The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-34280834, 2021-12-21 17:10:18

Perbadanan Awam

Perbadanan Awam

Bab
PERBADANAN AWAM 14

PERBADANAN AWAM
(PUBLIC CORPORATIONS)

Perbadanan-perbadanan awam (public
corporations) atau agensi-agensi separa kerajaan
(semi-government agencies) adalah ditubuhkan di
bawah undang-undang, sama ada diluluskan oleh
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Misalnya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) ialah
sebuah Badan Berkanun Persekutuan dan
Perbadanan Kemajuan/ Pembangunan Ekonomi
Negeri ialah sebuah Badan Berkanun Negeri.

PERBADANAN AWAM (GLC)

 Perbadanan awam merupakan badan khas yang
menjalankan kegiatan berunsur perniagaan dan
kerajaan mempunyai kepentingan ekuiti saham
dalamnya.

 Dikenali sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
 Perbadanan awam terbahagi kepada perbadanan

awam persekutuan yang diletakkan di bawah Kerajaan
Persekutuan dan perbadanan awam negeri yang
diletakkan di bawah Kerajaan Negeri.
 Dalam kerajaan Persekutuan, perbadanan awam
diletakkan di bawah kementerian-kementerian yang
berkaitan.

PERBADANAN AWAM (GLC)

Perbadanan
Awam

Kerajaan Kerajaan
Persekutuan Negeri

Perbadanan Perbadanan
Awam Awam
Negeri
Persekutuan

BADAN-BADAN BERKANUN

Badan-badan berkanun adalah sebuah agensi
separa kerajaan yang ditubuhkan di bawah
peruntukan sesebuah Akta Parlimen atau
Enakmen Dewan Undangan Negeri.

BADAN-BADAN TIDAK BERKANUN

Badan-Badan Tidak Berkanun ialah Syarikat-
Syarikat Kerajaan yang ditubuhkan di bawah
Akta Syarikat 1965 (Akta 125). Badan-badan
ini adalah bersifat dan beroperasi sebagai
syarikat perniagaan yang biasa, hanya dari segi
hak milik sahaja dipunyai oleh kerajaan.

2 BENTUK PERBADANAN AWAM

(a)Badan Berkanun

(a) Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Dewan
Undangan Negeri

(b) Contohnya: FELDA, MARDI, MARA, Bank Negara, KWSP,
PERKESO

(b)Badan Tidak Berkanun

(a) DITUBUHKAN DI BAWAH Akta Syarikat
(b) Sebagai contohnya, Perbadanan Nasional Berhad (PNS),

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Perbadanan Industri
Berat Malaysia (HICOM), dan Sistem Penerbangan Malaysia
(MAS)
(c) Kerajaan mempunyai kepentingan ekuiti dalamnya.

EKUITI BERMAKSUD

Definisi : /ékuiti/ saham biasa dan syer yg
tidak mempunyai dividen yg tetap. ~ pemilik
jumlah modal yg dikeluarkan oleh tuan punya
perniagaan dan untung yg diperoleh, yg
dicatat dalam kunci kira-kira. (Kamus Pelajar
Edisi Kedua)

FUNGSI-FUNGSI PERBADANAN AWAM

1. Perbadanan awam melibatkan kerajaan dalam
bidang sosioekonomi yang tidak diceburi oleh
sektor swasta.

2. Perbadanan awam melibatkan kerajaan dalam
sektor yang tidak mampu diceburi oleh sektor
swasta kerana modal yang tinggi atau pulangan
untung yang marginal (kecil).

3. Perbadanan awam membolehkan kerajaan
menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan awam.

4. Perbadanan awam menambah penglibatan
Bumiputera dalam bidang ekonomi.

SOSIOEKONOMI BERMAKSUD

Definisi : /sosioékonomi/ berkaitan dgn atau
melibatkan faktor kemasyarakatan dan faktor
ekonomi: kajian-kajian ~. (Kamus Pelajar
Edisi Kedua)

PERBEZAAN

JABATAN, BADAN BERKANUN, BADAN TIDAK BERKANUN

1. JABATAN

1. Ditubuhkan mengikut undang-undang
biasa

2. Menjalankan pentadbiran mengikut
arahan menteri dan undang-undang

3. Membolehkan kerajaan membuat
perancangan pembangunan berdasarkan
kehendak rakyat juga menguatkuasakan
undang-undang

PERBEZAAN

JABATAN, BADAN BERKANUN, BADAN TIDAK BERKANUN

1. JABATAN

1. Dikawal oleh menteri secara ketat

2. Pentadbir termasuk Ketua Pengarah dan
semuanya merupakan kakitangan
kerajaan yang dilantik oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam.

