CHECKLIST
SOALAN
STRUKTUR
PENGAJIAN AM
SEMESTER 2
1. Berikan 4 tonggak dalam Model Baru Ekonomi
-Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan
-Program Transformasi Kerajaan (PTK)
-Program Transformasi Ekonomi (PTE)
-RMK 10 (2011-2015)
2. Dasar ini melibatkan pemindahan kuasa kawalan dan kepentingan atau pelaburan
kerajaan tertentu kepada sector swasta
a. Nyatakan dasar yang sesuai bagi menggambarkan pernyataan di atas
Dasar Penswataan
b. Nyatakan dua objektif dasar tersebut
-mengurangkan peranan kerajaan dalam aktiviti sosio ekonomi Negara demi
mengurangkan beban kewangan kerajaan
-menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui penggunaan sumber-sumber
kekayaan Negara secara optimum oleh syarikat swasta
3. Nyatakan dua strategi dalam melaksanakan dasar Kebudayaan Kebangsaan
- meningkatkan taraf dan kualiti kesenian melalui kerjasama penyelidikan, pendidikan
dan hubungan budaya
-memupuk kesedaran dan perasaan menghormati kebudayaan etnik
-membangkitkan semangat nasionalisme
-menyelidik,memulihkan dan memelihara nasionalisme agar tidak hilang ditelan zaman
4. Berikan 2 dasar kerajaan dalam memantapkan perpaduan dan integrasi nasional
-Dasar pendidikan
-Dasar Sukan
-Akta Bahasa Kebangsaan
-Dasar Kebudayaan Kebangsaan
5. Nyatakan 4 potensi yang ada pada negara Malaysia untuk menjadi negara maju tahun
2020knologi tinggi berasaskan pengetahuan dan berintensifkan modal
-Ekonomi Malaysia hari ini berpandukan eksport melalui industri bert knologi tinggi
berasaskan pengetahuan dan berintensifkan modal
-Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengubah ekonomi yang bergantung kepada
komoditi rendah dan pertanian kepada ekonomi berasaskan pembuatan
-Malaysia membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, berpaksikan modal insan,
inovasi dan idea
- Pendidikan dan latihan adalah diberi keutamaan dalam pembangunan di bawah
rancangan pembangunan Malaysia
6. Jelaskan 2 matlamat Dasar Pandang ke Timur
-mengkaji dan memilih contoh amalan yang terbaik dari Negara timur-mencontohi
amalan kerja yang baik dari Negara Jepun dan Korea Selatan supaya prestasi
pengurusansektor perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan
-mewujudkan nilai dan etika kerja yang positif-melalui pelaksanaan program seperti
PerubahanStruktur(Kad perakam waktu,Tanda nama,fail meja dan pejabat terbuka)
,Perubahan Sikap-(Perkhidmatan Cemerlang,BCA,KMT)
Latihan dan Kursus-(Latihan teknik dan vokasional,pengajian akademik,Skim latihan
usahawan
7. Nyatakan 3 usaha yang dilaksanakan di sekolah bagi mewujudkan perpaduan dan
integrasi nasional
-Sekolah wawasan
-program 1M1S
-Aktiviti KOKU Beruniform
-Pertandingan Seni dan kebudayaan
8. Tranformasi ke arah Negara maju berpendapatan tinggi dalam Bajet 2011 telah
menggariskan 4 strategi
Terangkan dua daripada strategi tersebut
-Mendaya kembali pelaburan swasta-sektor awam perlu bekerjasama dengan sektor
swasta yang akan menjadi pemacu manakala kerajaan sebagai pemudahcara akan
meransang pertumbuhan ekonomi negara
-membangunkan modal insan-berkualiti,berkemahiran dan inovatif,aspek pendidikan
disusun semula
9. Nyatakan tiga matlamat Rukun Negara
-untuk mencipta masyarakat yang adil
