LEMBARAN Soalan 1 hingga 10
PRAKTIS
Petunjuk Negara Maju
BAHAGIAN A Langkah Membina Negara
SOALAN
STRUKTUR Maju dan Sejahtera
Rukun Negara
Gagasan Kemakmuran
Bersama 2030
Rancangan Pembangunan
Negara
Soalan 1: Nyatakan aspirasi yang perlu dimiliki
oleh seseorang warganegara dalam membantu
negara Malaysia menjadi negara maju.
a)Memiliki ilmu pengetahuan
b)Memiliki kemahiran berfikir
c)Memiliki kemahiran kepimpinan
d)Memiliki kemahiran pelbagai bahasa
e)Memiliki kerohanian dan moral yang kukuh
f) Memiliki identiti nasional
g)Berjiwa progresif dan saintifik
h)Berlaku adil, mampu bersaing dan berdaya maju
Soalan 2: Senaraikan langkah-langkah yang
diambil oleh kerajaan dalam mengukuhkan
Institusi Negara.
a)Penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-
Rasuah.
b)Pelancaran Pusat Governans, integriti dan anti rasuah
nasional.
c)Memperkasakan Suruhanjaya Pilihan Raya dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
d)Pengisytiharan aset oleh anggota kabinet dan ahli parlimen
Pakatan Harapan.
e)Memulihkan martabat Parlimen.
Soalan 3: Nyatakan bagaimana Rukun Negara
menjadi asas dan rujukan rakyat untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang
tahun 2020.
a)Mendidik rakyat supaya mengutamakan kepentingan negara
berbanding kepentingan peribadi.
b)Mendidik rakyat supaya sentiasa menjunjung tinggi kedaulatan
raja-raja sebagai ketua negara.
c)Mendidik rakyat supaya sentiasa menjaga imej negara dan
berusaha untuk menaikkan nama negara.
d)Mendidik rakyat supaya sentiasa mematuhi undang-undang
negara serta menghormati lambang-lambang negara.
e)Mendidik rakyat supaya menghayati nilai-nilai hidup berasaskan
agama dan kepercayaan serta kesopanan dan kesusilaan.
Soalan 4: Nyatakan kepentingan penghayatan
Rukun Negara.
a)Menjadi panduan bagi rakyat memupuk semangat setia
kawan.
b)Membentuk masyarakat yang adil dan saksama supaya
kemakmuran negara dapat dinikmati bersama-sama.
c)Mengukuhkan ikatan semua bangsa.
d)Memantapkan institusi negara kerana rakyatnya
mempunyai pegangan hidup.
e)Memberi keadilan kepada setiap rakyat.
f) Menerapkan amalan menghormati undang-undang.
Soalan 5: Senaraikan objektif utama “Gagasan
Kemakmuran Bersama 2030”.
a)Merapatkan jurang kekayaan antara kelas, kaum dan
wilayah.
b)Mencipta ekonomi yang lebih berstruktur, progresif
berpaksikan ilmu dan bernilai tinggi.
c)Menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu,
makmur dan bermaruah seterusnya muncul sebagai paksi
ekonomi Asia.
Soalan 6: Nyatakan kesan pelaksanaan
pembangunan Lima Koridor Wilayah Ekonomi.
a)Memacu pertumbuhan ekonomi negara.
b)Meningkatkan pendapatan.
c)Merapatkan jurang pembangunan.
d)Meningkatkan peluang pekerjaan.
e)Meningkatkan taraf hidup.
f) Meningkatkan pembangunan hartanah.
Soalan 7: Jelaskan hasrat Kerajaan dalam
melancarkan wawasan “Luar Bandar yang
Sejahtera”.
a)Memastikan masyarakat luar bandar mempunyai akses kepada
infrastruktur dan kemudahan sosial yang setanding dengan
kawasan bandar.
b)Kawasan luar bandar dapat menawarkan peluang pekerjaan
dan perniagaan yang dapat meningkatkan pendapatan
penduduk luar bandar.
c)Penduduk luar bandar boleh menikmati kehidupan yang sihat
dan selamat.
d)Penduduk luar bandar menerima perkhidmatan dalam tadbir
urus yang mudah sebagaimana masyarakat di bandar.
Soalan 8: Nyatakan teras yang dirancang
dalam pelaksanaan dasar negara supaya
Malaysia kekal bersaing di peringkat global.
a)Membina bangsa yang berdaya tahan.
b)Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.
c)Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran
globalisasi dan liberalisasi.
d)Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan.
e)Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan.
Soalan 9: Nyatakan faktor yang menyumbang
kejayaan sasaran Pelan Integriti Nasional.
a)Kepimpinan berteladan.
b)Pendidikan berterusan dan berulang.
c)Komunikasi berkesan.
d)Persekitaran budaya yang kondusif.
e)Kesediaan individu untuk berubah.
Soalan 10: Industri 4.0 mencakupi penemuan
pelbagai teknologi baharu. Berikan contoh
penemuan tersebut.
a)Automasi
b)Internet of Things (loT)
c)Analisis dan big data
d)Simulasi
e)Integrasi sistem
f) Penggunaan robotik dan cloud
SELAMAT
MENGULANG KAJI
Teruskan berusaha, jangan berputus asa.
Disediakan oleh: Cikgu Cia Yee