The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-34280834, 2021-11-05 07:36:06

Sistem Kehakiman di Malaysia

Sistem Kehakiman di Malaysia

BAB 6

Sistem Kehakiman Malaysia

Latar Belakang

Doktrin pengasingan kuasa.
Perlembagaan Persekutuan

menggariskan bidang kuasa kehakiman
dan mahkamah.
Jenis-jenis mahkamah di Malaysia:
Mahkamah Awam
Mahkamah Khas

Istilah Umum Kehakiman

Alibi – bukti yang menunjukkan bahawa seseorang tidak berada di
tempat kejadian ketika sesuatu jenayah dilakukan.
Afidavit – dokumen bersumpah yang mencatatkan kenyataan
pengakuan seseorang tentang sesuatu hal baik dalam kes jenayah
mahupun kes sivil. Sebarang penipuan dalam afidavit boleh
menyebabkan pembuatnya dijatuhi hukuman penjara. Dokumen ini
akan dibuktikan dalam mahkamah.
Certiorari – perintah mahkamah untuk mengetepikan keputusan yang
dibuat oleh mahkamah yang lebih rendah.
Habeas corpus – perintah mahkamah supaya seseorang dilepaskan
daripada tahanan yang tidak mengikut undang-undang.
Injunksi – perintah bertulis mahkamah yang menghendaki sesuatu
pihak dalam sesuatu tindakan melakukan atau tidak melakukan sesuatu.

Istilah Umum Kehakiman

Mandamus – perintah mahkamah untuk memaksa pelaksanaan suatu
kewajipan awam yang tertentu.
Sine die – menangguhkan sesuatu kes hingga suatu tarikh yang
belum ditetapkan.
Prima facie – mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk
memulakan pendakwaan sesuatu kes.
Saman – dokumen bertulis yang dikeluarkan oleh mahkamah yang
mengandungi butir tuduhan dan mewajibkan orang yang disaman itu
hadir ke mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
Sapina – arahan kepada seseorang untuk hadir ke mahkamah pada
sesuatu masa untuk menjadi saksi berkaitan dengan perbicaraan.

Istilah Umum Kehakiman

Waran - perintah yang memberikan kuasa kepada polis atau pihak
berkuasa yang lain untuk menangkap orang yang dinamakan dalam
waran.
Writ – dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah bagi
memerintahkan defendan (Pihak yang kena tuntut) dalam kes sivil
supaya hadir di mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Bona fide – dengan niat baik atau secara jujur
Mala fide – dengan niat jahat atau secara curang
Intra vires – dalam bidang kuasa seseorang
Ultra vires – di luar bidang kuasa seseorang.

Mahkamah Awam

 Mahkamah Persekutuan
 Mahkamah Rayuan
 Mahkamah Tinggi

 Mahkamah Seksyen
 Mahkamah Majistret
 Mahkamah Penghulu

Mahkamah Khas

 Mahkamah Khas
 Mahkamah Syariah
 Mahkamah Kanak-kanak
 Mahkamah Tentera
 Mahkamah Bumiputera
 Mahkamah Perusahaan
 Mahkamah Buruh

Fungsi Utama:

1. Melindungi hak-hak asasi manusia daripada pencerobohan
pihak eksekutif, pihak-pihak tertentu, orang perseorangan.

2. Berkuasa untuk mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan
dan undang-undang.

3. Menyemak undang-undang Parlimen, DUN dan pertubuhan.
4. Mengisytiharkan sesuatu undang-undang atau tindakan

tertentu tidak sah jika diminta.
5. Membatalkan undang-undang yang bercanggahan dengan

Perlembagaan Persekutuan setakat mana undang-undang itu
bercanggahan
6. Menjadi pentadbir keadilan dalam kes sivil dan jenayah di
Malaysia
7. Menjadi pentadbir keadilan dalam kes-kes yang berlaku
dalam kapal atau kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia.