-untuk memelihara cara hidup demokratik
-untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat
-untuk membentuk satu sikap masyarakat liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya
dan pelbagai
-untuk membina msyarakat yang progresif dengan menggunakan sains dan teknologi
moden
10. Jelaskan 2 strategi yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mencapai Wawasan
2020
-mewujudkan sekolah-sekolah wawasan dan programPLKN- bertujuan melahirkan
rakyat yang bersatu padu
-Memberi penekanan matapelajaran P.Moral,PSK dan P.Islam –supaya rakyat
mempunyai moral yang tinggi dan berdisiplin
-Penekanan terhadap sains dan teknologi serta ICT-melahirkan modal insane yang
berkualiti tinggi,kreatif dan inovatif untuk memajukan Negara
-Kemudahan infrastruktur yang lengkap dan menyeluruh-memberi keselesaan
kepada rakyat dan pelabur-pelabur
11.Jelaskan 2 bentuk penswastaan
-secara kontrak-Pihak swasta diberi peluang untuk membantu kerajaan melaksanakan
projek jangka pendek seperti kontrak mengutip sampah oleh syarikat Alam Flora
-secara perniagaan-pihak swasta mengendalikan sesuatu projek yang melibatkan
kepentingan orang ramai
-secara pajakan-memberi khidmat dengan tidak memiliki apa-apa hak milik seperti
penswastaa tempat letak kereta
12. Cadangkan 4 petunjuk yang boleh dirujuk untuk mengukur pencapaian usaha
meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat Malaysia
--pendapatan yang tinggi
-tingkat pendiddikan relative tinggi
-tingkat kesihatan penduduk tinggi
-kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi
-industri menjadi teras perekonomian dan berkembang dengan pesat
13. Jelaskan 3 prinsip Rukun Negara
-kepercayaan kepada Tuhan-menjadikan bangsa dan Negara berdaulat kerana semua
agama menyeru penganutnya berbuat kebaikan
-kesetiaan kepada raja dan Negara-Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan
Raja Berperlembagaan dengan YDPA sebagai ketua Negara.merupakan lambing perpadua
dan kedaulatan Negara
14. Terangkan 4 tonggak utama dalam transformasi negara bagi mencapai Wawasan 2020
-1Malaysia-Rakyat didahulukan ,pencapaian diutamakan
-Program Transformasi Kerajaan
-Program Transformasi Ekonomi
-RMK-10 (2011-2015)
15. Jelaskan kepentingan 2 langkah yang diambil untuk menjadikan pendidikan di Malaysia
bertaraf dunia
- Pengkoporatan universiti- meningkatkan pembiayaan unversiti
- perubahan system pendidikan-dpt memenuhi keperluan semasa Negara
-memperbaiki system peperiksaan-agar dapat menguji keupayaan murid secara
menyeluruh
- dapat mengatasi masalah penghijrahan pensyarah (brain drain)- kepakaran dan
pengalaman meningkatkan kualiti pengajaran dan professionalisme
-reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan-memenuhi tuntutan dan sokongan
kepada perubahan dan perkembangan dalam system pendidikan
16. Jelaskan 2 sasaran Pelan Integriti Nasional
- memantapkan keberkesanan tadbir urus terbaik-dengan mencapai indek petunjuk utama
(KPI) yang ditetapkan
- meningkatkan keberkesanan system penyampaian perkhidmatan-melalui kemudahan laman
web dan urusan secar talian
17. Jelaskan 2 cabaran utama gagasan 1Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian
diutamakan.