3. Semua kakitangan merupakan kakitangan
awam dan peminjaman kakitangan awam
dari jabatan lain boleh dilakukan.

4. Tiada anak syarikat

2 BENTUK PERBADANAN AWAM

Badan Berkanun:
- Akta Parlimen
- Enakmen Dewan Undangan
Negeri (DUN)

Badan Tidak Berkanun:
- Badan Tidak Berkanun
- Akta Syarikat

BADAN BERKANUN DI MALAYSIA

“Badan berkanun” ertinya suatu badan,
walau dengan nama apa pun disebut,
yang diperbadankan oleh undang-undang
persekutuan bagi maksud Kerajaan
Persekutuan, tetapi tidak termasuk
pihak berkuasa tempatan.

PERBEZAAN

JABATAN, BADAN BERKANUN, BADAN TIDAK BERKANUN

1. Jabatan
2. Badan Berkanun

1. Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau
Enakmen Negeri

2. Membuat perakuan untuk menyelesaikan
sesuatu masalah, isu atau perkara yang khusus
tanpa terikat dengan peraturan pentadbiran

3. Membolehkan kerajaan mengambil bahagian
dalam sosioekonomi dengan lebih efektif tanpa
kerenah birokrasi

4. Dikawal oleh menteri secara longgar

PERBEZAAN

JABATAN, BADAN BERKANUN, BADAN TIDAK BERKANUN

1. Jabatan
2. Badan Berkanun

1. Belanjawan dan rancangan pembangunan
dikawal oleh agensi pusat

2. Ditadbirkan oleh satu Lembaga Pengarah yang
terdiri daripada pegawai kanan kerajaan.

3. Ketua eksekutif bergelar Pengarah dan dilantik
oleh Jabatan Perkhidmatan Awam

4. Kakitangan (Sama Dengan Jabatan)
5. Boleh menubuhkan anak syarikat

PERBEZAAN

JABATAN, BADAN BERKANUN, BADAN TIDAK BERKANUN

1. Jabatan
2. Badan Berkanun
3. Badan Tidak Berkanun

1. Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat
2. Membolehkan kerajaan terlibat secara aktif dalam

kegiatan ekonomi
3. Membolehkan kerajaan giat dalam aktiviti ekonomi

dan perniagaan = sektor yang kurang diceburi oleh
sektor swasta dan mempunyai objektif untuk
memperoleh keuntungan
4. Dikawal oleh menteri secara tidak langsung

PERBEZAAN

JABATAN, BADAN BERKANUN, BADAN TIDAK BERKANUN

1. Jabatan
2. Badan Berkanun

3. Badan Tidak Berkanun
1. Bebas dalam belanjawan dan rancangan
pembangunan
2. Ditadbirkan oleh sebuah Lembaga Pengarah
pengurus yang dilantik oleh menteri. Ketuanya =
Pengurus Besar yang dilantik oleh menteri
3. Keputusan tentang skim perkhidmatan dan
pengambilan kakitangan adalah bebas seperti
swasta
4. Boleh menubuhkan anak syarikat

DI BAWAH KEMENTERIAN
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MALAYSIA

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

▪ Badan berkanun
▪ Ditubuhkan untuk memenuhi matlamat yang berikut:

▪Mewujudkan kaum bumiputera yang cekap
dan aktif dalam perniagaan

▪Menambah hak milik saham bumiputera
dalam sektor syarikat

▪Meningkatkan kedudukan sosioekonomi
kaum bumiputera

FELCRA BERHAD
LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN

TANAH PERSEKUTUAN

▪ Ditubuhkan pada tahun 1966 sebagai badan berkanun kerajaan untuk
memenuhi matlamat yang berikut:

