The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahagian A SOALAN STRUKTUR (Lembaran Praktis)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-34280834, 2022-08-08 00:19:26

Bahagian A SOALAN STRUKTUR (Lembaran Praktis)

Bahagian A SOALAN STRUKTUR (Lembaran Praktis)

Bahagian A:
Soalan
Struktur

BUKU LP: LEMBARAN PRAKTIS

Soalan 1: Nyatakan aspirasi yang perlu dimiliki
oleh seseorang warganegara dalam membantu
negara Malaysia menjadi negara maju.

a) Memiliki ilmu pengetahuan
b) Memiliki kemahiran berfikir
c) Memiliki kemahiran kepimpinan
d) Memiliki kemahiran pelbagai bahasa
e) Memiliki kerohanian dan moral yang kukuh
f) Memiliki identiti nasional
g) Berjiwa progresif dan saintifik
h) Berlaku adil dan mampu bersaing dan berdaya maju

Soalan 2: Senaraikan langkah yang diambil oleh
kerajaan dalam mengukuhkan Institusi Negara.

a) Penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Rasuah
b) Pelancaran Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional
c) Memperkasa Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia
d) Pengisytiharan aset oleh anggota kabinet
e) Pemansuhan amalan mengeluarkan surat sokongan
f) Memulihkan martabat Parlimen
g) Meminda Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta

Soalan 3: Nyatakan bagaimana Rukun Negara menjadi
asas dan rujukan rakyat untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

a) Mendidik rakyat supaya mengutamakan kepentingan negara berbanding
kepentingan peribadi

b) Mendidik rakyat supaya sentiasa menjunjung tinggi kedaulatan raja-raja
sebagai ketua negara

c) Mendidik rakyat supaya sentiasa menjaga imej negara dan berusaha untuk
menaikkan nama negara

d) Mendidik rakyat supaya sentiasa mematuhi undang-undang negara dan
menghormati lambang-lambang negara

e) Mendidik rakyat supaya menghayati nilai-nilai hidup berasaskan agama dan
kepercayaan serta kesopanan dan kesusilaan

Soalan 4: Nyatakan perlakuan warganegara yang boleh
mencabar penghayatan Rukun Negara.

a) Tidak menghayati ajaran agama.
b) Melanggar undang-undang negara.
c) Mempersoalkan kedudukan dan kuasa raja-raja.
d) Membangkitkan isu-isu sensitif.
e) Menyalahgunakan hak kebebasan bersuara.

Soalan 5: Senaraikan objektif utama “Gagasan
Kemakmuran Bersama 2030”.

a) Merapatkan jurang kekayaan antara kelas, kaum dan wilayah.

b) Mencipta ekonomi yang lebih berstruktur, progresif, berpaksikan ilmu dan
bernilai tinggi.

c) Menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah
seterusnya muncul sebagai paksi ekonomi Asia.

Soalan 6: Nyatakan kesan pelaksanaan pembangunan
Lima Koridor Wilayah Ekonomi.

a) Memacu pertumbuhan ekonomi negara
b) Meningkatkan pendapatan
c) Merapatkan atau mengurangkan jurang pembangunan
d) Meningkatkan peluang pekerjaan
e) Meningkatkan taraf hidup
f) Meningkatkan pembangunan hartanah

Soalan 7: Jelaskan hasrat Kerajaan dalam melancarkan
wawasan “Luar Bandar yang Sejahtera”.

a) Memastikan masyarakat luar bandar mempunyai akses kepada infrastruktur
dan kemudahan sosial yang setanding dengan kawasan bandar.

b) Kawasan luar bandar dapat menawarkan peluang pekerjaan dan perniagaan
yang dapat meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.

c) Masyarakat luar bandar akan menikmati peluang yang luas untuk membina
keupayaan modal insan.

d) Penduduk luar bandar boleh menikmati kehidupan yang sihat dan selamat.

e) Penduduk luar bandar menerima perkhidmatan dalam tadbir urus yang mudah
sebagaimana masyarakat di bandar.

Soalan 8: Nyatakan teras yang dirancang dalam
pelaksanaan dasar negara supaya Malaysia kekal bersaing
di peringkat global.

a) Membina bangsa yang berdaya tahan.
b) Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.
c) Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan

liberalisasi.
d) Membangunakan ekonomi berasaskan pengetahuan.
e) Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan.

Soalan 9: Nyatakan faktor yang menyumbang kejayaan
sasaran Pelan Integriti Nasional.

a) Kepimpinan berteladan.
b) Pendidikan berterusan dan berulang.
c) Komunikasi berkesan.
d) Persekitaran budaya yang kondusif.
e) Kesediaan individu untuk berubah.