- cabaran mencapai perpaduan Negara-dalam masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai
adapt budaya uyang dihormati
-cabaran untuk memenuhi aspirasi rakyat-agar tidak ada pihak yang terpinggir dari semua
aspek samaada pendidikan, ekonomi politik dan social
18.Berikan 4 langkah untuk mengatasi masalah kemiskinan bandar
- mebangunkan modal insane dalam bidang dalam bidang sains dan teknologi
- membudayakan sains,inovasi dan keusahawan tekonogi
- mengukuhkan institusi Penyelidikan dan pembangunan
- bantuan dan intensif- modal dan skim
- membuka peluang pekerjaan
-bantuan sara hidup-BRIM,Baucer buku 1M,Bantuan Awal Persekolahan
19. Nyatakan 4 strategi Dasar Sosial Negara
- memastikan keperluan asas individu,keluarga dan masyarakat dipenuhi
- membangun dan memperkasa insane sepanjang hayat
- Menjana sinergi multisektor
- memperkukuh dan membangunkan system sokongan social dan perkhidmatan social
20. Nyatakan 2 faedah pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau
- menjimatkan tenaga dan sumber asli-menggalakkan sumber-sumber yang boleh
diperbaharui
- selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua
kehidupan
21. Nyatakan 3 objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
- memastikan setaip rakyat mendapat pendidikan terbaik-berasaskan keperluan semasa dan
masa hadapan yang mencabar
- mewujudkan misi dan aspirasi yang jelas untuk system pendidikan
-menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk system pendidikan
22. Jelaskan 2 cabaran biodiversiti
- kegiatan pembagunan dan eksploitasi ekonomi manusia mengubah habitat dan
keseimbangan biodiversity
- perubahan iklim dunia dan faktor semulajadi(bencana alam) menyebabkan kemusnahan
kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia
23. Nyatakan 4 usaha kerajaan bagi mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020
- membangunkan modal insan
- menyediakan infrastruktur
- menyediakan infostruktur
- meningkatkan pelaburan
24. Nyatakan 4 strategi yang dilaksanankan oleh kerajaan dalan Rancangan Malaysia
Kesepuluh(RMK10) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju
- mentransformasikan system penyampaian kerajaan
- mentranformasikan ekonomi
- mensejahterakan hidup
- membangun dan mengekalkan modal insane bertaraf dunia
- mewujudkan persekitaran kondusif kea rah mempertingkatkan kualiti hidup
25. Majlis Penasihat Ekonomi Negara telah menggariskan 8 inisiatif Pembaharuan Strategik
bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE). Huraikan 2
daripada 8 inisiatif tersebut
- menyuburkan kembali sector swasta- untuk menerajui pertumbuhan ekonomi
- membangunkan tenaga kerja yang berkualiti-mengurangjan pergantungan trehadap pekerja
asing
- mewujudkan ekonomi domestic yang berdaya saing- mempertingkan P&P
- meningkatkan sumber pertumbuhan- meneroka bidang baharu ekonomi/pasaran baharu
- memastikan pertumbuhan mapan- pertumbuhan yang berterusan
26. Dasar Jaminan Bekalan Makanan adalah untuk menangani kekurangan bekalan makanan
yang salah satunya disebabkan bencana alam. Nyatakan 3 strategi untuk mencapai dasar ini.
- mewujudkan stok penimbal beras
- mengukuhkan pasaran dan pengagihan hasil pertanian
- Melaksanakan Program Bumi Hijau
- membangunkan tanah terbiar/bekas lombong dan kolam terbiar
27. Jelaskan 3 prinsip utama MBE
- Ekonomi Berpendapatan Tinggi- menyasarkan pendapatan perkapita penduduk setiap
rakyat AS$15000-AS$ 20 000
- Kemampanan – memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang
dengan mengambil kira kesan pembangunan ekonomi ke atas persekitaran
-Keterangkuman- membolehkan semua komuniti menikmati kekayaan negara sepenuhnya
28. Nyatakan 4 cabaran baru yang dihadapi oleh sector pertanian
-keperluan untuk mengurangkan penggunaan buruh
-keperluan untuk menjamin bekalan makanan mencukupi
- keperluan untuk menggunakan sumber yang terhad ynag sedia ada( tanah,air)
-keperluan untuk meningkat penglibatan sector swasta dalam pengeluaran makanan
29. Berikan 4 objektif Dasar Pertanian Negara 3
-meningkatkan sekuriti makanan
-mewujudkan sumber pertumbuhan baru
- memulihara dan menggunakan sumber asli secara mampan
- mengukuhkan pertalian dengan sector-sektor lain
30. Jelaskan 2 pendekatan yang digunakan dalam DPN 3
- pendekatan perhutani- integrasi pertanian dan perhutanan bertujuan memberi perhatian
kepada masalah kekurangan sumber
- pendekatan berasaskan produk- memberi penekanan kepada keperluan citarasa pengguna
