekuiti korporat Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro kekal.
23. Lima inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan
Bumiputera: Pertama: Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera
melalui penginstitusian. Kedua: Mempertingkatkan pemilikan
hartanah Bumiputera. Ketiga: Menambah baik program pembangunan
kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai
agensi pembangunan Bumiputera. Keempat: Membangunkan guna
tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas. Kelima:
Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang,
menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan
Bumiputera.
24. Fokus kepada meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi
kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di
mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu 73 peratus
daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini.
25. Subsidi dirasionalkan secara berperingkat, golongan berpendapatan
rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan.
26. Pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan penyediaan kemudahan
asas kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman,
terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak,
serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia.
27. Peruntukan RM109 juta untuk sambungan bekalan air ke 182 estet
yang mempunyai keluasan 1,000 ekar (400 hektar) atau kurang dan
terletak tidak melebihi lima kilometer dari paip utama.
28. Kemudahan pinjaman AIM dan TEKUN akan disediakan dalam usaha
menangani kemiskinan bandar dan akan dipakej bersama dengan
latihan keusahawanan.
29. Dana RM100 juta untuk pinjaman mudah bagi 280,000 isirumah
kampung baru Cina membayar premium tanah bagi perlanjutan
tempoh pajakan melalui Bank Simpanan Nasional.
30. Nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan ditingkatkan daripada 28
peratus kepada 60 peratus untuk meningkatkan lagi kualiti pelajar.
31. Prestasi pelajar dalam mata pelajaran kritikal, terutamanya bahasa
Kebangsaan, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, akan juga
dipertingkatkan dengan menambah bilangan guru berkualiti.
32. Syarat kelayakan pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepada
Diploma dan Sarjana Muda.
33. Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dengan sijil
SPM akan dipertimbangkan untuk mengikuti pengajian di institut
pendidikan guru bagi program bahasa Cina bagi memenuhi keperluan
guru bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta Sekolah
Kebangsaan.
34. Pertimbangan yang sama kepada calon lepasan Sijil Menengah Agama
atau Sijil Tinggi Agama kelolaan Jabatan Agama Islam dan Majlis
Agama Islam Negeri-negeri yang telah memiliki SPM untuk menjadi
guru program pendidikan agama Islam dan J-Qaf
35. Bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan ditambah kepada 100
buah pada akhir tahun 2012 terdiri daripada sekolah rendah, sekolah
menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.
36. Sekolah Amanah atau Trust Schools, akan diperkenalkan untuk
memudah cara perkongsian awam swasta dalam pengurusan
sekolah-sekolah kerajaan yang terpilih dan akan diberi autonomi.
37. RM280 juta bantuan disalurkan kepada sekolah bantuan modal bagi
tempoh 2011 dan 2012. Setiap satu kategori sekolah bantuan modal,
iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangssan Tamil,
sekolah agama dan sekolah mubaligh akan menerima peruntukan
tambahan RM70 juta setiap satu dalam tempoh 2011 dan 2012.
38. Kerajaan akan memberi bantuan berdasarkan bil elektrik dan air
sebenar sehingga RM2,000 sebulan bagi setiap daripada hampir 1,900
sekolah bantuan modal.
39. Penyertaan kanak-kanak berumur antara empat dan lima tahun di
peringkat prasekolah akan dipertingkatkan daripada 67 peratus pada
tahun 2010 kepada 87 peratus pada tahun 2012.
40. Insentif RM10,000 akan diberi kepada sektor swasta yang
menubuhkan institusi prasekolah swasta.
41. Kerajaan sedang menimbang mengurangkan umur persekolahan
formal daripada enam tahun kepada lima tahun pada akhir tempoh
Rancangan tertakluk kepada kemampuan kerajaan.
42. Komposisi pekerja berkemahiran tinggi perlu ditambah kepada
sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang tahun 2015 untuk menjadi
sebuah negara maju.
43. RM500 juta akan disediakan di bawah Perbadanan Tabung
Pembangunan Kemahiran untuk latihan sekurang-kurangnya 38,000
pekerja.
44. Tabung pembiayaan bersama kerajaan dan majikan akan ditubuhkan
untuk membiayai pekerja melanjutkan pengajian di peringkat PhD
dalam bidang yang berkaitan.
