The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-34280834, 2021-11-26 15:44:25

Badan Eksekutif

Badan Eksekutif

Badan Eksekutif :
Kabinet

Bab 11





KABINET
MALAYSIA
2021

KABINET
MALAYSIA
2021

KABINET
MALAYSIA
2021

Sistem Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

 Kerajaan Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran persekutuan
dan doktrin pengasingan kuasa.

 Eksekutif – melaksanakan undang-undang dan pentadbiran.

 Dibahagikan kepada Kerajaan Persekutuan ( yang dipanggil Kabinet) dan
Kerajaan Negeri.

 Kehakiman – mentafsirkan undang-undang

 Dibahagikan kepada mahkamah atasan, mahkamah rendah dan
mahkamah khas.

 Perundangan – menggubal, meminda dan meluluskan undang-
undang

 Merujuk kepada Parlimen dan DUN.

 YdPA mempunyai kuasa tertinggi dalam ketiga-tiga buah badan
itu.

 Pengasingan kuasa tersebut bertujuan untuk:

 Melindungi hak seseorang

 Mengelakkan penyalahgunaan kuasa

 Menjamin kecekapan pentadbiran

 Organisasi-organisasi kerajaan diwujudkan dengan tujuan:

 Membahagikan tugas-tugas kerajaan untuk mengelakkan pertindihan
kerja

 Menentukan bidang kuasa unit-unit pentadbiran untuk memudahkan
kawalan.

 Organisasi kerajaan secara umumnya mempunyai peringkat yang
banyak, dipenuhi birokrasi dan pengurusannya tidak lancar
seperti sektor swasta.

Tugas Yang di-Pertuan Agong dalam
Bidang Eksekutif

 Ketua Negara

 Melantik Perdana Menteri, Menteri,Timbalan Menteri

 Melantik Senator dari Wilayah Persekutuan dan seluruh
negara

 Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera

 Isytihar darurat atas nasihat PM

 Melantik Ahli Suruhanjaya, Ketua Audit Negara, Peguam
Negara

 Lantik YDPN dengan nasihat PM selepas berunding
dengan Ketua Menteri

KABINET (JEMAAH MENTERI)

 Dianggotai oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri
yang lain.

 Anggota-anggota dilantik oleh YdPA.

 Terlebih dahulu melantik Perdana Menteri daripada anggota
Dewan Rakyat menurut budi bicara baginda.

 Kemudiannya, melantik menteri-menteri yang lain daripada
anggota Dewan Rakyat atau Dewan Negara atas nasihat
Perdana Menteri.

 Kabinet ialah badan penggubal dasar Kerajaan Persekutuan.

 Kabinet melaksanakan kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan
atas nama YdPA.

 Timbalan menteri setiap kementerian bukan anggota kabinet.

KABINET (JEMAAH MENTERI)

 Kabinet bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen, iaitu
semua anggota Kabinet bersama-sama bertanggungjawab atas
segala keputusan yang dibuat oleh Kabinet.

 Tugas-tugas:

 Mentadbirkan Kerajaan Persekutuan mengikut bidang kuasa yang
terdapat dalam Senarai Persekutuan.

 Menggubal dasar kerajaan

 Memperincikan dasar-dasar umum yang dijanjikan kepada rakyat

 Membentuk dasar koordinasi yang bertujuan untuk membina kerajaan
yang cekap dan efektif

 Menangani sebarang masalah kecemasan yang melibatkan negara dan
rakyat

Maksud Kolektif:

 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kolektif
bermaksud bersama-sama atau beramai-ramai
sebagai suatu kumpulan dalam melakukan
sesuatu.

 Mempunyai tanggungjawab yang sama.

Saraan Anggota Kabinet

1. Saraan = ditetapkan oleh Parlimen.

2. Saraan = ditanggung oleh Kumpulan Wang Persekutuan
Disatukan.

3. Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan

1. Menyimpan segala hasil dan wang yang diterima oleh Kerajaan
Persekutuan daripada cukai = cukai pendapatan, cukai jualan, cukai
jalan, duti eksport, yuran, hasil elektrik, hasil telefon, denda,
rampasan mahkamah.