Soalan: Nyatakan tiga fungsi badan
kehakiman. [3M]

a) __________________________________________
__________________________________________

b) __________________________________________
__________________________________________

c) __________________________________________
__________________________________________

JAWAPAN Soalan: Nyatakan tiga fungsi
badan kehakiman. [3M]

 melindungi hak-hak asasi manusia daripada pencerobohan
pihak eksekutif orang perseorangan dan orang orang tertentu

 mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan dan undang-
undang

 mengisytiharkan sah atau tidak sah sebarang undang-undang
dan tindakan

 menyemak undang-undang yang diluluskan oleh Dewan
Undangan Negeri dan parlimen

(Pilih mana-mana 3 jawapan sahaja)

Bidang kuasa Badan Kehakiman

 Bebas daripada pengaruh mana-mana pihak.
 Berkuasa membuat apa-apa keputusan berpandukan fakta yang

diberikan oleh mahkamah.
 Keputusan mahkamah tidak semestinya muktamad kerana

melalui LEMBAGA PENGAMPUNAN:

 YdPA boleh mengurangkan hukuman atau mengampuni pesalah yang
disabitkan kesalahan di:

 Mahkamah tentera di seluruh Malaysia
 Mahkamah Syariah di negeri-negeri yang tidak beraja,

negeri baginda dan wilayah-Wilayah Persekutuan.
 Mahkamah awam diWilayah Persekutuan

Bidang kuasa Badan Kehakiman

 Raja, sultan atauYang di-Pertuan Besar boleh mengurangkan
hukuman atau mengampuni seseorang pesalah:

 Mahkamah awam di negeri baginda
 Mahkamah Syariah di negeri baginda

 Yang di-Pertua Negeri boleh mengurangkan hukuman atau
mengampuni seseorang pesalah di negeri beliau sahaja.

INGAT:

 SESEORANG HAKIM BOLEH MEMBUAT PRINSIP
kehakimannya sendiri sekiranya tidak ada peruntukan dalam
undang-undang bertulis.

 SESEORANG HAKIM BERHAK UNTUK MEMBUAT
PRINSIP undang-undang yang terkandung dalam keputusan
mahkamah yang sebelumnya (mahkamah yang setaraf atau yang
lebih tinggi tarafnya.

Hak Istimewa Hakim

1. Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam
mana-mana Majlis Parlimen kecuali dengan suatu usul
yang tersendiri yang disokong oleh tidak kurang daripada ¼
ahli Majlis Parlimen itu.

2. Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan sama
sekali dalam DUN.

3. Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan oleh badan
lain atau orang perseorangan.

4. Saraan hakim ditanggung oleh KumpulanWang
Persekutuan Disatukan.

5. Seseorang hakim tidak boleh didakwa semasa menjalankan
tugasnya dan tidak perlu menjawab komen orang lain.

Penghinaan Mahkamah

1. Tidak mematuhi dan tidak melaksanakan perintah mahkamah.
2. Membuat komen sebelum hakim memutuskan kes.
3. Mengkritik keputusan mahkamah secara terbuka dan melawan

keputusan mahkamah.
4. Mengkritik cara-cara hakim menjalankan tugasnya secara

terbuka.
5. Mahkamah berkuasa menghukum sesiapa sahaja yang menghina

mahkamah.
6. Pihak yang menghina mahkamah boleh dikenakan hukuman

penjara.

Hak-hak kebebasan diri

 Diberitahu tentang sebab-sebab dia ditangkap dengan seberapa
segera yang boleh.

 Tidak boleh ditahan pihak polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas
dibawa hadapan seorang majistret untuk mendapat perintah tahanan.

 Dibenarkan berunding dengan peguam yang dipilihnya dan dibela
oleh peguam itu.

 Seseorang yang dituduh dibenarkan membela diri di mahkamah
melalui peguam bela atau diri sendiri untuk melawan dakwaan
terhadapnya.

 Mesti dibebaskan sekiranya tiada dakwaan dibuat.
 Boleh memohon habeas corpus di mahkamah untuk membebaskan

dirinya.
 Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau

disabitkan dengan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula
kerana kesalahan itu. (Perkara 7)

Sekatan terhadap Hak-hak Kebebasan Diri

Mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)
2012, pihak polis berkuasa untuk menahan seseorang suspek
hingga tempoh 29 hari bagi maksud penyiasatan tanpa
perintah tahanan daripada mahkamah.
Seseorang boleh dibuang daerah sungguhpun kurang
bukti terhadap kesalahannya, misalnya dalam kes rasuah sukan,
kongsi gelap dan ketua sindiket pelacuran.
Selain hukuman penjara, seseorang pesalah juga boleh dibuang
daerah setelah tamat tempohnya hukumannya.

Kelayakan Peguam Bela dan Peguam Cara

 Memperoleh Sarjana Muda Undang-undang dari universiti
tempatan.