45. Peruntukan kewangan kepada universiti bergantung kepada pencapaian
KPI dan universiti diberi autonomi secara berperingkat bagi
mengukuhkan peranan dan prestasi universiti.
46. Kualiti staf akademik berkelulusan PhD sebanyak 75 peratus bagi
universiti penyelidikan atau research university, dan 60 peratus bagi
universiti awam lain.
47. MyBrain15, iaitu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah
kedoktoran, akan digiatkan bagi meningkatkan jumlah pemegang PhD
kepada 18,000 pada tahun 2015.
48. Pakej penggajian akan dikaji semula untuk menarik minat pensyarah
asing dan staf akademik yang telah bersara.
49. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf sebagai universiti
penyelidikan selepas Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.
50. Dasar penggajian pekerja asing akan diperkemas dengan kadar levi
berbeza mengikut nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja dalam
syarikat dan berbeza mengikut tahap kemahiran. Kadar yang lebih
tinggi akan dikenakan bagi pekerja kurang mahir dan akan akan
ditingkatkan setiap tahun.
51. Talent Corporation akan ditubuhan oleh kerajaan bagi menarik dan
mengekal modal insan berkemahiran yang diperlukan termasuk rakyat
Malaysia yang berkemahiran tinggi.
52. Talent Corporation akan menyediakan Rangka Tindakan Modal Insan
Berkemahiran dengan kerjasama sektor awam dan swasta dan menjadi
pusat sehenti bagi memudahkan urusan dengan agensi-agensi kerajaan
yang berkaitan, termasuk urusan imigresen bagi kemasukan tenaga
kerja mahir ke Malaysia.
53. Perancangan strategik dan terurus bagi mewujudkan kawasan bandar
mampat dan efisien dan suasana kehidupan yang menarik dan nyaman.
54. Pembinaan sepanjang 6,300 kilometer jalan berturap di Semenanjung
Malaysia, 2,500 kilometer di Sabah dan 2,800 kilometer di Sarawak
yang akan memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk.
55. Liputan bekalan air luar bandar yang lebih berkualiti dengan sasaran
liputan sebanyak 99 peratus di Semenanjung Malaysia, 98 peratus di
Sabah dan 95 peratus di Sarawak.
56. Kemudahan elektrik di kawasan luar bandar akan diperluaskan untuk
meliputi penyambungan bekalannya ke 6,000 buah rumah di
Semenanjung Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di Sarawak.
57. Pelaksanaan projek mega Mass Rapid Transit berkapasiti tinggi di
Greater Kuala Lumpur meliputi kawasan dalam lingkungan 20 km dari
pusat bandar dan melibatkan pembinaan landasan lebih kurang 150 km
yang membolehkan dua juta perjalanan penumpang sehari berbanding
dengan 480,000 perjalanan penumpang sistem pengangkutan bandar
masa kini.
58. Meningkatkan peratus penggunaan pengangkutan awam dengan ketara
di Greater Kuala Lumpur daripada 12 peratus pada tahun 2009 kepada
30 peratus pada tahun 2015.
59. Sistem pengangkutan awam darat akan diperluaskan kepada bandar
raya lain, iaitu sistem Bas Rapid Transit akan diperkenalkan di
Wilayah Iskandar, Johor, dan jumlah bas awam akan ditambah
sebanyak 200 buah di Pulau Pinang untuk menampung 26 laluan
dengan penambahan kapasiti sebanyak 75,000 penumpang sehari.
60. Pembinaan lapan hospital, termasuk hospital-hospital pakar, 197 buah
klinik dan juga tambahan 50 klinik 1Malaysia akan disiapkan dalam
tempoh separuh pertama RMK10.
61. 78,000 buah rumah mampu milik akan dibina di bawah RMK10.
62. Dana RM500 juta bagi membiayai kerja-kerja baik pulih dan
penyelenggaraan rumah mampu milik awam mahupun swasta
berdasarkan perkongsian 50-50 kerajaan dengan pengurusan atau
persatuan penduduk rumah berkenaan.