2. Juga menanggung segala pencen, pampasan dan ganjaran yang
ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan serta segala hutang yang
dipertanggungjawabkan kepada Kerajaan Persekutuan.

3. Sekiranya kerajaan ingin mengeluarkan perbelanjaan tambahan
daripada kumpulan wang ini, kelulusan Parlimen diperlukan.

Perdana Menteri

 Dilantik oleh YdPA mengikut budi bicara baginda dan
tertakluk kepada syarat-syarat:

 Mestilah seorang anggota Dewan Rakyat
 Mestilah mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan

Rakyat
 Kewarganegaraan Perdana Menteri mesti diperoleh melalui

kuat kuasa undang-undang

 Ketua kerajaan dan mempengerusikan Kabinet.
 Juga ketua eksekutif negara dan melaksanakan kuasa eksekutif

sementara kuasa eksekutif YdPA sebagai Ketua Negara.

Perdana Menteri

Perdana
Menteri
Malaysia
ke-9

Tugas-tugas Perdana Menteri

1. Menjadi penasihat kepada YdPA

2. Menamakan senarai menteri Kabinet untuk
dilantik oleh YdPA

3. Menyelaraskan dan membuat keputusan
tentang semua dasar kerajaan

4. Menjadi jurucakap dalam hal ehwal
antarabangsa dan dalam negara

5. Bermohon kepada YdPA untuk membubarkan
Parlimen apabila sampai tempohnya.

Pemecatan Perdana Menteri

 Boleh dilakukan melalui usul tidak percaya terhadap Perdana
Menteri oleh sebilangan besar ahli Dewan Rakyat.

 Jika Dewan Rakyat meluluskan usul tidak percaya itu, Perdana
Menteri mempunyai 2 pilihan, iaitu:

 Meletakkan jawatan
 Bermohon kepada YdPA supaya membubarkan Parlimen untuk

membolehkan pilihan raya umum diadakan.

 Jika PM meletakkan jawatan, semua menteri Kabinet juga mesti
meletakkan jawatan.

 Namun, menteri-menteri tersebut boleh dilantik semula oleh PM yang
baharu.

Apa akan berlaku jika PM Muhyiddin hilang majoriti?
Astro Awani (Ogos 15, 2021)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini
menjelaskan beliau tidak meletakkan jawatan kerana tiada
seorang Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan
mempunyai cukup majoriti untuk menjadi Perdana Menteri
baharu.

 Jelas beliau, sekiranya Perdana Menteri baharu tidak
boleh dilantik, maka kerajaan baharu yang akan mentadbir
negara juga tidak boleh dibentuk.

 Apa akan berlaku jika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin hilang majoriti?

Apa akan berlaku jika PM Muhyiddin hilang majoriti?
Astro Awani (Ogos 15, 2021)

1. Muhyiddin terpaksa meletakkan jawatan dan boleh mengusulkan
kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berdasarkan Perkara
43(4) untuk membubarkan Parlimen.

2. Mengikut Perkara 40(2),Yang di-Pertuan Agong boleh
menyatakan sama ada tidak bersetuju dengan pembubaran
Parlimen tersebut kerana faktor pandemik COVID-19.

3. Apabila Muhyiddin meletakkan jawatan, ia termasuk Kabinet
keseluruhan kerana kerajaan yang terbentuk sudah hilang
majoriti.

4. Proses seterusnya terletak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk
menentukan siapa yang mendapat majoriti untuk membentuk
kerajaan.

5. Apa yang akan berlaku mungkin sama dengan tahun 2020 apabila
terjadi pertukaran kerajaan dari Pakatan Harapan (PH) ke
Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Perdana Menteri

 Jawatan ini tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan.

 Namun, jawatan ini diwujudkan sejak kemerdekaan.
 Juga memegang portfolio= tugas / tanggungjawab

kementerian yang lain.
 Akan menjalankan tugas-tugas PM ketika PM berada di

luar negara atau keuzuran.

 Tidak secara automatik menjadi PM jika PM
meninggal dunia.