 Menjalani latihan dalam syarikat guaman.
 Lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Majlis Peguam

Malaysia jika seseorang itu mendapat ijazah undang-
undangnya dari luar negara.
 Menjadi anggota Majlis Peguam Malaysia.

Ketua Hakim Negara

Yang Amat Arif Dato’ Seri Utama Tengku Maimun binti Tuan Mat



Personel Kehakiman

Mahkamah Persekutuan
Ketua Hakim Negara
Presiden Mahkamah Rayuan
Hakim Besar Mahkamah Tinggi
Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
7 orang hakim Mahkamah Persekutuan
 Pendaftar
 Jurubahasa
Bailif – (an official in a court of law who keeps order, looks after

prisoners)

Personel Kehakiman

MahkamahTinggi Malaya
 Seorang Hakim Besar
 47 orang hakim
 Kakitangan

MahkamahTinggi Sabah dan Sarawak
 Seorang Hakim Besar
 10 orang hakim
 Kakitangan

INGAT:

 BILANGAN hakim ditentukan mengikut perintahYdPA.
 Pesuruhjaya Kehakiman yang bertaraf hakim MahkamahTinggi juga

dilantik.

Mahkamah Sesyen
 Hakim Mahkamah Sesyen
 Pegawai-pegawainya
Mahkamah Majistret
 Majistret sebagai hakim
 Pegawai-pegawainya
Mahkamah Penghulu
 Penghulu sebagai hakim
 TANPA pegawai yang lain.

Pesuruhjaya Kehakiman

 Pesuruhjaya Kehakiman di Malaysia dilantik berdasarkan Artikel
122AB Perlembagaan Malaysia seperti berikut: Perkara 122AB.

 Pelantikan pesuruhjaya kehakiman. (1) Supaya segera
diselesaikan urusan Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah
Tinggi di Sabah dan Sarawak,Yang di-Pertuan Agong yang bertindak
atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Ketua
Hakim Negara Mahkamah Persekutuan,boleh melalui perintah
melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai hakim
Mahkamah Tinggi untuk menjadi pesuruhjaya kehakiman bagi apa-
apa tempoh atau apa-apa maksud yang dinyatakan dalam perintah itu;

 dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah mempunyai kuasa
untuk melaksanakan apa-apa fungsi hakim Mahkamah
Tinggi yang ternyata kepadanya dikehendaki dilaksanakan;

Objektif Pembelajaran

1. Memahami fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
(SPK).

2. Mengenal pasti cara polis menahan seseorang.
3. Mengetahui atur cara perbicaraan kes sivil dan jenayah.

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK)

SPK ditubuhkan mengikut Akta Suruhanjaya Pelantikan
Kehakiman 2008 yang diluluskan oleh Parlimen pada bulan

Disember 2008.
Akta 695 dikuatkuasakan pada 2 Februari 2009.



Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK)

ANGGOTA SPK:
1. Ketua hakim Mahkamah Persekutuan – Pengerusi
2. Presiden Mahkamah Rayuan
3. Hakim Besar MahkamahTinggi di Malaya
4. Hakim Besar MahkamahTinggi di Sabah dan Sarawak
5. Seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang hendaklah dilantik

oleh Perdana Menteri
6. 4 orang yang terkemuka (Bukan merupakan anggota eksekutif atau

perkhidmatan awam yang lain) (dilantik oleh PM selepas berunding
dengan Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-Undang Sabah,
Persatuan Peguam Bela Sarawak, Peguam Negara Persekutuan,
Peguam Besar Perkhidmatan perundingan negeri.

Pembatalan Pelantikan, Peletakan
Jawatan dan Pengosongan Jawatan

 Pelantikan anggota SPK (6) boleh dibatalkan oleh PM pada bila-bila
masa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

 Anggota SPK (6) boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa
dengan memberikan notis bertulis yang dialamatkan kepada PM.

 Jawatan seseorang SPK hendaklah menjadi kosong JIKA:

 Meninggal dunia
 Telah dibuktikan, disabitkan atas suatu pertuduhan berkenaan dengan:
1. Suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau keburukan akhlak
2. Suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang

berhubungan dengan rasuah
3. Apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan lebih 2

tahun.

4. Bankrap
5.Tidak sempurna akal tidak berupaya untuk menunaikan
kewajibannya
6.Tidak menghadiri 3 mesyuarat SPK tanpa kebenaran
Pengerusi atau dalam hal pengerusi tanpa kebenaran PM.
7. Pelantikannya dibatalkan oleh PM
8. Peletakan jawatannya diterima oleh PM

Fungsi dan Kuasa SPK

 Memilih orang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik
sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan PM.