63. Keselamatan dan ketenteraman awam akan dipertingkatkan, rondaan
polis akan ditambah terutama di 50 "hot spots" yang telah dikenal pasti
dan 496 CCTV sedang dipasang di seluruh negara bagi meningkatkan
keupayaan pemantauan.
64. Undang-undang dan peraturan berkaitan sedia ada akan disesuaikan
bagi mendorong penyertaan lebih besar daripada wanita.
65. Sektor swasta diminta meningkatkan bilangan wanita dalam jawatan
peringkat tertinggi seperti ketua pegawai eksekutif dan ahli-ahli
Lembaga Pengarah.
66. Putrajaya akan dijadikan lokasi tumpuan belia bagi menjalankan
aktiviti dan program yang bermanfaat dan bersesuaian.
67. Golongan warga emas mendapat infrastruktur yang lebih mesra, akses
kemudahan kesihatan yang mampu dibiayai, rumah perlindungan yang
mencukupi dan juga supaya mereka dapat mengukuhkan kewangan
serta peluang pekerjaan.
68. Langkah diteruskan untuk menyediakan pelbagai peluang termasuk
latihan kemahiran, pekerjaan serta keusahawanan bagi orang kurang
upaya.
69. Feed in Tariff dan Dana Tenaga Boleh Diperbaharu akan
diperkenalkan bagi menggalakkan perkembangan aplikasi tenaga
boleh diperbaharu.
70. Garis panduan, piawaian dan undang-undang berkaitan akan
diperkenal bagi memastikan kecekapan penggunaan tenaga, termasuk
penurunan tahap pelepasan gas rumah hijau.
71. Putrajaya dan Cyberjaya akan dijadikan model perintis bagi bandar
hijau contoh dan bangunan baru kerajaan akan direka bina untuk
mematuhi piawaian bangunan hijau.
72. Peruntukan program dan projek pembangunan RMK10 akan dibuat
untuk setiap dua tahun bermula dengan 2011-2012 dan "rolling plan"
pertama akan dikeluarkan pada akhir Ogos 2010.
73. Peruntukan RM230 bilion untuk RMKe10 bagi perbelanjaan
pembangunan dengan 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30
peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan
5 peratus kepada sektor pentadbiran.
13 Rancangan Pendahuluan
Malaysia ke 11 1. Merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah
(RMK11) merealisasikan matlamat Wawasan 2020.
2016-2020
2. Wawasan 2020 yang dilancarkan pada tahun 1991 menggariskan
aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek, iaitu
ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya menjelang
tahun 2020.
3. Susulan daripada pencapaian pembangunan yang cemerlang dalam
tempoh separuh dekad yang lalu, RMKe-11 mengukuhkan lagi
komitmen Kerajaan untuk mencapai pertumbuhan yang
bermatlamatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. RMKe-11
berteraskan prinsip “Bangsa Malaysia” yang progresif dan bersatu
serta berkongsi cita-cita dan komitmen yang sama dalam
meningkatkan lagi kemakmuran negara untuk rakyat.
4. Penyediaan RMKe-11 adalah berpandukan Strategi Pembangunan
Nasional Malaysia (MyNDS) yang memberikan tumpuan kepada
pembangunan ekonomi berteraskan rakyat dan ekonomi berasaskan
modal dengan pelaksanaan program dan projek yang berimpak tinggi,
boleh dilaksanakan dengan pantas serta kos yang rendah kepada
Kerajaan.
5. Ekonomi berasaskan modal merujuk kepada pertumbuhan Keluaran
Dalam Negeri Kasar (KDNK), perniagaan besar, projek pelaburan
besar dan pasaran kewangan, manakala ekonomi berteraskan rakyat
lebih menumpukan kepada kepentingan rakyat, termasuk peluang
pekerjaan, perniagaan kecil, kos sara hidup, kesejahteraan keluarga,
dan penyertaan masyarakat.
6. Sehubungan ini, RMKe-11 merupakan satu pelan strategik yang
melakar perjalanan pembangunan masa hadapan Malaysia yang selaras
dengan impian rakyat dan dapat menikmati hasil pembangunan yang
sepatutnya. Pelan yang bertemakan “pertumbuhan berpaksikan rakyat”
ini merupakan satu pelan strategik yang menggariskan komitmen
Kerajaan untuk memenuhi aspirasi rakyat. RMKe-11 mengandungi
enam teras strategik dan enam pemacu perubahan yang akan
melaksanakan usaha untuk merealisasikan matlamat Malaysia menjadi
negara maju dan inklusif selaras dengan Wawasan 2020.