▪ Memulihkan tanah pertanian yang terbiar
▪ Memajukan tanah yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri
▪ Mewujudkan peluang pekerjaan melalui projek pertanian

▪ Dikorporatkan dan ditukar nama menjadi FELCRA BHD.
▪ Objektif:

▪ Memberikan nilai pulangan yang tinggi atas ladang-ladang yang dibangunkan
▪ Meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar, iaitu masyarakat luar bandar dan juga

stafnya
▪ Memperbaiki tahap produktiviti melalui kecekapan dan teknologi pengurusan yang

terkini
▪ Memperluas teknologi penyatuan dan pengurusan tanah ke luar negara
▪ Mempertingkatkan ekonomi nilai tambah syarikat

MENGKORPORATKAN BERMAKSUD

❑ Menukarkan sesebuah organisasi
kerajaan menjadi perbadanan atau
syarikat: proses ~ perniagaan
bumiputera di bawah Dasar
Pembangunan Nasional; pengkorporatan
perihal (proses, tindakan dsb)
mengkorporatkan sesebuah organisasi,
institusi dsb: ~ beberapa agensi
kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN
KECIL PERUSAHAAN GETAH (RISDA)

 Ditubuhkan pada tahun 1973.

 Bertujuan membentuk masyarakat pekebun kecil yang
progresif dan sejahtera melalui aktiviti perladangan dan
komersial

 Objektif: membolehkan pekebun kecil memperoleh pendapatan
sekurang-kurangnya RM 2500 sebulan sekeluarga menjelang
tahun 2015

 Fungsi-fungsi:

▪ Melaksanakan pembaharuan pertanian melalui penyelidikan dan
pembangunan (P&P)

▪ Bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang bertanggungjawab
dalam penyelidikan

▪ Melaksanakan penanaman semula dan penanaman baru dengan klon-
klon yang baru

KOMERSIAL BERMAKSUD

Definisi : berkaitan dgn atau bersifat
perdagangan: kepentingan dan tujuan ~; nilai-
nilai ekonomi dan ~; bangunan ~;
mengkomersialkan menjadikan sesuatu sbg
barang dagangan. (Kamus Dewan Edisi
Keempat)

KLON BERMAKSUD

Definisi : 1 organisma, pokok, haiwan dsb yg
diperoleh atau dihasilkan secara pembiakan
tanpa seks dr satu leluhur (nenek moyang). 2
sesuatu atau seseorang yg rupanya benar-
benar sama dgn sesuatu atau seseorang yg
lain. 3bkn komputer atau litar yg ditiru drpd
reka bentuk asal: komputer . (Kamus Pelajar
Edisi Kedua)

BADAN BERKANUN YANG LAIN

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
LEMBAGA Kemajuan Kelantan Selatan

(KESEDAR)
LEMABAGA Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

(PERDA)
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah

(KETENGAH)

PERBADANAN AWAM DI BAWAH
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI

MAKANAN MALAYSIA

 LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG (LPP)

▪ Badan berkanun
▪ Matlamat:

▪Menggalakkan pembangunan sosial petani-
petani

▪Mendaftarkan dan mengawal pertubuhan-
pertubuhan peladang

▪Menyediakan bantuan wang untuk aktiviti-
aktiviti pertanian

LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN
PERSEKUTUAN (FAMA)

 Badan berkanun

▪ Tugas: mengawasi, mengkoordinasi dan membaiki serta membangunkan
pemasaran hasil-hasil pertanian atau hortikultur Malaysia

▪ Antara hasil hortikultur : buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan,
hasil ternakan

▪ Fungsi-fungsi:
▪ Mengkoordinasi aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pemasaran
pertanian
▪ Membaiki sistem pemasaran dan memperluas serta memajukan
pasaran baharu
▪ Bekerjasama dengan pihak swasta dan jabatan agensi kerajaan
▪ Membangunkan dan memajukan pengurusan yang cekap dan
berkesan dalam industri pertanian berkaitan dengan aktiviti pemasaran

atau pemprosesan hasil-hasil pertanian

HORTIKULTUR BERMAKSUD

Definisi : sains atau seni penanaman bunga,
buah-buahan, dan sayur-sayuran. (Kamus
Dewan Edisi Keempat)