 Menerima permohonan daripada orang berkelayakan bagi
pemilihan hakim-hakim ke mahkamah atasan.

 Melaksanakan mekanisme bagi pemilihan dan pelantikan
hakim mahkamah atasan.

Proses Pemilihan Hakim

 Apabila diterima suatu permintaan, SPK hendaklah membuat
persediaan untuk mesyuarat pemilihan.

 Dalam mesyuarat pemilihan, SPK hendaklah menggunakan
proses pemilihan sebagaimana yang ditetapkan:

 Memilih tidak kurang daripada 3 orang bagi setiap kekosongan
jawatan di MahkamahTinggi ATAU

 Memilih tidak kurang daripada 2 orang bagi setiap kekosongan
jawatan bagi hakim mahkamah atasan selain MAHKAMAH
TINGGI.

 CALON layak bagi pemilihan jika memenuhi kehendak di
bawah Perkara 123 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 123

 Memenuhi syarat-syarat yang berikut:

 Warganegara Malaysia
 Dalam tempoh 10 tahun sebelum pelantikannya telah menjadi

peguam dalam mana-mana mahkamah yang berkenaan atau
menjadi anggota perkhidmatan kehakiman dan undang-undang.

Mesyuarat Pemilihan

1. Pengerusi SPK hendaklah menjadi pengerusi bagi mesyuarat
pemilihan KECUALI jika mesyuarat pemilihan itu adalah untuk
mempertimbangkan pemilihan orang bagi kekosongan jawatan
di MAHKAMAH TINGGI.

2. Pengerusi boleh mencalonkan seorang hakim dalam kalangan
anggota.

3. Jika pengerusi menjadi tidak upaya, hilang kelayakan, atau
TIADA, hakim paling kanan selepasnya dalam SPK yang tidak
hilang kelayakan akan menjadi PENGERUSI mesyuarat
kehakiman pemilihan.

4. KUORUM = 7 orang
5. Undi sulit dan keputusan majoriti.

Laporan:

1. Mengemukakan kepada PM.
2. Menyatakan:

1. Orang yang telah dipilih oleh SPK bagi pelantikan jawatan
yang berkenaan.

2. Menyatakan alasan bagi pemilihan itu.
3. Mengandungi apa-apa maklumat lain.

3. Perdana Menteri boleh selepas menerima laporan itu, meminta
dua nama lagi untuk dipilih bagi pertimbangannya.
4. Seterusnya, beliau memberikan nasihatnya mengikut Perkara
122 B Perlembagaan Persekutuan.

LANTIKAN

 Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah
Rayuan, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan hakim-
hakim yang lain dilantik olehYdPA atas nasihat PM selepas
berunding dengan Majlis Raja-raja.

 Seseorang hakim memegang jawatan sehingga 66 tahun. Masa
itu tidak boleh lebih daripada 6 bulan mengikut yang
diluluskan olehYdPA.

Ingat:

 Mahkamah Seksyen dan Majistret – anggota Perkhidmatan
Kehakiman dan Undang-undang.

 Hakim Mahkamah Seksyen dan Majistret dianggap sebagai
kakitangan awam dan tidak menikmati tempoh pelantikan
seperti hakim-hakim mahkamah Persekutuan, Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Penamatan Jawatan Hakim

 Dengan cara hakim itu,

 Meletakkan jawatan (pada bila-bila masa) ATAU
 Dipecat daripada jawatannya

 Dipecat olehYdPA atas syor tribunalnya.
 Proses pemecatan bermula dengan PM membuat rayuan kepada

YdPA untuk memecat hakim itu kerana:

 MELANGGAR mana-mana peruntukan kod etika.
 Tidak berupaya menyempurnakan tugas jawatan beliau dengan sepatutnya

kerana lemah anggota tubuh atau tidak sempurna akalnya.

Penamatan Jawatan Hakim

 Selepas mendapat rayuan PM,YdPA akan melantik sebuah
tribunal dan merujuk rayuan itu kepada tribunal itu.

 Anggota tribunal dilantik olehYdPA dan harus terdiri
daripada tidak kurang 5 orang hakim atau bekas hakim.