7. RMKe-11 dirangka dengan memberikan keutamaan kepada rakyat
dalam semua usaha pembangunan. Ekonomi berteraskan rakyat akan
diberikan keutamaan.
8. Pendekatan ini mengukuhkan komitmen Kerajaan untuk meningkatkan
taraf hidup, martabat dan potensi rakyat untuk memanfaatkan
pembangunan dan kemajuan ekonomi.
9. Selaras dengan matlamat mencapai status negara maju dan inklusif
menjelang tahun 2020, semua lapisan masyarakat perlu mendapat
faedah daripada kemakmuran ekonomi negara.
10. Sehubungan itu, buat pertama kali sasaran pertumbuhan negara bukan
sahaja akan diukur berdasarkan pertumbuhan KDNK dan pendapatan
per kapita, tetapi juga mengambil kira pendapatan isi rumah dan
Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia.
11. Usaha ini bertujuan untuk menilai impak pertumbuhan ekonomi
terhadap kesejahteraan rakyat.
Pemacu perubahan
1. Kerajaan telah mengenal pasti enam pemacu perubahan yang
merupakan pendekatan yang inovatif bagi mempercepat pembangunan
Malaysia.
2. Kejayaan pelaksanaan pemacu perubahan akan mengubah trajektori
pertumbuhan ekonomi negara dengan ketara.
3. Enam Pemacu Perubahan
a. Meningkatkan potensi produktiviti
b. Meningkatkan taraf isi rumah B40 ke arah masyarakat kelas
menengah
c. Mengupayakan pendidikan dan latihan teknikal dan
vokasional (TVET) yang diterajui industri
d. Melaksanakan pertumbuhan hijau
e. Menjana kekayaan melalui inovasi
f. Melabur dalam bandar berdaya saing
Enam Teras Strategik
1. Memperkukukuh inklusiviri ke arah masyarakat yang saksama
a. Memperkasa komuniti utk membina masyarakat yg produktif
dan sejatera
b. Mentransformasi luar bandar utk meningkatkan
kesejahteraan masyarakat
c. Memperkukuh peluang Komuniti Ekonomi Bumiputera utk
meningkat pemilikan kekayaan
d. Mempercepatkan pertumbuhan wilayah ke arah
kesimbangan geografi yg lebih baik
e. Meningkatkan taraf isi rumah B40 ke arah masyarakat kelas
menengah
2. Meningkat kesejahteraan rakyat
a. Mencapai akses sejagat kepada penjagaan kesihatan berkualiti
b. Menyediakan perumahan mampu milik yang mencukupi dan
berkualiti kepada isi rumah miskin, berpendapatan rendah dan
sederhana
c. Mewujudkan persekitaran hidup lebih selamat untuk
masyarakat yang berdaya maju dan sejahtera
d. Meningkatkan keselamatan jalan raya dan perkhidmatan
kecemasan untuk mengurangkan fataliti
e. Membudayakan semangat 1Malaysia untuk memperkukuh
kesepaduan sosial dan perpaduan nasional
f. Menggiatkan sukan untuk kehidupan yang sihat dan memupuk
perpaduan
3. Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju
a. Menambah baik kecekapan pasaran buruh bagi
meningkatkan pertumbuhan ekonomi
b. Mentransformasi TVET untuk memenuhi permintaan industri
c. Menambah baik kualiti pendidikan untuk meningkatkan
outcome pelajar dan kecemerlangan institusi
d. Memperkukuh pembelajaran sepanjang hayat untuk
peningkatan kemahiran
4. Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan
kempampuan dan daya tahan
a. Memperkukuh persekitaran yang menyokong
pertumbuhan hijau
b. Memperkukuh daya tahan terhadap perubahan iklim dan
bencana alam
c. Mengguna pakai konsep penggunaan dan pengeluaran
mampan
d. Pemuliharaan sumber asli untuk generasi masa kini dan masa
hadapan
5. Memperkukuhkan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan
ekonomi
a. Menggalakkan penggunaan tenaga secara mampan untuk
menyokong pertumbuhan
b. Membangunkan sistem pengangkutan bersepadu
berdasarkan keperluan
c. Menjana pertumbuhan logistik dan meningkatkan
fasilitasi perdagangan
d. Meneruskan peralihan kepada rangka kerja baharu industri
perkhidmatan air
e. Meneruskan peralihan kepada rangka kerja baharu industri
perkhidmatan air
6. Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan
kemakmuran.