INSTITUT PENYELIDIKAN DAN
PEMBANGUNAN PERTANIAN (MARDI)

 Badan berkanun
 Objektif utama: menghasilkan dan memperkenalkan teknologi

yang baru dan lebih baik dalam sektor pertanian
 Teknologi baru akan dapat meningkatkan produktiviti dan

kecekapan seterusnya memodenkan sektor pertanian
 Fungsi-fungsi:

▪ Menjalankan penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial
berkaitan dengan pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan
semua tanaman (kecuali getah dan kelapa sawit) dan ternakan

▪ Menjadi pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat serta
khidmat nasihat saintifik, teknikal dan ekonomi tentang industri
pertanian

▪ Memberi nasihat tentang latihan pekerja bagi penyelidikan saintifik
dan teknikal

▪ Menyediakan bantuan bagi tujuan penyelidikan saintifik, teknikal
dan ekonomi

PADIBERAS NASIONAL BERHAD
(BERNAS)

 Ditubuhkan untuk mengambil alih pengurusan
Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN)

 Memastikan bekalan beras yang berterusan bagi
memenuhi keperluan negara

 Fungsi-fungsi:
▪ Memelihara, mengekalkan dan mengawasi Stok
Penimbal beras Negara
▪ Mewakili kerajaan dalam pentadbiran dan pemberian
subsidi kepada pesawah padi
▪ Menjadi pembeli yang terakhir kepada pesawah-
pesawah padi jika tidak dapat menjual hasil padi
mereka

PENIMBAL BERMAKSUD

Definisi : menjadikan seimbang (sama
banyak, sama berat dll);
menyeimbangkan. (Kamus Pelajar Edisi
Kedua)

KEMENTERIAN PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI MALAYSIA

 Lembaga Getah Malaysia
 Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
 Lembaga Tembakau Negara
 Lembaga Koko Malaysia
 Lembaga Minyak Sawit Malaysia
 Lembaga Pemasaran Lada Hitam Malaysia

 Perbadanan Pembangunan Getah Malaysia Berhad (Tidak
Berkanun)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM
NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

MALAYSIA

1. Syarikat Industri Makanan Malaysia
(FIMA) (Tidak Bekanun)

2. Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
(Tidak Berkanun)

3. Maktab Koperasi Malaysia (Berkanun)

KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI
MALAYSIA

Institut Penyelidikan
Perindustrian dan Piawaian
Malaysia (SIRIM Berhad)

Institut Sistem Mikroelektronik
Malaysia Berhad

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Badan berkanun
Lembaga Pelabuhan Klang

Badan tidak berkanun
 Keretapi Tanah Melayu Berhad
Syarikat Perkapalan Antarabangsa Berhad
Puspakom – melaksanakan pemeriksaan

kenderaan
Zon Bebas Pelabuhan Klang

KEMENTERIAN KEWANGAN

BADAN BERKANUN
Bank Negara Malaysia
Bank Simpanan Nasional Berhad
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

BADAN TIDAK BERKANUN
Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Industri Malaysia Berhad
Khazanah Nasional Berhad

LATIHAN:

1. Nyatakan dua fungsi perbadanan awam.[2m]
2. Nyatakan dua matlamat penubuhan FELCRA

pada tahun 1966. [2m]
3. Senaraikan dua fungsi yang dijalankan oleh

FAMA. [2m]
4. Nyatakan dua matlamat penubuhan

Petronas. [2m]

JAWAPAN:

2. - Memulihkan tanah pertanian yang terbiar.
- Memajukan tanah yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri.
- Mewujudkan peluang pekerjaan melalui projek pertanian.

3. - Membaiki sistem pemasaran untuk hasil pertanian
Malaysia.
- Mengkoordinasikan semua aktiviti berkaitan dengan
pemasaran hasil pertanian.
- Memajukan pasaran baharu untuk hasil pertanian Malaysia.
- Membangunkan pengurusan yang cekap dalam industri
pertanian.
4. - Mencari gali minyak dan gas di seluruh dunia.
- Memperkembang industri petroleum negara ke seluruh dunia.


Click to View FlipBook Version