Soalan 10: Industri 4.0 mencakupi penemuan pelbagai
teknologi baharu. Berikan contoh penemuan tersebut.

a) Automasi
b) Internet of Things (loT)
c) Analisis dan big data
d) Simulasi
e) Integrasi sistem
f) Penggunaan robotik dan cloud

Soalan 11: Nyatakan keperluan yang menyebabkan
kerajaan melancarkan Dasar Pertanian Ketiga (DPN 3).

a) Untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat, berkhasiat dan
bermuutu tinggi pada harga berpatutan.

b) Untuk mengurangkan penggunaan buruh dalam kegiatan pertanian.
c) Untuk memaksimumkan penggunaan sumber-sumber terhad yang sedia ada

seperti tanah dan air.
d) Untuk memperkukuh daya saing sektor pertanian negara.
e) Untuk merubah sektor pekebun kecil.
f) Untuk meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan.
g) Untuk memastikan pembangunan pertanian dan perhutanan yang mampan.

Soalan 12: Dasar Agromakanan Negara 2021 – 2030
dilancarkan untuk …

a) Meningkatkan pendapatan pemain dalam sektor pertanian.
b) Menjadikan sektor pertanian penyumbang kepada pendapatan negara.
c) Menjamin bekalan makanan mencukupi.
d) Memastikan bekalan makanan halal dan selamat dimakan.

Soalan 13: Nyatakan hala tuju strategik sektor pertanian
negara.

a) Penerokaan pertanian bernilai tinggi.
b) Peningkatan pengeluaran dan produktiviti hasil pertanian.
c) Penglibatan pihak swasta sebagai pemacu pertumbuhan sektor pertanian.
d) Pengukuhan rantaian bekalan agro makanan.
e) Pengukuhan R&D dan inovasi.

Soalan 14: Berikan cabaran yang dihadapi sektor
pertanian negara.

a) Persediaan menghadapi perubahan iklim.
b) Perluasan amalan mesra alam.
c) Pengurusan bahan sampingan atau buangan.
d) Pengurusan sumber manusia yang berkualiti.
e) Penghasilan produk makanan halal dan selamat.

Soalan 15: Jelaskan langkah-langkah yang diambil
kerajaan dalam memajukan pembangunan ekonomi
berdasarkan pengetahuan (K-Ekonomi).

a) Membina asas tenaga kerja berpengetahuan melalui reformasi sistem
pendidikan dan latihan.

b) Memperkukuhkan sistem inovasi negara dengan memperbanyak inisiatif S&T
dan R&D.

c) Mempercepatkan pembangunan infrastruktur bagi memudahkan
pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan.

d) Mengolah sektor awam semula untuk menjadi lebih cekap dalam penggunaan
perolehan, penyebaran dan pengurusan pengetahuan.

Soalan 16: Nyatakan bagaimana Dasar Pandang ke Timur
dapat membantu meningkatkan kecekapan perkhidmatan
kerajaan.

a) Melakukan perubahan struktur dalam tata cara perkhidmatan awam.
b) Mengubah sikap kakitangan awam.
c) Memberi latihan dan kursus kepada kakitangan awam.

Soalan 17: Berikan contoh perubahan struktur dalam
perkhidmatan awam menerusi Dasar Pandang ke Timur.

a) Memperkenalkan kad perakam waktu.
b) Menggunakan tanda nama.
c) Mengadakan kumpulan meningkatkan mutu kerja (KMMK).
d) Mengadakan fail meja dan manual prosedur kerja.
e) Mengamalkan konsep pejabat terbuka.

Soalan 18: Dasar Persyarikatan Malaysia dapat
memajukan negara dengan cara …

a) Menghapuskan salah faham antara sektor awam dan sektor swasta.

b) Menggalakkan perkongsian dan pertukaran maklumat antara sektor awam dan
swasta.

c) Mewujudkan kerjasama yang erat dan berkesan antara sektor awam dan
swasta.

Soalan 19: Nyatakan masalah yang dihadapi pengguna
bila menggunakan sistem pengangkutan awam.

a) Jadual perjalanan yang tidak teratur atau tidak menepati masa.
b) Keadaan kenderaan awam yang uzur dan tidak mencukupi.
c) Sikap tidak profesional pekerja dan pemandu pengangkutan awam.
d) Perkhidmatan tidak menyeluruh.
e) Pengurusan yang kurang berkesan dan tidak sistematik.

Soalan 20: Berikan kesan positif pelaksanaan Koridor
Wilayah Ekonomi.

a) Memacu pertumbuhan ekonomi negara.
b) Meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
c) Merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.
d) Meningkatkan peluang pekerjaan rakyat.
e) Meningkatkan taraf hidup rakyat.
f) Meningkatkan pembangunan hartanah.

Soalan 21: Apakah perkara yang diambil kira bagi
memastikan keperluan asas individu, keluarga dan
masyarakat dipenuhi seperti yang terdapat dalam objektif
Dasar Sosial Negara?

a) Keperluan asas, persekitaran fizik dan sosial yang sihat mencukupi.

b) Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup dijamin.

c) Hak sebagai warganegara dilindungi.

d) Keperluan kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat sesuai dengan kehendak
semasa dipelihara.

Soalan 22: Jelaskan pelbagai masalah sosial di kediaman
berstrata.

a) Kegagalan penghuni menjelaskan bayaran sewa bulanan dan yuran pengurusan
bangunan.

b) Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri dalam penggunaan dan
penjagaan kemudahan awam dan harta bersama.

c) Masalah kebersihan, kesihatan dan persekitaran yang kotor serta tidak terurus.
d) Sistem sokongan dalaman dan luaran komuniti yang rendah.
e) Komuniti tidak bersatu padu dan kurang muafakat.
f) Kurang prihatin terhadap golongan yang memerlukan bantuan.
g) Masalah sosial dalam kalangan belia dan penghuni yang tidak bertanggungjawab.