a. Mentransformasikan sektor perkhidmatan
b. Memperkukuh sektor pembuatan
c. Memodenkan sektor pertanian
d. Mentransformasikan sektor pembinaan
e. Membangunkan PKS yang dinamik
f. Menjana kekayaan melalui inovasi
Malaysia pasca 2020
1. Tempoh RMKe-11 bukan hanya merupakan kemuncak 30 tahun
perjalanan menuju ke arah Wawasan 2020, tetapi juga menjadi
platform untuk memacu pertumbuhan negara seterusnya.
2. Cabaran seterusnya, pasca 2020 adalah untuk menjadi sebuah negara
yang benar-benar maju dalam tiga dimensi, iaitu ekonomi, rakyat dan
alam sekitar.
3. Wawasan negara adalah supaya semua rakyat Malaysia mempunyai
identiti nasional yang mantap serta memiliki moral yang tinggi.
4. Malaysia akan ditadbir oleh institusi eksekutif, perundangan dan
kehakiman yang berkecuali dan boleh dipercayai serta melindungi
semua rakyat secara saksama.
5. Malaysia akan mempunyai sebuah kerajaan yang dapat menyampaikan
perkhidmatan berkesan dan dipimpin oleh pemimpin yang berintegriti,
berpendirian teguh dan amanah. Malaysia akan cemerlang di arena
antarabangsa sebagai sebuah negara merdeka yang teguh dan juga
melalui personaliti yang menonjol dalam pelbagai bidang.
6. Ekonomi negara adalah progresif, inklusif dan kalis cabaran pada masa
hadapan dan mempunyai bandar bertaraf dunia yang produktif di
samping kawasan luar bandar yang berkembang maju.
7. Rakyat Malaysia dapat turut serta dalam arus pembangunan dan
mendapat manfaat sepenuhnya daripada kemajuan ekonomi serta
menikmati tahap kesejahteraan yang tinggi. Rakyat akan menjiwai dan
menghargai alam sekitar dan tidak lagi menjadikan alam sekitar
sebagai galang ganti kepada pencapaian ekonomi yang kukuh.
8. Ini menjadikan Malaysia sebagai negara yang benar-benar indah dan
kondusif untuk didiami.
9. Aspirasi yang digambarkan ini walaupun tidak komprehensif dan tidak
memberikan gambaran yang menyeluruh, namun, ia dapat dijadikan
asas bagi menggerakkan perbincangan dan penglibatan lanjut pelbagai
pihak mengenai hala tuju pembangunan negara pada pasca 2020.
10. Pada asasnya, rakyat Malaysia menginginkan negara terus maju dan
inklusif dengan rakyat menghargai perpaduan serta meraikan
kepelbagaian.
Kesimpulan
1. RMKe-11 adalah sangat penting memandangkan rancangan ini
merupakan rancangan lima tahun terakhir sebelum Malaysia mencapai
status negara maju dan inklusif selaras dengan Wawasan 2020.
2. Pelan ini dirangka dengan rakyat sebagai fokus utama bagi semua
usaha pembangunan, iaitu untuk meningkatkan taraf hidup dan
martabat, serta potensi rakyat untuk menyertai aktiviti ekonomi dan
menikmati kekayaan negara.
3. Enam teras strategik dan enam pemacu perubahan telah dikenal pasti
bagi memecah amalan kelaziman (business as usual) yang
membelenggu kelancaran pembangunan dan seterusnya mengubah
trajektori pertumbuhan ekonomi.