 Semasa menunggu tribunal,YdPA boleh atas nasihat PM,
menggantung jawatan hakim yang berkenaan.

 Berdasarkan syor tribunal,YdPA boleh memecat seseorang
hakim daripada jawatannya.

 Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan tribunal.

Contoh Kes Jenayah dan Hukumannya

KES HUKUMAN
MelawanYdPA, raja, sultan,Yang di –Pertuan Hukaman mati
Besar

Membunuh dengan niat Hukuman mati
Membunuh tanpa niat Penjara maksimum 20 tahun
Cuba membunuh diri Penjara satu tahun dan denda
Memiliki dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya Hukuman mati mandatori

Mengggugurkan atau membunuh anak Penjara maksimum 20 tahun
Merompak dan menyebabkan kematian Hukuman mati
Merompak dengan senjata api Hukuman mati
Menculik Hukuman mati
Menyebabkan kecederaan parah dengan sengaja Penjara maksimum 7 tahun atau denda

Contoh Kes Jenayah dan Hukumannya

KES HUKUMAN

Merogol Penjara 5 hingga 20 tahun dan sebat mandatori

Menganiaya kanak-kanak Penjara maksimum 5 tahun dan sebat mandatori

Memeras ugut Penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebat

Memberikan maklumat palsu di mahkamah Penjara maksimum 20 tahun
sehingga boleh mencetuskan kematian seseorang

Memberikan maklumat palsu di mahkamah Penjara maksimum 7 tahun

Mencuri Penjara maksimum 10 tahun

Memandu kenderaan secara cuai dan berbahaya Penjara maksimum 20 tahun
sehingga menyebabkan kematian

Contoh Kes Jenayah dan Hukumannya

KES HUKUMAN

Jenayah Kolar Putih Penjara maksimum 20 tahun dan sebat mandatori

Berniaga harta curi Penjara maksimum 20 tahun dan sebat
Mengeluarkan perkataan atau isyarat yang Penjara maksimum 5 tahun dan denda
bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang

Menyamar sebagai kakitangan kerajaan Penjara maksimum 2 tahun dan denda

Menghina tempat sembahyang mana-mana agama Penjara maksimum 2 tahun dan denda

Membocorkan rahsia negara Penjara 4 tahun mandatori

Hukuman Sebat

1. Tidak akan dikenakan terhadap pesalah perempuan, pesalah
lelaki yang berusia lebih daripada 50 tahun dan pesalah
yang dikenakan hukuman mati mandatori.

2. Perogol wajib disebat tanpa mengira usianya.

Seseorang boleh dihadapkan ke mahkamah
atau ditahan polis MELALUI

1. Perintah saman mahkamah
- dokumen yang mengandungi butir-butir kesalahan dan

mewajibkan tertuduh hadir di mahkamah pada hari dan masa
yang ditetapkan.
1. Waran tangkap

- perintah yang diperoleh polis daripada mahkamah
untuk menangkap orang yang dinamakan dalam waran tangkap
tersebut.
1. Penangkapan tanpa waran

- untuk kesalahan seperti rusuhan.

ATUR CARA PERBICARAAN KES SIVIL
ATUR CARA PERBICARAAN KES JENAYAH







ATUR CARA PERBICARAAN KES SIVIL

 Kes sivil merangkumi tindakan undang-undang yang diambil oleh
seseorang individu (plaintif) untuk mendakwa orang lain (defendan)
yang telah melanggar hak-haknya.

 Contoh kes sivil:
1. Tuntutan ganti rugi/ pampasan
2. Pertikaian hak seperti hak atas harta, anak
3. Penceraian
4. Kegagalan membayar balik hutang

 Perbicaraan di Mahkamah Tinggi dimulakan apabila pihak plaintif
berjaya mendapat writ dan diserahkan kepada defendan.

 Writ diserahkan kepada pihak defendan secara langsung atau kepada
peguamnya. Sekiranya kedua-dua cara tersebut tidak dapat
dilaksanakan, writ boleh ditampalkan di bangunan kediaman pihak
defendan atau diiklankan dalam akhbar tempatan yang difikirkan
sesuai oleh mahkamah.

 Dalam perbicaraan, kedua-dua pihak akan membentangkan
keterangan masing-masing.

 Pihak yang kalah dalam perbicaraan akan dikehendaki untuk
membayar kos perbicaraan (termasuk kos mengupah peguam,
segala perbelanjaan kes).


Click to View FlipBook Version