serta pasaran seluruh dunia
31. Berikan 2 objektif Dasar Agromakanan.
- menjamin bekalan makanan mencukupi dan selamat dimakan
- meningkatkan pendapatan kumpulan sasar dan sumbangan kepada pendapatan Negara
32. Nyatakan 3 daripada 5 teras Pelan Induk Perindustrian 3
- meningkatkan daya saing, produktiviti dan kecekapan pembekal perkhidmatan
- menjadikan Malaysia sebagai pusat serantau bagi perkhidmatan terpilih
- memperkemas sokongan institusi bagi pembangunan sub sector yang dikenakpasti
33. Nyatakan 3 ciri penting Sogososha
-mempunyai rangkaian antarabangsa
- mengendali barang dagangan yang banyak
- memainkan peranan utama di bidang perdagangan luar
34. Jelaskan 3 strategi Pelaksanaan Sogososha Malaysia
-Galakan Kredit- diberi kepada syarikat tempatan yang menghadapi masalah kewangan utk
melaksanakan kegiatan eksport
- Galakan cukai- Pengecualian cukai di bawah Akta Galakan Pelaburan
-Glakan khidmat sokongan- penglibatan Pejabat Perusahaan Perdagangan Mlaysia di luar
negeri
35. Jelaskan 2 objektif Dasar Sosial Negara
Sama seperti soalan: 19
36. Jelaskan 2 rasional Dasar Sukan Negara
- menyemarakkan semangat patriotic rakyat
- mengeratkan perpaduan kaum dan hubungan antarabangsa
38. Nyatakan objektif Dasar Wanita Negara
- membolehkan kaum wanita berkongsi faedah dan peluang pembagunan dengan kaum
lelaki
- mengintegrasikan kaum wanita dal;am sector pembagunan Negara selaras dengan
kemampuan dan keperluan untuk meningkatkan kualiti kehidupan
40. Nyatakan 4 daripada 6 bidang tumpuan NKRA dlm program transformasi kerajaan
- mengurangkan jenayah
- memerangi rasuah
- meluaskan akses kepada pendidikan bermutu
- meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah
- memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
- menambah baik pengangkutan awam bandar
42. Jelaskan 2 cabaran dalam menjayakan RMK 10
- memperkasa modal insan- agar berkemahiran dan berintegriti tinggi yang boleh
menyumbang kepada produktiviti Negara
- mengurus hutang- memastikan keadaan ekonomi Negara berkembang
- memantapkan urus tadbir- memperkasakan system penyampaian kerajaan
43. Nyatakan 4 aspirasi Pelan Pembagunan Pendidikan Malaysia
- Akses
- kualiti
- ekuiti
- perpaduan
- kecekapan
ISU-ISU PENTING:
1.IKS – peranan, masalah, langkah
2.Industri Makanan Halal : bentuk , teras strategi
3.Sistem Pengangkutan awam :Faktor kurang digunakan/kelemahan ,langkah mengatasi
4.Tenaga Nuklear: Kesan Positif, Kesan Negatif
5.Pendidikan teknik dan Vokasional: Cabaran dan Langkah
6.Pendidikan Bertaraf Dunia: Cabaran dan langkah
7.Masalah Sosial:Remaja- faktor dan punca
8 Pencemaran: Punca, Kesan dan Cara Mengatasi
9.Pemanasan Global: Punca dan Kesan
10.Biodiversiti: Kepentingan
11.Teknologi hijau
12.Perpaduan : Cabaran dan Langkah memantapkan.
3