 Mesti mendapatkan kepercayaan majoriti ahli Dewan
Rakyat sebelum boleh dilantik sebagai Perdana Menteri.



Menteri

 Boleh terdiri daripada ahli Dewan Rakyat / Dewan
Negara.

 Dilantik oleh YdPA atas nasihat Perdana Menteri.
 Seseorang Menteri memegang portfolio sesebuah

kementerian dan dibantu oleh timbalannya.
 Seseorang menteri merupakan anggota kabinet.
 Boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh YdPA atas

nasihat PM tanpa diberikan sebab.

 Sebelum menjalankan tugasnya, mesti mengangkat sumpah
jawatan dan taat setia di hadapan YdPA.

Setiausaha Parlimen (Perkara 43b)

 Setiausaha Parlimen sesebuah kementerian dilantik oleh
Perdana Menteri.

 Boleh terdiri daripada ahli Dewan Rakyat atau Dewan
Negara.

 Boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa dan
pelantikannya juga boleh dibatalkan oleh PM pada bila-bila
masa.

 Tugas = membantu menteri-menteri dan timbalan menteri
menjalankan kewajipan dan tugas mereka.

 Hendaklah mengangkat dan menandatangani sumpah
rahsia di hadapan Perdana Menteri.

 Jawatan ini TELAH DIMANSUHKAN pada tahun 2008.

Setiausaha Politik 43c

 Bukan jawatan perkhidmatan awam.

 Setiausaha kepada menteri atau timbalannya dilantik oleh
Perdana Menteri.

 Tidak semestinya ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan
Negara.

 Boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa dan
pelantikannya juga boleh dibatalkan oleh Perdana Menteri
pada bila-bila masa.

 Mengangkat sumpah dan menandatangani di hadapan
Perdana Menteri.

 Saraan ditetapkan oleh Kabinet.

Mesyuarat Kabinet

 Bermesyuarat sekali seminggu (Rabu) bertempat di
Jabatan Perdana Menteri.

 Setiausaha Kabinet Ialah Ketua Setiausaha Negara. Yang
Berbahagia Tan Sri Mohd Zuki Ali. (01/01/2020)

 Isu-isu penting dibincangkan, kemudian keputusan diambil
dan pengundian jarang dilakukan.

 Minit mesyuarat adalah rahsia dan dilindungi di bawah
Akta Rahsia Rasmi 1972.

 Selepas mesyuarat, PM atau wakil beliau akan mengadakan
sidang akhbar untuk memaklumi wartawan tentang
keputusan mesyuarat tersebut.

Ketua Setiausaha Negara

 Ialah pegawai pentadbir utama dalam Perkhidmatan Awam
Persekutuan.

 Beliau ketua perkhidmatan awam persekutuan.
 Beliau dilantik oleh YdPA atas nasihat Perdana Menteri.
 Beliau penasihat utama kepada PM dalam hal-hal tentang

pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

 Bertindak sebagai – mengeluarkan surat arahan keputusan
mesyuarat Kabinet.

 Menasihati Kabinet berkaitan dengan hal-hal perkhidmatan
awam.

 Penolong Setiausaha Kabinet:YBHG. DATUK DR. FARIZAH
BINTI AHMAD.

Ketua Setiausaha Negara

Ketua Setiausaha Negara

 Pengerusi

 Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang

dianggotai oleh SEMUA Ketua Setiausaha Kementerian.

 Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan
dengan Kerajaan Negeri yang bertujuan untuk menyelaraskan
pentadbiran awam pusat dan negeri.

Jawatankuasa Kabinet

 Ditubuhkan untuk membantu Kabinet dalam pelaksanaan
tugas-tugas tertentu.