Soalan 23: Dasar Jaminan Bekalan Makanan adalah untuk
mengatasi masalah kekurangan makanan yang mungkin
berlaku. Nyatakan strategi yang digunakan untuk mencapai
hasrat tersebut.

a) Meningkatkan stok penimbal beras negara.

b) Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti tanaman dan ternakan.

c) Memberi insentif pengeluaran kepada pengusaha bahan-bahan asas
pertanian.

d) Mengukuhkan pasaran dan pengagihan hasil pertanian.

e) Membangunkan tanah dan kolam terbiar.

Soalan 24: Nyatakan cabaran pengajaran dan pembelajaran
era COVID-19.

a) Kebolehcapaian Internet.

b) Pemilihan platform bersesuaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

c) Kesediaan guru dan pelajar.

d) Kesesuaian kaedah pengajaran.

e) Ketiadaan peranti khusus terutamanya kepada golongan yang kurang
kemampuan.

f) Persekitaran yang kurang kondusif.

Soalan 25: Huraikan cabaran yang perlu dihadapi dalam
melaksanakan perniagaan dalam talian.

Idea Huraian

(a) Memasarkan produk Kurangnya capaian pelanggan.
Kurangnya ilmu dalam pemasaran.

(b) Meraih kepercayaan dan Sukar meraih kepercayaan pelanggan untuk membeli.
keyakinan pelanggan Pelanggan tidak yakin dengan produk yang dijual secara atas talian.

(c) Melayan kerenah pelanggan “Customer is always right”. Slogan membuatkan ramai pihak pelanggan
yang merasakan diri mereka sahaja yang betul.

(d) Masalah penghantaran Isu kekangan masa dalam penghantaran barang.
barang Keadaan barang ketika sampai ke tangan pelanggan.

Soalan 26: Berikan objektif Pelan Antirasuah Nasional 2019
– 2023.

a) Mewujudkan negara bebas rasuah.

b) Menambah baik kebertanggungjawaban dan kredibiliti kehakiman,
pendakwaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang.

c) Memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan responsive.

d) Menerapkan integriti dalam sektor perniagaan.

Soalan 27: Nyatakan langkah-langkah yang dilaksanakan
oleh kerajaan Malaysia untuk memperkasakan program
pendidikan dan Latihan (TVET).

a) Kerajaan akan mempertimbangkan model pembelajaran dari negara Eropah
seperti Jerman.

b) Memantapkan kolaborasi antara semua pihak berkepentingan dalam bidang
TVET pada semua peringkat.

c) Menambah baik dan membanyakkan institusi pendidikan teknikal dan
kemahiran.

d) Mengiktiraf TVET sebagai teras meningkatkan pembangunan modal insan.

e) Menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan bagi golongan pelatih TVET.

f) Melatih dan meningkatkan bilangan tenaga pengajar terlatih dalam bidang
TVET.

Soalan 28: Nyatakan langkah-langkah untuk menjadikan
budaya inovasi diterap dan diamal dalam sesebuah
organisasi demi meningkatkan produktiviti.

a) Menggalakkan kakitangan dalam sesebuah organisasi berfikiran kritis dan
konstruktif dalam melaksanakan tanggungjawab dengan mencari penyelesaian
yang kreatif dan inovatif.

b) Mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dengan cara yang lebih
berinovatif.

c) Menyuburkan nilai-nilai inovasi dan kreativiti dalam persekitaran dan budaya
kerja dalam organisasi.

d) Memupuk budaya pembelajaran seperti membaca, berbincang, membuat
penyelidikan, berkursus, berseminar dan penganjuran pelbagai majlis ilmu yang
melibatkan anggota organisasi, perlu terus dipupuk.

Soalan 29: Jelaskan nilai yang terkandung dalam Pelan
Integriti Nasional.

Nilai Penjelasan

(a) Amanah Tugas disempurnakan dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas.

(b) Benar Tindakan berasaskan kebenaran mengikut undang-undang.

(c) Bijaksana Tanggungjawab dilaksanakan secara berpandukan ilmu dan tahap profesionalisme
yang tinggi.

(d) Telus Tindakan hendaklah terbuka dan diketahui umum.

(e) Adil Pertimbangan dibuat sevara saksama dan sama.

(f) Bersyukur Menghargai kejayaan atau anugerah yang diperoleh.

Soalan 30: Berikan fokus yang diliputi Dasar Keselamatan
dan Ketenteraman Awam.

a) Keperluan mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan dan institusi
utama negara.

b) Meningkatkan tadbir urus dan integriti agensi penguatkuasaan keselamatan.
c) Memperkukuhkan kawalan keselamatan sempadan neagra.
d) Menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.
e) Memerangi gejala dadah.
f) Melindungi aset-aset strategik dan sasaran penting negara secara berterusan.


Click to View FlipBook Version