4. RMKe-11 akan membolehkan Malaysia melangkah maju ke hadapan.
5. Pelan strategik ini memberi penekanan kepada dasar ekonomi makro
yang mantap, aspek inklusiviti supaya tiada rakyat Malaysia yang
terpinggir, kesejahteraan rakyat yang lebih baik, modal insan yang
berkemahiran tinggi, pertumbuhan mampan dan hijau, infrastruktur
yang dapat menyokong pertumbuhan ekonomi, serta perkhidmatan
awam yang berpaksikan rakyat dan berproduktiviti tinggi.
6. Penekanan ini akan memastikan semua rakyat, tanpa mengira gender,
etnik, status sosioekonomi dan lokasi dapat hidup dalam masyarakat
yang benar-benar harmoni dan progresif selaras dengan ciri-ciri negara
maju dan inklusif
14 Rancangan Ringkasan Tonggak RMK12 ini adalah seperti berikut:
Malaysia 1. Tonggak Pertama RMK12: Sumber Pertumbuhan mengambil kira
Keduabelas Teras Strategik pertama dan kedua WKB iaitu Ekosistem Perniagaan
(RMK12) dan Industri dan Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi dengan dimensi
2021-2025 Pemerkasaan Ekonomi;
2. Tonggak Kedua RMK12: Pertumbuhan Hijau mengambil kira
Pemboleh Daya ketujuh WKB iaitu Kelestarian dan Teras Strategik
kedua WKB dengan dimensi Kemampanan Alam Sekitar;
3. Tonggak Ketiga RMK12: Pemboleh Pertumbuhan juga mengambil
kira Pemboleh Daya ketujuh WKB iaitu Kelestarian dan Teras
Strategik kedua WKB dengan dimensi Kemampanan Alam Sekitar;
4. Tonggak Keempat RMK12: Modal Insan yang diletak di bawah
dimensi Pemerkasaan Ekonomi pula dijajarkan dengan Teras Strategik
ketiga dan keempat WKB iaitu Transformasi Modal Insan dan
Pengukuhan Pasaran Buruh. Tonggak ini juga dijajar dengan
Pemboleh Daya kelima iaitu Pendidikan dan TVET;
5. Tonggak Kelima RMK12: Inklusiviti dan Kesejahteraan Rakyat
mencerminkan Teras Strategik kelima iaitu Kesejahteraan Sosial dan
Teras Strategik Keenam WKB iaitu Keterangkuman Wilayah dan
disejajarkan dengan dimensi Perekayasaan Sosial;
6. Tonggak Keenam RMK12: Reformasi Institusi dijajarkan dengan
lima Pemboleh Daya WKB iaitu Kemampanan Fiskal, Modal
Kewangan, Keberkesanan Penyampaian Institusi, Tadbir Urus dan
Integriti serta Data Raya; dan
7. Tonggak Ketujuh RMK12: Modal Sosial pula dijajarkan dengan
Pemboleh Daya kelapan iaitu Masyarakat Berpencerahan dan Teras
Strategik Ketujuh WKB iaitu Modal Sosial dengan dimensi
Perekayasaan Sosial.
Perancangan dan Pelaksanaan RMK12
1. Dalam memastikan pelaksanaan RMKe-12 berjalan
lancar, pendekatan berasaskan outcome yang
diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh
(RMK10) akan diteruskan.
2. Pendekatan berasaskan outcome ini akan memastikan
keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi
pembangunan sosioekonomi serta mengukur
pencapaian outcome di peringkat nasional dan
kementerian.
3. Proses agihan peruntukan pembangunan dan mengurus
dapat dibuat dengan lebih cekap dan optimum selaras
dengan prinsip nilai terbaik untuk wang, selain
memastikan keberkesanan pelaksanaan dan
pemantauan RMK12.
4. Kerangka keberhasilan ini menghubung kait tonggak
RMK12 dengan bidang keutamaan dan outcome
nasional serta outcome, program dan aktiviti/projek di
peringkat kementerian. Pendekatan top-down dan
bottom-up akan diguna pakai dalam memastikan
keberkesanan pelaksanaan pendekatan ini. Petunjuk
prestasi utama (KPI) akan mengukur pencapaian
outcome yang digariskan.
Sumber: Ringkasan/ Laporan Rancangan Malaysia