 Terdiri daripada:

1. Jawatankuasa Tetap
2. Jawatankuasa Khas Kabinet

3. Antara Jawatankuasa ialah:

1. Jawatankuasa Kabinet mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
2. Jawatankuasa Kabinet mengenai kewarganegaraan
3. Jawatankuasa Kabinet mengenai Perpaduan Negara

Jawatankuasa Perancangan Pembangunan
Negara

1. Majlis Perancangan Negara

1. Tujuan: merancang program-program pembangunan ekonomi
negara.

2. Dipengerusikan oleh PM

3. Dibantu oleh Jawatankuasa Perancangan Pembangunan
Negara dan Unit Perancang Ekonomi.

4. Meneliti, mengkaji dan merancang projek ekonomi seperti
Rancangan Malaysia Lima Tahun.

Jawatankuasa Perancangan
Pembangunan Negara

2. Majlis Tindakan Negara
- Menyelaraskan pelaksanaan semua program dan projek

pembangunan.
- Dipengerusikan oleh PM
- Dibantu oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan.

3. Majlis Keselamatan Negara
- Menyelaraskan dasar-dasar yang berkaitan dengan keselamatan

negara dan arahan-arahan tentang langkah-langkah keselamatan
secara keseluruhannya.
- Dipengerusikan oleh PM
- Dibantu oleh Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan
Angkatan Tentera Malaysia.

Jawatankuasa Perancangan
Pembangunan Negara

4. Majlis Tindakan Ekonomi Negara

- Ditubuhkan pada awal tahun 1998 untuk membantu
kerajaan mengatasi kegawatan ekonomi.

- Dipengerusikan oleh PM

- Strategi:

- Memulihkan keyakinan orang ramai dan pelabur
- Memulihkan ekonomi negara
- Memperkukuh asas ekonomi negara agar mampu mencapai

taraf negara maju

Jawatankuasa Perancangan
Pembangunan Negara

5. Majlis Penasihat Ekonomi Negara

- Ditubuhkan pada tahun 2009.

- Menasihati kerajaan dalam pembentukan model baharu
ekonomi negara yang berteraskan inovasi, kreativiti dan
nilai tambah yang tinggi.

- Melonjakkan status ekonomi negara yang berpendapatan
sederhana kepada berpendapatan tinggi.

- Dipengerusikan oleh seorang pakar ekonomi yang
bertaraf menteri

- Memberi laporan terus kepada PM

Jawatankuasa Perancangan
Pembangunan Negara

6. Majlis Khidmat Negara

- Ditubuhkan untuk mengurus Program Latihan Khidmat
Negara.

LATIHAN BAB 11

1. Nyatakan tiga badan dalam sistem
pemerintahan Kerajaan Malaysia. [3m]

2. Senaraikan dua syarat untuk menjadi Perdana
Menteri. [2m]

3. Nyatakan tiga tugas utama Perdana Menteri
dalam jentera pentadbiran. [3m]

4. Nyatakan dua tindakan yang boleh diambil oleh
Perdana Menteri sekiranya beliau hilang
sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat. [2m]

LATIHAN & JAWAPAN

1. Nyatakan tiga badan dalam sistem pemerintahan
Kerajaan Malaysia. [3m]

1. Badan Perundangan.
2. Badan Eksekutif.
3. Badan Kehakiman.

LATIHAN & JAWAPAN

2. Senaraikan dua syarat untuk menjadi Perdana
Menteri. [2m]

1. Mestilah seorang anggota Dewan Rakyat.
2. Mendapat kepercayaan daripada majoriti anggota Dewan

Rakyat.
3. Kewarganegaraan diperoleh melalui kuat kuasa undang-

undang.

LATIHAN & JAWAPAN

3. Nyatakan tiga tugas utama Perdana Menteri dalam
jentera pentadbiran. [3m]

1. Menyelaraskan dan membuat keputusan tentang dasar-
dasar kerajaan.

2. Menjadi jurucakap kerajaan dalam hal ehwal
antarabangsa dan dalam negara.

3. Menjadi penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong.

LATIHAN & JAWAPAN

4. Nyatakan dua tindakan yang boleh diambil oleh Perdana

Menteri sekiranya beliau hilang sokongan majoriti anggota Dewan
Rakyat. [2m]

1. Beliau meletakkan jawatan.
2. Beliau memohon kepada YdPA untuk membubarkan

Parlimen supaya pilihan raya umum diadakan.


Click to View FlipBook Version